Pusat Khidmat Rakyat: PAS dan Pakatan  Rakyat Taman Bukit Subang membantah penggunaan Sekolah Kebangsaan Taman  Bukit Subang oleh Umno Bahagian Shah Alam (melalui Puteri Umno) untuk  satu program motivasi dan pemantapan minda pada 26-06-2010 (Sabtu),  bertempat di sekolah sendiri.

Menurut  Ketua PAS Cawangan Taman Bukit Subang (Encik Mohamad Jamil b. Abdul  Rahim), "Kami tidak membantah program tersebut lebih-lebih lagi untuk  kebaikan murid-murid dan ibubapa/penjaga serta ianya adalah anjuran  pihak sekolah sendiri dan Yayasan Pelajaran Mara tetapi kenapa perlu  melibatkan parti politik Umno terutamanya". Itu yang menjadi persoalan !
"Perkara  ini menyerlahkan lagi sikap TALAM DUA MUKA Umno dengan menggunakan apa  jua mekanisma bagi tujuan politik murahan mereka", ujar beliau.
"Jika  Umno boleh menggunakan sekolah, bagi juga ruang kepada PAS dan Pakatan  Rakyat bagi tujuan yang sama. Tunjukkan sistem demokrasi yang sentiasa  dilaung-laungkan oleh pemimpin Umno", tegas beliau lagi.

Oleh  itu, PAS dan Pakatan Rakyat Taman Bukit Subang akan menghantar surat  bantahan kepada pihak sekolah, Yayasan Pelajaran Mara dan Jabatan  Pelajaran Negeri Selangor dan mengharapkan ianya tidak berulang.
NOTA: Menurut maklumat yang lain, surat jemputan yang  diberikan oleh pihak sekolah kepada ibubapa/penjaga tiada logo atau  yang berkaitan dengan Umno !
ISLAM  ADIL UNTUK SEMUA
PAS &  PAKATAN RAKYAT MEMIMPIN PERUBAHAN
ORANG MUDE GENG KITE
http://pasbktsubang.blogspot.com 
 
0 ulasan:
Catat Ulasan