 Parti Islam  Se-Malaysia  (PAS) menganggaptindaan Kerajaan BN menyerahkan dua telaga minyak  di medan minyak blok L dan M kepada negara Brunei  secara percuma  sebagai satu penderhakaan yang nyata kepada rakyat dan kedaulatan  perlembagaan negara negara ini.
Parti Islam  Se-Malaysia  (PAS) menganggaptindaan Kerajaan BN menyerahkan dua telaga minyak  di medan minyak blok L dan M kepada negara Brunei  secara percuma  sebagai satu penderhakaan yang nyata kepada rakyat dan kedaulatan  perlembagaan negara negara ini.
Keputusan  itu hanya dibuat melalui keputusan kabinet tanpa melalui Parlimen dan  perkenan Yang DiPertuan Agong. Disini rakyat boleh mempersoalkan sikap  BN terhadap Yang Dipertuan Agong, kerana Datuk Seri Najib Tun Razak  dengan jelas membelakangkan kuasa yang dipertua agong dan hak rakyat  melalui wakil mereka di Parlimen. 
Walaupun  Tun Abdullah Ahmad Badawi memulakan perjanjian pada 11 Februari 2009,  namun Najib secara rasminya menandatangani MOU itu selepas mengambil  alih pada 16 Mac 2009. Siapa pun yang jadi Perdana Menteri yang jelas,  BN jugalah parti yang khianati rakyat dan layak dipanggil penderhaka.
Ini bukan soal bagi kambing atau lembu kepada negara  jiran. Ini soal bagi khazanah bernilai RM 320 bilion. Dalam keadaan  dunia berebut pemilikan telaga minyak, Kerajaan BN senang-senang  memberikannya kepada negara jiran.
Ketika  Kerajaan dan rakyat di Kelantan dan Terengganu menuntut royalti,  macam-macam mereka beri alasan dan akhirnya mereka tawarkan duit ehsan.  Rakyat dianggap seperti peminta sedekah tetapi negara lain dianggap  seperti 'anak kandung' yang boleh diberikan mana-mana bahagian tanah  atau khazanah dalam negara ini secara percuma.
Kekecewaan  rakyat terhadap insiden kegagalan Malaysia merampas kembali Pulau Batu  Putih belum sembuh, kini Najib tandatangani pula surat penyerahan dua  blok kawasan telaga minyak untuk negara lain. Rakyat juga hairan kenapa  tiba-tiba sahaja Kerajaan BN enggan membawa kes ini Mahkamah  Antarabangsa. 
Seolah-olah Perdana Menteri telah diberikan 'ubat  tidur' atau kena pukau dengan sesuatu yang rakyat tidak tahu. Pas  menyeru agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat  perkara ini. PAS yakin ada sesuatu yang tidak kena bila perkara ini  dilakukan secara senyap tanpa melalui Parlimen dan Yang DiPertuan Agong.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
 




 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan