 Pilihanraya  Kecil Parlimen Sibu yang dijadualkan berlangsung pada 16 Mei  2010 ini dijangka lebih banyak penipuan dan penyelewengannya. Ini  berikutan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya  Pilihan Raya (SPR), Wan Ahmad  Wan Omar yang mengeluarkan kenyataan bahawa Pemantau Pilihan Raya Bersih Dan Adil  (Mafrel) atau badan NGO seumpmanya tidak diperlukan untuk menjadi  pemerhati bebas kepada perjalanan pilihan raya kecil Sibu itu nanti. Wan  Ahmad turut menegaskan bahawa SPR telah menyediakan langkah terperinci  bagi memastikan pilihan raya tersebut dapat  dijalankan secara adil dan  telus. "Mafrel  tidak diperlukan di pilihan  raya kecil Hulu Selangor baru-baru ini.  Kita juga tidak memerlukan mereka  sebagai pemerhati di pilihan raya  kecil Sibu. "Kita telah membentuk enam  pasukan penguatkuasaan.  Wakil-wakil calon yang akan bertanding akan dijemput  sebagai  anggotanya," katanya hari ini. Tambah mengejutkan lagi kenyataan  Wan Ahmad bahawa Mafrel gagal menghantar sebarang maklum balas atau  laporan kepada SPR tentang perjalanan sembilan pilihan raya kecil yang  telah dipantau oleh pihak itu sebelum ini. Padahal selama ini kita tahu  bahawa Mafrel telah mengeluarkan beberapa hasil pemantauan mereka  terhadap perjalanan pilihan raya kecil di negara ini. Ini kerana  berdasarkan pengalaman Mafrel yang telah memantau pilihan raya sejak  tahun 2004, banyak insiden salah laku dan pelanggaran pilihan raya yang  besar berlaku di luar daripada pusat penamaan calon, pusat mengundi atau  pusat penjumlahan undi. Malah Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh juga ada melaporkan beberapa masalah  besar yang dipandang enteng oleh SPR iaitu permasalahan daftar pemilih yang sering diragui, penyalahgunaan  jentera dan sumber kerajaan atau penawaran rasuah dalam bentuk wang,  material dan projek ‘mee segera’ ketika berkempen selain kemungkinan  berlakunya perbuatan atau tindakan ganas dan merbahaya semasa  kempen berjalan.

[Soalnya  sekarang kenapa SPR begitu takut kepada Mafrel?. Nampak benar SPR cuba  untuk melindungi kerja jahat mereka di pilihanraya kecil Sibu kerana  mereka telah mendapat mandat daripada UMNO BN agar memastikan mereka  menang besar di Sibu nanti. Malahan juga, parlimen di Sarawak adalah  talian hayat untuk UMNO BN terus berkuasa di negara itu. Justeru itulah,  SPR amat takut dengan kelibat Mafrel sebenarnya. Wan Ahmad selaku  Timbalan Pengerusi SPR yang bangang itu boleh mengatakan Mafrel tidak  menghantar laporan hasil pemantauan sembilan pilihanraya kecil sebelum  ini, bukankah ini satu cerita dongeng yang direka-reka beliau. Umum  mengetahui, pemimpin UMNO Selangor Noh  Omar pernah mengeluarkan kenyataan supaya Mafrel dihalang  memantau pilihanraya kecil Hulu Selangor baru-baru ini. Kononnya Mafrel  berat sebelah dan tidak layak untuk menjadi badan pemantau. Walhal  Mafrel menjalankan kerja mereka dengan baik. Apakah puak-puak UMNO BN  takut dengan pendedahan "projek mee  segera" oleh Mafrel, sedangkan ia memang berlaku?. Oleh itu, kami  amat yakin Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu penuh dengan penipuan dan  penyalahgunaan kuasa oleh UMNO BN dengan kerjasama oleh kroni dan proksi  mereka iaitu SPR sendiri]
Selasa, 4 Mei 2010
Panas: Kemaruk Bagi Pastikan Kemenangan BN Di Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, Maka Akhirnya SPR Tidak Benarkan Mafrel Terlibat Di Sana Nanti
di
3:07 PTG
·
      
Label: politik dan isu semasa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 
0 ulasan:
Catat Ulasan