
 Media parti khususnya lidah rasmi PAS iaitu Harakah diminta agar  mengambil pandangan ulama dalam pelbagai isu semasa yang kian rancak  berlaku dalam senario politik tanah air.
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Dato’  Mohamad Daud Iraqi berkata Harakah cetak dan Harakahdaily perlu  memberikan lebih ruang kepada dewan itu bagi memberikan pandangan dan  idea dari sudut Islam mengenai isu terkini.
“Kita tidak  mahu ulama hanya diberikan ruang bagi menjawab persoalan mengenai ibadah  khusus sahaja, tetapi kita mahu memberikan pandangan mengenai isu  semasa seperti kes liwat, muzakarah, jom heboh dan sebagainya,” katanya  dalam ucaptama dewan itu sebelum perasmian program hari ini.
Justeru, beliau menyeru kepada media  parti khususnya Harakah supaya menghubungi ulama bagi menjawab isu-isu  tersbut sepertimana sayap-sayap parti yang lain iaitu Dewan Pemuda dan  Muslimat.
Sebagai dewan terkanan dalam parti,  Mohamad Daud berkata ulama dewan itu juga harus diberikan ruang bagi  menyatakan respon yang sama rata.
Sementara itu, mengulas mengenai isu-isu  semasa ulama berpandangan agar segala isu yang melibatkan orang-orang  Islam diselesaikan di mahkamah syariah dan berpegang kepada prinsip  keadilan dan kehakiman.
Beliau juga menyokong penuh institusi  raja berperlembagaan sebagai amalan terbaik dalam negara.
“Sekiranya terdapat percubaan pihak  tertentu mempertikaikan keutuhan mereka sebagai payung negara, ia adalah  suatu yang tidak patut berlaku.
“Prinsip raja berperlembagaan yang  menjadi tonggak ketuanan ketuanan Melayu dan Islam sepatutnya diguanakan  sepenuhnya oleh PAS demi mempertahankan kedudukan Islam yang cuba  dicabar oleh musuh Islam dengan menggunakan pelbagai topeng dan  kesempatan.
“Percubaan dari beberapa pihak selepas  pilihan raya ke-12 baru-baru ini mencabar keputusan sultan dengan cara  yang tidak beradab adalah sesuatu yang di luar adab dan tatacara  masyarakat Melayu,” katanya lagi.
|  | |
Justeru, beliau menyeru agar pihak semua pihak agar lebih beradab dan  memelihara kesopanan apabila berdepan dengan institusi beraja dan  Istana. 
Kira-kira 500 perwakilan dan pemerhati  hadir memenuhi Dewan Bandaran Ipoh bagi mengikuti muktamar Dewan Ulama  PAS Pusat.
Ia turut mendapat perhatian para media  dalam dan luar dalam suasana kehangatan kemelut politik tanah air masa  kini.
Ia disiarkan secara langsung di laman  web http://webtv.pas.org.my di saluran satu atau www.terengganukini.net.
Majlis bermula pada jam 8 pagi tadi  dijangka berakhir pada 5 petang ini.
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan