Ahad, 30 Mei 2010

Nasib Baik PAS Tolak Kerjasama Dengan Umno

· 0 ulasan


ALHAMDULILLAH, Allah telah selamatkan PAS dari berkawan dengan Umno dengan mengilhamkan kepada pucuk pimpinan PAS agar menolak Umno bagi membentuk sebarang kerjasama politik. Bayangkan jika kerjasama PAS dan Umno menjadi realiti, dimanakah PAS hendak tunjuk muka apabila Umno di bawah Najib ini meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia di dalam keadaan majoriti Non Muslim menentang kegiatan judi ini?


Muktamar Khas Pas sememangnya membuat keputusan yang tepat di mana telah mengambil keputusan menutup pintu rundingan Kerajaan Perpaduan bersama Umno. Di sinilah letaknya kebijaksanaan kepimpinan PAS dengan mengambil pengajaran sejarah lampau musuh politik seagama dengannya itu. Presiden PAS beserta dengan Mursyidul Am PAS telah dapat menghidu dari jauh busuk dan tengiknya Umno ini dan ianya terbukti sekarang. Maka, pendekatan PAS untuk terus melakukan kerjasama dengan PKR dan DAP nampaknya lebih bijak dan lebih berhikmah dari segi strategi politik jangka masa panjang.

Keterbukaan DAP terutamanya di dalam memahami prinsip Islam yang dibawa oleh PAS kelihatan semakin menuju ke arah yang lebih positif. Buktinya, P.Pinang yang kini diterajui oleh DAP di bawah Lim Guan Eng serta merta mengharamkan judi yang baru diluluskan oleh pemimpin Umno itu. Begitu juga di Selangor dengan pemerintahan MB Tan Seri Khalid dari PKR. Sehingga kini saya tidak tahu apakah Kerajaan Negeri Kedah di bawah PAS akan turut mengikuti langkag dua buah kerajaan ini. Negeri Kelantan telah lama mengharamkan judi di negeri tersebut.

Isu judi berbeza dengan isu arak. Judi ditolak 100 % oleh semua agama di negara ini dan kewajaran Kerajaan Pusat untuk meluluskan lesen judi adalah semata-mata kerana inginkan wang yang masuk. Demi wang, mereka sanggup menjadi hina lebih hina dari yang bukan Islam. Pemimpin Umno patut malu dengan Lim Guan Eng yang Non Muslim tetapi amat bertanggungjawab terhadap rakyat di negeri tersebut. Lim Guan Eng tidak mahu rakyat di negerinya diperhambakan dengan judi. Tidak mustahil suatu ketika nanti, hasil hubungan baik PAS dengan DAP dan PKR, satu langkah yang lebih positif akan dapat diusahakan agar arak juga dapat diharamkan terus di bawah negeri-negeri PR.

Inilah yang PAS mahu capai hasil hubungan dengan DAP dan PKR. Bukan semata-mata untuk menegakkan Daulah Islam yang mungkin memakan masa yang agak panjang untuk memberi kefahaman tentang Negara Islam kepada mereka. Umno yang ahli-ahlinya majoriti Islam dan Melayu itu pun masih buta hati tentang perundangan Islam, inikan pula DAP dan ahli-ahli Non Muslim dari PKR. Jika Umno tidak buta hati mereka, sudah lama Umno akan dibubarkan dan mereka akan bersatu di bawah PAS.

Mungkin ada segelintir penyokong-penyokong atau ahli PAS yang dahulunya kecewa apabila PAS menolak Kerajaan Perpaduan bersama Umno, tetapi kini mereka telah diperlihatkan dengan wajah Umno yang sebenarnya. Wajah yang berselimut dengan Apco serta sekutu perniagaan judi itu sememangnya bukan jenis kawan yang halal untuk PAS bersekongkol. PAS lebih bermaruah jika terus bersama dengan DAP dan PKR, melainkan Umno akan berubah untuk mengenali agamanya yang sebenar./wfauzdin.blogspot.com

Gempar Kasut Crocs Ada Kalimah Allah

· 0 ulasan


h.h


Assalamualaikum,

Now, ramai dah mula bercakap mengenai kasut crocs mempunyai kalimah Allah pada logonya. Saya harap ustaz dapat memeberi pandangan dalam hal ini. Boleh dikatakan ramai orang Malaysia pakai brand ini samada original mahupun yang tiruan. (Lihat Gambar)

Jawapannya

Umat Islam dari zaman Nabi Muhammad sehingga sekarang tidak sepi dari cubaan musuh Islam untuk menyesatkan akidah umat Islam. Berbagai cara, teknik dan metode mereka gunakan untuk jatuhkan akidah umat Islam. Dahulu mereka gunakan teknik kekerasan iaitu peperangan, pembunuhan dan penindasan untuk menyekat kebangkitan umat Islam..

Tetapi teknik ini seringkali menghadapi jalan kegagalan dan kebuntuan musuh Islam. Sekarang mereka menggunakan kaedah baru iaitu dengan menggunakan psikologi, hiburan, budaya dan penindasan. Mereka masukkan siaran-siaran yang melalaikan seperti filem-filem keagamaan mereka, pelakon yang tidak menutup aurat, 18 sx dan sebagainya. Teknik baru yang digunakan oleh musuh Islam ini sangat berkesan sehingga dapat memecahkan beberapa fahaman umat Islam, di antaranya ialah seperti Islam librare, Islam sikular, Islam Moden, Islam Tradisional dan sebagainya. Apabila Islam telah berpecah mudah bagi mereka untuk menghancurkan Islam sepertimana yang telah berlaku kepada zaman kejatuhan pemerintahan Khalifah Uthmaniah Turkey. Sekarang umat Islam tidak terbela lagi sehingga darah daging umat Islam sama nilainya dengan ikan-ikan busuk di pasar malam dan pasar minggu.

Umat Islam sekarang menghadapai masalah sosial yang paling serius dan susah untuk diubati lagi, kecuali dengan undang-undang Islam. Sering kita dengari di dalam media masa, umat Islam paling ramai dengan sumbang mahram, seks bebas, buang anak, penyalah gunaan dadah, rempit, malas belajar dan sebagainya. Ini semua berlaku adalah dari agenda terancang musuh Islam dahulu, kini dan selamanya hingga kiamat.

Yang Terbaru, ialah penghinaan Kalimah Allah di kasut, tatu badan, rantai samseng, tali pinggang dan sebagainya. Ini semua merupakan penghinaan kepada agama Islam dan umat Islam. Selagi mana umat Islam tidak bersatu, maka selagi itulah musuh Islam berani untuk menghina Islam. Sebenarnya saya dah buat satu artikel berkaitan masalah ini, klik sini untuk membacanya.

Kembali kepada perbahasan asal artikel ini, masalah logo kepada kasut crocs yang hangat diperkatakan oleh orang sekarang ini. Setelah saya lihat logonya memang sangat serupa dengan kalimah Allah sama ada original atau tiruan. Pendapat saya, lebih baik elak dari membelinya dan elak dari memakainya, kerana kita dikira bersekonkol melaksanakan kerja jahat syarikat tersebut dalam menjatuhkan maruah Islam. Walaupun kita kuat sembahyang, tutup aurat, kuat sedekah dan berbagai ibadah yang lain kita buat, tetapi masih menggunakan kasut berlogo kalimah Allah, maka tiada gunanya ibadah kita selama ini, kecualilah kepada orang yang tidak tahu bahawa kasutnya ada kalimah Allah. Inilah yang disifatkan oleh Nabi Muhammad bahawa umatnya di akhir zaman diibaratkan seperti buih atau sampah di lautan, tiada tindakan yang boleh dibuat untuk membasmi masalah kasut logo kalimah Allah ini.

Saya percaya ada sebahagian umat Islam akan mengatakan bahawa “inilah kerja ustaz dan orang agama itu tak boleh ini tak boleh semua haram”. Ada yang kata “alamak ustaz kasut nih sedap pakai dari kasut-kasut lain, kerana ia mudah dan senang, nak ambil air wuduk pun mudah nak pi jamban pun mudah”. Anda semua perlu ingat, Walau apa cara sekalipun hatta menggadaikan harta dan nyawa untuk mempertahankan Islam, maka wajib kita kena buat dan tiada terkecuali, kerana menjaga agama adalah kewajipan bagi umat Islam semua. Biarlah susah sikit untuk perkara dunia dan senang untuk perkara akhirat. Ganjaran sangat besar bagi orang yang sanggup mengorbankan dirinya untuk menagih cinta Ilahi. Kerja sebagai seorang Ustaz atau pendakwah ini sangat berat dan membetulkan salah orang, kalau bukan ustaz membetulkan salah orang siapa lagi. Adakah artis akan membetulkan salah masyarakat? Jelas ini memang kerja ustaz dan pendakwah, memang kena tegur kesalahan orang dan bukan menegur kesalahan binatang atau haiwan.

Saya seru kepada semua, jom kita boikot syarikat kasut tersebut dengan rasa sensetifnya terhadap penghinaan kalimah Allah tersebut. Inilah cara yang kita mampu buat dari yang lain dan kita sama-sama doakan agar kerajaan mengambil tindakan yang tegas terhadap syarikat-syarikat yang meletakkan kalimah Allah kasut dan sebagainya. Sebagai tanggungjawab Islam, maka wajiblah kita menyampaikan perkara kebaikan kepada saudara-saudara sesama Islam mengenai masalah ini. Saya akan buat aduan JAKIM tentang masalah kasut yang menggunakan kalimah Allah ini, sebagai rasa bertanggungjawab.
Copy dari blog http://www.ustaznoramin.com/2010/05/kasut-crocs-ada-kalimah-alla

Mengapa Jamil Khir, Mufti dan Ulama Umno ‘terkunci mulut’?

· 0 ulasan

  Tarmizi Mohd Jam

PAS amat kesal, walaupun tidak terkejut dengan tindakan ‘mengunci mulut’ Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Jamil Khir Baharom, seluruh mufti dan para ulama Umno di negara ini apabila berdepan dengan isu pemilikan saham Amanah Raya Berhad (ARB) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam syarikat perjudian Magnum Corporation dan syarikat arak terkemuka Calsberg.

Lajnah Pekerja & Sumber Daya Rakyat PAS Wilayah Persekutuan menyifatkan Jamil Khir sebagai menteri yang menjaga hal ehwal agama patut bertanggungjawab sepenuhnya menasihati Kerajaan Umno-BN dalam perkara yang amat serius, melibatkan pelanggan dan pencarum (pekerja) di kalangan umat Islam di negara ini.
PAS berpendapat ARB yang menjalankan tugas memegang amanah rakyat seharusnya bebas dan bersih daripada sebarang label dalam syarikat perjudian. Apa yang menghairankan mengapa Kerajaan Umno-BN ‘terkunci mulut’ dalam perkara ini sedangkan dalam isu-isu yang melibatkan Pakatan Rakyat, segala macam pemimpin Umno-BN begitu ghairah mendalangi propaganda dan manipulasi.
Sikap anti arak yang ditampilkan Umno-BN sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor dengan menentang tabiat buruk Dato' Zaid Ibrahim meneguk arak semasa mudanya, dan beberapa siri demontrasi Umno membantah Kerajaan Selangor dalam isu penjualan arak di tempat terbuka patut dipuji; tetapi realitinya tindakan dan sikap itu hanyalah ‘lakonan munafik’ apabila isu melibatkan pendapatan negara dan wang rakyat dalam pelaburan judi dan arak, mereka hanya membisu dan memekakkan telinga.
PAS mahu semua Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri membentangkan isu ini kepada mufti dan membawanya kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk tindakan lanjut demi mempertahankan maruah umat Islam di negara ini. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan mufti harus berpendirian tegas setelah banyak pihak kesal dengan langkah yang diambil Perkeso dan ARB ini, sekalipun ulama Umno enggan bersuara.
ARB memiliki saham Magnum terdedah berdasarkan Laporan Tahunan Magnum Corporation 2006 yang menyatakan Amanah Raya Berhad memiliki lebih 11 juta unit saham dalam syarikat judi itu. Sementara, Laporan Tahunan 2007-2009 syarikat Calsberg Brewery Malaysia Berhad, mendapati Perkeso berada di tangga ke lapan dengan 2. 155,700 pegangan saham.
TARMIZI MOHD JAM
Setiausaha Lajnah (Biro) Pekerja dan
Sumber Daya Rakyat PAS Wilayah Persekutuan

Usia bantah keras konsert Inul Daratista

· 0 ulasan

Pertubuhan Islam Seluruh Sabah atau Usia membantah keras konsert ‘raja gelek Indonesia – Inul’ di Keningau.Naib Ketua pertubuhan itu, Mohd Zaki Laumin, memberitahu dalam satu temuramah;

http://solocybercity.files.wordpress.com/2010/03/inul.jpg“Konsert itu tidak sesuai sama sekali diadakan di sebuah bandar yang pembangunan agama Islam sedang diperkasakan.”

Katanya, gaya persembahan Inul Daratista boleh mempengaruhi akhlak golongan remaja.

“Perjuangan kita di sini adalah untuk memperkasakan akhlak generasi muda, dan kita tidak mahu pemikiran golongan ini terpesong dengan pengaruh hiburan yang seperti itu,” katanya.

Inul dijangka akan membuat persembahan di sini pada 28 Mei ini, melalui satu pakej hiburan panas yang dianjurkan oleh sebuah syarikat yang tidak dinamakan.

Zaki berkata, Usia memandang serius penganjuran konsert itu dan mendesak kerajaan supaya campur tangan.

“Kita bukan menentang pembangunan hiburan, tetapi kita perlu berhati-hati terhadap setiap bentuk hiburan yang dibawa ke bandar ini,” katanya dan mempersoalkan;

“Bagaimana permit konsert itu boleh diluluskan tanpa sebarang penapisan,”.

Di Bandar Tawau, konsert itu turut mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, apa yang mereka sifatkan nilai-nilainya bertentangan dengan agama Islam.

Malahan Zaki berkata, Inul sendiri seorang yang beragama Islam dan seharusnya tahu bahawa unsur-unsur persembahannya boleh mempengaruhi akhlak penonton.

Naib ketua itu yang menekankan, masyarakat Islam khususnya dan yang lain harus bersatu untuk menentang konsert itu.

“Apa yang sedang saya usahakan ini adalah untuk memberi perlindungan kepada masa depan generasi rakyat di sini,” tambahnya.

Sejak lebih seminggu di Keningau, bahang konsert Inul yang sinonim dengan gelaran ‘Raja Gelak Gerudi’ di sini rancak diperkatakan di kedai-kedai kopi, dan pasti mereka yang tidak sabar menanti adalah ribuan warga pendatang asing tanpa izin (PATI) di Keningau. -NST

Implikasi persetujuan Mohd Najib-Lee Shien Loong

· 0 ulasan


DARIPADA laporan media massa mengenai persetujuan antara Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Shien Loong, fakta berikut boleh dikesan.

1. Singapura tidak berhasrat menyambung Perjanjian Air 1961 dan akan menyerahkan loji pembersihan di Johor kepada negeri itu apabila perjanjian tamat;


2. Tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura, bermula dengan stesen Tanjong Pasar, akan dimajukan;

3. Pemajunya adalah M&S Private Ltd. Khazanah Nasional Berhad pegang 60 peratus saham dan Temasek 40 peratus;

4. Stesen KTM Tanjong Pagar akan ditutup dan stesen Woodlands jadi stesen terakhir. Menjelang 2018, stesen Woodlands mungkin ditutup. Johor Baru jadi stesen terakhir KTM di sebelah selatan;

5. Persetujuan Mohd Najib-Shien Loong selaras dengan perjanjian “Malaysia-Singapore Points of Agreement (POA), 1990;

6. POA ditandatangani oleh PM Singapura ketika itu, Lee Kuan Yew dan Menteri Kewangan Malaysia waktu itu, Daim Zainuddin, pada 27 November 1990;

7. Di bawah perjanjian itu, KTM akan kosongkan stesen Tanjong Pagar dan berpindah ke Bukit Timah. Tanah KTM antara Bukit Timah dan Tanjong Pagar akan kembali kepada Singapura;

8. Tanah Tanjong Pagar akan diserahkan kepada sebuah syarikat sendirian berhad untuk dimajukan dengan pembahagian saham 60 peratus untuk Malaysia dan 40 peratus untuk Singapura;

9. Fakta sejarah – tanah KTM seluas 217 hektar dan merentasi 20 hingga 30 kilometer ke dalam wilayah Singapura diperoleh di bawah ordinan penjajah Inggeris pada tahun 1918 yang secara khusus menyebut bahawa tanah itu adalah untuk kegunaan KTM) bagi tempoh masa 999 tahun;

10. POA tidak dilaksanakan dengan serta-merta kerana Malaysia bimbang ia terpaksa (atau dipaksa) menyerahkan kawalan ke atas sebahagian atau semua tanah KTM itu kepada Singapura;

11. Soalnya adakah Pentadbiran Mohd Najib tidak merasi kebimbangan yang sama apabila bersetuju melaksanakan pembangunan semula stesen Tanjong Pagar atas dasar 60 peratus Malaysia dan 60 peratus Singapura itu?

12. Adakah tanah KTM itu akan berpindah hak milik kepada Singapura dan kemudiannya diserahkan kepada syarikat usaha sama Khazanah-Temasek untuk dimajukan?

13. Perlu juga ditanya dan dijawab sama ada pembangunan semula stesen Tanjong Pagar itu akan memperbaiki atau memburukkan daya tarikan serta daya saing Iskandar Malaysia yang juga ditujukan kepada pelabur dan pembeli Singapura?;

14. Apakah pembabitan Khazanah dalam projek raksasa Tanjong Pagar itu tidak akan menyebabkan pengaliran keluar pelaburan terus (FDI) dari Malaysia ke Singapura? dan

15. Apakah Khazanah akan meminjam daripada pasaran kewangan Singapura untuk membiayai penyertaannya dalam projek itu?

Perlu disebutkan iaitu sejak 2006, lebih banyak pelaburan langsung Malaysia mengalir ke Singapura daripada FDI Singapura masuk ke Malaysia.

Kita harap pihak berkuasa akan memberi jawapan kepada kemusykilan kita ini kerana kita tidak mahu sejarah lama berulang kembali di mana kepentingan kita tidak dilindungi sepenuhnya.

Berita buruk Pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan dua blok padang minyak kepada Brunei tahun lalu dan pembatalan Projek Jambatan Bengkok pada tahun 2004 masih menghantui kita.

Memandangkan sensitiviti perhubungan dua negara, adalah keterlaluan kalau kita mengharapkan kemajuan yang lebih besar. Namun kita tidak boleh mengenepikan begitu sahaja isu-isu tertangguh yang lain seperti simpanan rakyat Malaysia dalam Tabung Simpanan Pusat (CPF) dan hak Malaysia membina semula Tambak Johor di wilayahnya. http://kadirjasin.blogspot.com/ 

Mungkinkah Umno Menghalalkan Pelacuran Selepas Ini?

· 0 ulasan




Dalam konteks politik di Malaysia, persepsi saya mendapati UMNO adalah sebuah parti yang paling jahat,zalim dan kejam lebih daripada bangsa Yahudi yang disebut di dalam al-Quran. Bangsa Yahudi yang dilaknat Allah swt sampai hari kiamat, tidak senang duduk tanpa melakukan sesuatu yang boleh memalingkan akidah umat Islam daripada berpegang teguh kepada ajaran agama mereka, atau dengan lain perkataan bangsa Yahudi ini mahu melihat ada di kalangan umat Islam murtad daripada agama mereka.

Mereka tidak peduli sama ada orang Islam itu sembahyang atau tidak, pakai tudung atau tidak, menutup aurat dengan sempurna atau tidak, yang penting selagi nama mereka Islam, selagi itu mereka cari jalan untuk memalingkan akidah orang-orang Islam. Ini kerana Yahudi boleh diibaratkan sama seperti syaitan, syaitan yang sudah tidak boleh masuk syurga akibat perbuatannya sendiri, telah disumpah oleh Allah dan layak menjadi ahli neraka. Oleh itu mereka berazam bersungguh-sungguh untuk memastikan ada di kalangan makhluk bernama manusia pun masuk neraka, begitulah juga perangai Yahudi, mereka sebenarnya mengetahui bahawa mereka adalah ahli neraka, justeru ketidak puasan hati yang ada dalam diri mereka, sentiasa mahukan bangsa manusia selain mereka juga masuk neraka.
Sifat dan ciri-ciri yang ada pada bangsa Yahudi itu ada di dalam jiwa ahli-ahli, penyokong dan para pemimpin UMNO. Saya percaya, sekiranya UMNO itu wujud di zaman jahilliah, maka sudah tentu UMNO juga akan turut dibicarakan dan dibincangkan seperti mana Abu Jahal bersama kaum quarish sehingga hari kiamat. Alasan saya mudah sahaja kerana UMNO terus berkempen siang-malam, masuk kampung keluar kampung membawa dakyah palsu memutar-belitkan fakta menyalahkan orang lain, berperanan baling batu sembunyi tangan dan sindrom penafian menjadi amalan UMNO dulu, kini dan selama-lamanya.
UMNO menggunakan seluruh saluran media kononnya merekalah yang terbaik untuk membawa agama, bangsa dan Negara ke arah kebahagian sejati, tetapi hakikatnya UMNO membawa agama, bangsa dan Negara ke lembah kehancuran. Lihat saja apa yang UMNO telah buat sesudah memerintah selama 52 tahun dan kini UMNO menjangkau usia ke-64 tahun. Apa terjadi kepada agama, bangsa dan Negara dalam tempoh tersebut? Tepuk dada, Tanya iman masing-masing.
Tindakan UMNO paling jahat ialah menyalah golongan, puak atau kumpulan yang tidak sebulu atau tidak sealiran dengannya. Mengikut pendapat mereka, mereka sahaja yang betul dan benar. Bertindak berpandukan perlembagaan dan undang-undang, malah lebih dashat dari itu mereka mengaku yang mereka mengikut ajaran Islam sebenar. Mereka banyak melakukan kerosakan di bumi Malaysia .
Sistem pentadbiran Negara menjadi hancur dan tunggang terbalik. UMNO menguasai semua saluran pentadbiran sehinggakan tidak muncul lagi system check and balance dalam kerajaan yang memerintah. Gejala rasuah yang keji telah diangkat menjadi satu budaya baru dalam masyarakat. Ianya berlaku dalam semua sector, lebih-lebih lagi dalam sector politik UMNO sendiri dan dalam bidang perniagaan. Penaraju utama tanpa malu dan segan boleh melibatkan diri dalam aktiviti rasuah dan melanggar undang-undang yang digubalnya sendiri seperti yang berlaku dalam PRK Hulu Selangor dan Sibu.
Malang bagi umat manusia dalam Negara ini, gejala rasuah telah mulai diterima oelh masyarakat khususnya orang Melayu yang buta mata hati yang tidak mampu berfikir. Mereka telah berjaya dibinatangkan oleh UMNO. Semua unsur-unsur negative yang disebutkan itu dihumban dan dihempap ke atas kepala orang lain. Sedangkan imej UMNO diusahakan, digilap dan dimanipulasikan oleh media mengangkat dirinya sebagai yang suci bersih bagaikan diturun dari kayangan. Tidak ada setitik dosa dan noda.
Berbalik terhadap isu yang paling kontroversi yang hangat diperkatakan di sana-sini iaitu soal Judi. Sebahagian besar rakyat yang beramalkan ajaran Islam sejati yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dan yang bukan Islam yang prihatin terhadap kaumnya, kecuali UMNO [ada sebahagian kecilnya menentang] menolak sepenuh perjudian yang dihalalkan oleh kerajaan. Tetapi, Najib Tun Razak yang memimpin Negara pada masa kini memekakkan telinga dan membutakan mata, tidak memperdulikan bantahan yang dibuat oleh rakyat.
Dalam soal judi, UMNO adalah pengkianat kepada kemuliaan Islam. UMNO menghina agama Islam secara terang-terangan kerana agama Islam adalah agama rasmi Negara ini dan melanggari perkara 3 Perlembagaan Persekutuan serta menghina Yang Dipertuan Agung selaku ketua agama. Malaysia tidak boleh sama sekali disamakan dengan negara Israel yang bebas melakukan apa sahaja termasuk perjudian dan segala kemaksiatan. Perjudian adalah haram bagi semua agama di negara ini. Tidak ada agama yang menghalalkan tabiat judi yang jelas merugikan kewangan rakyat.
UMNO menghalalkan judi bukan perkara baru yang boleh mengejutkan rakyat seluruh Negara. Walau pun judi dinaskan sebagai salah satu perbuatan berdosa besar, namun ia tetap berkembang biak semenjak Negara mencapai kemerdekaan lagi. Judi memberi pulangan yang besar kepada kerajaan. Tahun 2008 sahaja, kerajaan mendapat pulangan sebanyak RM2.37 billion. Oleh sebab itu ia mendapat sokongan sebahagian besar masyarakat Melayu UMNO, termasuk para alim ulama [sebahagian mufti] yang bermazhabkan UMNO.
Najib Tun Razak sukakan sangat kepada aktiviti perjudian kerana beliau adalah keturunan Noah Omar, bekas bendahari UMNO dan pengasas penubuhan Genting Berhad pada 30 Julai 1968. Genting Berhad mempunyai dua buah syarikat yang mana Noah Oamar mempunyai nilai saham yang besar iaitu Resort World Berhad yang mengendali perniagaan judi dalam dan luar negera termasuk di atas kapal peranginan dan Genting Berhad yang merupakan syarikat perjudian dan kasino. Beliau dan Hishamuddin Hussein [Menteri Dalam Negeri] adalah cucu kepada Noah Omar. Mereka berdua adalah pewaris industri judi di Malaysia .
Berlatarbelakangkan keturunan itulah dengan senang hati Najib meluluskan lesen judi bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang mendapat tentangan berbagai pihak, kecuali golong CELAKA berwajah iblis yang menjadi barua kepada UMNO, iaitu NGO-NGO Islam yang kononnya memperjuangkan kesucian Islam di Malaysia seperti dalam isu kalimah ‘Allah' dahulu. Sebelum itu, pada Oktober 2008, Najib ketika itu Timbalan PM, sebulan selepas beliau mengambilalih jawatan Menteri Kewangan dari Abdullah Ahmad Badawi, Najib telah meluluskan permohonan 10 cabutan bertuah berbentuk judi kepada syarikat Magnum, Tanjong dan Berjaya Sport Toto. Golongan celaka ini juga mendiamkan diri kerana menjaga kepntingan diri dan kepentingan UMNO, bukan untuk kepentingan Islam.
Malangnya umat Islam di Malaysia, golongan celaka yang paling ke depan dalam isu kalimah Allah meriuh-rendahkan seluruh Negara dengan demontrasi demi demontrasi kerana hendak menunjuk-nunjuk bahawa merekalah yang banyak memperjuangkan kepentingan dan kesucian Islam, manakala golongan-golongan lain itu adalah pengkianat terhadap Islam. Golongan celaka ini ialah :

Majlis Gabungan Sukarela Selangor
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Ikatan Rakyat India Muslim Malaysia (IRIM)
Gabungan pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
Badan Anti Majlis Antara Agama (Badai)
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)
Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (PEKIDA)
Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA)
Majlis Permuafakatan Ummah (PERWARIS)

Anak Muda Islam Selangor (AMIS) dan

Tetapi, apabila kerajaan UMNO pimpinan Najib telah meluluskan judi bola sepak piala dunia 2010 kepada Berjaya Group kepunyaan Vincent Tan Chee Yioun pada 13 Januari lalu melalui syarikat Ascot Sports Sdn Bhd, golongan celaka yang saya sebutkan di atas berdiam diri dan sunyi sepi dari siri demontrasi yang sering mereka lakukan kerana ia melibatkan kepentingan UMNO dan golongan ini juga diam membisu apabila Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) membenarkan konsert panjang 12 jam tanpa henti-henti [7.00 malam hingga 7.00 pagi] yang disertai artis R&B popular Pitbull yang mengalakkan hubungan seks bebas dalam senikata lagu-lagu yang mereka sampaikan.

Timbalan Menteri Kewangan, Dr. Awang Adek Hussein di lobi Dewan Rakyat pada 7 Mei lalu menyatakan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk meluluskan lesen judi bola sepak, tetapi hakikatnya kerajaan sudah pun meluluskan lesen tersebut pada bulan Januari lagi. Ini bermakna Awang telah membohongi rakyat Malaysia khususnya umat Islam. Alasan yang diberi oleh Awang untuk meluluskan judi bola sepak ialah pertama untuk menambah hasil kerajaan [tidak kiralah halal atau haram] asalkan pendapatan Negara bertambah. Kedua untuk memudahkan kerajaan membuat pemantauan dan ketiga katanya kalau tidak diberi lesen atau kebenaran pun pertaruhan atau perjudian bola sepak akan berlaku juga secara haram. Dalam membuat pertimbangan ini soal hukum tidak boleh diambil kira.
Jadi,yang mana lebih menghina kemurnian Islam di antara judi dengan penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam? Kalimah Allah tidak ada nas yang sahih menghalang orang bukan Islam menggunakan kalimah tersebut, malah ada setengah pandangan di kalangan ulama ia boleh digunakan, berbanding judi. Ia ada nas yang jelas.

Sejujur iman dan seikhlas taqwa, umat Islam hendaklah menjauhi sama sekali daripada aktiviti berjudi. Taatlah perintah Allah swt seperti mana firman Allah swt.
yang bermaksud :"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya" (al-Quran al-Maidah 5:90).

UMNO secara sedar menentang peringatan Allah melalui ayat ini. Penentang ayat Allah ini bererti menentang Allah swt sendiri. Adakah bangsa dan Negara ini akan selamat, apabila para pemimpinnya menjauhi kepimpinannya dari naungan Allah swt? Jawapannya tentu tidak.
Kelulusan lesen judi ini akan memberi ilham atau teladan yang baik kepada golongan yang melibatkan diri dalam aktiviti pelacuran. Mereka juga ada hak untuk memohon lesen pelacuran supaya ia dapat beroperasi secara sah dari segi undang-undang Negara. Mereka juga mahukan kerjaya mereka dipandang mulia oleh masyarakat, sungguh pun mereka sedar aktiviti mereka bercanggah dengan hukum syarak, tetapi kenapa indusrti judi boleh, tetapi industri pelacuran tidak boleh. Ini tentulah tidak adil. UMNO mengamalkan diskriminasi.
Berasaskan alasan yang diberikan oleh Awang Adek, adalah munasabah aktiviti pelacuran juga perlu diberikan lesen yang sah kerana ia boleh dinaikkan taraf sebagai satu industri yang boleh menyumbangkan terhadap pendapatan Negara melalui kutipan cukai yang sekarang ini hilang begitu sahaja kerana ia dijalankan secara haram. Kerajaan beri atau tidak, aktiviti pelacuran akan terus berkembang kerana ia merupakan kerjaya tertua di dunia, lebih baik aktiviti ini diberi lesen kerana menurut fatwa Mashitah Ibrahim pelacuran dibolehkan dalam Islam.
Disamping itu. Kerajaan boleh membuat pemantauan agar semua yang terlibat dalam industri ini dibuat pemantauan berterusan, diberi rawatan perubatan dan perlindungan sewajarnya dan negara ini bebas gejala HIV aids dan sebagainya. Lebih pentingkan dari itu, golongan yang terlibat dalam aktiviti ini terbela nasibnya. Mereka juga adalah pekerja, tetapi kerja mereka ialah memberi perkhidmatan seks kepada orang yang memerlukannya terutama kepada beberapa tokoh politik UMNO yang memang kaki perempuan.
Dari perhatian saya, demi kepentingan politik UMNO, UMNO sanggup berbuat apa sahaja asalkan ia dapat mengekalkan kuasa memerintah. UMNO tidak akan memperdulikan hukum Islam-halal-haram dan nilai-nilai moral, asalkan faedah yang bakal dinikmatinya lebih besar nilainya bagi meneruskan kekuasaannya di Negara ini. Persetenkan segala bantahan kerana UMNO mampu membeli setiap rakyat khususnya umat Melayu yang buta mata hati apabila tibanya pilihan raya nanti.
"UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA".
"SELAMATKAN RAKYAT, SELAMATKAN NEGARA DARI UMNO CELAKA"


http://www.tranungkite.net 

PR: Pelan tawan Sabah, Sarawak bulan depan

· 0 ulasan



Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan pertemuan mereka bulan depan untuk membincangkan strategi untuk menawan Sabah dan Sarawak yang selama ini dianggap sebagai ‘simpanan tetap’ Barisan Nasional (BN), kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Lim berkata, keputusan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu baru-baru ini dengan sendiir menunjukkan kedua-dua negeri itu tidak boleh lagi dianggap sebagai kubu kuat BN.
Kata beliau, satu pengertian penting keputusan pilihan raya kecil Sibu ialah BN tidak boleh memandang mudah kedudukannya di Sabah dan Sarawak.
Dalam kenyataan dikeluarkan, Ahli Parlimen Ipoh Timur itu menambah, kemenangan tempoh hari telah menyediakan tapak persaingan yang sama rata bagi BN dan PR untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Katanya, tsunami politik Mac 2008 merupakan pemangkin kepada usaha memecahkan penguasaan kuasa politik BN sejak negara mencapai kemerdekaan.
“Keajaiban 516, di mana Pakatan Rakyat Sarawak buat pertama kali meletakkan calon PR di Sarawak dan memenangi satu kerusi yang Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan sebagai kubu kuat, adalah mesej jelas bahawa kemungkinan tsunami politik 308 akan muncul kembali dengan gelombang yang besar di seluruh negara pada pilihan raya umum ke-13,” kata Lim lagi.
Pemimpin veteran ini menambah, meskipun dinafikan berkali-kali pemimpin-pemimpin BN di peringkat nasional dan juga di Sabah dan Sarawak menyedari akan implikasi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu.
PR terdiri daripada PAS, DAP dan PKR, yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008.
Kerusi Sibu dimenangi oleh wakil DAP dengan perbezaan 398 undi. -http://www.sabahdaily.com

Kerajaan kini tiada duit, Najib gagal urus ekonomi

· 0 ulasan

Ustaz Idris Ahmad

PAS melihat tindakan Kerajaan meluluskan lesen judi bola baru-baru ini sebagai satu langkah terdesak. Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak dilihat gagal menguruskan kewangan negara hingga menyebabkan kantung ekonomi negara kini jadi kelam kabut. Duit banyak dihabiskan untuk janji pilihan raya kecil.


Lesen Judi

Tahun lepas pendapatan cukai judi negara merosot kepada RM 1.199 bilion berbanding 2008 dimana Kerajaan mengutip RM 2.32 bilion. Najib sebagai Perdana Menteri mengunakan defisit ini sebagai salah satu faktor bagi memberikan kelulusan semula kepada Berjaya Group untuk menjual tikel judi bola sepak piala dunia tahun ini dengan harapan mereka boleh mendatangkan hasil cukai yang tinggi.

Pelbagai lapisan rakyat dan organisasi menentang keputusan ini tetapi Najib memekakkan telinganya. Ulama’-ulama’ dan Menteri Agama Umno juga diam berkematu. PAS membantah dasar ini dan mengajak rakyat bangkit menentangnya.

Mansuh Subsidi?

Seterusnya, desakan memansuhkan subsidi oleh pihak FOMCA juga dijangka diambil kesempatan oleh Kerajaan. Kerajaan kini mempertimbangkan untuk memansuhkan subsidi gula, elektrik dan minyak. Ini pasti akan memberikan kesan yang besar kepada rakyat dan industri makanan dan pengangkutan dalam negara kelak.

Jika benar subsidi ini dimansuhkan, harga barangan ini akan melonjak naik dan dikawal sepenuhnya melalui pasaran penawaran dan permintaan secara terbuka. Ini juga akan mendedahkan industri ini kepada manipulasi harga oleh pihak pembekal sumber dimasa akan datang. Oleh itu satu kaedah perlu diperhalusi sebelum kerajaan membuat apa-apa keputusan. Penstrukturan semula subsidi satu pilihan tetapi Kerajaan tidak boleh kedekut sangat dengan rakyat dan meletakan beban kenaikan harga barang 100% ke bahu rakyat.

GST bebankan rakyat

Najib sebagai Perdana Menteri juga dilihat begitu tekad untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Hal ini tidak dibincang secara mendalam dalam parlimen dan belum ada sebarang kertas dibentangkan kepada ahli-ahli parlimen. GST hanya dibincang dalam kabinet dan kerajaan terdesak untuk mengaut keuntungan segera dari rakyat melalui cukai ini.

Jika GST diperkenalkan, kos hidup rakyat akan meningkat bagi semua lapisan dan mereka terdesak untuk menampung perbelanjaan rutin mereka. Kerajaan perlu jelaskan apakah GST ini dan senaraikan barang serta perkhidmatan yang bakal dikenakan GST. Kini rakyat risau kerana kadar pendapatan dalam negara masih lagi rendah, walaupun Kerajaan mahu mewujudkan dasar pendapatan tinggi buat rakyat namun dengan dasar GST ini, pendapatan tinggi itu tidak memberikan makna apa-apa.

Harga Minyak Naik?

Seterusnya, spekulasi mengenai kenaikan harga minyak sebanyak 15 sen lagi dilihat sebagai satu usaha Kerajaan untuk melihat reaksi rakyat pada masa ini. PAS yakin Kerajaan BN mahu melihat sentimen rakyat dalam isu ini. Mereka sengaja menyebarkan khabar ini seperti sebelum ini dan akhirnya menaikan secara mendadak. Mungkin bukan 15 sen, mungkin lebih lagi.

Apa yang pasti, tidak ada mana-mana rakyat yang setuju jika minyak dinaikkan pada masa sekarang sedangkan Kerajaan begitu mudah menghadiahkan Brunei dua telaga minyak bernilai RM 320 bilion. Jika Malaysia pertahankan blok L dan M ini, sekurang-kurangnya negara mampu memliki sebahagian hasil dan sumber minyak dari kedua-duanya.

Namun amat mengecewakan jika kesilapan kerajaan ini menyebabkan mereka menghukum rakyat dengan kenaikan 15 sen harga minyak. PAS berharap agar perkara ini tidak berlaku dan Kerajaan perlulah menyusun perbelanjaan pengurusan dan pembangunan negara secara berhemah.

Rakyat tidak lupa bagaimana Najib, Muhyidin dan menteri-menterinya berjoli dengan duit rakyat dengan pelbagai janji ditabur dalam semua siri pilihanraya kecil (PRK)sejak 2008 yang lalu. Hal ini menjadi punca kenapa kewangan negara jadi kelam kabut. Budget yang sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan yang dirancang telah dibawa lari untuk projek-projek khas dalam PRK.

PAS mengingatkan Najib bahawa judi itu haram. menghapuskan subsidi itu satu penganiayaan, perkenalkan GST itu satu kezaliman dan menaikan harga minyak itu satu pengkhianatan kepada rakyat.

PAS menyeru agar semua jentera penerangan diperingkat negeri-negeri dan seluruh Pakatan Rakyat turun ke lapangan rakyat berceramah dan mengedarkan risalah maklumat mengenai hal ini. Kita tidak mahu Najib menjadi Maharaja tanpa singahsana yang dengan sesukahatinya membuat keputusan atas nama Perdana Menteri dan Kabinetnya tanpa merujuk Parlimen. Apa guna kita berpilihanraya sekali dalam 5 tahun jika wakil rakyat yang dipilih dan institusi parlimen tidak dihormati Najib.

Ustaz Idris Ahmad,
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Kontroversi: Tindakan Vell Paari Memohon Maaf Kepada PM Najib Dan TPM Muhyiddin Gara-Gara Membela Bapanya Samy Vellu Amat Memalukan !

· 0 ulasan

Malang sungguh nasih anak Samy Vellu, Vell Paari (foto) apabila terpaksa memohon maaf atas segala kenyataannya sebelum ini bahawa UMNO yang menyebabkan masalah dalaman MIC. Tindakan beliau memohon maaf itu jelas sekali menghina keluarganya sendiri. Beliau tahu kini bapanya, Samy Vellu sedang berhadapan dengan zaman kegelapan dan bila-bila masa sahaja akan dinyahkan dari kancah politik tanahair. Malah, beliau juga tahu bahawa tindakan pemimpin UMNO yang menyebabkan berlaku perpecahan dalam parti itu. Beliau juga tahu bahawa UMNO juga yang menaja himpunan GAS (Gerakan Anti Samy Vellu) yang bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) esok. Biarpun Mugilan yang dipecat oleh Samy Vellu itu mengatakan tempahan dewan dibuat atas namanya, namun apakah Vell Paari boleh percaya perkara itu. Memang benar namanya tertera pada borang tempahan, tetapi siapa dibelakangnya. Mana mungkin Mugilan mampu menyewa dewan tersebut jika tiada sokongan pemimpin UMNO. Tambahan pula, pejabat dan organisasi UMNO sendiri terdapat di bangunan itu. Maknanya Mugilan hanya menjadi "kuda tunggangan" UMNO untuk menjatuhkan Samy Vellu. Amatlah tidak wajar Vell Paari memohon maaf atas kenyataan beliau yang memang satu keputusan yang amat memalukan sebenarnya. Beliau terpaksa tunduk kepada desakan pemimpin UMNO yang mengganggap beliau biadap gara-gara cuba untuk mempertahankan kenyataan dibuat bapanya si Samy Vellu sendiri.

Semalam Vell Paari memohon maaf kepada PM Najib Razak dan TPM Muhyiddin Yassin ekoran dakwaannya bahawa UMNO adalah punca masalah dalaman MIC. Vell Paari turut memohon maaf kepada seluruh ahli Umno kerana tuduhan melulunya itu sehingga menimbulkan bantahan daripada pelbagai pihak. Beliau dalam satu kenyataan hari ini membuat keputusan itu selepas menjelaskan pendiriannya kepada PM. “Mengambil kira perkembangan semasa, adalah jelas kepada saya bahawa Umno tidak terlibat dalam apa jua cara kempen GAS (Gerakan Anti Samy Vellu). “Banyak pemimpin Umno dengan jelas telah mengatakan pendirian mereka bahawa mereka tidak menggalakkan atau bekerjasama dengan V. Mugilan dalam apa jua cara (dalam menggerakkan GAS). “Oleh itu, saya mahu meminta maaf kepada perdana menteri, timbalan perdana menteri dan juga Umno berhubung kenyataan saya sebelum ini,” katanya yang pernah bertegas enggan menarik balik tuduhannya itu. Sebelum ini Ahli Jawatankuasa Pusat (CWC) MIC itu menuduh Umno menjadi dalang kepada masalah yang wujud dalam MIC dan melakukan 'pembunuhan politik' terhadap parti itu bagi memecah- belahkan Barisan Nasional. Berikutan itu, Muhyiddin menyifatkan anak Presiden MIC itu sebagai biadab. Muhyiddin turut menegaskan bahawa BN dan parti-parti komponennya terutamanya UMNO tidak terlibat sama sekali dalam sebarang usaha yang menimbulkan masalah dalaman MIC. Jika tidak terlibat, kenapa Mugilan jadi calon UMNO di Hulu Selangor dulu sedangkan Samy Vellu sudah ada pilihan.
[Soalnya sekarang, apakah bukti yang UMNO tidak terlibat dengan semua itu. Apakah Vell Paari sudah mendapat ilham tersebut, atau terpaksa akur dengan desakan semua pihak. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Apapun, kita juga berbangga dengan kemelut yang melanda MIC sekarang ini. Selepas MCA berhadapan dengan berbagai isu, kini MIC pula menuruti di belakang mereka. Ternyata sekarang, puak-puak BN sudah tidak mampu untuk duduk semeja lagi. Ia bermakna pakatan karat Barisan Nazak itu sudah mencapai penghujung usia dan bakal layu bila-bila masa sahaja dari sekarang. Langkah terbaik ialah kembali kepada rakyat dan lakukan perubahan untuk masa depan generasi akan datang. Pilihanraya Umum ke-13 bakal menjadi saksi parti manakah yang menjadi pilihan hati rakyat]

Judi bola: Guan Eng sedia ke mahkamah

· 0 ulasan




     
KOTA BHARU, 30 Mei: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sedia ke mahkamah sekali lagi jika tindakan beliau mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu tidak memberi kebenaran untuk operasi judi bola sepak bertentangan dengan undang-undang.
"Kalau tindakan saya ini salah, saya rela masuk penjara sekali lagi," kata Setiausaha Agung DAP itu di hadapan puluhan ribu rakyat di Padang Perdana di sini, malam tadi.
Guan Eng mengulas kenyataan timbalan menteri kewangan yang beliau melanggar bidang kuasanya ketika melarang judi bola sepak dari beroperasi di negeri itu ketika berucap dalam cerrtamah perdana di sini.
Turut berucap adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Kelantan, Datuk Husam Musa di majlis ceramah perdana sempena Kongres PKR keenam yang diadakan di sini.
Sebelum ini, Lim Guan Eng pernah dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara kerana mempertahankan seorang gadis melayu yang dirogol oleh seorang ketua menteri.
Ekoran kelulusan lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak kepada Kumpulan Berjaya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengarah pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri itu tidak mengeluarkan lesen premis untuk judi itu beroperasi.
"Sukan tetap sukan, ia tidak boleh dirosakkan dengan elemen judi. Judi akan jatuhkan kualiti sukan kita. Saya sedia ke mahkamah sekali lagi untuk mempertahankan perkara ini," tegas beliau.

harakahdaily

Alhamdulillah, Kami Akhirnya Berlayar Ke Gaza

· 0 ulasan


Jumaat, 28/05/2010 – Selepas tertangguh selama 2 hari, kapal Mavi Marmara akhirnya meninggalkan Pelabuhan Yeni Antalya tepat jam 00:30 pagi (5:30 pagi waktu Kuala Lumpur) menuju ke Laut Mediterranean. Suasana di atas kapal penuh ceria, di mana peserta bersorak dan bertasbih sambil melaungkan takbir. Sesungguhnya masa menunggu selama 2 hari adalah terlalu lama bagi kami yang sekian lama bersiap sedia untuk melihat bumi Gaza.
Perjalanan daripada Kepez Arena bermula dari jam 5 petang lagi. Puluhan buah bas membawa peserta-peserta konvoi yang diiringi oleh kereta-kereta dan kibaran bendera. Kanak-kanak, remaja dan warga emas, semua melambai-lambai tangan kepada rombongan bas ini, ada yang menjerit-jerit dengan kata-kata sokongan, ada yang menitiskan airmata. Bandar Antalya bagaikan menyambut satu pesta perayaan, sehinggakan bunga-bungaan ditabur sepanjang perjalanan daripada Kepez Arena hingga ke Pelabuhan Yeni.
Sambutan di Pelabuhan Yeni begitu meriah sekali. Pelbagai lapisan rakyat menyambut ketibaan bas membawa peserta konvoi dalam suasana penuh sesak. Jalan masuk ke pelabuhan dipenuhi dengan kibaran bendera dan tembakan bunga kertas bewarna-warni ke udara. Berbagai-bagai lagu berbahasa Turki dinyanyikan, setiap mereka yang hadir tidak mahu ketinggalan melaungkan takbir dan bersalaman dengan peserta konvoi.
Kira-kira 560 orang peserta konvoi menaiki kapal Mavi Marmara ini. Kapal penumpang ini diiringi oleh dua buah kapal kargo, di mana mereka akhirnya akan bergabung di perairan Cyprus dengan 6 buah kapal lain yang belayar dari Eropah. Kapal-kapal ini dijangka tiba di perairan Gaza pada hari Sabtu.
Dalam pada itu, Zionis Israel terus mengeluarkan ancaman kepada konvoi ini. Israel dikatakan akan menghalang kemasukan konvoi ini walaupun dengan menggunakan kekerasan dan tindakan ganas. Dalam masa yang sama, penganjur utama konvoi iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) dan peserta-peserta konvoi terus menzahirkan kecekalan mereka untuk memastikan bantuan kemanusiaan ini sampai ke Gaza. Dalam satu sidang media yang diadakan di Kepez Arena sebelum mereka bertolak ke Pelabuhan Yeni, semua perserta bersatu dalam ikrar mereka untuk melancarkan kempen dan demonstrasi besar-besaran di seluruh dunia sekiranya Israel bertindak ganas terhadap konvoi ini.
Presiden IHH, Bulent Yildirim berkata bahawa mereka tidak akan membiarkan konvoi ini diganggu oleh Israel. “Hari ini kita akan berlepas, semoga Allah memerlihara perjalanan kita. Kita jumpa lagi di Gaza”, kata Bulent disambut dengan sorakan dan takbir.
Dalam ucapan mereka di sidang media tersebut, wakil-wakil konvoi daripada Vatican, Malaysia, Indonesia, Algeria, Kuwait, Pakistan, Palestin, Yaman, Belgium dan berbagai negara lain lagi turut melafazkan janji keazaman dan kecekalan mereka untuk sampai ke Gaza.
sumber : (Mohd Nizam/LL4G)

Harga petrol mungkin dinaikkan 15 sen tahun ini

· 0 ulasan



Harga petrol mungkin dinaikkan buat permulaannya 15 sen bagi setiap liter daripada harga sekarang pada tahun ini.

Harg
a petrol RON 95 ketika ini dijual pada harga 1.80 ringgit bagi setiap liter.

Harga baru itu berikutan cadangan sebuah badan yang bertanggungjawab menasihatkan kerajaan berhubung cara-cara mengurangkan subsidi.

Cadangan itu dibuat pada pembentangan awam dalam usaha awal kerajaan untuk mengurang defisit dalam belanjawan negara yang kini pada tahap tertinggi bagi tempoh 20 tahun.

Mengikut cadangan yang dikemukakan kepada lembaga penasihat itu, harga petrol akan dinaikkan tahun ini dan diikuti dengan dua lagi kenaikkan pada kadar 20 sen setiap liter setiap kenaikkan pada 2011 dan dua lagi kenaikan, juga pada kadar 20 sen bagi setiap kenaikkan pada 2012.

Pada
sepanjang 2013-2015, kenaikan harga minyak akan bergerak perlahan dan pada penghujung 2015, harga RON95 dijangka berada pada 2.60 ringgit bagi setiap liter.

Bagaimanapun rancangan kenaikkan yang dicadangkan itu masih belum diluluskan oleh kerajaan.

Ramalan itu adalah berdasarkan harga minyak mentah pada harga $73.06 bagi setiap tong pada 2011 dan $79.41-$94.52 bagi 2013-2015.
Cadangan pengurangan subsidi

Kerajaan akan menaikkan harga petrol, gas dan tol lebuhraya di bawah rancangan pengurangan subsidi selama lima tahun yang dibuat oleh PEMANDU, sebuah badan yang menasihatkan kerajan mengenai cara-cara mengurangkan subsidi.

Bagaiamanapun tiada keputusan yang dibuat dan kerajaan dijangka tidak akan membuat keputusan dalam jangka terdekat ini.

Pengurangan dan pemotongan subsidi itu membabitkan 12 perkara:

Petrol

Har
ga petrol prices dinaikan 15 sen pada Jun-Dis 2010, diikuti kenaikan 10 sen setiap enam bulan antara Jan 2011-Dis 2012 dan jumlah kenaikkan yang kecil bagi tahun-tahun berikutnya.

Harga petrol pada
2011 - RM2.16
2012 - RM2.20
2013 - RM2.34
2014 - RM2.52
2015 - RM2.60

Tol

Perbincangan semula dengan lebihraya pada 2010 dan dengan LDP pada 2013.

Cadangan semua perjanjian konsesi akan diteruskan tanpa pemberian subsidi, yang bakal menyebabkan kenaikkan harga antara 10-67 peratus pada 2010.

Gas
Harga gas dinaikkan pada kadar tetap RM3/MMBTU bagi setiap enam bulan daripada harga sekarang bagi sektor tenaga dan sektor bukan tenaga.

Kenaikkan harga gas pada RM3/MMBTU setiap enam bulan serentak dengan kenaikkan tarif elektrik 1.6 sen/kWh bagi setiap enam bulan.

http://infodppsa.blogspot.com

Sabtu, 29 Mei 2010

KEMANTAPAN FIKRAH,MEMBINA SYAKHSIAH

· 1 ulasan



SALAM PERJUANGAN DAN SALAM REFORMASI...

MOGA DALAM RAHMAT ALLAH..HENDAKNYA..INSYAALLAH..

Disini saya ingin kita sama-merenung kembali akan keaadaan ummat yang kian jauh dari redha ILAHI.bagaimana keadaan sosial yang sangat meruncing di kalangan muda - mudi termasuk pemimpin rakyat yang hanyut dalam tipu daya dunia.Adakah tugas dakwah ini hanya dipikul dari golongan agamawan sahaja,kalau begitulah fikrah kita maka ita akan melihat zaman ini akan hancur dipukul badai maksiat yang semakin menebal  wabak sekularisme di dalam jiwa-jiwa mereka.

apabila kita melihat pelbagai isu,adakah jiwa ita tersentak untuk turut berjuang dalam gelanggang yang sebenar??

mugkin ramai yang tertipu dengan diri sendiri,mengatakn dirinya sudah berdakwah dan berjuang..atas prinsip apa kalau berjuang hanya untuk kepentingan diri sendiri,dipuji manusia,namanya dijulang,hebat ketika didepan manusia tapi hancur dan lenyap dibuai mimpi dunia apabila bersendirian,,,

disinilah saya ingin mengatakan akan peri pentingnya peroalan FIKRAH dan kita berdakwah secara JAMAAH...

TAPI RAMAI DIKALANGAN KITA YANG MASIH LAGI BINGUNG DAN ALPA DALAM MEMILIH JAMAAH ISLAM YANG TERBAIK..

Disini saya akan nyatakan ciri-ciri khusus ISLAM dan JAMAAH ISLAMIAH yang boleh dijadikan panduan-

1-RABBANIAH-bersifat rabbani,mengajar amilin supaya sentiasa mendekatkan diri pada ALLAH dalam setiap program  dan aktiviti dan menjaga batas-batas pergaulan supaya tidak melampaui syariat,dan tidak menganjurkan aktiviti-aktiviti maksiat.Mempunyai objektif yang sangat jelas ingin  menegakkan DAULAH ISLAMIAH.

2-ALAMIAH-bersifat antarabangsa dan merangkumi semua golongan,hatta dari yang golonganmiskin,yang tidak gosok gigi hinggalh golongan phd.Sekiranya jamaah yang ingin didukungi dan intima' hanyalah dari golongan tertentu sahaja,ataupun kaum melayu sahaja bagaimana dakwah Islam itu akan berkembang.

3.SYUMULIAH-bersifat merangkumi semua aspek samada kebajikan,ekonomi,ketenteraan,perpaduan kaum,politik dan isu maruah ISLAM dan membela ISLAM apabila dihina dengan melancarkan demo,bantahan,penyerahan memorandum dan bukannya hanya mengeluh melihat ummat ISLAM dan NABI dihina,jamaah ISLAM bukanlah mengajar pegikutnya bacul dalam berjuang.

4.INQILABIAH-bersifat tidak mencampur adukkan kebenaran dan kebatilan,seperti mengadakan forum ISLAM perdana dan dalam masa yang sama juga menganjurkan konsert-konsert hiburan yang melampau dan membiarkan pergaulan bebas lelakai dan perempuan,ani sangatlah ditegah dalam ISLAM kerana sebuah jamaah yang haq tidak akan mencampurkan dan yang batil dalam masa yang sama.

5.WAQI'YAH-bersifat realistik dan mendepani cabaran globalisasi dalam menangani isu politik,sosial dan ekonomi global dan lokal..Jamaah Islamiyah tidak boleh bersifat jumud(beku) dalam mengaplikasi segala teknologi dan kecangggihan yang boleh dimanfaatkan,dan haruslah bersifat realistik dalam mendepani musuh ISLAM,contohnya dalam isu ekonomi dan politik  perlu ada saingan yang mantap dan efektif untuk menjadikan ISLAM sebagai New World Order.

6.THABAT DAN MURUNAH-bersifat tetap dan  fleksibel dalam berdakwah dan melaksanakan segala objektif jamaah.Contohnya dalam mendepani mad'u yang non muslim,kita masih tetap menutup aurat tapi masih kreatif dalam bahan dakwah seperti family day,konvoi bermotor dan sebagainya

Sekianlah sudah enam item yang memberi panduan kepada dalam memilih JAMAAH ISLAMIYAH,sekiranya kita silap memilih jamaah umpama kita telah silap memilih landasan perjuangan ini dan kita hanya bersikap mementingkan diri melihat kesusahan perjuangan orang lain seperti ditangkap I.S.A yang zalim,memandang rendah mereka yang turun berdemontrasi menentang kezaliman yahudi dan kuffar.

Sedarlah wahai sahabatku,Dakwah yang paling UTAMA ADALAH MENEGAKKAN KEBENARAN KEBENARAN DIATAS PEMERINTAHAN YANG ZALIM!!! DAN MENDAULATKAN AL-QURAN DAN SUNNAH SEBAGAI SUMBER PERUNDANGAN DAN MENAWAN KEMBALI PALESTIN..DAN TERTEGAKKANYA DAULAH DAN KHALIFAH ISLAMIYAH..

PERSOALANNYA ADAKAH MUNGKIN SEGALA IMPIAN DAN MATLAMAT KITA DIGERAKKAN TANPA MELIBATKAN DIRI DALAM ARENA POLITIK?????

FIKIR-FIKIRKANLAH DENGAN MATA HATIMU...



Millatfacebook cabar Facebook

· 0 ulasan


Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, Islam

ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini. Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.  “Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.
Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP

Selasa, 25 Mei 2010

UMNO GERUN MENDENGAR BERITA INI

· 0 ulasan

PELANCARAN DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS PERINGKAT KEBANGSAAN

22 MEI telah berlangsung dengan jayanya majlis pelancaran Dewan Himpunan penyokong PAS(DHPP) di Pejabat Tanah dan daerah Klang,Selangor.Tetamu kehormat adalah Tuan Guru Presiden,Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang sebagai perasmi majlis ini.Lebih 1000 orang ahli DHPP yang hadir pada majlis ini yang datang dari seluruh negara khususnya di Semenanjung.Wakil dari Perak adalah dari kawasan Teluk Intan,Kuala Kurau dan juga Bagan Serai.Encik Beh Heng Kin(Pengerusi Kelab Penyokong PAS Bagan Serai) dan isteri serta beberapa orang ahli kelabnya telah hadir ke program yang julung-julung kali diadakan ini.
Program tamat pada pukul 2 petang.Jadi dengan rasminya Dewan Himpunan Penyokong PAS telah menjadi salah satu sayap parti di dalam PAS.Nampaknya UMNO/BN semakin pening,semakin sasau.Sokongan bukan melayu terhadap PR semakin kuat.Tengoklah contoh di Sibu,majoriti kaum di situ adalah kaum Cina sebanyak 66.7%,akan tetapi tersungkur BN di Sibu akibat pengundi-pengundi di situ telah berpaling tadah dari BN.


http://adunsemanggol.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails