Jumaat, 7 Mei 2010

HALAL HARAM BELAKANG KIRA YANG PENTING 'MASYUK'

·

Kerajaan BN memang tidak pernah memandang halal atau haram sesuatu perkara yang dilakukan yang penting duit 'masyuk'. Sebab itulah lesen judi terus dikeluarkan walaupun yang sedia ada sudah melimpah ruah.

Sehari dua ini kemungkinan besar satu lagi lesen judi akan diluluskan.
  kalau dengan isteri orang pun boleh halal,judi pun UMNO akan halalkan

Kerajaan Umno-Barisan Nasioal sedang mempertimbang mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan atas kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 awal bulan depan dalam satu lagi langkah yang dikhuatiri akan membawa kepada pelbagai masalah social dan keselamatan kepada negara.

Alasan untuk pertimbangan itu, menurut Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussein, ialah bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
          arak pun menjadi minuman rasmi,asalkan UMNO halalkan

Kalau dilihat kepada jawapan Awang Adek ('Menteri Besar' Kelantan yang kempunan ini) kita dapat simpulkan bahawa judi yang diberi lesen oleh kerajaan BN HALAL dan judi yang tiada lesen HARAM. Kitab mana dan hadis mana yang Umno BN pakai ini. Ada judi HALAL dan ada yang HARAM.

Minta tolong Mufti Perak, Sahibus Samahah Harussani Zakaria keluarkan fatwa adakah judi yang dilesenkan oleh kerajaan BN HALAL di sisi ISLAM?????

http://mutaligat.blogspot.com

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails