Selasa, 15 Jun 2010

RMK 10 : GAMIS bimbang terhadap keperluan modal insan kepada masyarakat

·

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) hari ini menyambut baik halatuju baru kerajaan Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK 10) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak di Parlimen.


Presiden GAMIS Mohd Idris Mohd Yusoff, dalam kenyataannya petang tadi berkata, GAMIS menyambut baik lima teras strategik yang dicadangkan kerajaan Malaysia khususnya dalam teras keempat iaitu membangun dan meningkatkan modal insan yang berkualiti dunia.

GAMIS juga menyambut baik hasrat kerajaan mewujudkan persekitaran kondusif bagi melahirkan kualiti hidup rakyat Malaysia.

Walaubagaimanapun, tegasnya kerajaan Malaysia perlu melakukan beberapa tindakan dan strategi lain bagi menampung keprluan modal insan. Ini kerana katanya kerajaan hanya memperuntukkan nisbah 40 peratus sahaja daripada keseluruhan RMK 10 kepada aspek modal insan.

Beliau mempersoalkan, "Apakah strategi kerajaan dalam membendung gejala sosial yang melanda masyarakat pada hari ini dan dimanakah peruntukan khas kepada institusi yang bertanggungjawab menangani perkara ini?"

Namun begitu, langkah kerajaan merancang untuk mewujudkan kawasan bandar mampat dan efisien dan suasana kehidupan yang menarik dan nyaman disokong beliau kerana dapat mengurangkan aspek yang membawa kepada gejala sosial.

"Kerajaan pada hari ini perlu berusaha lebih keras dalam merangka pelan dan strategi dalam pembentukan modal serta sosial masyarakat dengan lebih serius dan efisyen," tambahnya. -mygamis.blogspot.com

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails