Tema yang cukup menarik didengar oleh rakyat Malaysia dan tepat pada masanya ketika negara di landa dengan berbagai krisis, lantaran dipegang oleh orang yang tidak amanah dengan rakyat dan negara. Walaupun ia merupakan tawaran yang menarik untuk rakyat, tetapi meresahkan pemimpin yang berada di puncak kuasa. Sekarang pemimpin BN dilanda dengan mimpi ngeri takut kehilangan kuasa, kerana ini merupakan satu azab di dunia. Media BN diarahkan untuk memburukkan apa yang tercatat dalam buku jingga. Kenapa perlu ubah sekarang? 1.Pengurusan ekonomi tempang Keadaan ekonomi negara berada ditakuk lama sejak krisis kewangan Asia Timur 1997/1998 telah ditinggal jauh oleh negara-negara Asia dan juga negara jiran, seperti Singapura malahan negara Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam. Cuma kelebihan Malaysia kaya dengan slogan yang menjadi candu supaya rakyat syok sendiri dan lupa hakikat sebenar. Antaranya slogan Model Ekonomi Baru (MEB), Program Transformasi Ekonomi (PTE). Walaupun kaya dengan slogan ekonomi negara 12 tahun berturut-turut defisit. Wang Petronas dihisap sampai hendak kering , sejak tahun 2007-2010 sebanyak RM325 bilion. Hutang negara makin meningkat berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tahun 2009 sebanyak 53.3%, melonjak naik berbanding kadar 35.1% dalam tahun 1998. Pertumbuhan ekonomi 2006-2010 hanya 4.2% sedangkan sasaran adalah 6%. Contoh pengurusan ekonomi negeri BN seperti yang dilapor oleh Ketua Audit Negara berhubung perbelanjaan melampau dan amat meragukan dalam projek pengubahsuaian Rumah Rehat Bentong sehingga disyaki berlaku penyelewengan dana kerajaan. Dalam laporan Ketua Audit Negara menyebutkan tentang pemasangan papan tanda tandas di Rumah Rehat Bentong dituntut dengan jumlah RM871 sedangkan audit menjelaskan pada harga pasaran barang tersebut hanya berharga RM65. Begitu juga dengan tuntutan set sofa yang pada nilaian pasaran cuma berharga RM990 telah dituntut sebanyak RM3,530. Lebih mengejutkan dalam laporan itu ialah tuntutan set lampu yang pada harga pasarannya cuma RM9,200 tetapi telah dituntut terlalu tinggi sehingga berjumlah RM38,700. Ini hanya sekadar contoh, yang menjadi bukti rakyat wajib tukar kepada kerajaan Pakatan Rakyat. 2.Institusi Kehakiman Dipertikaikan Satu ketika dahulu institusi kehakiman negara kita adalah antara yang terbaik, kerana tidak ada campur tangan dipihak eksekutif. Ia berlaku tragedi hitam apabila pemecatan Tun Saleh Abbas 1988. Selepas daripada peristiwa pemecatan Tun Saleh keadaan sudah berubah. Apa yang dilihat oleh rakyat dalam kes Linggam dan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah buktinya. Sebuah negara akan hancur jika institusi yang dianggap oleh rakyat untuk mendapat pengadilan telah diragui. Ianya bukan sahaja oleh rakyat yang cerdik malahan di kalangan pelabur asing yang tidak mahu datang melabur di negara ini. 3.Tahap keselamatan negara membimbangkan. Bagaimana kerajaan boleh mengambil APCO Yahudi Israel sebagai penasihat komunikasi dengan bayaran RM77 juta setahun. Apa jaminan maklumat keselamatan negara tidak terlepas kepada mereka?. Kenyataan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi telah pun mendedahkan berlaku pembocoran dan penjualan rahsia penting negara berkaitan keselamatan dan pertahanan negara. Setakat hari ini isu itu selesai begitu sahaja. Kononnya diselesaikan melalui saluran diplomatik. Begitu juga dengan isu kehilangan enjin kapalterbang yang besar boleh hilang. Sasterawan Negara ke-10, Datuk Dr Anwar Ridhwan menyifatkan kehilangan enjin F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai tanda aras keruntuhan moral pimpinan negara ini.Beliau melahirkan kekesalannya kerana perkara yang tidak pernah dibayangkan boleh berlaku sebelum ini seperti kehilangan enjin pesawat yang saiznya besar tetapi mudah pula untuk diseludup ke luar negara. Kalau sampai dua enjin pesawat pejuang boleh hilang yang ahli silap mata terkenal dunia seperti David Copperfield tidak boleh hilangkannya tetapi yang menjaga keselamatan negara boleh hilangkan, ini satu gambaran tahap keselamatan negara. 4. Tahap keselamatan sosial juga merosot sehingga kerajaan terpaksa berbelanja wang sebanyak RM59 juta untuk memasang CCTV di seluruh negara. Betapa banyaknya wang rakyat terpaksa dibazirkan kerana keselamatan berada ditahap yang parah. Statistik jumlah keseluruhan orang hilang di negara ini dari tahun 2007 hingga 2010 iaitu seramai 7,312 orang yang dilaporkan PDRM amat membimbangkan rakyat. Daripada jumlah itu, seramai 3,653 orang yang telah ditemui manakala bakinya sejumlah 3,479 masih belum ditemui. Meskipun daripada jumlah yang ditemui tersebut lebih 95 peratus daripadanya dijumpai masih hidup, namun jumlah yang masih gagal ditemui menjadi titik persoalan yang besar. 5. Sempadan negara mudah terbolos. Laporan Berita Harian pada 27 Ogos 2010 amat menggerunkaan tahap keselamatan negara yang mudah dimasuki dengan suapan rasuah. Dalam laporan eksklusifnya mendedahkan ada anggota dan pegawai imigresen di Jeti Penumpang Pulau Ketam, di Pelabuhan Klang menerima sogokan sehingga RM60,000 sebulan menyebabkan pintu masuk negara mudah dibolosi pendatang tanpa izin dari Indonesia. Mengikut laporan itu, setiap penguat kuasa di percayai dibayar RM2,000 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram, termasuk melepaskan warga asing yang pasportnya mempunyai cop palsu atau tiada sebarang dokumen perjalanan. Apa jaminan pula dengan sempadan negara yang lain? 6.Rasuah telah menjadi barah negara yang sukar diubat daripada atas hingga peringkat bawah. Jika perkara ini tidak dicegah ia akan mendatangkan musibah yang besar. Semuanya berpunca daripada orang yang memimpin negara, naik dengan kuasa rasuah. Laporan audit 2008 sebanyak RM28 bilion hilang kerana ketirisan dalam pentadbiran. Indek rasuah tahun 2010 hanya 4.4 walaupun sasaran 4.9/10 berbanding dengan tahun 2009 2.9/10. 7. Gagal mewujudkan politik yang harmoni, walaupun cuba untuk berlindung disebalik slogan 1 Malaysia. Beberapa insiden yang berlaku melambangkan kegagalan kerajaan mewujudkan keharmonian kaum yang ada pada hari ini. Contohnya apa yang berlaku kepada Datuk Nasir Safar Pegawai Khas Perdana Menteri, Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin, Ucapan Ketua Umno Bahagian Titiwangsa, Datp' Johari Abdul Ghani dan ucapan dua orang pengetua sekolah. Umno dan BNlah pihak yang tidak henti-henti mengapi-apikan kebencian perkauman sama ada melalui agensi-agensi kerajaan yang dikuasai oleh kerajaan Umno BN atau media-media arus perdana yang dikuasai mereka. Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat |
Isnin, 10 Januari 2011
Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia
Label: politik dan isu semasa
Ahad, 29 Ogos 2010
Gambar2 Pencemaran Masjid di Dunia - termasuk Syeikh Azhar

Ketika Majlis fatwa telah mengeluarkan hukum berkait keharusan bukan Islam mengunjungi masjid sebagaimana yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.
1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.
2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.
3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.
4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.
Dan memang itu pun yang dilakukan oleh umat Islam diluar Malaysia yang merupakan amalan yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah Saw dan para sahabat. Masjid merupakan pusat pemerintahan, pusat pentadbiran, pusat kehakiman, tempat ibadah, tempat pertemuan duta-duta asing yang ingin menemui Rasulullah Saw maupun khalifah selepas baginda.
Kita lihat gambar-gambar dibawah bagaimana menggambarkan perkembangan dakwah yang pesat terhadap mereka yang bukan Islam yang menjadikan masjid sebagai pusat maklumat dan penyebaran Islam dinegara selain Negara kita. Bagi UMNO semua ini adalah pencemaran terhadap kesucian masjid dan penghinaan terhadap Islam.
1. Masjid Lakemba di Sydney yang merupakan antara tertua dan terbesar. Mereka mengundang bukan Islam serta memberi penjelasan berkait kekeliruan tentang Islam. Mereka sentiasa mengadakan hari terbuka yang member banyak manfaat dakwah. Sheikh Yahya Safi, sebagai imam yang merupakan kelahiran lubnan menyebut ianya memberi ruang untuk berdialog serta menolak salah-faham terhadap Islam. Bahkan ramai yang terbuka hati dan mendapat hidayah dan memeluk agama Islam




2. Lebih 2,000 masjid di Jerman telah mengadakan Hari khusus pada hari Rabu dan terbuka kepada umum termasuk bukan Islam untuk mengunjungi masjid, melihat ibadah umat Islam dan bertanyakan tentang Islam.


3. 3 May 2010, pihak Masjid Makkah di United Kingdom telah mengadakan pameran Islam secara tahunan dan dikunjungi oleh rombongan setiausaha kerajaan Alan Johnson. Mereka sempat melawat dan megadakan dialog dan perbincangan didalam masjid tersebut.




5. Pusat Islam London .Terletak di Regent Park yang sibuk dengan orang-ramai khususnya hari jumaat yang menampung 10,000 jamaah. Para pelawat akan diberi penerangan oleh Pegawai Perhubungan Awam pusat Islam tersebut iaitu Omar Saddique. Beliau memberi penjelasan tentang Islam dan setiap persoalan yang diutarakan oleh para pelawat didalam masjid tersebut.



6. Di Durban, Masjid dan selaku Pusat Islam yang pernah diasas dan dikelolakan oleh Syeikh Ahmad Deedat iaitu IPCI, seorang pendakwah tersohor telah menyediakan hari lawatan khusus kepada non muslim sebagai Mosque Tours dan memberi penjelasan tentang ibadah dan penerangan tentang islam dan perbandingan agama. Khususnya amalan para nabi yang ditinggalkan oleh Yahudi dan nasrani tetapi diamalkan oleh umat Islam seperti membuat kasut sebelum masuk ke tempat suci (masjid), berwudhu dengan membersih diri, kiblat, cara iabadah dengan sujud dan ruku’ yang merupakan amalan para nabi semenjak bani Israel lagi. Ramai yang tertarik dan akhirnya memeluk Islam disitu.

7. Lihat bagaimana Obama sendiri yang menziarahi masjid turut membuka kasut beliau untuk masuk ke ruang solat. Bahkan Pope sebagai ketua agama Kristian Khatolik juga masuk ke masjid dalam lawatannya ke negara Arab. Kalau berlaku di Malaysia nescaya berlakulah kiamat.


8. Masjid al-Azhar sendiri membenarkan pelawat bukan Islam memasuki ruang dalaman masjid termasuklah Putera Charles dan Lady Diana dengan ditemani oleh Syeikh Azhar ketika itu iaitu Syeikh Tantawi. Kalau kat Malaysia mungkin Majlis Agama menghambat mereka kot?.



Hukum bukan Islam masuk MASJIDIL HARAM
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَـذَا
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu kotor, maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram sesudah tahun ini.. (At-Taubat : 28)
Berdasarkan dua ayat ini, majoriti ulama dari kalangan mazhab maliki dan Syafie melarang bukan Islam memasuki Masjidil Haram, namun demikian dibenarkan bagi ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) untuk memasukinya dengan syarat-syarat tertentu.
Satu lagi adalah :-
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَقْرَبُواْ الصَّلاَةَ وَأَنتُمْ سُكَارَى حَتَّىَ تَعْلَمُواْ مَا تَقُولُونَ وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىَ تَغْتَسِلُواْ
Ertinya : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu salat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja." ( 4:43 )
Imam Abu Hanifah pula menyatakan non-muslim dibenarkan untuk memasuki masjidil haram sekadar lalu, namun tidak dibenarkan untuknya duduk dan menetap di sana (sebagaimana sebahagian umat Islam); ini kerana beliau berpandangan, ‘kotor' yang disebut di dalam ayat itu hanyalah membawa maksud kekotoran syirik yang melibatkan hati bukannya kekotoran fizikal. Lebih dari itu, Ibn Hajar menyatakan mazhab Hanafi membenarkan bukan Islam memasuki masjid tanpa syarat.
Imam Ahmad Hanbal pula menyatakan bukan Islam hanya dibenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah seperti pembinaan dan maintainance. Beliau mengambil dalil iaitu penduduk Taif dibenarkan oleh nabi s.a.w untuk menetap dan tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam.
"Biarkan mereka (untuk menyelesaikan sembahyang mereka)"
Selain itu, Imam Al-Bukhari juga ada membawakan sebuah hadis yang menyebut bagaimana seorang bukan Islam bernama Thamamah ibn Athal, diikat oleh Rasulullah di dalam masjid (ditangkap atas kesalahan tertentu),
بعث رسول اللَّهِ خَيْلًا قِبَلَ نَجْدٍ فَجَاءَتْ بِرَجُلٍ من بَنِي حَنِيفَةَ يُقَالُ له ثُمَامَةُ بن أُثَالٍ فَرَبَطُوهُ بِسَارِيَةٍ من سَوَارِي الْمَسْجِدِ
Ertinya : Rasulullah s.a.w menghantar seorang berkuda di arah Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah ( sedang mengintip) yang bernama Thumamah Bin Uthal, lalu diikatnya di satu tiang dari tiang-tiang masjid ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Imam Nawawi menghuraikan :
Melihat kepada hadis ini, harus hukumnya mengikat tawanan dan menahannya serta harus juga seorang yang bukan Islam untuk memasuki masjid. Mazhab Syafie : menyatakan keharusannya dengan syarat terdapat keizinan dari umat Islam sama ada kafir itu dari kalangan ahli Kitab atau selainnya. Namun Khalifah Umar bin Abd Aziz, Qatadah dan Imam Malik tidak mengharuskannya. (Syarah Sohih Muslim, 12/87)
Label: politik dan isu semasa
Rabu, 9 Jun 2010
Kontroversi: Benarkah Kerajaan UMNO BN Belum Keluarkan Lesen Judi Bola Kepada Si Vincent Tan Atau Sekadar Taktik Lama Untuk Tipu Rakyat Lagi
Gara-gara dek kerana "suara rakyat" dan takut dengan Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) yang bakal diadakan pada 3 Julai ini, maka akhirnya kerajaan UMNO BN dan Si Vincent Tan terpaksa mengatur strategi lain untuk mengelirukan rakyat. Malah, kerajaan juga cuba mengaburi mara rakyat seolah-olah pemilik syarikat Ascot Sport Sdn Bhd itu belum pun memperolehi lesen judi bola sepak piala dunia berkenaan seperti yang diwar-warkan oleh media. Semalam, Kementerian Kewangan menegaskan bahawa kerajaan belum mengeluarkan lesen pertaruhan sukan tersebut kononnya ingin mendapatkan maklum balas daripada orang ramai berhubung perkara itu. Masalahnya sekarang kenapa tiba-tiba alasan ini diberikan?. Apakah kerana melihat rakyat dan umat Islam di seluruh negara memprotes isu itu. Soalnya sekarang, kenapa sebelum ini si Timbalan Menteri Kewangan yang paling "bangang dan kurang ajar" iaitu Awang Adek Hussin boleh mengeluarkan kenyataan kononnya kerajaan bersedia meluluskan lesen tersebut dengan kawalan. Kononnya dengan adanya kawalan itu maka aktiviti perjudian haram bola sepak piala dunia akan dapat dilakukan dengan lebih teratur dan pada masa yang sama kerajaan akan mendapat hasil yang boleh digunakan termasuk untuk pembangunan pelbagai jenis sukan di negara ini. Bukankah kenyataan ini membuktikan bahawa kerajaan UMNO BN memang sudah bersetuju dan bersedia untuk menganugerahkan lesen itu kepada Vincent Tan. Namun, kini mereka menjadi serba salah dan berada dalam dilema. Mahu diberi takut imej UMNO BN tercalar di mata rakyat. Jika tidak diberi juga mereka takut Vincent Tan akan menarik balik banyak "subsidi" yang diberikan kepada kerajaan terutamanya setiap kali pilihanraya berlaku di negara ini. Maka, jalan terbaik ialah mengatakan bahawa lesen tersebut belum diluluskan lagi. Itu pun hanya melalui jawapan bertulis di parlimen. Apakah kita boleh percaya dengan kenyataan "yang dibuat-buat" ini agaknya. Atau apakah kita akan terus tertipu lagi dengan isu sensitif ini agaknya?. Puak-puak ini kadang-kadang kita bukan boleh percaya lagi, "cakap tak serupa bikin" dan sengaja untuk mengelirukan rakyat. Inilah mentaliti menteri ciptaaan UMNO BN. Itu pun masih ada puak-puak mereka yang percaya !
http://pahangdaily.blogspot.com
Label: politik dan isu semasa
Sabtu, 22 Mei 2010
Majlis Raja-Raja Perlu Bertindak
Tindakan kerajaan ‘menghalalkan’ lesen judi telah menjadi persoalan dan kebimbangan rakyat khususnya masyarakat yang beragama Islam. Malaysia seolah-olah hilang nama ‘Negara Islamnya’ apabila meluluskan lesen judi 2010 yang akan diadakan tidak lama lagi.
“Islamnya boleh dipertikaikan apabila seseorang atau Negara ‘menghalalkan’ sesuatu yang haram dan mengharam sesuatu yang wajib dan halal.
“Sesebuah Negara Islam seharusnya membanteras sesuatu yang terang-terangan bercanggah dengan syariat dan hukum Allah,” kata Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahya ketika dihubungi erapakatan.com.
Bagi beliau, Majlis raja-raja perlu mengambil tindakan kerana majlis raja-raja mempunyai kuasa penuh dalam hal-hal berkait dengan agama Islam.
Tindakan kerajaan persekutuan ini akan mencemarkan agama Islam yang berada di bawah jagaan Majlis raja-raja.
Beliau juga dalam pada itu meminta majlis muzakharah fatwa bersidang bagi membincangkan dan mengambil tindakan terhadap hal ini. Mereka juga disarankan memohon kepada majlis raja-raja melayu bagi menyelesaikan isu ini.
11 Mei lalu, Kementerian Kewangan secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.
Sehubungan keputusan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia bermula 11 Jun ini.
Sejak pengumuman itu dibuat, pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan(NGO), parti-parti politik, pertubuhan agama dan juga orang perseorangan membidas tindakan kerajaan tersebut.
http://anwaribrahimblog.com
Label: politik dan isu semasa
Rabu, 19 Mei 2010
Lagi banyak BN cakap pasal Islam, judi bertambah
PERMATANG PAUH, 19 Mei: "Lagi banyak Kerajaan Barisan Nasional (BN) membicarakan pasal Islam, lagi banyak perjudian tumbuh. Contoh terbaru 'judi bola' yang bakal mewarnai masyarakat ketika perlawanan bola sepak Piala Dunia bulan depan," kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.![]() Menurutnya, memberi lesen bukan jalan penamat untuk membanteras perjudian di negara ini sebaliknya menambah kemelut sosial yang telah kusut sejak bertahun lamanya. Katanya, generasi muda terutamanya akan hanyut dilanda arus perjudian setelah kerajaan sendiri memberi kebenaran. Tambahnya, tokoh agama dalam Umno khususnya kenapa mendiamkan diri sedangkan jika membabitkan pembangkang bukan main lagi mereka ke hadapan. Sepatutnya, kata beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, mereka bersuara kerana judi merupakan perosak masyarakat yang nyata dan harus dibanteras bukan digalakkan. "Mana dia tokoh agama yang sanggup bercanggah pendapat dengan tokoh politik pembangkang jika timbul isu agama. Kenapa mereka diam membisu. Sepatutnya mereka malu dengan status Malaysia sebagai Negara Islam tersohor di dunia, " ujarnya. Beliau berkata, rakyat Negeri Pulau Pinang harus berterima kasih kerana mempunyai seorang Ketua Menteri yang begitu prihatin terhadap Islam dan perkembangan sekolah agama yang berada di bawah penguasaannya. Katanya, Ketua Menteri banyak membantu dengan memperuntukkan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) dan terbaru kepada SAR semata-mata mahu melihat perkembangan Islam walaupun beliau bukan individu Islam berbanding Ketua Menteri atau Menteri Besar Kerajaan BN. "Mereka tidak langsung memikirkan bagaimana untuk memartabatkan Islam termasuk SAR yang masih berada di tahap rendah berbanding sekolah agama lain di Malaysia," katanya yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. |
Label: politik dan isu semasa
Panas: Tindakan Balas Dendam BN Akibat Keecewa Di Sibu, Seorang Lagi ADUN DAP Bakal Digantung
Bagai sudah dijangka, amuk puak-puak BN tidak berakhir disitu. Selepas Speaker DUN Sarawak menggantung ADUN Pakatan Rakyat iaitu Dominique Ng Kim Ho (Parti Keadilan Rakyat (PKR)-Padungan) dan Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) semalam, kini bagai menerima arahan beliau sekali lagi bakal mengambil tindakan yang sama terhadap seorang lagi ADUN DAP iaitu Ting Tze Fui - foto (Maradong). Beliau telah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, dewan Undangan Negeri Sarawak berhubung satu kenyataan yang dibuatnya November lalu. Beliau juga akan dihadapkan ke jawatankuasa itu Jumaat ini berikutan usul yang diluluskan oleh Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Wong Soon Koh pada persidangan DUN hari ini. Tindakan drastik yang dilakukan ini jelas sekali merupakan satu usaha untuk menghalau perwakilan Pakatan Rakyat di DUN Sawarak. Menurut ahli Parlimen Sibu, Wong Ho Leng penggantungan ADUN DAP semalam dan cadangan mengheret Ting ke jawatankuasa khas itu sebagai dendam BN atas kekalahan kerusi Sibu, Ahad lalu.
[Bagai sudah ditakdir, inilah akibatnya bilamana ada pihak yang tidak dapat menerima kekalahan dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Mereka bebas melakukan apa saja kerana kuasa masih ada ditangan mereka. Tunggulah sehingga pilihanraya umum negeri yang akan berlaku tidak lama lagi, pasti rakyat akan menghukum sikap "kurang ajar" mereka ini sebenarnya. Oleh itu, rakyat Sarawak perlu bersabar dengan kerenah BN yang sedang menggila sekarang ini. Dengan terhukumnya ketita-tiga ADUN terbabit, maka hanya tinggal lagi empat sahaja ADUN Pakatan Rakyat yang akan bersuara di DUN Sarawak nanti].
sumber
Label: politik dan isu semasa
Selasa, 18 Mei 2010
Nik Aziz: ‘Umno, BN beli undi macam beli ayam itik’
KOTA BARU, 17 Mei — Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata rakyat sudah terlalu mual dengan amalan politik wang Umno-Barisan Nasional (BN) sehingga menyebabkan ia gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sibu semalam.
Rakyat sudah terlalu mual dengan politik wang (janji-janji pilihan raya),kata Menteri Besar Kelantan ini.
Umno dan BN membeli rakyat seperti membeli ayam itik, binatang ternakan boleh dibeli, tapi jika manusia pun ingin dibeli, jelas sekali manusia sudah ingin disamakan dengan ayam itik, kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan petang ini. BN memberikan janji projek pembangunan selain dana, antaranya RM5 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada malam terakhir kempen untuk mengatasi masalah banjir di Rejang Park.
Nik Aziz mengharapkan BN sedar kekalahan itu menjadi bukti bahawa tidak semua manusia boleh dibeli walaupun ditabur dengan berlian dari langit dengan berkata “prinsip bukannya barang dagangan.
Sehubungan itu, beliau percaya realiti di Sibu malam tadi menjadi tamparan hebat kepada BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Pilihan raya kecil Parlimen Sibu malam tadi berakhir dengan kejayaan Wong menewaskan calon BN, Robert Law Hui Yew dan Narawi Haron dari Bebas dengan majoriti 398 undi.
Narawi hilang wang pertaruhan.
Kemenangan Wong sekali gus mencatatkan sejarah tersendiri setelah 28 tahun kerusi Parlimen berkenaan dikuasai BN.
Sumber TheMalaysianInsider
Label: politik dan isu semasa
Jumaat, 14 Mei 2010
PERBICARAAN LIWAT DS ANWAR-SAIFUL
Kini negara kita diselaputi awan kelabu dengan berjalannya perbicaraan liwat DS Anwar-Saiful Bukhari Azlan, yang meletakkan negara dalam keadaan memalukan. Episod kedua kes liwat yang lebih merupakan konspirasi politik itu yang sedang dibicarakan telah memperbodohkan semua rakyat Malaysia yang tinggal di negara ini.
2.Ia memperbodohkan rakyat Malaysia kerana kes itu memalukan tetapi ia hanyalah satu kes ciptaan dalam usaha membunuh karier politik DS Anwar dan memperlahankan gerakan kebangkitan rakyat dalam menuntut keadilan dan ketelusan dalam sistem demokrasi ala Malaysia ini.
3.Dalam perbicaraan liwat bagi episod pertama Ds Anwar telah meringkuk dalam penjara lebih enam tahun lamanya, namun akhirnya dibebaskan kerana didapati beliau tidak bersalah dan tidak ada kes liwat yang berlaku. Setelah sekian lama dibicarakan di mahkamah dan DS Anwar meringkuk di penjara, akhirnya mantan PM Tun Mahathir mengatakan tidak ada kes liwat. Kita tidak faham bagaiamana satu kes yang telah diputuskan oleh mahkamah, akhirnya dikatakan tidak ada kes. Ini membuktikan kes ini sengaja dicipta untuk "mengusir" DS Anwar dari sistem pemerintahan negara dan menghumbankannya ke dalam penjara.
4. Kini sekali lagi DS Anwar menghadapi skrip yang sama, tuduhan liwat dari UMNO/BN dengan menggunakan hakim-hakim yang dicucuk hidung dan mahkamah yang diputarbelitkan ibarat wayang kulit mengikut rentak Pak Dalangnya. Apakah hakim-hakim ini tidak mempunyai pendirian dalam menghadapi kes ini. Mengapakah mereka bersedia untuk membicarakan satu kes yang sebenarnya dicipta untuk mencapai cita-cita politik UMNO/BN? Apakah mereka terlalu bodoh untuk ditipu sedemikian rupa, sedang mereka mempunyai ijazah undang-undang berjela-jela.
5. Bukan sahaja mereka menipu dan tertipu, tetapi seluruh rakyat Malaysia, termasuk media cetak dan elektronik turut sama menipu dan tertipu, demi mencapai agenda pihak-pihak tertentu dan mengekalkan agar kebatilan terus berkuasa di bumi jantung pisang ini.
6. Sebab itu TG Abd Hadi Awang dalam satu kenyataannya dalam Harakah, menggesa badan kehakiman negara ini menggunakan proses keadilan dan menjauhi dari di pengaruhi oleh elemen politik.Konsep pemisahan kuasa antara pihak eksekutif, legislatif dan kehakiman haruslah dihormati dan ini adalah selaras dengan kehendak Islam. Dalam erti kata lain, beliau melihat badan kehakiman telah dimasukki oleh elemen-elemen politik yang menjejaskan kredibiliti kehakiman itu sendiri. Badan kehakiman harus disusun semula demi untuk menegakkan keadilan di bumi tercinta ini, bukan diperkuda oleh pihak tertentu yang menyebabkan hilangnya kepercayaan orang ramai terhadap proses keadilan di negara kita.
http://alrembauwi.blogspot.com
Label: politik dan isu semasa
Pentas 'Kenali Pemimpin UMNO' sanggah lesen judi Piala Dunia
Akhbar melaporkan kelulusan telah diberi kepada Berjaya Group untuk 'memakmurkan' lagi perjudian negara kita, kali ini mengambil kesempatan dari 'mood' nak berjudi sempena Piala Dunia.
Jelas, BN memanipulasi peluang ini untuk mengaut sebanyak mungkin keuntungan. Moral politik tidak pernah menjadi ukuran. Hujah lapok untuk mengelakkan perjudian 'haram' dengan dilesenkan, dicukaikan dan dikutip dividen untuk menjadi 'halal' terus digunakan.
Di tangan UMNO/BN sahaja terletak kuasa menghalal dan mengharamkan. Mereka berkuasa lebih dari Tuhan.
Kesan ekonomi dan sosial kepada rakyat terbanyak semua kaum tidak pernah diambil kira.
Tony Puah menyindir - inikah bentuk Model Ekonomi Baru Najib?
Zulkifli Nordin sekali lagi memberi amaran, dalam masa terdekat salah satu negeri Pakatan akan tumbang mengikut cara Perak. Rampasan kuasa melalui pembelian.
Saya yakin begitu. Berdasarkan maklumat.
Keuntungan judi ini akan digunakan untuk satu operasi politik yang kotor.
Bukankah kita masih boleh bersuara dengan pelbagai cara dan gaya untuk mendedahkan kejalangan tindakan ini?
Pentas Rakyat yang mempamirkan tokoh pelbagai latarbelakang hendaklah segera diadakan di seluruh negara - menerangkan isu ini.
'Kenali Pemimpin UMNO' di Kedah, di Selangor, di mana-mana sampai ke desa-desa. Atau apa jua nama lain.
Jika Tony Puah dan lain-lain pemimpin bukan Melayu boleh bersama pemimin seperti Tok Guru Presiden dan Mursyidul Am dan lain-lain - mencela langkah UMNO/BN mengambil kesempatan melesenkan perjudian ini dengan 2,000 premis jualan di seluruh negara, UMNO/BN boleh terencat.
Ia akan menjadi pentas pertama seumpamanya dalam isu ini.
Dalam UMNO sendiri bukan sedikit yang tidak bersetuju dengan polisi 'gila wang semata-mata' ini.
Lihat laporan Berita Harian , Sabtu 8 mei, muka surat 2;
“Syor lesen pertaruhan Piala Dunia dibantah”
…..cadangan kerajaan untuk mengeluarkan lesen pertaruhan….mendapat tentangan banyak pihak termasuk pemimpin UMNO kerana memberikan kesan negatif dan imej buruk kepada Negara yang majority rakyatnya beragama Islam……
AMT Umno , Mohd Fuad Zarkashi, berkata cadangan berkenaan bukan saja menjejaskan imej kerajaan , malah bertentangan dengan perlembagaan persekutuan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi……..
Mufti Perak , Tan Sri Harussani …semua bentuk judi termasuk pertaruhan bola sepak sempena Piala Dunia adalah haram dalam Islam
Bekas penasihat agama istana, Datuk Abu Hasan Din Al-hafiz, .. berkata kerajaan tidak wajar meneruskan niat untuk mengeluarkan lesen pertaruhan sukan terutama sempena Piala Dunia kerana langkah itu menggalakkan masyarakat termasuk umat Islam terjebak dengan kegiatan perjudian.
Presiden Peguam Syarie Malaysia, Mohamad Isa Abd Ralip, …secara tegas membantah cadangan itu yang akan memberikan kesan ……
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut ..cadangan terbabit adalah tidak wajar dan bertentangan dengan ajaran Islam sekiranya ingin memperoleh kemakmuran
Pergerakan UMNO Bahagian Kuala Kedah “ lesen pertaruhan piala dunia undang kebencian pengundi Melayu” - …saya berpendapat kerajaan tidak perlu mengeluarkan lesen berkenaan keranan aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku kerana sindiket judi tetap akan menganjurkan pertaruhan haram bagi mendapatkan keuntungan yang lebih… …… perkara lebih penting lagi isu lesen judi itu akan terus berkumandang sehingga PRU ke 13 nanti. Ia akan dijadikan modal oleh pakatan pembangkang terutama PAS bagi menarik sokongan pengundi Melayu…….. Ketika itu pendapatan untung yang tidak seberapa hasil cukai judi Piiala Dunia 2010 tidak akan dapat menampung kebencian pengundi Melayu terhadap BN umumnya dan UMNO khususnya.
Label: politik dan isu semasa
Isnin, 10 Mei 2010
A-wang Judi
Judi One Malaysia.
Objektif utama pelesenan, Kerajaan turut dapat wang. Sesuai namanya pun ada bunyi wang, Dr. Awang nampaknya berbangga menjadi orang pertama umumkan langkah tak bermoral Kerajaan BN itu. Dr. Awang berani. Mungkin dah dapat fatwa mana-mana Mufti. Operator berminat yang ada belakang pengumuman ini boleh urut dada lega dan tepuk belakang Dr. Awang lepas ini.
Selain Kerajaan, sudah tentu operator akan mengaut kekayaan besar. Sebahagian keuntungan mudah ini untuk dana pembelian politik. Pemberian lesen, segala-galanya menjadi wang sekelip mata.
Saya diberitahu beberapa rakan, matlamat utama pelesenan judi ini ialah mengutip tabung untuk operasi politik BN. Target utama mereka ialah menawan semula Kedah. Samada pembelian ADUN sedia ada atau belanja pilihanraya akan datang. Negeri Pakatan yang lain juga tidak terkecuali.
Taukeh sama yang akan mendapat lesen nanti dikatakan telah berjasa dalam kes Perak.
Wang kotor untuk kerja kotor oleh parti yang kotor.
Di Hulu Selangor, UMNO amat prihatin dengan segala pantang larang Islam. Hatta bela kuda lumba sudah dikira syubhat dengan perjudian lumba kuda. UMNO belasah habis.
Selang tak sampai seminggu, UMNO balik pada wajah asal mereka. Judi untuk perjudian politik.
Kalau nanti digelar orang, Awang Judi, malulah kami orang Kelantan....
http://cetusan-hati.blogspot.com
Label: politik dan isu semasa
PPK Sibu: PAS jelaskan persepsi negatif Islam cara Umno/BN
![]() SIBU, 10 Mei - Kempen bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu yang masuk hari ketiga hari ini memperlihatkan jentera PAS terus memainkan peranan aktif menjelaskan segala persepsi negatif terhadap Islam yang ditanam Umno BN. Semua saluran yang ada diguna sebaiknya termasuk ziarah rumah ke rumah yang dilihat paling berkesan mencapai matlamat itu. Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar berkata selain ziarah, PAS juga membuat edaran risalah, kuliah selepas solat, ceramah dan jamuan bagi bertemu masyarakat setempat. "Pemuda PAS termasuk ahli-ahli parlimen kita, mengikut jadual yang diatur oleh DAP. "Kita tumpu kepada memberi penjelasan kepada masyarakat bukan Islam di sini berhubung Islam dan perjuangan yang dibawa Pakatan Rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Jerai. Mengulas kempen pihak lawan Firdaus berkata, Umno BN masih mengekalkan teknik kempen cara lama iaitu menanam sikap perkauman kepada masyarakat. Poster dan billboard BN katanya sering membawa mesej provokasi perkauman. "Walaupun Umno BN guna cara macam tu, tapi saya rasa orang di sini sudah faham politik. "Kehadiran PAS saya lihat seperti ditunggu-tunggu, dan mereka layan kita seperti sudah bersedia membuat perubahan," katanya lagi. Mengulas penerimaan rakyat kepada kedua dua calon, beliau berkata masih terlalu awal untuk membuat penilaian, namun meletakkan aras 50-50 untuk Pakatan Rakyat menang pada PRK itu. Sehingga kini lebih 700 jentera PAS dari semenanjung telah berkampung di sana sejak sebelum penamaan calon lagi. Dan dijangka PAS kan menghatar lebih ramai jentera mereka bagi membantu calon kempen DAP. Pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada Ahad depan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew; calon DAP, Richard Wong Ho Leng; dan calon Bebas, Narawi Haron. |
Label: politik dan isu semasa
Jumaat, 7 Mei 2010
"Kuda lumba" Zaid ditonjolkan,Isu lesen perjudian sukan dilenyapkan


Label: politik dan isu semasa
RM4 juta fitnah, tabung RM20 juta tawan Putrajaya - Husam
Label: politik dan isu semasa
13 MEI DI ULANG LAGI? UMNO MEMANG TERDESAK

Mengulas bidasan orang ramai berhubung kematian remaja 14 tahun - Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis, Azhar menyoal sama ada rakyat mahu tentera mengambil alih negara memandangkan polis didakwa tidak lagi berkesan.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) menjawab, DAP bukannya tidak menghormati jasa polis tetapi mereka tidak mengiktiraf Tan Sri Musa Hassan yang disifatkan sebagai tidak layak menjadi Ketua Polis Negara.
"Tidak ada salahnya kita mengkritik Musa Hassan (Tan Sri) kerana bagi kita dia tidak layak menjadi Ketua Polis Negara, ditambah lagi insiden terbaru melibatkan kematian Aminulrasyid (Amzah)", katanya
Azhar kemudian mengulangi lagi kenyataannya meminta agar pasukan tentera mengawal negara bagi menggantikan polis dan kenyataan itu menyebabkan beberapa penyokong kerajaan meminta Azhar menarik balik pandangannya kerana ia bersifat menghasut.
Ketua pembangkang itu kemudian menarik balik kenyataannya itu selepas akur dengan arahan Speaker supaya berbuat demikian.
Bagaimanapun beberapa ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dan mencadangkan Azhar dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
Usul untuk merujukkan Azhar (BN-Penaga) ke jawatankuasa itu dicadangkan oleh Jagdeep Singh (DAP-Datok Kramat) dan disokong oleh lebih 10 anggota penyokong kerajaan.
Jagdeep Singh semasa mengemukakan usul itu berkata ketua pembangkang itu melanggar peraturan 46 DUN yang melarang mana-mana anggota DUN menyebut perkataan yang berunsur hasutan dan memberontak serta bermusuhan antara kaum.
Speaker DUN Datuk Abdul Halim Hussain yang meluluskan usul itu berkata, notis usul mengenai tindakan itu akan dihantar kepada Azhar.
Sementara itu, Azhar ketika ditemui Bernama berkata beliau bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan tidak khuatir terhadap sebarang tindakan yang bakal dikenakan.
“Saya bercakap seperti itu setelah Umno dan BN dihina dan dituduh sebagai rasuah, samseng dan sebagainya dan saya sanggup berhadapan dengan sesiapa pun walaupun dibawa ke mahkamah," katanya.
* Itulah modal umno dari dulu kini dan selamanya...umno tahu memang terlalu sukar untuk menawan kembali P.Pinang....13 Mei senjata terdesak umno lapok....
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Label: politik dan isu semasa
Kickdefella terkucil apabila Husam mencabarnya
Saya gembira kerana - Isu RM4 juta: Husam buat penjelasan terbuka malam ini. Dan, saya akan berusaha untuk mendapatkan video ceramah tersebut. InsyAllah saya akan uploadnya di Facebook dan juga youtube sekiranya tiada orang yang tolong upload.
Ramai orang menyalahkan Dato' Husam akan perihal Kickdefella dan RM4 juta. Bagi saya, jika benarlah Dato' Husam terlibat dalam dana RM4 juta ini, saya mengucapkan terima kasih kepada dia kerana, beliau sanggup berhempas pulas mencari dana untuk melawan UMNO.
Kerja kita selaku ahli PAS dan juga Pakatan Rakyat adalah menghapuskan UMNO dari Malaysia ini, supaya PR dapat memenangi pilihan raya dan berjaya memerintah Malaysia. Jika dana RM100 juta sekalipun saya akan tetap bersama dengan Dato' Husam.
Mengapa perlu disokong? Kerana wang tersebut bukan diambil dari wang rakyat, sebabnya Kerajaan Negeri Kelantan telah menafikan penglibatan GMC dalam kerajaan dan juga PAS Pusat dan PAS Negeri Kelantan telah pun menafikan RM4 juta ini. Sekiranya berlaku rasuah, saya yakin dan percaya SPRM akan mencari mereka berlima, yang dikatakan oleh Kickdefella sebagai pemberi dana bagi GMC.
Kickdefella seharusnya menyambut cabaran Dato' Husam, supaya menyebut nama beliau jika benar-benar beliau terlibat dalam angka RM4 juta tersebut. Dato' Husam ada menyebut kepada Malaysiakini:
"Setakat ini saya tidak perlu menjawab, kerana dia (Syed Azidi) tidak menyebut nama saya secara jelas di antara lima orang yang disebut-sebut sebagai dalang dalam gerakan itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini. - MalaysiakiniItu adalah cabaran Dato' Husam kepada Kickdefella, jika Kickdefella berani, sila sebut nama Dato' Husam di dalam blog beliau. Jika tidak, ternyata beliau adalah penakut. Kickdefella tidak berani berdepan dengan Dato' Husam, dia hanya berani memberi persepsi yang salah sahaja kepada Dato' Husam.
Syabas sekali lagi kepada Dato' Husam kerana membuat penjelasan secara terbuka. Mapuh UMNO!
http://setelah.blogspot.com
Label: politik dan isu semasa
Khamis, 6 Mei 2010
MENANG PILIHANRAYA KECIL,SALAHKAN KAUM CINA
Label: politik dan isu semasa
Apa salahnya RM4 juta untuk kalahkan Pak Lah
Bahkan, beliau sendiri sanggup untuk melakukan kerja menjatuhkan Umno dan BN yang sememangnya tidak baik itu jika diberikan wang sebanyak itu.
Bagi Mahfuz, isu itu sebenarnya, tidak wajar dipolemikkan kerana sebagai sebuah parti, memang menjadi kerja dan tugas PAS melawan kerajaan yang ada untuk menubuhkan kerajaan yang lebih baik.
Katanya, ahli PAS sanggup menggadaikan apa sahaja yang mereka ada untuk memperjuangkan Islam yang dibawa oleh PAS.
Beliau mengulas dakwaan blogger Sheikh Kickdefella atau Syed Azidi Abdul Aziz yang mendakwa beliau diberikan wang RM4 juta untuk menjalankan operasi gerak saraf menjatuhkan Umno dan BN pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelang pilihan raya umum ke 12 lalu.
Jika sekiranya tidak benar pun dakwaan Kickdefella itu, beliau berkata, PAS sebagai sebuah parti politik akan tetap berkempen supaya rakyat menolak politik perkauman dan kezaliman yang dilaksanakan oleh para pemimpin Umno dan BN yang menggunakan prasarana kerajaan untuk melawan rakyat.
“Benar tidak benar dakwaan RM4 juta itu, memang saya tidak tahu, tetapi kalau tak benar pun, PAS tetap buat kerjanya berkempen supaya Umno BN kalah dalam pilihan raya depan,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
“Kalau betul pun, apa salahnya, memang keberadaan PAS dan parti-parti pembangkang yang lain sejak PRU 12 lalu adalah untuk pertahan kerajaan negeri (Kelantan), kuasai negeri-negeri (hatta) kerajaan Persekutuan sendiri,” tegas beliau.
Menurut Mahfuz, imej Abdullah sememangnya buruk bukan sahaja di kalangan pembangkang, malah di kalangan ahli-ahli Umno.
Maka, media-media pro Umno tidak seharusnya menyalahkan PAS dan pembangkang, sekiranya kelemahan Abdullah itu dijadikan modal berkempen pada PRU 12 lepas.
“Dia (Abdullah) sendiri memang lemah (dan) kelemahannya itu melengkapkan kelemahan yang sedia ada pada Umno itu sendiri (iaitu) mengamalkan rasuah, perkauman melampau dan sebagainya.
“Dia adalah simbol kepimpinan Umno, kalau kita berkempen menyerang Umno, tetapi tidak menyerang Abdullah, itu ajaib namanya,” ujarnya.
Seperti sekarang, fokus PAS sendiri, menurut beliau sudah tentu berkempen kepada rakyat supaya menolak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Sama juga sekarang, Najib adalah simbol kejahatan, simbol korupsi, simbol jenayah berprofil tinggi yang bukan saya saja pertikai, malah dunia sendiri sedang persoalkannya, kalau kita tak berkempen, itu kurang bijak namanya.”
Lanjutan itu, beliau turut meminta pihak berwajib yang dilihat cuba melaga-lagakan PAS dengan penulis Kickdefella, http://kickdefella.wordpress.com supaya menjelaskan motif di sebalik kenyataan masing-masing tentang senario politik tanah air belakangan ini.
“Berapa juta ringgit agaknya yang pemimpin Umno guna wang rakyat untuk rampas kerajaan negeri Perak?
“Benarkah RM100 juta duit rakyat dihabiskan oleh Umno BN untuk rampas semula Hulu Selangor baru-baru ini?
“Yang mereka (Umno) tahu memburukkan Datuk Zaid Ibrahim yang sudah pun bertaubat dengan pelbagai fitnah di media masa.
“Kenapa tindakan Umno menggadai dua telaga minyak kita (Blok L dan M) bernilai USD320 bilion pada Brunei tidak dilaporkan dengan baik?" soal beliau.
Menurut beliau, sepatutnya semua pihak lebih prihatin terhadap inisiatif kerajaan pusat membayar lebih RM77 juta pada firma perunding antarabangsa APCO Worldwide (IAC), firma yang dikaitkan dengan Zionis-Israel demi memperbaiki imej seorang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“RM77 juta dibayar pada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Zionis-Israel, sepatutnya (isu APCO) ini yang lebih dipedulikan,” jelasnya.
Katanya lagi, sekiranya ada mana-mana jutawan sudi memberi sejumlah wang yang sama, RM77 juta kepada beliau untuk berkempen supaya Umno BN kalah dalam PRU13 kelak, beliau bersedia untuk mengambil duit tersebut.
“Iya...kalau ada jutawan mana-mana yang nak beri saya RM77 juta, bukan beri kepada syarikat pro Zionis-Israel, agar PAS boleh berkempen untuk mengalahkan Umno BN dalam pilihan raya (umum) ke-13 untuk dedah siapa Najib sebenarnya, saya akan terima,” ujarnya dalam nada berseloroh.
“Saya ingat, semua parti pembangkang pun sudi terima sumbangan ikhlas oleh mana-mana pihak kerana mereka pun mahu selamatkan Malaysia dari terus dimusnahkan oleh politik perkauman Umno ini,” katanya.
Beliau berkata, tanpa RM4 juta pun, ahli-ahli PAS tetap akan turun berkempen dalam pilihan raya demi menghadapi Umno BN.
“PAS bukan setakat RM4 juta, nyawa pun mereka akan wakafkan untuk perjuangan Islam, demi menjatuhkan kerajaan yang nyata menerima petunjuk APCO Zionis-Israel.”
Sejak beberapa bulan lalu, Kickdefella dilihat mengkritik Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat serta beberapa pemimpin PAS Kelantan secara terbuka menggunakan blog peribadinya.
Ekoran kritikan tersebut, beberapa pihak seperti Datuk Nik Mohd Amar Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan), Fadli Shaari (Ketua Penerangan Pemuda PAS negeri) serta blogger Tulang Besi atau Abdul Rahman Talib (pemilik blog MalaysiaWaves) bertindak mencabar beliau mendedahkan dalang di sebalik aktiviti korporatnya melalui Global Media Channel.
Demi membuktikan diri terlibat mempertahan kerajaan negeri Kelantan dari jatuh ke tangan Umno, Kickdefella mendedahkan bahawa beliau menerima RM4 juta dari pihak tertentu untuk menjalankan kerja-kerja mempertahankan kerajaan negeri.
Kini beliau disiasat oleh SPRM dan telah mendedahkan bagaimana dan daripada siapa wang itu diterimanya.
Dalam sidang medianya tengah hari tadi, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan PAS terlibat memberikan wang itu kepada Syed Azidi namun beliau tidak tahu kalau-kalau ada pemimpin PAS terlibat.
Label: politik dan isu semasa
KOS MAJLIS RM1 JUTA: KENAPA BERLAKU PEMBAZIRAN?
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) cukup bimbang dengan pendedahan yang di buat oleh Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) berhubung laporan bahawa agensi dan jabatan kerajaan membelanjakan lebih RM1 juta untuk beberapa perasmian majlis setelah siasatan yang dijalankan tahun lepas oleh PAC baru-baru ini.
DPPN Pk amat menyokong penuh pendedah tersebut atas sifat menyelamatkan wang rakyat supaya ianya disalurkan bagi tujuan rakyat dan bukannya menguruskan perasmian majlis agensi atau jabatan kerajaan semata-mata. DPPN Pk tidak mengetahui motif sebenar pendedahan Datuk Seri Raja Ahmad yang banyak menimbulkan persoalan-persoalan setelah komen yang di buat oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semalam.
DPPN Pk difahamkan bahawa semua majlis perasmian agensi atau jabatan kerajaan tersebut sudah semestinya yang di hadiri sendiri oleh Datuk Seri Zambry. Ini bermakna terlalu banyak perasmian majlis diadakan pada tahun lepas yang di hadiri oleh Datuk Seri Zambry yang menyebabkan kos majlis meningkat sepertimana yang didedahkan. Datuk Seri Raja Ahmad seolah-oleh memberikan gambaran buruk krebiliti Datuk Seri Zambry di dalam perkara ini.
DPPN Pk menjangkakan bahawa Datuk Seri Raja Ahmad tidak mungkin akan dilantik sebagai Exco kerajaan negeri malah Pengerusi PAC mungkin akan ditukar. DPPN Pk bukan ingin mencampuri urusan Barisan Nasional (BN) tetapi jika Datuk Seri Raja Ahmad yang sanggup kehilangan jawatan-jawatan penting di atas mendedahkan pembaziran wang rakyat adalah seorang yang berintegriti walaupun Datuk Seri Zambry dan media memahami sikap sebenarnya.
SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
http://dppperak.blogspot.com/
Label: politik dan isu semasa
Penyerahan Sempadan: Cadangan Saman Awam Rakyat Malaysia
Kedaulatan wilayah adalah penting untuk setiap negara. Sepanjang sejarah, banyak perselisihan wilayah berlaku antara negara-negara yang telah mengakibatkan perang. Pengasas negara Malaysia memberikan penghormatan yang tinggi untuk melindungi wilayah kita dengan menyediakan peruntukan dalam Artikel 1 dan 2, Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi negara ini. Berasaskan latarbelakang ini, pendedahan tentang urus keluar wilayah Malaysia kepada Brunei adalah memeranjatkan.
Tidak kira betapa berkuasanya seseorang Perdana Menteri itu, namun Perlembagaan Persekutuan tidak sekali-kali membenarkan seseorang Perdana Menteri Malaysia menyerahkan sesuatu wilayah Malaysia kepada negara lain samada di daratan atau lautan.
Perbuatan demikian adalah sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan hanya dengan persetujuan Parlimen melalui rang undang-undang yang dibentang dan diluluskan oleh Parlimen sahaja sempadan negara boleh diubah.
Bertolak dari peristiwa penyerahan sempadan laut Malaysia kepada Brunei, kami menuntut tindakan berikut ini dari Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib ;-
Mendedahkan kepada awam semua perhubungan antara Putrajaya dan Brunei, Sabah, Sarawak dan Petronas sehingga berlakunya penyerahan ini;
Pendedahan semua keputusan Kabinet mengenai perkara ini atau ;
Menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja yang bebas dan telus untuk menyiasat isu ini ;
Peristiwa penyerahan sempadan seperti ini dak pernah berlaku dalam sejarah moden negara. Peristiwa penyerahan pulau dan wilayah hanya berlaku sewaktu zaman penjajahan dulu kala dan telah menjadi lipatan sejarah. Kenapa ia diulangi lagi seperti kita sudah berdaulat?
Tindakan mengeluarkan sempadan negara, kemudian mengeluarkannya tanpa mengikut tatacara berperlembagaan dan bersifat unilateral dari Kerajaan Pusat, akan mengakibatkan terlalu banyak implikasi kepada negara kita. Satu darinya ialah integriti dan kedudukan Petronas sendiri sebagai badan multinasional yang terpaksa membatalkan kontraknya dengan pihak lain yang akan menunjukkan kontrak-kontrak dengan Petronas adalah tidak terjamin sekaligus akan melemahkan Petronas.
Selepas satu tempoh yang memuaskan berlalu tanpa sebarang tindakan seperti yang saya cadangkan di atas, saya mencadangkan sebilangan rakyat Malaysia memfailkan saman awam warga negara Malaysia (citizen civil suit) ke atas Kerajaan Malaysia untuk mendapatkan pengisytiharan penyerahan ini adalah tidak sah dan bertentangan dengan kehendak Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan seperti yang saya sebutkan.
Saya berharap ahli-ahli Parlimen, para peguam, NGO, dan orang perseorangan termasuk dari Sabah dan Sarawak, boleh bersama saya nanti memfailkan kes ini di mahkamah.
Saya juga akan menulis surat kepada semua ADUN Sabah dan Sarawak untuk mencadangkan kepada mereka agar menyatakan pendirian mereka dalam isu ini dan memanggil satu sidang DUN khas untuk membahaskan isu ini.
Sesiapa yang berasakan bertanggungjawab ke atas keputusan-keputusan sewenang-wenangnya menggadai wilayah negara ini, boleh menghubungi saya atau pembantu saya menerusi alamat emel gadailautmalaysia@gmail.com.
YB Dato’ Haji Husam Haji Musa
http://cetusan-hati.blogspot.com
Label: politik dan isu semasa
Sensasi: Misi Tutup Skandal Scorpene Altantunya, Akhirnya Najib Terpaksa Hantar Bekas Panglima ATM Yang Terhina Jadi Duta Malaysia Ke Perancis

[Apa yang pasti perlantikan bekas Panglima Angkatan Tentera ini sudah pasti mempunyai misi yang telah dirancang dengan baik sebenarnya. Tambahan pula kini terdapat berita gempar tentang Misi seorang anggota perundangan Perancis, Joseph Breham telah memfailkan aduan mahkamah di Paris berhubung skandal pembelian kapal selam kepada kerajaan Malaysia. Bukankah misi ini perlu dihentikan jika mahu nama Malaysia terutamanya Najib Razak tidak tercalar dipersada antarabangsa. Lantaran itulah, langkah terbaik Najib perlu menghantar orang yang ada kaitan dengan angkatan tentera untuk melaksanakan tugasan tersebut. Apapun, kita amat yakin bahawa misi ini pasti akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar selepas ini. Bak kata pepatah "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga". Apapun, tahiah kita ucapkan kepada Tan Sri Dr.Abdul Aziz Zainal atas perlantikan beliau yang cukup bermakna dan misteri itu]
http://pahangdaily.blogspot.com
Label: politik dan isu semasa