Eksklusif: Gedung Ilmu Terus Dibiar Layu, Rakyat Kecewa Kerajaan Negeri Pahang Terus Pinggirkan Perpustakaan Awam Negeri Dari Arus Kemajuan !!
 KUANTAN,  28 Jun - Orang ramai di bandar ini kecewa dan hairan melihat  sikap Kerajaan Negeri Pahang yang  langsung tidak peka untuk membaik pulih bangunan perusatakaan awam  negeri yang kini semakin uzur dan usang. Bangunan Perbadanan  Perpustakaan Awam Pahang itu sudahlah terletak di kawasan  tersorok, malah ia langsung tidak mengambarkan sebuah pusat  kecemerlangan ilmu dan pendidikan yang wajar dikunjungi oleh rakyat  Pahang. Menurut seorang pengunjung tetap ke perpustakaan awam yang  menghubungi PDO berkata beliau agak hairan dengan sikap kerajaan negeri  yang seolah-olah menutup sebelah mata untuk membiarkan bangunan yang  menempatkan perpustakaan awam Pahang. "Sebelum ini memang saya ada dengar bangunan baru  akan dibina di Tanah Putih, namun nampaknya ia tidak menjadi kenyataan.  Malah saya juga hairan dengan sikap kerajaan negeri yang tidak mahu  mengambil berat akan hal ini, sedangkan bangunan usang perpustakaan itu  terletak di pintu masuk ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang ini  sendiri" katanya. Untuk makluman, bangunan perpusatakaan awam  Pahang itu terletak diantara bangunan  Lembaga Kemajuan Perusahan Pertanian Pahang (LKPP) dan Ibu Pejabat Polis kontijen Pahang di Jalan Gambut dekat sini. Malah  bangunan tersebut juga terletak berhadapan dengan pintu masuk ke WismaPersekutuan dan Wisma Sri Pahang yang menempatkan Pejabat Menteri Besar itu sendiri  sebenarnya. Soalnya sekarang, kenapa "gedung  ilmu itu" dibiarkan terkulai layu sebegitu rupa di saat  negeri-negeri  lain sibuk membangunkan perpusatakaan awam negeri  masing-masing untuk kemudahan rakyat.
KUANTAN,  28 Jun - Orang ramai di bandar ini kecewa dan hairan melihat  sikap Kerajaan Negeri Pahang yang  langsung tidak peka untuk membaik pulih bangunan perusatakaan awam  negeri yang kini semakin uzur dan usang. Bangunan Perbadanan  Perpustakaan Awam Pahang itu sudahlah terletak di kawasan  tersorok, malah ia langsung tidak mengambarkan sebuah pusat  kecemerlangan ilmu dan pendidikan yang wajar dikunjungi oleh rakyat  Pahang. Menurut seorang pengunjung tetap ke perpustakaan awam yang  menghubungi PDO berkata beliau agak hairan dengan sikap kerajaan negeri  yang seolah-olah menutup sebelah mata untuk membiarkan bangunan yang  menempatkan perpustakaan awam Pahang. "Sebelum ini memang saya ada dengar bangunan baru  akan dibina di Tanah Putih, namun nampaknya ia tidak menjadi kenyataan.  Malah saya juga hairan dengan sikap kerajaan negeri yang tidak mahu  mengambil berat akan hal ini, sedangkan bangunan usang perpustakaan itu  terletak di pintu masuk ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang ini  sendiri" katanya. Untuk makluman, bangunan perpusatakaan awam  Pahang itu terletak diantara bangunan  Lembaga Kemajuan Perusahan Pertanian Pahang (LKPP) dan Ibu Pejabat Polis kontijen Pahang di Jalan Gambut dekat sini. Malah  bangunan tersebut juga terletak berhadapan dengan pintu masuk ke WismaPersekutuan dan Wisma Sri Pahang yang menempatkan Pejabat Menteri Besar itu sendiri  sebenarnya. Soalnya sekarang, kenapa "gedung  ilmu itu" dibiarkan terkulai layu sebegitu rupa di saat  negeri-negeri  lain sibuk membangunkan perpusatakaan awam negeri  masing-masing untuk kemudahan rakyat.Inilah rupa bentuk bangunan perpustakaan awam Pahang yang memang
sudah terlalu usang dan amat daif untuk dijadikan gedung ilmu itu
Pandangan dari luar pintu masuk, Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang (kanan)


Cuba lihat bentuk perpustakaan awam Terengganu (kiri) dan Johor (kanan)
yang begitu canggih dan amat memuaskan rakyat untuk mendapatkan ilmu


Bukti, muka depan laman web rasmi perpustakaan awam Terengganu
(kiri) dibandingkan dengan laman web perpustakaan awam Pahang
Bangunan Perpustaakaan Awam Desa Bandar Tun Razak, Muadzam Shah
ini lebih selesa dan sempurna dari perpustakaan awam negeri di Kuantan


Bangunan Perpustaakaan Awam Cameron Highlands dan Rompin (kanan)
juga jauh bezanya dengan Perpustakaan Awam Negeri Pahang itu sendiri
[Teguran ini terpaksa dibuat selepas PDO menerima banyak rungutan daripada rakyat Pahang terutamanya warga Kuantan. Ramai yang tidak percaya begitu rupanya Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang, lokasi yang tersorok, tersepit antara bangunan dan masih berdindingkan papan di saat pembangunan yang merimpah ruah tiba sekarang ini. Walhal, MB Pahang itu sendiri pernah menjadi dan masih lagi merupakan Pengerusi Perpustakaan terbabit. Sedar atau tidak, bangunan sedia ada perlu dirobohkan dan bangunan baru perlu didirikan segera selaras dengan perkembangan zaman. Semoga pihak terbabit dapat cari jalan penyelesaiannya demi memulihkan imej gedung ilmu di Pahang ini].
http://pahangdaily.blogspot.com
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan