Ahad, 30 Mei 2010

Kontroversi: Tindakan Vell Paari Memohon Maaf Kepada PM Najib Dan TPM Muhyiddin Gara-Gara Membela Bapanya Samy Vellu Amat Memalukan !

·

Malang sungguh nasih anak Samy Vellu, Vell Paari (foto) apabila terpaksa memohon maaf atas segala kenyataannya sebelum ini bahawa UMNO yang menyebabkan masalah dalaman MIC. Tindakan beliau memohon maaf itu jelas sekali menghina keluarganya sendiri. Beliau tahu kini bapanya, Samy Vellu sedang berhadapan dengan zaman kegelapan dan bila-bila masa sahaja akan dinyahkan dari kancah politik tanahair. Malah, beliau juga tahu bahawa tindakan pemimpin UMNO yang menyebabkan berlaku perpecahan dalam parti itu. Beliau juga tahu bahawa UMNO juga yang menaja himpunan GAS (Gerakan Anti Samy Vellu) yang bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) esok. Biarpun Mugilan yang dipecat oleh Samy Vellu itu mengatakan tempahan dewan dibuat atas namanya, namun apakah Vell Paari boleh percaya perkara itu. Memang benar namanya tertera pada borang tempahan, tetapi siapa dibelakangnya. Mana mungkin Mugilan mampu menyewa dewan tersebut jika tiada sokongan pemimpin UMNO. Tambahan pula, pejabat dan organisasi UMNO sendiri terdapat di bangunan itu. Maknanya Mugilan hanya menjadi "kuda tunggangan" UMNO untuk menjatuhkan Samy Vellu. Amatlah tidak wajar Vell Paari memohon maaf atas kenyataan beliau yang memang satu keputusan yang amat memalukan sebenarnya. Beliau terpaksa tunduk kepada desakan pemimpin UMNO yang mengganggap beliau biadap gara-gara cuba untuk mempertahankan kenyataan dibuat bapanya si Samy Vellu sendiri.

Semalam Vell Paari memohon maaf kepada PM Najib Razak dan TPM Muhyiddin Yassin ekoran dakwaannya bahawa UMNO adalah punca masalah dalaman MIC. Vell Paari turut memohon maaf kepada seluruh ahli Umno kerana tuduhan melulunya itu sehingga menimbulkan bantahan daripada pelbagai pihak. Beliau dalam satu kenyataan hari ini membuat keputusan itu selepas menjelaskan pendiriannya kepada PM. “Mengambil kira perkembangan semasa, adalah jelas kepada saya bahawa Umno tidak terlibat dalam apa jua cara kempen GAS (Gerakan Anti Samy Vellu). “Banyak pemimpin Umno dengan jelas telah mengatakan pendirian mereka bahawa mereka tidak menggalakkan atau bekerjasama dengan V. Mugilan dalam apa jua cara (dalam menggerakkan GAS). “Oleh itu, saya mahu meminta maaf kepada perdana menteri, timbalan perdana menteri dan juga Umno berhubung kenyataan saya sebelum ini,” katanya yang pernah bertegas enggan menarik balik tuduhannya itu. Sebelum ini Ahli Jawatankuasa Pusat (CWC) MIC itu menuduh Umno menjadi dalang kepada masalah yang wujud dalam MIC dan melakukan 'pembunuhan politik' terhadap parti itu bagi memecah- belahkan Barisan Nasional. Berikutan itu, Muhyiddin menyifatkan anak Presiden MIC itu sebagai biadab. Muhyiddin turut menegaskan bahawa BN dan parti-parti komponennya terutamanya UMNO tidak terlibat sama sekali dalam sebarang usaha yang menimbulkan masalah dalaman MIC. Jika tidak terlibat, kenapa Mugilan jadi calon UMNO di Hulu Selangor dulu sedangkan Samy Vellu sudah ada pilihan.
[Soalnya sekarang, apakah bukti yang UMNO tidak terlibat dengan semua itu. Apakah Vell Paari sudah mendapat ilham tersebut, atau terpaksa akur dengan desakan semua pihak. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Apapun, kita juga berbangga dengan kemelut yang melanda MIC sekarang ini. Selepas MCA berhadapan dengan berbagai isu, kini MIC pula menuruti di belakang mereka. Ternyata sekarang, puak-puak BN sudah tidak mampu untuk duduk semeja lagi. Ia bermakna pakatan karat Barisan Nazak itu sudah mencapai penghujung usia dan bakal layu bila-bila masa sahaja dari sekarang. Langkah terbaik ialah kembali kepada rakyat dan lakukan perubahan untuk masa depan generasi akan datang. Pilihanraya Umum ke-13 bakal menjadi saksi parti manakah yang menjadi pilihan hati rakyat]

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails