Selasa, 4 Mei 2010

Salam Tarbiah

·

Salam Tarbiah

Pas dan Tarbiah memang tidak dapat dipisahkan kalau dipisah pincanglah perjuangan dan rosaklah rosaklah jemaah.

Kegusaran KP Pusat semakin memuncak memandangkan Lujnah Tarbiah hampir saja tidak mampu menampung tugas pentarbiahan ahli baru kerana kejayaan lujnah politik dan lujnah-lujnah yang lain dalam memperomosikan Pas dan membawa masuk ahli-ahli baru.

Berbondong-bondong pemuda yang menyertai Pas. Kemasukan mereka sebenarnya dengan pelbagai alasan yang tersendiri, mungkin disebabkan oleh meluat dengan parti yang mereka dokong sebelum itu atau sememangnya mereka percayai Pas dapat memikul amanah rakyat atau barangkali mereka tertarik dengan keperibadian pimpinan-pimpinan tertentu.

Dalam setiap program-yang dilaksanakan ramai yang menzahirkan minat dengan perjuangan ini.Mereka datang dari pelbagai warna dan latar belakang, ada yang pernah menyertai parti politik yang lain, ada yang datang dari IPT dari barat ada juga yang terlibat dengan Black metal, rempit dan ada juga yang pernah terlibat dengan masaalah sosial yang lain.

Oleh yang demikian ramai dikalangan mereka tidak mendapat pendidikan tarbiah yang sempurna sebelum itu.

Jentera Tarbiah hampir saja tidak mampu membimbing mereka dengan berkesan kerana kedatangan mereka mendadak dalam jumlah yang bukan sedikit.

Masalah mula timbul apabila kemasukkan mereka ke dalam Pas menjangkau 2 atau 3 tahun kerana mereka ini sudah dilihat sebagai orang yang agak lama dan ramai jugak dikalangan mereka yang sudah pun dipilih menjadi pimpinan kawasan, cawangan dan juga dewan-dewan termasuk dewan pemuda.

Masalah akan menjadi tidak terbendung apabila kumpulan pemimpin yang kurang tarbiah ini semakin ramai dan pada masa yang sama mereka masih lagi tidak diberi tarbiah yang sempurna maka tidak hairanlah kalau mereka akan keliru dengan perjuangan kita ini. Ada yang sanggup mengatakan yang Pas adalah sebuah badan politik semata-mata.

Ikhwah yang ana kasihi, Pas bukanlah semata-mata badan politik, kebajikan, dakwah atau ta’lim. Sebaliknya kesemua badan-badan tersebut adalah juzuk-juzuk dalam Parti Pas. PAS Adalah PARTI ISLAM. Kerana itulah kita tetap sama walau kalah dalam pilihanraya, walau dalam keadaan lemah, walau dalam keadaan susah dan sebagainya.

Kalaulah kita adalah sebuah orgenisasi politik semata-mata tentulah tiada bezanya Najib dengan TG Nik Aziz, Tiadalah beza TG Hj. Hadi dengan Muhyidin, tiadalah beza Pas dan Umno kerana sama-sama semata-mata bermatlamatkan memenangi pilihanraya. Janganlah sampai merendahkan perjuangan kita ini sampai begitu.

Matlamat kita hanyalah Mardhatillah.

Pas didokong oleh ahlinya yang ditarbiah dengan tarbiah yang suci dan tulin yang sanggup memikul amanah Allah yang sanggup menjadi miskin yang sanggup berkorban dengan segenap kepunyaan.

Ikhwah yang saya kasihi, bagi memastikan ahli pemuda Pas kawasan Shah Alam mendapat tarbiah yang sempurna serta kita tidak kekeringan naqib-naqib disetiap peringkat, Akademi Tarbiah Kawasan Shah Alam akan memulakan sessi pengambilan baru dalam bulan Mac ini wajib dipenuhkan kerusinya yang seramai 40 orang oleh Para Pemuda Pas untuk ditarbiah.

Pastikan pada pemilihan dalam Mu’tamar 2011 akan datang sesiapa yang mahu diangkat menjadi exco wajib memiliki sekurang-kurangnya sijil marhalah ta’rif dari Akademi Tarbiah Kawasan bagi memastikan pimpinan masa hadapan mampu memikul amanah perjuangan suci ini.

Tarbiah untuk semua

Takbir!

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails