
Isnin, 28 Jun 2010
Berpolitik: Gamis mahu pensyarah diambil tindakan
di
5:21 PTG
·
      
KUALA LUMPUR, 27  Jun: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) mahu pihak Universiti  Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil tindakan tatatertib kepada seorang pensyarah universiti  itu yang menyertai Umno Jumaat lalu.
Presidennya, Mohd Idris  Mohd Yusoff  dalam satu kenyataan berkata, UKM perlu adil dan konsisten apabila  sebelum ini turut mengambil tindakan tatertib terhadap empat pelajar  Sains Politik yang terlibat dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu  Selangor lalu kerana di dakwa melanggar Akta Universiti dan Kolej  Universiti (AUKU).
"Gamis mendesak pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  menyatakan pendirian kepada seorang pensyarahnya Fadlan Mohd Othman yang  secara jelas dan terang menyatakan kepada umum menyertai parti Umno,"  katanya.
Empat  pelajar UKM yang dikenakan tindakan tatatertib sebelum ini ialah  Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin, dan  Azlin Shafina Mohamad Adza.
Mereka kini berjaya mendapat perintah injunksi  sementara dari Mahkamah Tinggi bagi menghalang UKM daripada meneruskan  prosiding tatatertib terhadap mereka.
"Bagaimana pula dengan seorang pensyarah yang  terlibat dengan parti politik? Adakah ia dilepaskan oleh kerana  menyertai parti politik kerajaan? Ataupun dia dilepaskan kerana dia  adalah seorang pensyarah, dan bukan pelajar?" soalnya lagi.
Jumaat lalu, pensyarah UKM, Fadlan Mohd Othman  bersama 39 orang lagi yang didakwa berlatarbelakang agama dilaporkan  telah menyertai Umno.
Laporan sebelum itu mendakwa 100 orang ulama  akan menyertai Umno termasuk bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul  Abidin.
Dr  Asri bagaimanapun semalam menafikan penyertaannya ke dalam Umno seperti  yang dispekulasikan banyak pihak sejak awal minggu lalu. -harakahdaily.net
Label: ISU HAK MAHASIWA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan