Salam Tarbiah
Pas dan Tarbiah memang tidak dapat dipisahkan kalau  dipisah pincanglah perjuangan dan rosaklah rosaklah jemaah.
Kegusaran  KP Pusat semakin memuncak memandangkan Lujnah Tarbiah hampir saja tidak  mampu menampung tugas pentarbiahan ahli baru kerana kejayaan lujnah  politik dan lujnah-lujnah yang lain dalam memperomosikan Pas dan membawa  masuk ahli-ahli baru. 
Berbondong-bondong pemuda yang menyertai  Pas. Kemasukan mereka sebenarnya dengan pelbagai alasan yang tersendiri,  mungkin disebabkan oleh meluat dengan parti yang mereka dokong sebelum  itu atau sememangnya mereka percayai Pas dapat memikul amanah rakyat  atau barangkali mereka tertarik dengan keperibadian pimpinan-pimpinan  tertentu.
Dalam setiap program-yang dilaksanakan ramai yang  menzahirkan minat dengan perjuangan ini.Mereka datang dari pelbagai  warna dan latar belakang, ada yang pernah menyertai parti politik yang  lain, ada yang datang dari IPT dari barat ada juga yang terlibat dengan  Black metal, rempit dan ada juga yang pernah terlibat dengan masaalah  sosial yang lain.
Oleh yang demikian ramai dikalangan mereka  tidak mendapat pendidikan tarbiah yang sempurna sebelum itu.
Jentera  Tarbiah hampir saja tidak mampu membimbing mereka dengan berkesan  kerana kedatangan mereka mendadak dalam jumlah yang bukan sedikit.
Masalah  mula timbul apabila kemasukkan mereka ke dalam Pas menjangkau 2 atau 3  tahun kerana mereka ini sudah dilihat sebagai orang yang agak lama dan  ramai jugak dikalangan mereka yang sudah pun dipilih menjadi pimpinan  kawasan, cawangan dan juga dewan-dewan termasuk dewan pemuda.
Masalah  akan menjadi tidak terbendung apabila kumpulan pemimpin yang kurang  tarbiah  ini semakin ramai dan pada masa yang sama mereka masih lagi  tidak diberi tarbiah yang sempurna maka tidak hairanlah kalau mereka  akan keliru dengan perjuangan kita ini. Ada yang sanggup mengatakan yang  Pas adalah sebuah badan politik semata-mata.
Ikhwah yang ana  kasihi, Pas bukanlah semata-mata  badan politik, kebajikan, dakwah atau  ta’lim. Sebaliknya kesemua badan-badan tersebut adalah juzuk-juzuk dalam  Parti Pas. PAS Adalah PARTI ISLAM. Kerana itulah kita tetap sama walau  kalah dalam pilihanraya, walau dalam keadaan lemah, walau dalam keadaan  susah dan sebagainya.
Kalaulah kita adalah sebuah orgenisasi  politik semata-mata tentulah tiada bezanya Najib dengan TG Nik Aziz,  Tiadalah beza TG Hj. Hadi dengan Muhyidin, tiadalah beza Pas dan Umno  kerana sama-sama semata-mata bermatlamatkan  memenangi pilihanraya.  Janganlah sampai merendahkan perjuangan kita ini sampai begitu.
Matlamat  kita hanyalah Mardhatillah.
Pas didokong oleh ahlinya yang  ditarbiah dengan tarbiah yang suci dan tulin yang sanggup memikul amanah  Allah yang sanggup menjadi miskin yang sanggup berkorban dengan segenap  kepunyaan.
Ikhwah yang saya kasihi, bagi memastikan ahli pemuda  Pas kawasan Shah Alam mendapat tarbiah yang sempurna serta kita tidak  kekeringan naqib-naqib disetiap peringkat, Akademi Tarbiah Kawasan Shah  Alam akan memulakan sessi pengambilan baru dalam bulan Mac ini wajib  dipenuhkan kerusinya yang seramai 40 orang oleh Para Pemuda Pas untuk  ditarbiah.
Pastikan pada pemilihan dalam Mu’tamar 2011 akan  datang sesiapa yang mahu diangkat menjadi exco wajib memiliki  sekurang-kurangnya sijil marhalah ta’rif  dari Akademi Tarbiah Kawasan  bagi memastikan pimpinan masa hadapan mampu memikul amanah perjuangan  suci ini.     
Tarbiah untuk semua
Takbir!
Selasa, 4 Mei 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 



 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan