Sumber TvSelangor
 Perdana Menteri Najib  Razak dimaklumkan mengenai kemungkinan besar  rejim zionis Israel akan  menyerang kapal misi kemanusiaan  lima hari  sebelum serangan itu  berlaku namun tidak ada tindakan diambil oleh  pejabat Perdana  Menter.Majlis Perundingan Pertubuhan Islam  Malaysia (MAPIM) yang  terbabit dalam misi itu telah menghantar surat  berkenaan pada 27 Mei,  namun tidak menerima sebarang maklum balas  daripada Najib. Lima hari  kemudian rejim Zionis melancarkan serangan ke  atas Mavi Marmara dan  membunuh sembilan orang.
Perdana Menteri Najib  Razak dimaklumkan mengenai kemungkinan besar  rejim zionis Israel akan  menyerang kapal misi kemanusiaan  lima hari  sebelum serangan itu  berlaku namun tidak ada tindakan diambil oleh  pejabat Perdana  Menter.Majlis Perundingan Pertubuhan Islam  Malaysia (MAPIM) yang  terbabit dalam misi itu telah menghantar surat  berkenaan pada 27 Mei,  namun tidak menerima sebarang maklum balas  daripada Najib. Lima hari  kemudian rejim Zionis melancarkan serangan ke  atas Mavi Marmara dan  membunuh sembilan orang.
Mereka  turut  merampas segala bantuan termasuk bekalan perubatan dan makanan  untuk  rakyat Palestin yang dianggarkan berjuta ringgit.   Pendedahan  mengejut oleh MAPIM mencemari usul yang  dibawa oleh Najib di Parlimen  hari ini, membidas serangan itu dan  meminta masyarakat antarabangsa  untuk bertindak tegas terhadap Israel,  tujuh hari selepas serangan  berkenaan.   
 Dalam salinan surat  yang diperolehi oleh TVSelangor,  MAPIM memberitahu Najib bahawa Israel  berkemungkinan  besar akan  melancarkan serangan ketenteraan bagi  menghalang misi kemanusiaan itu  dari sampai ke Gaza.  
 Justeru badan itu  menggesa Najib untuk  memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB  memberi perlindungan  kepada kapal-kapal yang terbabit dari misi itu  daripada kekejaman  Israel.  
 Malah Najib juga diminta untuk mengerahkan kapal   pengiring khas untuk misi itu selain memohon bantuan daripada   Persidangan Negara-negara Islam atau OIC, dan Kesatuan Eropah.  
 "  27 mei untuk  memberitahu PM perlu mengambil perhatian serius mengenai  keselamatan  misi kapal kemanusiaan ini kerana jelas beberapa kenyataan  Israel  bahawa jelas tindakan secara ketentaraan akan berlaku. Jadi kita   mendesak supaya PM atas negara Malaysia cepat bertindak untuk meminta   PBB memastikan jaminan keselamatan ini tapi malangnya tidak direspon   oleh PM sehinggalah insiden itu berlaku" ujar Mohd Azmi Abdul Hamid,   Setiausaha Agung MAPIM. 
 Hari ini Najib berdiri di Parlimen untuk  menyampaikan  bantahan kerajaan pimpinannya terhadap serangan itu.  
 Namun  yang menjadi  pertikaian ialah sikap yang dipamerkan oleh kerajaan dalam  memastikan  keselamatan misi kemanusiaan berkenaan yang membabitkan  sukarelawan dan  wartawan malaysia.  
 " Kekesalan kita ialah  apabila mesej kita kepada PM itu  nampaknya tidak dijawab dan tidak  respon bahawa insiden ini memang  berlaku dan kita memang akan ambil  tindakan" tambah Azmi. 
 Mengulas mengenai  perkara itu, Ketua  Pembangkang,  Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia  menjadi ukuran  terhadap keikhlasan kerajaan pimpinan Najib bersabit  misi kemanusiaan  yang disertai  12 aktivis Malaysia.   
 " Bila perkara ini  sudah  meletup sedemikian rupa, orang sudah ditembak, rakyat sudah  bangkit  marah, barulah kerajaan nampak respon sedikit. Tetapi ini tidak  boleh  menutup kelemahan yang dibangkitkan oleh MAPIM". 
 " Ini harus   didedahkan kepada awam. Rakyat harus tahu bahawa banyak usaha telah   diambil oleh badan-badan Islam dan badan bukan kerajaan dan kerajaan   seolah-olah hanya mahu lepas tangan dan tidak mahu langsung sentuh   sensitiviti Israel dan Amerika Syarikat" ujar beliau kepada Tv   Selangor. 
 Tambahnya, kerajaan Najib hanya bangkit setelah rakyat   dan juga parti pembangkang membantah jenayah perang yang dilakukan oleh   tentara Israel ke atas flotila bantuan ke Gaza.
 Dalam pada  itu Naib  Presiden PAS, Salahuddin Ayub turut menuntut penjelasan  daripada wisma  Putra atas kegagalan kerajaan bertindak  bertindak  membantu kapal Mavi  Marmara meskipun diberitahu mengenai rancangan rejim  Zionis untuk  menyerang misi kemanusiaan itu lebih awal.
 "  Walaupun  kadang-kadang kita mempunyai keyakinan mungkin apa pun yang  kita  laksanakan Israel tetap dengan kezaliman dan kekerasan mereka,  tetapi  apa yang kita mahu biar ada satu catatan bahawa apabila kita  mendapat  satu isyarat daripada kapal tersebut, dan Wisma Putra dengan  jelas  menerima isyarat tersebut, maka mesti ada catatan yang Wisma Putra  juga  ada catatan mereka menghubungi pihak yang berkuasa" ujar beliau  kepada  Tv Selangor.  
 Salahuddin berkata masyarakat akan tentunya  bertanya  samada tragedi   serangan ke  atas kapal Mavi Marmara mungkin  mempunyai  kesudahan berlainan jika Wisma Putra telah bertindak lebih pro  aktif.
 " Apa yang penting dalam setiap situasi, kerajaan  mesti  bertindak proaktif dan pantas untuk mendapatkan bantuan-bantuan  yang  diperlukan contohnya badan-badan antarabangsa"
Rabu, 9 Jun 2010
Serangan Flotila : Najib Tidak Endahkan Amaran MAPIM
di
3:25 PTG
·
      
Label: KEBOBROKAN UMNO
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan