Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) hari ini menyambut baik halatuju baru kerajaan Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK 10) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak di Parlimen.


Presiden GAMIS Mohd  Idris Mohd Yusoff, dalam kenyataannya petang tadi  berkata, GAMIS  menyambut baik lima teras strategik yang dicadangkan kerajaan Malaysia  khususnya dalam teras keempat iaitu membangun dan meningkatkan modal  insan yang berkualiti dunia.
GAMIS juga menyambut baik hasrat kerajaan  mewujudkan persekitaran kondusif bagi melahirkan kualiti hidup rakyat  Malaysia.
Walaubagaimanapun, tegasnya kerajaan  Malaysia perlu melakukan beberapa tindakan dan strategi lain bagi  menampung keprluan modal insan. Ini kerana katanya kerajaan hanya  memperuntukkan nisbah 40 peratus sahaja daripada keseluruhan RMK 10  kepada aspek modal insan.
Beliau mempersoalkan, "Apakah strategi  kerajaan dalam membendung gejala sosial yang melanda masyarakat pada  hari ini dan dimanakah peruntukan khas kepada institusi yang  bertanggungjawab menangani perkara ini?"
Namun begitu,  langkah kerajaan merancang untuk mewujudkan kawasan bandar mampat dan  efisien dan suasana kehidupan yang menarik dan nyaman disokong beliau  kerana dapat mengurangkan aspek yang membawa kepada gejala sosial.
"Kerajaan pada hari ini perlu berusaha lebih keras dalam  merangka pelan dan strategi dalam pembentukan modal serta sosial  masyarakat dengan lebih serius dan efisyen," tambahnya. -mygamis.blogspot.com
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan