Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP)  menyifatkan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Ibrahim Ali  yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas dan Presiden Pertubuhan  Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) serta Dato’ Seri Mohd.Khir Toyo, ADUN  Sg.Panjang dan juga Ketua Pembangkang DUN Selangor bersifat perkauman  dan menghina kaum cina di negara ini.
Dato’ Ibrahim Ali dalam kenyataannya berkata  pihak kerajaan harus menangguhkan kelulusan peruntukan dan projek kepada  kaum cina yang dianggap sebagai ‘tidak berterima kasih’ dan ‘tidak  menghargai’ atas segala jasa Kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap  kaum itu.
Dato’ Seri  Mohd.Khir Toyo pula menuntut supaya dasar kerajaan yang memberi  kelebihan kepada golongan Cina “dikaji semula” supaya lebih memberi  penghargaan kepada masyarakat Melayu dan India.
Kenyataan ini keluar setelah melihat sokongan  yang diberikan oleh kaum cina kepada Pakatan Rakyat (PR) jauh lebih  tinggi berbanding yang mengundi BN di Pilihanraya Kecil P094 Hulu  Selangor 25 April yang lalu.
Jelas kenyataan ini berbaur perkauman dan  berunsur ugutan yang boleh mengakibatkan ketidakselesaan dikalangan kaum  cina. Ini juga bercanggah dengan konsep ‘1 Malaysia’ yang diperkenalkan  oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak serta amalan demokrasi  dalam negara kita. Kenyataan mereka ini boleh mengakibatkan suasana  yang tidak stabil diantara kaum.
Tidak sepertimana PR umumnya dan PAS khasnya  sentiasa berusaha menjadikan Malaysia negara yang aman damai dan  berbilang agama,kaum dan bangsa. Walaupun dalam mana-mana pilihanraya,  PR tidak pernah menyalahkan mana-mana kaum sekiranya mengalami  kekalahan.
Dengan ini, DPPP menggesa agar pihak polis  mengambil tindakan tegas keatas mereka ini berdasarkan ucapan yang  berbaur perkauman ini. DPPP juga meminta agar mereka  menarik kembali  kenyataan yang telah mereka keluarkan dan meminta maaf secara terbuka  serta bertanggungjawab atas kenyataan mereka yang ‘racis’ ini.
Disediakan oleh
HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
 



 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan