
Jumaat, 07/05/2010 – Kerajaan Britain mengambil  keputusan untuk tidak membenarkan kepulangan wakil Badan Perisikan  Israel “Mossad” ke Kedutaan Israel di London, selepas perselisihan yang  melibatkan kedua-dua belah pihak (kerajaan Britian dan Mossad) dengan  penggunaan Pasport warganegara Britian dalam kejadian pembunuhan  pemimpin tentera  Hamas, Mahmoud al-Mabhouh.
Akhbar The Guardian melaporkan bahawa pendirian yang diambil oleh  Kerajaan Britain ini adalah sebagai membantah tindakan Agensi Perisikan  berkenaan supaya tidak menyalahgunakan Pasport warganegara Britain dalam  melakukan tindakan perisikan pada masa akan datang, sepertimana yang  dilaporkan juga Akhbar Yedioth Ahronoth / Ibrani.
Pihak kerajaan Britain dan rejim Zionis tidak mendedahkan sebarang  butiran terperinci berkenaan dengan wakil Mossad yang yang telah diusir  keluar dari kedutaan Israel di London tersebut pada bulan Mac lalu,  selepas banyak pihak mendapat bukti bahawa Agensi Perisikan Israel  “Mossad” adalah dalang di sebalik pembunuhan Pemimpin Tentera Hamas,  Mahmoud al-Mabhouh di Emiriat, Dubai.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
Ahad, 9 Mei 2010
Britain tidak membenarkan kepulangan wakil dari “Mossad”
di
4:21 PTG
·
      
Label: ISU PALESTIN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan