Musa Aman, Ketua Menteri Sabah telah mengeluarkan satu kenyataan  penafian yang tidak meyakinkan bahawa Blok L dan M kawasan carigali  terletak dalam perairan Sabah. Kita semua dapat baca penafian beliau ini  dilihat sebagai suatu kenyataan yang ‘sambil lewa’ tanpa disokong oleh  suatu bukti yang tepat dan kukuh. Musa Aman seolah-olah ‘melepaskan  batuk ditangga’ secara bersahaja.
Beliau dilihat sebagai memberikan satu penafian bermuslihat tanpa  menjelaskan kepada rakyat Sabah secara terperinci akan kedudukan  geografi sebenar Blok L dan M. Beliau sekadar untuk mengaburi mata  rakyat tanpa menjelaskan kebenaran yang sebenar-benarnya dengan  bersandarkan peta persempadanan antara Limbang dan Sabah.

Datuk Harris Salleh, mantan Ketua  Menteri Sabah yang saya temui secara tidak formal di Hotel Hyatt  menyatakan bahawa perkara ini perlu disemak dengan teliti. Banyak sumber  harus di kaji, antaranya peta British harus dirujuk kembali bagi  menentukan lokasi persempadanan yang tepat. Akan tetapi menurut beliau  lagi beliau tidak pasti sama ada Kerajaan Malaysia telah atau pernah  mengubah peta persempadanan berkenaan.
Kita dapat melihat adanya kontra dalam kenyataan penafian Musa Aman  dalam subjek Blok L dan M ini.
Jika di imbas kembali kenyataan terdahulu yang di keluarkan oleh  mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mana beliau  menyatakan negeri Sabah akan menghadapi kerugian sebanyak RM16 bilion  ekoran perjanjian yang dimeterai oleh mantan Perdana Menteri, Tun  Abdullah Ahmad Badawi.
Jadi persoalannya, mengapa pula Sabah akan menanggung kerugian  sekiranya Blok L dan M ini tidak berada dalam lingkungan perairan Sabah?  Dan mengapa Tun Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan sedemikian?
Ini jelas menunjukkan Blok L dan M pasti berada dalam lingkungan  perairan Sabah.
Kita kurang berkeyakinan insan terpelajar seperti Tun Dr Mahathir  tidak mempunyai fakta dan bukti yang kukuh sebelum memberikan apa-apa  kenyataan berhubung perkara di atas? Malah kita percaya Tun Dr Mahathir  juga tidak mahu dilihat sebagai ‘pemimpin yang kurang pintar’ memberikan  kenyataan tanpa merujuk terlebih dahulu persempadanan tersebut.
Siapakah antara pemimpin Umno yang berbohong kini?
Apakah pemimpin Umno zaman dahulu yakni Tun Dr Mahathir ataupun  pemimpin Umno Sabah Musa Aman? Yang pasti, salah seorang dari mereka  pasti telah mengeluarkan kenyataan ‘berbohong’.
Tidak pasti pula Musa Aman ‘buat kenyataan bohong’ untuk lepaskan  diri dari terus dihujani persoalan-persoalan dari rakyat Sabah? Atau  Musa Aman takut nasib Umno Sabah akan sama dengan nasib Parti Berjaya  yang tumbang bila Pulau Labuan diserahkan kepada Persekutuan untuk  dijadikan wilayahnya?
Pemimpin yang mana satu yang berbohong ini, pastinya antara ‘dua M’  ini, Musa atau Mahathir? Tapi yang jelas dan pasti, kedua-dua mereka  adalah ‘khalifah Umno’! Jadi tidak seberapa hairanlah kerana memang  budaya Umno suka merekacipta cerita serta pakar membohong.
Pakatan Rakyat seharusnya akan jadikan Blok L dan Blok M satu isu  sensasi kepada rakyat Sabah supaya rakyat Sabah tahu mereka benar-benar  tertipu lagi.
Jangan tunggu PRU-13 lagi, ‘highlight’ dari sekarang dari kampung  kekampung agar rakyat tahu bahawa mereka kini dan sedang tertipu. -Datuk  Halik Zaman
http://www.sabahdaily.com 
Jumaat, 7 Mei 2010
Umno-BN Tutup Rahsia Blok L Dan M
di
8:36 PTG
·
      
Label: SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan