Khamis, 6 Mei 2010

SANG PUTAR ALAM AUTA LAGI !!

·

Berikut merupakan jawapan balas terhadap kenyataan rasmi Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) berhubung isu kenaikan nama mahasiswa/wi Qiraat Mansurah dan Shoubra.


Beberapa punca masalah telah dilampirkan oleh pihak JPMK antaranya :

1. Pelajar lewat sampai ke Mesir.

Buat makluman, mahasiswa/si tidak pernah sebarang makluman daripada pihak JPMK berkenaan ketetapan tarikh untuk tiba di Mesir.

2. Pelajar lewat menyerahkan keputusan pemeriksaan kesihatan iaitu pada 22 November 2009 sedangkan tarikh tutup 30 Oktober 2009.

Mahasiswa/wi tidak pernah mendapat makluman tarikh tutup penyerahan segala dokumen pada 30 Oktober 2009 daripada pihak JPMK melalui sebarang saluran. Wakil pelajar hanya dimaklumkan tentang tarikh tutup tersebut ketika pertemuan rasmi dengan Atase Akademik JPMK pada 3 Mei 2010.

3. Visa telah tamat tempoh dan ada sebahagian pelajar tidak membuat visa. Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) menerima salinan visa yang terakhir pada 26 Disember 2009.

Masalah visa adalah rentetan daripada masalah yang pertama dan mahasiswa/wi Qiraat menghadapi masalah memperbaharuinya untuk kali kedua .

4. Wakil pelajar tidak mengikut prosedur yang diberikan oleh pegawai JPMK. Pelajar yang menguruskan sendiri visa dan pemeriksaan kesihatan dapat menyerahkan kepada JPMK sebelum 30 Oktober 2009.

Kami menafikan pihak JPMK mengeluarkan sebarang prosedur bagi isu ini untuk dipatuhi

Dalam kenyataan tersebut, berhubung tindakan yang diambil oleh pihak JPMK wujud kekeliruan fakta yang jelas:

29 April 2010
Idaratul Wafidin memulangkan semua fail pelajar kepada JPMK

Kenyataan ini bercanggah dengan tulisan Atase Pendidikan JPMK di dalam blog rasminya yang menyatakan:

“Untuk makluman, fail pelajar masih lagi di Idaratul Wafidin al-Azhar, hanya menunggu tandatangan dan persetujuan Syeikh al-Azhar. ”.

Sila rujuk blog Rasmi Atase Pendidikan bertarikh 30 April 2010 (lihat).

Berikutan ini, kami membuat kesimpulan bahawa :

                         sang putar alam semesta sedang auta

1. JPMK membuat tuduhan tidak berasas terhadap pelajar.


2. JPMK cuba lepas tangan terhadap masalah ini.


3. JPMK lambat dalam bertindak menyelesaikan masalah ini.


4. JPMK memutar belitkan fakta.



Disediakan oleh :

Mohd Zahimi bin Mohd Dzahid,
Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan,
PMRAM cawangan Mansurah.

Md Saifullah bin Nik Abdullah,
Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan,
PMRAM cawangan Shoubra.
 

sumber 

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails