Selasa, 15 Jun 2010

Ust Hassan Shukri yang ana kenal

·


"Selaku seorang pimpinan PAS yang pernah diamanahkan sebagai Setiausaha PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu sewatu usia yang masih muda, Al-Marhum Ust Hassan Shukri sentiasa membantu ana dalam menjalankan tugas.Berkaitan dengan perlembagaan parti dan pengalaman perjuangan ternyata beliau merupakan 'SIFU PERJUANGAN' yang sangat ana kagumi.

Telefonlah pukul berapa pun pasti dia akan angkat.Bahkan sewaktu menjadi Timb. Presiden PAS beliau begitu rajin turun menjalankan tugas parti hatta di peringkat cawangan sekalipun.Kadang-kadang dewasa ini,ana lihat ada pimpinan yang baru diangkat sikit bila ada jawatan penting nak turun cawangan pun susah.Bila ditelefon yang kena jerkah pun ada.Inilah bezanya antara pimpinan 'mee segera' dan yang pernah 'mengenggam bara api' dalam perjuangan.Apatah lagi pimpinan lama yang pernah duduk di pondok,mengaji ke timur tengah,hidup zaman PAS susah,mereka ini benar-benar mengenal erti perjuangan dan kehidupan.

Segelintir pimpinan hari ini pula,walaupun pandai ada P.H.D. atau DR misalnya,namun cukup sombong dengan ahli di bawah.Sebab itulah suka ana syorkan supaya kita meniru 'style' perjuangan orang lama,tak banyak cakap tapi banyak buat kerja.Ada orang pandai cakap tapi jadi anai-anai dalam jamaah,hingga pimpinan tertinggi habis dihina,punya tak dak adab lansung!

Sabitlah pagi tadi ana rasa bagai ada yang tidak kena sewaktu hendak bertolak pulang dari Kuala Lumpur.Tiba-tiba bila ana sudah sampai di Kulim baru dapat berita pemergian beliau oleh Encik Fauzi.Ya Allah luluh lemah rasanya diri ini bila mendengar pimpinan yang lama pergi seorang demi seorang.Adakah hari ini kita benar-benar punya pelapis yang boleh menggantikan mereka?Punya fikrah dan kualiti tarbiyah sebagaimana mereka?

Mudah-mudahan ruhnya dicucuri rahmat dan berbahagia di sana untuk berada dengan para pejuang terdahulu.Pasti saat ini Al-Marhum Ust Fahil Noor,Al-Marhum Tn Guru Ni'mat,Al-Marhum Ust Suhaimi Ahmad, tersenyum untuk menyambut sahabat setia yang mati dalam perjuangan sebagaimana mereka.Mudah-mudahan kita juga diberikan istiqomah untuk mati dalam perjuangan.Kata Mat Sabu:"Tercicir awal perjuangan rugi,pertengahan perjuangan amat rugi,akhir perjuangan lagilah rugi mampuih".ALLAHU AKBAR!...AL-FATIHAH..."

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails