Alhamdulillah,  setelah tertangguh program tarbiyyah anjuran Lujnah Tarbiyyah PAS negeri  Terengganu akhirnya diperkenankan Allah Swt. Buat pertama kali Program  XPDC Tarbawi 4WD dari Rusila ke Blok 6 Cerul, Air Puteh – Kemaman  berjalan lanjcar. Ucapan setinggi-tinggi terimakasih kepada Tuan Guru  Presiden yang sudi meluangkan masa bersama XPDC ini. 
Program  dibawah Unit Tarbiyyah Khas yang diketuai Ust Hazri dibawah Luj  Tarbiyyah Negeri ini berperanan untuk membawa keluar agenda tarbiyyah  kepada semua lapisan masyarakat. Selama kini ramai beranggapan bahawa  PAS ini sekadar parti Tok Guru. Pas hanya layak diikuti oleh orang  baik-baik. Hakikat sebenarnya PAS adalah untuk semua bahkan kehadiran  Islam sebagai penyelamat adalah untuk kesejahteraan seluruh ummah  manusia. Tetapi amat malang kekadang masih ramai yang tidak merasai  nikmat dan keindahan Islam ini. Itulah sebabnya Pas berharap untuk  mengadakan program-program seperti ini agar menyentuh semua pihak. Semua  lapisan masyarakat. 
Program yang melibatkan  kenderaan 4X4 yang pelbagai latarbelakang peserta dari semua 8 daerah di  seluruh negeri Terengganu. Walaupun permintaan yang amat menggalakkan  tetapi memandangkan keadaan tempat Blok 6 di Sungai Cerul itu tidak  mengizinkan kita membuka untuk semua bahkan untuk permulaan hanya terhad  kepada 51 buah sahaja dengan penyertaan maksima 4 orang setiap buah  kenderaan. 
Kalau pemuda adanya ARC untuk  motosikal, tetapi Lujnah Tarbiyyah merangka program kembara yang  melibatkan semua tahap umur. Dengan matlamat untuk mengerakkan segenap  ruang dakwah dan tarbiyyah kesemua sasaran. Kalau Pas disarankan untuk  ditubuhkan di Bandar, pekan, desa, kampong dan taman-taman sekarang kita  mula bergerak hatta ke jalan-jalan raya bahkan hutan belantara. Hasrat  juga untuk mengukuhkan tali silaturrahim sesama penggiat harakah  Islamiyyah dan dalam masa yang sama memanfaatkan xtvt kembara dan ziarah  sambil melakukan khidmat sosial dan bersama masyarakat. Disamping tanpa  melupakan ingatan firman Allah Swt dalam ayat-ayat memerintah berjalan  dan bermusafir :-
Katakanlah: "Berjalanlah di (muka) bumi, Maka perhatikanlah  bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, Kemudian Allah  menjadikannya sekali lagi (kebangkitan semula). Sesungguhnya Allah Maha  Kuasa atas segala sesuatu. Surah al-Ankabuut: 20)
Katakanlah: "Berjalanlah  kamu (di muka) bumi, lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang  yang berdosa. Surah al-Naml: 69 
Semua peserta dibekalkan panduan bermusafir serta adab-adabnya sebagai  panduan kepada semua. Kita juga mengharapkan selepas ini akan diwujudkan  setiap kawasan dan daerah dengan kelab 4WD masing-masing dan bergabung  dibawah satu payung diperingkat negeri dengan penyeliaan Lujnah  Tarbiyyah. Diharapkan ia akan berkembang dengan pelbagai xtvt melibatkan  daerah, negeri ke negeri bahkan ke luar Negara InsyaAllah. 
Program bermula dengan semua peserta berhimpun  seawal jam 8.30pagi diMasjid Rusila dan mengikuti Kuliah Pagi Jumaat  yang disampaikan oleh Tuan Guru Presiden. 
Konvoi dijalan raya ini mengambil masa lebih dua jam  melintasi bandar Dungun, Paka dengan menggunakan laluan utama. Dengan  kibaran bendera disetiap kenderaan pacuan 4 roda ini, kami mendapat  sokongan orang-ramai yang memberi lambaian tanda sokongan kepada Pas.  bahkan sepanjang perjalanan bunyian hon dan kerlipan lampu dikalangan  pengguna jalan-raya berterusan sehingga bandar Kemaman. Semoga Pas  sentiasa dihati orang ramai.
Selesai Jumaat, para pemuda yang diketuai DPPKK  telah melakukan demo tunjuk rasa menentang dan membantah tindakan  tentera Yahudi yang membunuh peserta konvoi serta merampas barangan  derma kemanusiaan Gaza di baru-baru ini.
http://www.tranungkite.net
Rabu, 9 Jun 2010
Kembara Tarbawi bersama Tuan Guru Presiden
di
3:22 PTG
·
      
قُلْ سِيرُوا فِي  الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ بَدَأَ الْخَلْقَ ثُمَّ اللَّهُ يُنْشِئُ  النَّشْأَةَ الْآخِرَةَ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ  كَانَ عَاقِبَةُ الْمُجْرِمِينَ
Para peserta yang tiba mula  mendaftarkan kenderaan serta ahlinya
Sedang sibuk memasang bendera,  sticker serta mempersiapkan kenderaan masing-masing
Tuan Guru Dato Seri Presiden mula  menyampaikan kuliah rutin beliau setiap pagi jumaat di Masjid Rusila.  Pengajian ini berterusan sejak zaman berzaman. Sumbangan seorang tokoh  ulama besar terhadap rakyat Terengganu.
Persiapan dikalangan peserta.
Selesai kuliah Tuan Guru menaiki pentas untuk  majlis perasmian dan pelancaran. Meskipun rengkas tetapi cukup untuk  menjelaskan konsep, matlamat dan taujihat untuk peserta. Turut hadir Hj.  Yahya Ali selaku setiusaha BPPN Terengganu serta AJK Tarbiyyah negeri.
Ucapan alu-aluan oleh Ketua Lujnah  Tarbiyyah Pas Negeri Terengganu (TPJ Trg)
Ucapan perasmian yang penuh  bersemangat. Tuan Guru memakai vest siap bersama peluru didada.  Menyuntik semangat jihad kepada peserta. Beliau menyebut ia sebagai  'simbol jihad'. Hanya peluru sebagai jawapan kepada Zionis Israel yang  tidak tahu erti toleransi.
Majlis ditutup dengan doa selamat  oleh para peserta yang dibacakan oleh Tuan Guru Presiden
Takbir!. Bergerak bersama slogan  Pas
Setelah dilancarkan konvoi mula  bergerak keluar dari perkarangan masjid Rusila jam 11.00 pagi menuju ke  masjid Pasir Minal, Kemaman.
Pukul 1.10 tiba di Masjid Pasir  Minal, Kemaman. Bersiap diri untuk solat Jumaat yang di imamkan oleh  Tuan Guru Presiden. Sebelum itu khutbah yang disampaikan beliau berkisar  perjuangan palestine serta jenayah Yahudi terhadap nabi2 sepanjang  zaman sehingga terhadap umat islam kini. Kecaman juga terhadap tindakan  biadap Zionis terhadap konvoi kemanusiaan sedunia Gaza. 
Kemudian  bendera negara Yahudi israel dibakar sebagai tanda kehancuran buat  Zionis
Para pesrta berehat  sementara sebelum meneruskan perjalanan setelah menjamu selera. jamuan  rakyat dengan menumbangkan 2 ekor kerbau bersama makanan istemewa.  Terimakasih pihak masjid Pasir Minal atas sambutan hebat ini.
Kembara diteruskan  menuju ke kampung tradisi iaitu Air Puteh
Jam 3.30  petang, tiba di air puteh, para peserta berhenti untuk penyampaian  bantuan fakir miskin. Sebanyak 4k telah diagihkan buat 40 orang yang  terpilih di air puteh dan kampung sekitar.
 Ucapan  rengkas dari Tok Guru Presiden serta majlis penyampaian bantuan
Kembara  diteruskan ke Blok 6, Sg. cerul. Konvoi dipandu iring oleh anak-anak  muda Pas bersama motor & Scramler
 Mula masuk ke jalan tanah merah. Off Road ini sedikit  sebanyak memberi cabaran kepada para peserta
  setelah perjalanan hampir 1 jam. Tibalah ke destinasi ditengah hutan  yang nyaman dengan persekitaran yang menyegarkan
 Fuhhh.. seronoknye mandi sungai  yang deras airnya. Legaaa... berbaloi prgram macam ni. Nyesal korang tak  ikut. Tok Guru pun turut sama berehat didalam air. Air yang sejuk dan  deras serta batu-batu dan persekitaran adalah terapi yang amat baik buat  kita semua
  Bermula kuliah magrib serta taujihat kepada peserta oleh Tuan Guru  Presiden. Peserta keseluruhan hampir 200 orang kyusuk mendengar amanat  Presiden. sessi dialog dan soal jawab mendapat sambutan hangat
Terimakasih orang  kemaman. Orang dapur yang menyediakan makanan buat kami semua
Program santai selepas  makan dan XPDC ini berjaya menubuhkan AJK penaja bagi Kelab 4WD Pas  Terengganu. Dengan kerjasama beberapa kelab sedia ada seperti RANGGOH  dari Marang dan PADAT dari Dungun. 
Ditengah malam air  naik tanpa disedari kerana hujan lebat yang menyebabkan hulu sungai  melimpahkan airnya sehingga jadi seperti pulau di kawasan perkhemahan.  Dalam peserta ramai yang lena tidur, sebahagian peserta mengalihkan  kenderaan dan ada yang terpaksa ditunda. apapun semua itu callenge buat  peserta
selepas kuliah subuh,  bersama peserta untuk cabutan bertuah. senyum sakan abg well (YDP Pas  kemaman). Boleh hadiah ke?
Acara mempamerkan XTVT  lasak oleh peserta 4X4 khususnya ahli yang berpengalaman
Peserta diberikan  hamper bagi pertunjukan terbaik. Disampaikan oleh Pengarah Program Ust  hazri
  Hingga ketemu lagi di kembara Tarbawi akan datang. Terimakasih kepada  semua yang terlibat. agar menjadi kenangan dalam beramal jama'ie.  Tahniah semoga diberkati Allah.  
Label: INFO
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan