Berita "kerajaan timbang  izin pertaruhan Piala Dunia" dilenyapkan dari Utusan Malaysia  hari ini,  walaupun akhbar ini pernah menonjolkan berita "kuda lumba" yang dimiliki  Zaid Ibrahim, calon PKR semasa tempoh kempen PRK Hulu Selangor.
hari ini,  walaupun akhbar ini pernah menonjolkan berita "kuda lumba" yang dimiliki  Zaid Ibrahim, calon PKR semasa tempoh kempen PRK Hulu Selangor.
 hari ini,  walaupun akhbar ini pernah menonjolkan berita "kuda lumba" yang dimiliki  Zaid Ibrahim, calon PKR semasa tempoh kempen PRK Hulu Selangor.
hari ini,  walaupun akhbar ini pernah menonjolkan berita "kuda lumba" yang dimiliki  Zaid Ibrahim, calon PKR semasa tempoh kempen PRK Hulu Selangor.Timbalan Menteri Kewangan,  Awang Adek Hussein semalam mengakui bahawa kerajaan sedang  mempertimbangkan cadangan untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan sukan  terutama kejohanan bola sepak Piala Dunia awal Jun ini, bertujuan untuk  mengelakkan kegiatan perjudian haram.
Bagaimanapun, Awang Adek Hussein berkata  keputusan mengenainya akan diumumkan sebelum kejohanan Piala Dunia  bermula, ketika ditemui di lobi parlimen, semalam.
Berita ini dilaporkan oleh Berita  Harian pada hari ini di muka surat ke-10, dalam liputannya di  Dewan Negara.  Walau bagaimanapun, isu lesen perjudian ini tidak  dilaporkan oleh Utusan Malaysia.
"Kuda Lumba" Zaid Ibrahim
Walaupun PRK Hulu Selangor  telah melabuh tirai, namun calon PKR yang kecundang, Zaid Ibrahim tetap  menjadi watak utama Utusan Malaysia pada hari ini, dengan  tajuk yang menonjol di muka surat depan, "Sifatkan titah Sultan  Selangor hanya pendapat peribadi - Zaid Ibrahim biadap".
Apa yang menarik, sekiranya  diselak Utusan Malaysia ketika tempoh kempen PRK Hulu  Selangor, akan didapati bahawa isu "kuda lumba" telah diperbesarkan  dalam akhbar tersebut.
"Reaksi Zaid Ibrahim terhadap dakwaan  penulis-penulis blog: 'Benar saya ada kuda lumba'", demikianlah  tajuknya di muka depan Utusan Malaysia pada 21 April 2010.   "Kaki judi" adalah tuduhan kedua yang cuba dipalitkan pada Zaid Ibrahim,  selepas label "kaki botol" yang diasak terhadapnya sebermulanya PRK  Hulu Selangor.
Kaki  botol dan syarikat arak
Ketika menangkis serangan peribadi ini, pemimpin Pakatan  Rakyat mempertikaikan pemilikan syarikat arak, San Miguel di Filipina  oleh Mirzan Mahathir, anak bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, yang  dikatakan isu lebih besar berbanding isu "minum arak" oleh individu.
Naib Presiden PKR Mohamed  Azmin Ali, misalnya telah mengungkit isu pemilikian syarikat arak oleh  keluarga pemimpin UMNO ketika ditemuramah media pada hari penamaan calon  PRK Hulu Selangor.  Bagaimanapun, apa yang ditonjolkan Utusan  Malaysia pada keesokannya ialah hujah Azmin Ali yang berbunyi, "Buktikan  Zaid kaki botol".
Namun, apa yang lebih penting ialah kenyataan bahawa  Mirzan Mahathir memiliki syarikat arak terus dilenyapkan dari akhbar Utusan  Malaysia, meskipun bekas PM Mahathir Mohamad sendiri mengesahkan  pemilikan tersebut dalam satu ceramah di Serendah pada malam 22 April  2010.
 Dalam ceramah tersebut,  Mahathir membela anaknya dengan mengatakan Mirzan bukan ahli politik,  lebih-lebih lagi, Mirzan yang diundang untuk menjadi pengarah syarikat  tersebut, sedang merancang untuk melepaskan perniagaan arak, mengikut  pengetahuan beliau.
Dalam ceramah tersebut,  Mahathir membela anaknya dengan mengatakan Mirzan bukan ahli politik,  lebih-lebih lagi, Mirzan yang diundang untuk menjadi pengarah syarikat  tersebut, sedang merancang untuk melepaskan perniagaan arak, mengikut  pengetahuan beliau.Utusan  Malaysia yang membuat liputan di ceramah ini sekadar menonjolkan "Zaid  'kaki lompat'-Dr.Mahathir", sebagai tajuk, langsung tidak  melaporkan penjelasan Mahathir terhadap pemilikan syarikat arak oleh  anaknya.  Dengan kata lain, realiti bahawa pemilikan syarikat arak oleh  Mirzan Mahathir telah dilenyapkan dari akhbar tersebut.
*Lim Hong Siang ialah  Editor MerdekaReview,  edisi bahasa Melayu
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan