Rabu, 19 Mei 2010

KPT : Penjara Mahasiswa

·

smm_post
Kuala Lumpur, 18 Mei: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini telah mengadakn satu sidang media berikutan daripada kes mahasiswa di UKM yang disabitkan atas tuduhan melibatkan diri didalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.
Tertuduh yang disabitkan adalah Sdr Hilman Idham,Sdr Ismail Aminuddin,Sdr Azlin Shafina Adzha dan Sdr Woon King Chai. Mereka semua merupakn Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM kecuali sdr Woon King Chai yang merupakan exco. Mengikut pertuduhan, mereka akan didakwa di Mahkamah Universiti UKM atas pertuduhan melakukan kesalahan menyalahi undang-undang seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti.
Sdr Hilman ketika sidang media itu mengemukakan rasa tidak puas hatinya kerana beliau bersama rakan-rakan telah di dakwa kerana kesalahan itu,sedangkan mereka semua daripada jurusan Sains Politik dan tidak menjadi masalah sekiranya mereka turun ke lapangan sebenar.
” Saya berasa terkilan kerana sebagai pelajar jurusan Sains Politik tidak menjadi masalah sekiranya saya turun ke Pilihanraya untuk melihat situasi semasa” kata beliau
Tambah beliau lagi, sebelum ini beliau sudah turun ke banyak lokasi Pilihanraya, tetapi tidak menjadi masalah seperti ini. Beliau juga mempersoalkan tindakan KPT yang mengeluarkan pekeliling yang mengatakan Mahasiswa tidak boleh terlibat dalam pilihanraya sedangkan mahasiswa mempunyai hak untuk turun ke lapangan.- Mahasiswakini

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails