KUALA LUMPUR : Tindakan  Kementerian Dalam Negeri(KDN) merampas 6,108 naskah akhbar KABAR ERA  PAKATAN di 915 permis diseluruh negara bukan disebabkan oleh tanpa  permit penerbitan atau aduan awam serta laporan polis tetapi disebabkan  oleh 'arahan pihak atasan'.
Ketua Pengarang II, KABAR Era Pakatan, Mat Zahari Ali dalam  kenyataannya mengeluarkan kenyataan tersebut bagi menyangkal kenyataan  Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Datuk  Zaitun Abdul Samad sebagaimana yang dilaporkan bernama sebelum ini.
Semalam, Datuk Zaitun dalam kenyataannya kepada bernama dipetik  berkata KABAR diterbitkan tanpa permit serta tindakan merampas 6,108  naskah disebabkan aduan awam dan laporan polis.
Mat Zahari menyangkal dakwaan tersebut yang tidak benar sama sekali  dan tindakan tersebut berat sebelah.
Menurut Mat Zahari, KDN telah mengeluarkan permit KABAR yang  bernombor PP 16761/12/2010 (026203) kepada Abu Bakar Ninggal. Nombor  permit tersebut sentiasa tertera di muka depan KABAR bagi memudahkan  rujukan pihak berkuasa.
Beliau berkata, perkataan Era Pakatan adalah moto kepada KABAR.
"Perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak KDN melalui surat  penyerahan lapan (8) salinan KABAR pada setiap penerbitan.
"KDN juga telah mengesahkan penerimaan surat yang disertakan pada  setiap kali diserahkan 8 salinan tersebut," kata beliau lagi.
Dalam salinan tersebut dinyatakan bahawa 'KABAR yang bermotokan Era  Pakatan' bukannya KABAR era Pakatan sebagaimana didakwa oleh Datuk  Zaitun.
"Dalam kaedah sebutannya KABAR akan dikaitkan dengan motonya  sebagaimana 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan yang  disebut bersama dengan motonya," kata beliau lagi.
Mat Zahari menjelaskan KDN seharusnya menyedari bahawa "Era Pakatan'  adalah moto kepada KABAR bukannya datang dari permit 'KABAR Era Pakatan'  yang sememangnya tidak dikeluarkan oleh KDN.
Beliau menambah moto sesebuah akhbar boleh dinamakan apa sahaja atau  ditukar dengan apa nama sekalipun pada bila-bila masa kerana ia tidak  terikat dengan penerbitan permit.
"Setakat ini pihak KDN tidak pernah memberikan apa-apa surat atau  kenyataan kepada pihak editorial atau pihak pengurusan KABAR berhubung  KABAR yang diserahkan pada KDN.
"Sekiranya KDN tidak berpuas hati atau menyarankan supaya diubah saiz  atau mana-mana yang tidak berbetulan dengan kehendak KDN maka  kementerian tersebut sepatutnya menghubungi pihak KABAR bagi  memaklumkannya atau memberi surat peringatan atau amaran," jelas beliau
Bagi Mat Zahari, tindakan KDN tidak memberi apa-apa notis, kenyataan  atau amaran tetapi bertindak merampas dam menyita KABAR adalah tindakan  yang tidak profesional dan menimbulkan pelbagai keraguan serta  menjejaskan kredibiliti kementerian tersebut.
"Apakah ini prosiding KDN, yang bertindak tanpa maklumat, tanpa  siasatan serta rujukan dalam menangani isu atau kes-kes yang membabitkan  kepentingan awam?," soal beliau.
Kenyataan Datuk Zaitun yang menyatakan tindakan 'merampas' KABAR  disebabkan
terdapat aduan awam dan laporan polis juga merupakan  kenyataan yang sengaja dijadikan alasan serta berat sebelah.
"Apakah disebabkan aduan awam dan laporan polis menyebabkan KABAR di  sita? Bagaimana dengan ratusan aduan awam dan puluhan laporan polis  kepada akhbar media perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian yang  dibuat oleh rakyat, begitu juga dengan TV3. Mengapa Utusan, Berita  Harian dan TV 3 tidak disita atau dihentikan siaran disebabkan aduan  awam dan laporan polis. Mengapa KABAR disita dijadikan mangsa?," soal  beliau lagi.
Bagi beliau sekiranya ada laporan polis atau aduan awam, KDN  seharusnya datang menyiasat atau mengambil keterangan daripada KABAR.
"Saya ada menerima panggilan telefon dari IPD Timur laut Pulau Pinang  yang ingin mengambil keterangan berhubung kenyataan Lim Guan Eng dalam  penerbitan KONSEP bilangan ke-20 dan bukannya dari penerbitan KABAR.
"Sampai ke saat ini pegawai yang berjanji akan datang menemui saya  minggu lalu tidak datang untuk mengambil keterangan sedangkan semua  bukti telah saya sediakan.
"Kami sedar bahawa Datuk Zaitun baru sahaja beberapa minggu di  tukarkan kejawatannya sekarang dan kenyataan beliau mungkin hanya  berdasarkan maklumat pegawai-pegawai kanan beliau sahaja,"tegas beliau.
Tindakan tidak profesional KDN yang  dianggap sebagai 'menerima  arahan dari tangan-tangan ghaib'mengakibatkan KABAR dijadikan mangsa.
KABAR merupakan tabloit yang mendapat permit penerbitan mingguan  tetapi dikeluarkan dua kali sebulan sebagai permulaan dan dijangka akan  diterbitkan setiap minggu dalan beberapa bulan lagi.
KABAR merupakan akhbar yang melaporkan berita-berita serta rencana  dan analisa berhubung pelbagai isu terutamanya isu-isu politik.
Format serta konsep KABAR berbeza dari lain-lain media alternatif  disebabkan setiap isu akan dikupas berdasarkan kepada pandangan dan  pendirian dari PKR, PAS dan DAP yang mewakili Pakatan Rakyat.
Walau bagaimanapun KABAR dalam bilangan kelima yang akan diterbitkan  hujung bulan ini akan dibuat sedikit perubahan bagi memenuhi format  KABAR.
Selasa, 25 Mei 2010
Rampas KABAR ERA PAKATAN : Arahan Pihak Atasan
di
6:28 PTG
·
      
Label: KEBOBROKAN UMNO
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan