Ini cerita bukan cerita dongeng dulu seperti kisah Pak  Kadok, Pak Pandir dan Luncai tetapi ianya cerita benar  lagi benar dan tiada yang tidak benar semata-mata benar.
 ianya cerita benar  lagi benar dan tiada yang tidak benar semata-mata benar.
Kisah berlaku pada tahun 2009 iaitu tahun lepas. Ada dua  keluarga yang berjiran sekian lama tetapi mereka saling rebut 3 tapak  tanah. Tanah pertama merupakan tanah yang penuh dengan pokok hutan.  Tanah tersebut menghasilkan akar dan buluh lemang sahaja. Memandangkan  tanah tersebut jauh ke dalam hutan, maka hasilnya tidak seberapa.
Dua tanah lain pula mempunyai hasil yang lumayan iaitu  emas. Emas yang tertanam di tanah ini adalah emas kelas satu dengan kata  lain 100%. Harganya mencecah berbilion Ringgit Malaysia (RM). Tuntutan  tanah bertindih ini telah sekian lama.
Dijadikan  cerita, Pak Kadok yang berakal udang telah berjumpa jirannya, Pak Pandir  yang lurus bendul. Pak Kadok melahirkan keinginan hatinya untuk  menyerahkan 2 buah tanah emas beliau kepada Pak Pandir.
Maka terperanjatlah Pak Pandir dengan usul Pak Kadok  tersebut dan dengan sifat lurus bendulnya, Pak Pandir terus setuju.  Dalam lurus bandul Pak Pandir, Pak Pandir cerdik daripada Pak Kadok yang  berotak udang. Dengan falsafah "rezeki jangan dibuang, musuh jangan  dicari" maka Pak Pandir pun menandatangani perjanjian dengan Pak Kadok  di rumah Pak Pandir.
Seminggu sebelum majlis  tandatangan penyerahan tanah-tanah tersebut, Pak Kadok telah  bermesyuarat dengan adik beradik beliau yang bernama Pak Bodoh, Pak  Bangang, Pak Bahalol, Pak Otak Di Lutut, Pak Takut Bini dan yang paling  bongsu bernama Pak Lidah Pendak.
Adik beradik Pak  Kadok bersetuju dengan Pak Kadok. Mereka beri sokongan tanpa berbelah  bagi. Sebelum itu pada tahun 2003, anak sulung Pak Kadok yang bernama  Anak Nas telah menandatangani perjanjian dengan syarikat Mur untuk  mengusahakan tanah emas tersebut. Anak Nas ini tidak dibawa berbincang  oleh Pak Kadok.
Maka Mac 2009, kedua-dua tanah  tersebut diserahkan kepada Pak Pandir yang sering tersenyum kerana  melihat kebodohan Pak Kadok yang berotak udang bersama adik-beradiknya  yang sama taraf dengan Pak Kadok. Penyerahan ini terus senyap sehingga  anak bongsu Pak Kadok yang berada di USA mengetahuinya.
Anak bongsu ini terus menghubungi abang beliau iaitu  Anak Nas. Anak Nas merasa marah lalu memberitahu pengkabaran ini kepada  seluruh adik beradik beliau. Anak Nas dan adik-adik beliau terus menekan  Pak Kadok dan Pak Kadok dengan lembut mengatakan dia mengamalkan  prinsip menang menang dengan Pak Pandir.
Untuk  meredakan keadaan, setiausaha sulit Pak Kadok yang bernama Orang Tua  Bangap Putra menyatakan sebab-sebab penyerahan 2 tanah tersebut kepada  Pak Pandir. Orang Tua Bangap Putra mengatakan bahawa nanti Pak Pandir  akan menyerahkan tanah hutan kepada Pak Kadok serta Pak Pandir bersetuju  2 tanah tersebut dikerjakan oleh Pak Kadok sebahagian untuk tempoh 40  tahun mulai Mac 2009.
Namun begitu setiausaha Pak  Pandir yang bernama Orang Muda Bijak Pintar mengesahkan bahawa tanah  hutan tetap milik Pak Pandir. Selain itu, Pak Pandir telah mengarahkan  syarikat Tot mengusahakan tanah tersebut sedangkan Anak Nas masih  terkaku. Disebabkan otak udang Pak Kadok dan kebangangan tahap gaban  adik beradik Pak Kadok, anak-anak Pak Kadok kehilangan tanah yang  hasilnya berbillion RM dan tanah hutanpun belum tentu menjadi miliknya.
Itulah Pak Kadok Moden. Ayam sabung menang tetapi  kampung tergadai. Siapa yang paling bodoh, Pak Kadok atau Pak Pandir?  Dalam cerita ini, siapa penderhaka dan pengkhianat? Jawab jangan tak  jawab tetapi jawapan anda hendaklah diterjemahkan dalam PRU 13.
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan