 KUALA LUMPUR, 25 Mei [8.10 am] -  Datuk Zaid Ibrahim (foto), semalam memfailkan  petisyen bagi mengisytiharkan keputusan  pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor itu tidak sah. Beliau  mendakwa berlakunya amalan rasuah yang berleluasa oleh pencabarnya.  Petisyen itu difailkan dengan hujah calon BN, P Kamalanathan telah “secara langsung ataupun tidak” mengetahui tawaran yang dibuat  oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa berkempen. "Petisyen  tertumpu kepada janji RM3 juta oleh Najib (kepada SRKJ (C) Rasa) dan  tawaran-tawaran kepada peneroka Felda," kata peguamnya Malik Imtiaz Sarwar. Petisyen pilihan  raya yang difailkan di Mahkamah Tinggi  Shah Alam menerusi Tetuan Thomas  Philip itu, menamakan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Hulu  Selangor Nor Hisham Ahmad Dahlan  dan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai defendan. Pada sidang media  sebelum ini, Zaid mendakwa jentera dan kepemimpinan Barisan Nasional  (BN) mengamalkan rasuah melalui pelbagai janji yang dibuat untuk meraih  undi rakyat. Katanya, beliau juga akan mengambil tindakan undang-undang  terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) kerana didakwa gagal mengendalikan pilihan raya kecil itu dengan  adil. Pada pilihan raya itu, calon BN, P  Kamalanathan menang dengan majoriti  1,725 undi.

[Tindakan  Zaid ini amatlah wajar sekali, selepas melihat betapa rakusnya pemimpin  UMNO BN terutamanya PM sendiri yang rela membuat janji rasuah  semata-mata mahu memenangi hati rakyat. Selama ini mereka bebas  melakukannya kerana calon pembangkang bukanlah orang yang pakar dan arif  tentang undang-undang yang dipalsukan itu. Kini "buku bertemu ruas" apabila ia terkena kepada Zaid yang juga  merupakan seorang peguam yang hebat di negara ini. Ini sajalah caranya  untuk mengajar pemimpin UMNO BN cara amalan demokrasi itu dilaksanakan  dalam pilihanraya. Anehnya, pihak SPR sendiri menyokong  tindakan PM  itu. Malah, Setiausaha SPR Wan Ahmad relah "melacurkan" tanggungjawabnya bagi mempertahankan  kerajaan BN. Ini jelas membuktikan bahawa SPR memang talibarut dan  proksi BN sebenarnya. Mujurlah mereka akhirnya ditumpaskan dengan "suara rakyat". Jika mengharapkan perjalanan  pilihanraya yang telus dan adil, jauh sekali. SPR dibutakan mata dan  hati untuk melihat kepincangan berlaku dalam undang-undang dan peraturan  pilihanraya yang telah mereka tetapkan sendiri itu].
Selasa, 25 Mei 2010
Rasuah: Zaid Ibrahim Menfailkan Petisyen Untuk Isytiharkan Keputusan Hulu Selangor Tidak Sah!
di
5:59 PTG
·
      
Label: PILIHANRAYA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 
0 ulasan:
Catat Ulasan