" “Sejumlah 80 peratus  umat Islam di Malaysia masih tidak menunaikan solat lima waktu dalam  sehari”. Anda mungkin terkejut dengan data ini tetapi itulah hakikatnya.  Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh tokoh motivasi terkenal di  Malaysia, Dato’  Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, bahawa sejumlah 80 peratus umat  Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam  sehari.
“Sejumlah 80 peratus  umat Islam di Malaysia masih tidak menunaikan solat lima waktu dalam  sehari”. Anda mungkin terkejut dengan data ini tetapi itulah hakikatnya.  Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh tokoh motivasi terkenal di  Malaysia, Dato’  Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, bahawa sejumlah 80 peratus umat  Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam  sehari. 
Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau  menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di  seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masa kini.
Menurut Dato’  Dr. Mohd Fadzilah Kamsah antara golongan yang kerap  meninggalkan ibadah solat ini ialah golongan para pelajar sekolah,  golongan belia, pekerja kilang, anggota pasukan seragam dan juga para  peniaga (Utusan Malaysia 2008, 23 Jun). 
Menurut kajian itu lagi hanya  sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima  waktu dalam sehari, sementara bagi pelajar -pelajar sekolah menengah,  iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari.  dan fakta ini ternyata menyamai dapatan kajian yang menunjukkan bahawa  sejumlah 86.2% responden mengakui kerap meninggalkan solat dan sejumlah  kecil responden yang melaksanakan solat dengan secukupnya.
Selain dari itu kadar pelaksanaan  yang rendah dalam ibadah solat di kalangan responden dalam kajian ini  juga mungkin dapat dikaitkan dengan tahap pengetahuan dan kemahiran  responden dalam menunaikan ibadat tersebut. Apakah faktor yang  menyebabkan jumlah besar responden tidak menunaikan solat dalam  kehidupan mereka? Persoalan ini mungkin tidak dapat diselesaikan dengan  menjaga fakta-fakta atau cara melaksanakan solat. Sesungguhnya ia  melibatkan banyak faktor lain termasuk motivasi pelaksanaan solat dan  ibadat. Menurut al-Kumayi (2009) terdapat tiga halangan dalam  melaksanakan ibadah iaitu:
- Malas (kasal) mengerjakan ibadat kepada Allah, sedang setiap insan sanggup dan berupaya melakukan ibadah.
- Lemah fikiran (futur) atau tidak memiliki tekad yang kuat kerana terpengaruh dengan kehidupan dunia.
- Bosan (malal) atau cepat berasa bosan melakukan ibadah sedangkan tujuan belum tercapai.
Sesungguhnya amalan atau  perbuatan meninggalkan solat ini merupakan masalah yang serius atau  cukup barat, kerana baik buruknya perlakuan seseorang itu sangat  dipengaruhi oleh solatnya. Jika ibadah solatnya baik, dilakukan dengan  peluh kesempurnaan yang merangkumi aspek rukun, syarat dan penuh khusyuk  ia akan dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar. Aspek  ini menjadi jawapan kepada pelbagai masalah yang timbul dalam  organisasi atau pun yang melakukan tindakan-tindakan yang bertentangan  dengan syarak.
Sumber: News @ Feryco
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan