
   
KOTA BHARU, 4 Mei:  Pelajar-pelajar cemerlang di negeri  ini sentiasa dihargai kerajaan negeri apabila mereka menerima insentif  RM500 sebagai persediaan memasuki institusi  pengajian tinggi.Tahun ini merupakan kali ketiga sumbangan berkenaan  yang disampaikan  Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik  Mat.Seramai 1,215 pelajar cemerlang peperiksaan 2009 menerima sumbangan   tersebut membabitkan peruntukan sebanyak RM700,000 iaitu yang tertinggi   setakat ini.
Pelajar  cemerlang dalam peperiksaan SPM, STAM dan STPM menerima  sumbangan  berkenaan sejak 2008 yang membabitkan pelajar dari sekolah  Yayasan  Islam Kelantan (Yik), Jabatan Pelajaran Negeri, Mara dan calon   persendirian.
 Mulai tahun ini juga rakyat negeri ini yang belajar di  luar turut  mendapat sumbangan berkenaan yang diadakan di Pusat Tarbiah  Islamiah  Kelantan (Putik).
 Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan dan  Dakwah negeri,  Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, sumbangan terbabit  diberikan sebagai  penghargaan kepada pelajar cemerlang.
 “Kerajaan negeri  menghargai kecemerlangan pelajar kerana mereka bakal  menjadi pemimpin  pada masa akan datang,” katanya.
 Hadir sama ibu bapa pelajar sehingga memenuhi ruang  Dewan Besar  Putik.
 Menurutnya, sebelum ini sumbangan berkenaan hanya  diberikan kepada  pelajar yang belajar di negeri ini sahaja dan tidak  membabitkan pelajar  anak tempatan yang cemerlang di negeri lain.
 Namun katanya,  mengambil kira rungutan rakyat Kelantan yang belajar  di luar  menyebabkan kerajaan negeri menerima dengan terbuka pandangan  mereka.
 “Sebab itu peruntukan  tahun ini lebih tinggi berbanding tahun  sebelumnya, misalnya tahun 2009  sebanyak RM400,000 melibatkan 950  pelajar,” ujarnya.
 Beliau juga berkata,  kerajaan Kelantan mengutamakan pendidikan Islam  kerana ia dapat  membantu membentuk akhlak masyarakat.
 “Kerana itu setiap bulan sebanyak RM6 juta dibelanja  kerajaan negeri  untuk pengurusan dan pentadbiran Yik,” ujarnya. 
 www.harakahdaily.net 
Rabu, 5 Mei 2010
RM700,000 Untuk Pelajar Cemerlang
di
1:38 PG
·
      
Label: ISU KEBAJIKAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan