Selasa, 4 Mei 2010

Panas: Kemaruk Bagi Pastikan Kemenangan BN Di Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, Maka Akhirnya SPR Tidak Benarkan Mafrel Terlibat Di Sana Nanti

·

Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu yang dijadualkan berlangsung pada 16 Mei 2010 ini dijangka lebih banyak penipuan dan penyelewengannya. Ini berikutan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Wan Ahmad Wan Omar yang mengeluarkan kenyataan bahawa Pemantau Pilihan Raya Bersih Dan Adil (Mafrel) atau badan NGO seumpmanya tidak diperlukan untuk menjadi pemerhati bebas kepada perjalanan pilihan raya kecil Sibu itu nanti. Wan Ahmad turut menegaskan bahawa SPR telah menyediakan langkah terperinci bagi memastikan pilihan raya tersebut dapat dijalankan secara adil dan telus. "Mafrel tidak diperlukan di pilihan raya kecil Hulu Selangor baru-baru ini. Kita juga tidak memerlukan mereka sebagai pemerhati di pilihan raya kecil Sibu. "Kita telah membentuk enam pasukan penguatkuasaan. Wakil-wakil calon yang akan bertanding akan dijemput sebagai anggotanya," katanya hari ini. Tambah mengejutkan lagi kenyataan Wan Ahmad bahawa Mafrel gagal menghantar sebarang maklum balas atau laporan kepada SPR tentang perjalanan sembilan pilihan raya kecil yang telah dipantau oleh pihak itu sebelum ini. Padahal selama ini kita tahu bahawa Mafrel telah mengeluarkan beberapa hasil pemantauan mereka terhadap perjalanan pilihan raya kecil di negara ini. Ini kerana berdasarkan pengalaman Mafrel yang telah memantau pilihan raya sejak tahun 2004, banyak insiden salah laku dan pelanggaran pilihan raya yang besar berlaku di luar daripada pusat penamaan calon, pusat mengundi atau pusat penjumlahan undi. Malah Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh juga ada melaporkan beberapa masalah besar yang dipandang enteng oleh SPR iaitu permasalahan daftar pemilih yang sering diragui, penyalahgunaan jentera dan sumber kerajaan atau penawaran rasuah dalam bentuk wang, material dan projek ‘mee segera’ ketika berkempen selain kemungkinan berlakunya perbuatan atau tindakan ganas dan merbahaya semasa kempen berjalan.

[Soalnya sekarang kenapa SPR begitu takut kepada Mafrel?. Nampak benar SPR cuba untuk melindungi kerja jahat mereka di pilihanraya kecil Sibu kerana mereka telah mendapat mandat daripada UMNO BN agar memastikan mereka menang besar di Sibu nanti. Malahan juga, parlimen di Sarawak adalah talian hayat untuk UMNO BN terus berkuasa di negara itu. Justeru itulah, SPR amat takut dengan kelibat Mafrel sebenarnya. Wan Ahmad selaku Timbalan Pengerusi SPR yang bangang itu boleh mengatakan Mafrel tidak menghantar laporan hasil pemantauan sembilan pilihanraya kecil sebelum ini, bukankah ini satu cerita dongeng yang direka-reka beliau. Umum mengetahui, pemimpin UMNO Selangor Noh Omar pernah mengeluarkan kenyataan supaya Mafrel dihalang memantau pilihanraya kecil Hulu Selangor baru-baru ini. Kononnya Mafrel berat sebelah dan tidak layak untuk menjadi badan pemantau. Walhal Mafrel menjalankan kerja mereka dengan baik. Apakah puak-puak UMNO BN takut dengan pendedahan "projek mee segera" oleh Mafrel, sedangkan ia memang berlaku?. Oleh itu, kami amat yakin Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu penuh dengan penipuan dan penyalahgunaan kuasa oleh UMNO BN dengan kerjasama oleh kroni dan proksi mereka iaitu SPR sendiri]

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails