 Berita menarik media arus perdana hari ini, ialah  perihal perlantikan Bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Dr.Abdul Aziz Zainal (foto) menerima watikah  perlantikan sebagai Duta Malaysia Ke Perancis daripada Yang Di Pertuan  Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin  di Istana Negara. Ramai yang terkejut dengan perlantikan ini, kerana  beliau pernah ditamatkan jawatannya dengan penuh kehinaan oleh  pentadbiran kerajaan 1Malaysia Najib  Razak suatu ketika dulu. Lebih menghairankan Kementerian  Pertahanan boleh  mengumumkan penyerahan tugas Jen. Abd Aziz kepada  Panglima Angkatan Tentera yang  baru sebelum Majlis Angkatan Tentera  bersidang ketika itu. Malah cara beliau ditamatkan perkhidmatan juga  telah memecah tradisi tanpa sebarang penghormatan yang sesuai dengan   kedudukkannya. Ini menimbulkan kemusyikalan dikalangan rakyat. Malah  penamatan kontraknya secara tergesa-gesa dek kerana beliau dipercayai  merupakan proksi rapat kepada PM terdahulu iaitu Pak Lah Badawi. Oleh yang demikian,  melihat kepada insiden yang berlaku terhadap dirinya yang membuatkan  seluruh anggota tentera di Malaysia terhina ketika itu, maka atas dasar  apa pula tiba-tiba PM Najib melantik beliau sebagai Duta Malaysia Ke  Perancis. Mungkinkah ada agenda tersirat yang diarahkan oleh PM kepada  beliau memandangkan ada ura-ura kes pembeliau kapal selama Scorpene mahu  disiasat oleh pengamal undang-undang di negara itu agaknya. Inilah yang  menyebabkan Najib bagai "cacing  kepanasan" dan akhirnya menghantar orang yang arif dalam tentera  untuk melaksanakan misinya di sana. Apakah ini ada kena mengena dengan  usaha Najib untuk memastikan pembongkaran skandal Scorpene Altantunya  dapat ditutup rapat-rapat selepas ini. Tambahan pula Duta yang baru  dilantik itu adalah orang yang arif dalam hal ehwal ketenteraan negara  dan sangat sesuai memainkan peranan itu.
Berita menarik media arus perdana hari ini, ialah  perihal perlantikan Bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Dr.Abdul Aziz Zainal (foto) menerima watikah  perlantikan sebagai Duta Malaysia Ke Perancis daripada Yang Di Pertuan  Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin  di Istana Negara. Ramai yang terkejut dengan perlantikan ini, kerana  beliau pernah ditamatkan jawatannya dengan penuh kehinaan oleh  pentadbiran kerajaan 1Malaysia Najib  Razak suatu ketika dulu. Lebih menghairankan Kementerian  Pertahanan boleh  mengumumkan penyerahan tugas Jen. Abd Aziz kepada  Panglima Angkatan Tentera yang  baru sebelum Majlis Angkatan Tentera  bersidang ketika itu. Malah cara beliau ditamatkan perkhidmatan juga  telah memecah tradisi tanpa sebarang penghormatan yang sesuai dengan   kedudukkannya. Ini menimbulkan kemusyikalan dikalangan rakyat. Malah  penamatan kontraknya secara tergesa-gesa dek kerana beliau dipercayai  merupakan proksi rapat kepada PM terdahulu iaitu Pak Lah Badawi. Oleh yang demikian,  melihat kepada insiden yang berlaku terhadap dirinya yang membuatkan  seluruh anggota tentera di Malaysia terhina ketika itu, maka atas dasar  apa pula tiba-tiba PM Najib melantik beliau sebagai Duta Malaysia Ke  Perancis. Mungkinkah ada agenda tersirat yang diarahkan oleh PM kepada  beliau memandangkan ada ura-ura kes pembeliau kapal selama Scorpene mahu  disiasat oleh pengamal undang-undang di negara itu agaknya. Inilah yang  menyebabkan Najib bagai "cacing  kepanasan" dan akhirnya menghantar orang yang arif dalam tentera  untuk melaksanakan misinya di sana. Apakah ini ada kena mengena dengan  usaha Najib untuk memastikan pembongkaran skandal Scorpene Altantunya  dapat ditutup rapat-rapat selepas ini. Tambahan pula Duta yang baru  dilantik itu adalah orang yang arif dalam hal ehwal ketenteraan negara  dan sangat sesuai memainkan peranan itu.[Apa yang pasti perlantikan bekas Panglima Angkatan Tentera ini sudah pasti mempunyai misi yang telah dirancang dengan baik sebenarnya. Tambahan pula kini terdapat berita gempar tentang Misi seorang anggota perundangan Perancis, Joseph Breham telah memfailkan aduan mahkamah di Paris berhubung skandal pembelian kapal selam kepada kerajaan Malaysia. Bukankah misi ini perlu dihentikan jika mahu nama Malaysia terutamanya Najib Razak tidak tercalar dipersada antarabangsa. Lantaran itulah, langkah terbaik Najib perlu menghantar orang yang ada kaitan dengan angkatan tentera untuk melaksanakan tugasan tersebut. Apapun, kita amat yakin bahawa misi ini pasti akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar selepas ini. Bak kata pepatah "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga". Apapun, tahiah kita ucapkan kepada Tan Sri Dr.Abdul Aziz Zainal atas perlantikan beliau yang cukup bermakna dan misteri itu]
http://pahangdaily.blogspot.com
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan