Pertumbuhan negara pada 10.1 peratus seperti yang dicanangkan  oleh  kerajaan tidak mencerminkan situasi yang sebenar kerana ia  dibandingkan  dengan suku pertama tahun 2009, di mana ketika itu ekonomi  Malaysia  masih berada dalam krisis.
 
Menurut Ketua  Serantau Penyelidikan Ekonomi, Standard  Chartered, Tai Hui jika tempoh  masa 2008 diguna-pakai, pertumbuhan  negara adalah hanya sekitar 3.5  peratus.
 
"Sekiranya anak anda pulang dari sekolah dan memberitahu bahawa dia dapat 75 markah dalam peperiksaannya, tetapi pada semester lalu dia mendapat 50 markah, anda tidak begitu kagum kerana sebelum ini dia pernah mendapat 100 markah,” katanya dalam satu seminar hari ini.
 
"Berita yang baik ialah ekonomi negara sedang berkembang tetapi persekitaran perniagaan hanya bertambah baik sedikit sahaja berbanding sebelum krisis.
 
Kata Tai Hui, buktinya kebanyakan firma masih berhati-hati dan tidak melabur lanjut, meskipun mereka yakin bahawa ekonomi berada dalam pemulihan.
|  | 

0 ulasan:
Catat Ulasan