 Keputusan kerajaan Malaysia melalui  Perdana Menteri, Dato’Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa keputusan  muktamad untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot  Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) atas pertimbangan agama dan kesan  politik harus dipersoalkan keikhlasannya.
Keputusan kerajaan Malaysia melalui  Perdana Menteri, Dato’Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa keputusan  muktamad untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot  Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) atas pertimbangan agama dan kesan  politik harus dipersoalkan keikhlasannya. Ini kerana  Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) berpendapat bahawa hal-hal berkaitan judi  ini telah ada nas yang jelas dan pasti berdasarkan ayat Surah Al Maaidah  ayat 90. Oleh itu tidak perlu perkara ini dibincangkan atau  ditimbang-timbangkan. Kenapa hanya judi sahaja yang dipertimbangkan  sedangkan ISA, Hudud, rasuah, arak, aurat, pusat maksiat yang semakin  membiak di negara ini tidak dibincangkan dalam konteks agama.  Kemudiannya DPPP juga mempersoalkan sejak bila kerajaan UMNO/BN  mempertimbangkan sesuatu perkara mengambil kira pendapat rakyat  sedangkan sebelum ini mengapa tidak pernah mendengar akan rintihan  rakyat seperti kenaikan harga barang, kenaikan harga minyak, tol dan  sebagainya. 
Lagipun keputusan yang diumumkan oleh PM hanya  dibuat selepas mesyuarat MT UMNO. UMNO bukannya sebuah kerajaan tetapi  hanya satu parti politik yang bergabung dengan parti –parti lain di  dalam BN membentuk kerajaan. Sejak bila mesyuarat MT menentukan polisi  negara? Besarkah kuasa MT UMNO? Kemana perginya kabinet kerajaan  Malaysia? 
Jelas disini kerajaan semakin takut akan kebangkitan  rakyat yang begitu memarahi kerajaan UMNO/BN yang suka bertindak  mengikut penilaian politik tanpa memikirkan akibatnya kepada rakyat  marhaen. DPPP mencabar agar kerajaan juga menyatakan pendirian mereka  berkaitan hal-hal yang lain yang lebih memerlukan pendapat rakyat.  Jangan hanya berpura-pura untuk mengambil hati rakyat demi ‘survival’  politik sahaja. PM juga disaran agar lebih bertanggungjawab dalam  menentukan atau membuat sesuatu keputusan tanpa membelakangkan kabinet  kerajaan Malaysia kerana yang memerintah bukannya parti UMNO.
Disediakan oleh
UST. AZMAN SHAPAWI ABD.RANI
Timb. KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan