
Tabarruj bererti wanita  menunjukkan dan memperagakan perhiasan dan kecantikannya untuk menarik  perhatian kaum lelaki dan meransang keinginan mereka. Dalil: Surah al-Ahzab ayat 33.
Tabarruj jahiliyyah bererti  wanita membuka niqabnya hingga mendedahkan muka, kecantikan dan  perhiasannya.
Tabarruj hari ini tidak  sesuai diistilahkan dengan tabarruj jahiliyyah kerana wanita sekarang  bukan setakat membuka tutupan muka dan memperagakan kecantikannya tetapi  lebih dari itu.
Tabarruj hari ini dengan mendedahkan separuh tubuh,  malah lebih dari itu.
Istilah yang lebih  sesuai ialah istilah yang pernah digunakan oleh Rasulullah s.a.w dalam  sabdanya yang bermaksud ‘separuh  telanjang’ (al-kaasiaat al- ‘aariyaat).
Tabarruj  yang diHARAMkan ialah:
-  Tabarruj di luar rumah dengan berhias bukan untuk suami.
- Mendedahkan muka dengan tujuan meransang keinginan dan  syahwat lelaki.
- Bersolek dan berhias  belebihan.
- Menggunakan alat-alat solek /  make-up.
- Mempercantikkan bibir, alis  dan pipi (mempercantikkan raut muka).
-  Dan lain-lain.
- Termasuk dalam istilah  tabarruj ialah fesyen-fesyen pakaian. Ini kerana pada dasarnya pakaian  wanita sama dengan pakaian lelaki iaitu menutup aurat.
Ciri  pakaian syar’ie wanita ialah:
- pakaian mestilah meliputi seluruh tubuh wanita
- pakaian itu mestilah longgar
- tidak nipis
- bukan  pakaian yang mempunyai nilai untuk bermegah-megah dengannya
- tidak menyamai pakaian lelaki
- Pakaian yang tidak memenuhi ciri ini dikira sebagai  pakaian yang tabarruj.
- Berpakaian kemas,  smart dan ceria bukan dikira tabarruj.
Termasuk  dalam istilah tabarruj memakai barang perhiasan diri.
Perhiasan ialah semua yang dijadikan perhiasan oleh  wanita samada pakaian atau sesuatu yang dijadikan perhiasan diri.
Antara perhiasan yang dibenarkan ialah membersihkan  diri dari segala aspek, termasuk membersih sesuatu yang fitrah.
Jenis  perhiasan antaranya:
-  Barangan perhiasan yang terdiri dari emas, perak dan permata.
- Pakaian luar dan dalam
-  Hukum berhias harus, malah ada kalanya sunat kecuali perhiasan yang  telah dinaskan haram. Ia sunat kepada isteri yang suaminya bersamanya,  bukan isteri yang suaminya tiada di sampingnya.
- Semua jenis perhiasan ini harus selagi ia tidak  termasuk ke dalam istilah tabarruj.
Termasuk ke dalam istilah tabarruj ialah bersolek dengan merubah sifat semulajadi:
Termasuk ke dalam istilah tabarruj ialah bersolek dengan merubah sifat semulajadi:
- Mencabut atau dengan apa jua cara untuk menghilangkan  bulu muka. Boleh bagi yang berkahwin untuk suami.
- Mencabut dan membentuk alis. Boleh sekiranya alis yang  asal hodoh dipandang.
- Memerahkan muka.  Boleh bagi yang berkahwin, untuk suami.
-  Lain-lain seperti rambut palsu, wangian berlebihan, celak berlebihan,  …..
- Secara umum, berhias untuk suami  dibolehkan dan tidak dikira sebagai tabarruj.
- Berhias keluar rumah bukan untuk suami adalah  tabarruj.
- Bersolek dan berhias wanita  hari ini telah melebihi dari maksud tabarruj.
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan