 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Malim  Nawar, Keshvinder Singh a/l Kashmir  Singh (foto), dari DAP hari ini  mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu. Keshvinder  berkata, beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada DAP kerana  kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu  banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.  Beliau mengumumkan demikian pada sidang akhbar di Hotel Holiday Villa, di Subang, hari  inji. Pada PRU-12 lalu, Keshvinder Singh mengalahkan calon BN Dr Chai Song Poh dengan majoriti 1,362  undi. Dengan keputusan itu, bilangan pembangkang di dewan undangan  negeri Perak sekarang ini adalah 27 orang berbanding 28 yang dikuasai  oleh BN manakala wakil Bebas pula adalah 4 orang.

[Nampak benar Keshvinder telah disogok  oleh puak-puak UMNO BN yang dipimpin oleh Zambry Kadir. Mungkin  jumlahnya juga lebih besar daripada apa yang diterima oleh tiga ADUN  lompat sebelum ini. Soalnya sekarang, kenapa ia terjadi tatkala ura-ura  tiga ADUN BN mahu sertai Pakatan Rakyat di Perak?. Zambry melakukan ini  bagi memastikan mereka tidak tewas biarpun tiga ADUN BN terbabit  dikatakan memang benar akan sertai PKR. Jika mengikut percaturan biasa  jumlah ADUN Pakatan ialah 28 orang dan jika tiga ADUN BN sertai mereka  maka akan menjadi 31. Manakala itu ADUN BN pula akan berkurangan 27 dan  dicampur dengan tiga ADUN lompat maka jumlahnya ialah 30 orang. Maknanya  Pakatan Rakyat akan mendahului dengan majoriti tipis 1 ADUN. Ternyata  jika ini berlaku, sudah pastu DUN terpaksa dibubarkan oleh Zambry Kadir.  Maka itulah beliau terpaksa membeli seorang lagi ADUN DAP yang memang  sudah lapar untuk mendapat habuan yang dijanjikan. Bagi Zambry, apapun  yg berlaku BN akan mendapat majoriti 1 ADUN mengatasi Pakatan Rakyat.  Justeru itulah kita tidak hairan Keshvinder melompat parti atas alasan  yang tidak masuk akal iaita kononnya kecewa ADUN Pakatan Rakyat lebih  banyak berpolitik daripada menjalankan tugas mereka. Sepatutnya beliau  cerminkan dirinya sendiri sebelum menuding jari kepada orang lain.  Realitinya, memang benar beliau telah mendapat habuan yang dinyatakan  dan alasan itu hanya rekaan beliau semata-mata berdasarkan skrip yang  telah disediakan oleh puak UMNO BN di Perak itu sendiri sebenarnya].
Selasa, 15 Jun 2010
Panas: Seorang Lagi ADUN DAP Perak Keluar Parti
di
1:05 PTG
·
      
Label: KEBOBROKAN UMNO
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 
0 ulasan:
Catat Ulasan