Isnin, 28 Jun 2010

Najib: Kepentingan Melayu dan Pilihan Raya Umum ke-13

· 0 ulasan

"Dalam realiti hari ini, perlu kepada orang seperti Ibrahim Ali sebagai reaksi kepada serangan-serangan terhadap orang Melayu."

"Saya lihat Najib terpaksa mengimbangi dalam melayan orang Cina dan orang Melayu. Nampak kepada banyak orang, dia lebih layan tuntutan orang Cina."

- Tun Dr Mahathir Mohamad, Siasah 27 Jun-3 Julai, 2010 


Beberapa perkembangan terbaharu melibatkan Umno menjelaskan kerumitan program 1 Malaysia cetusan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dan permainan kuasa dalam parti terbesar dalam pemerintah hari ini.
 
Ketika slogan 1 Malaysia Najib berdepan kritikan, Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) mengadakan perhimpunan bertema “Melayu Bangkit” di Terengganu, dengan dihadiri lebih 40 pertubuhan Melayu termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan dihadiri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Baru-baru ini, Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas yang kini lebih dikenali dengan peranannya dalam Perkasa membuat kenyataan menggesa Datuk Seri Idris Jala meletak jawatan daripada kabinet Najib ekoran kenyataannya berhubung subsidi.
 
Gerakan kumpulan-kumpulan Melayu kini semakin jelas dapat dilihat dengan tertubuhnya Perkasa dan Gertak yang mendakwa mewakili kepentingan orang Melayu yang semakin tergugat selepas pilihan raya umum yang lalu.
 
Agenda 1 Malaysia yang dibawa Najib dilihat sukar diterima banyak pihak dalam Umno kerana kaitannya dengan fahaman liberal yang bertentangan dengan perjuangan Umno.
 
Akibat munculnya 1 Malaysia, Umno terpaksa berkompromi dengan slogan “ketuanan Melayu” yang dilihat tidak selari dengan apa yang cuba dikemukakan dengan program Najib itu.
 
Ide 1 Malaysia yang dicetuskan untuk membawa imej kesatuan telah berdepan manipulasi dan kritikan ekoran kekaburannya. Ia dilihat sebagai terlalu liberal oleh pihak konservatif dan dibaca sebagai satu janji oleh kelompok liberal, yang sentiasa menuntut 1 Malaysia dilaksanakan menurut tafsiran mereka.
 
Pada masa sama, Mahathir yang dilihat sebagai penasihat kepada Najib sentiasa berada di pihak kumpulan-kumpulan Melayu tersebut, yang dikritik sebagai bersifat perkauman oleh golongan liberal, dengan mengaitkan pertentangannya dengan ide 1 Malaysia.
 
Sokongan Mahathir penting bagi Najib disebabkan pengaruh bekas perdana menteri itu yang masih meluas di dalam dan luar Umno. Tetapi sokongan Mahathir kepada kumpulan Melayu yang dikritik sebagai perkauman itu boleh menjejaskan Najib.
 
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dikatakan menunjukkan sikap yang kurang mesra dengan ide 1 Malaysia, menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai perbezaan mendalam kedua-dua pemimpin itu.
 
Muhyiddin juga dilihat sebagai pemimpin yang lebih berani melibatkan isu-isu Melayu, dan pernah mengakui bahawa identiti pertama beliau ialah Melayu.
 
Sebelum Ibrahim membuat kenyataan mengkritik Idris yang juga ketua eksekutif badan pemantau prestasi kerajaan, beberapa blog yang dipercayai pro-Muhyiddin telah menerbitkan siri kritikan terhadap orang Najib dalam kabinet.
 
Kritikan tersebut ialah yang paling jelas dan terperinci sejak Najib menjadi perdana menteri pada April 2009.
 
Blog tersebut, di theunspinners.blogspot, menerbitkan siri kritikan bertajuk Nak Menang ke PRU?, dengan mensasarkan Idris, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan satu senarai menteri dan timbalan menteri termasuk Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
 
Tulisan mengkritik Raja Nong Chik mengaitkan beliau dengan isu Kampung Baru yang menjadi perhatian beliau sejak memegang jawatan kabinet. Beliau dilihat cuba membuka kawasan Melayu tersebut kepada bukan Melayu dan mengundang pelbagai reaksi keras.
 
Ini kemudian mendorong beliau memberi penjelasan melalui satu wawancara panjang dalam sebuah akhbar harian dikuasai Umno.
 
Blog tersebut juga mengkritik Tan Sri Amirsham A Aziz, pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara, mengaitkan beliau dengan Model Baharu Ekonomi (MBE) yang dikatakan tidak menjaga kepentingan Melayu.
 
Satu kritikan utama blog itu – yang dikongsi banyak pihak – ialah isu-isu melibatkan kepentingan Melayu dan kebijaksanaan menteri-menteri yang dipilih Najib menangani isu tersebut.
 
Dalam satu komentar berdasarkan satu entri sebuah blog lain, blog itu menyarankan “menteri-menteri yang tidak perform” digugurkan daripada kabinet, termasuk Hishamuddin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketiga-tiga naib presiden Umno.
 
Cadangan yang dibuat menjelang rombakan kabinet itu menyenaraikan ramai menteri dan timbalan menteri yang dilihat sebagai orang Najib.
 
Perkembangan-perkembangan ini semakin menunjukkan sentimen Melayu yang kuat dalam Umno mula menunjukkan penentangan terhadap Najib yang didakwa lebih mengutamakan bukan Melayu sehingga melupakan kepentingan Melayu.
 
Sentimen ini setakat ini menyumbang kepada peningkatan pengaruh Muhyiddin dalam Umno, pemimpin yang kini dilihat sebagai lebih mewakili kepentingan Melayu dan menepati semangat Umno sebagai pejuang Melayu. – 16 Jun, 2010

· 0 ulasan

Isu MB Selangor: Lagi Spekulasi Mengarut, 4 ADUN Dikatakan Keluar Parti


Lagi spekulasi: Empat ADUN Selangor didakwa keluar ‘protes’ Khalid

Meskipun Parti Keadilan Rakyat (PKR) selesai mengadakan sesi pemukiman dengan melakukan rombakan kecil di sebalik desas-desus wujudnya desakan mahu Tan Sri Khalid Ibrahim digugurkan, hari ini wujud spekulasi baru mendakwa empat ADUN parti itu akan keluar kerana beliau masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Desas-desus baru ini mendakwa empat ADUN iaitu Haniza Mohd Talha dari kawasan Taman Medan, Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Amirudin Shari (Batu Caves) dan Suhaimi Shafie (Sri Muda) sudah memutuskan untuk meninggalkan PKR.

Khabar angin mendakwa keempat-empat mereka akan keluar PKR sebagai tanda protes pucuk kepimpinan memutuskan untuk mengekalkan Khalid (gambar) sebagai menteri besar.

Khabar angin ini mula tersebar sejak pagi tadi.

Selain SMS, beberapa panggilan yang diterima The Malaysian Insider mendakwa keempat-empat wakil rakyat berkenaan mahu meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati Khalid, menteri besar penggal pertama, dikekalkan.

SMS itu berbunyi “empat ADUN PKR Selangor dikhabarkan akan meletak jawatan kerana tidak bersetuju Khalid kekal sebagai MB.”

Nik Nazmi merupakan bekas setiausaha politik Khalid. Beliau digantikan oleh setiausaha politik Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkuat kuasa bulan depan.

Amirudin memberitahu The Malaysian Insider, beliau dan rakan-rakannya menghormati keputusan pucuk kepimpinan untuk mengekalkan Khalid sebagai menteri besar.

“Tidak, tidak... sebelum saudara tanya saya jawab soal dulu, tidak. Setakat ini tiada apa-apa, kami kekal dengan PKR,” kata Amirudin sebaik sahaja dihubungi The Malaysian Insider.

“Semuanya sudah bersetuju, kami menghormati Azmin Ali dilantik sebagai Pengerusi PKR Selangor manakala Tan Sri Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor... ini diumumkan pada pertemuan Majlis Pimpinan Pusat semalam dan semua terima” kata Amirudin sambil menambah, beliau dan Nik Nazmi makan malam tadi bersama dan tidak membincangkan apa-apa, kononnya “akan keluar PKR.”

“Saya tidak tahu mengapa secara tiba-tiba benda ini wujud balik,” kata Amirudin lagi.

Menerusi ruangan twitter, Nik Nazmi berkata: “saya baru terima panggilan daripada pemberita, bertanya sama ada saya salah seorang daripada empat ADUN berkenaan yang mahu meletakkan jawatan.”

“Satu lagi penipuan besar,” katanya.

Dalam pada itu, Suhaimi juga melahirkan pandangan yang sama dengan berkata tidak tahu-menahu apa-apa cerita sebenar.

“Ini kali kedua saya mendengar benda yang sama.

“Saya menafikan... perang saraf biasanya macam inilah,” kata beliau.

Di akhir sesi pemukiman dan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR petang semalam, Naib Presiden Azmin Ali dilantik sebagai Pengerusi Selangor manakala Datuk Zaid Ibrahim dilantik meneraju Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

Pelantikan itu berkuat kuasa petang semalam.

Wan Azizah ketika membuat kenyataan itu berkata pelantikan Azmin adalah bagi menggantikan Khalid yang juga Menteri Besar Selangor.

“(Tindakan) ini setelah dipohon oleh Tan Sri yang mahu menumpukan tenaga beliau kepada pentadbiran negeri Selangor berkuat kuasa serta-merta,” katanya semalam.

Sebelum ini Azmin mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, Khalid yang turut hadir pada sidang akhbar tersebut menafikan tindakannya berundur daripada mengetuai PKR Selangor disebabkan tekanan daripada pihak tertentu seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Khalid dan Azmin menjadi tumpuan selepas timbulnya desas-desus mengatakan wujud gerakan daripada sekumpulan puak di dalam PKR Selangor yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan menteri besar.

Kumpulan itu juga dikatakan mahu mendesak Khalid agar melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar. -TMI


Wanita PKR Selangor: Khalid & Azmin Lengkap Melengkapi

Wanita Keadilan Selangor percaya perubahan pucuk pimpinan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor harus dilihat sebagai usaha penambahbaikan dalam memperkasa gerak kerja politik dan pentadbiran di Selangor.

Bercakap kepada TV Selangor, Ketua Wanita Keadilan Selangor, Haniza Talha menegaskan tidak wujud perpecahan seperti yang digembar-gembur media arus perdana, sebaliknya ketokohan mereka saling lengkap, melengkapi.

“Tidak ada perpecahan. Berbeza pendapat memang ada sebab kita hendak membela rakyat.Tidak ada isu perpecahan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan itu.

“Khalid ada kekuatan dia, Azmin ada kekuatan dia - kedua-dua ada kekuatan masing-masing. Seperti yang saya kata, kita bekerja sebagai satu pasukan, jadi kita saling lengkap melengkapi," katanya lagi.


Berbeza dengan Umno yang dilihat dekat dengan elemen diktatorisme, PKR sebaliknya bersifat demokrasi dan terbuka dalam menangani kepelbagaian pandangan di kalangan pemimpin.

“Kita sentiasa terbuka. Kalau ada ruang untuk improvement, kita sambut baik. Apapun ini kerja berpasukan. Apapun kerja-kerja membangunkan parti dan sebagainya adalah kerja berpasukan.

"Ia tidak bergantung kepada satu orang. Jadi siapa ketuanya kita sentiasa menyokong sebab kita berjuang atas satu prinsip - untuk menegakkan keadilan," kata Haniza.

Haniza yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor percaya gandingan dua pemimpin ini bakal menyuburkan budaya politik baru di Selangor.

"Itu yang kita nak wujudkan - budaya politik baru kerana politik baru membawa ciri-ciri demokrasi. Kita boleh berbeza pendapat tetapi bila sudah diputuskan, kita mencapai kata sepakat walaupun tidak selari dengan keputusan peribadi," katanya. -TVS


Ulasan GB

Nampaknya kedua-dua akhbar online yang popular di negara ini, Malaysiakini dan The Malaysian Insider tiba-tiba menjadi akhbar tong sampah yang menyajikan berita-berita sampah yang disebarkan melalui email dan sms.

Dipungut dan diadunkan berita-berita itu untuk menimbulkan polemik berpanjangan mengenai isu MB Selangor sehingga lebih hebat peranannya untuk memecahkan PR Selangor daripada kahbar media arus perdana.

Baik malaysiakini maupun The Malaysian Insider perlu tahu bahawa majoriti(sekitar 70% - 80% )pembaca mereka adalah penyokong PR, dan jika kedua-dua akhbar online tersebut terus-terusan menyajikan berita palsu pembaca-pembaca dari PR akan terus membakul sampahkan mereka berdua.

Then, anda pergi cari pembaca anda dari BN. Jika ada yang sudi membaca dan menyalin berita-berita anda.

Jika media arus perdana sebelum terkenal dengan kewartawanan longkang, tak sangka kedua-dua akhbar online sudah mula mengamalkan kewartawanan bebal.. tak tahu menjaga reputasi dan kredibiiti berita yang disaji.



http://greenboc.blogspot.com

Pengumuman: Diskusi Perdana Negara Islam -Teori & Realiti

· 0 ulasan




· 0 ulasan

Eksklusif: Gedung Ilmu Terus Dibiar Layu, Rakyat Kecewa Kerajaan Negeri Pahang Terus Pinggirkan Perpustakaan Awam Negeri Dari Arus Kemajuan !!

KUANTAN, 28 Jun - Orang ramai di bandar ini kecewa dan hairan melihat sikap Kerajaan Negeri Pahang yang langsung tidak peka untuk membaik pulih bangunan perusatakaan awam negeri yang kini semakin uzur dan usang. Bangunan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang itu sudahlah terletak di kawasan tersorok, malah ia langsung tidak mengambarkan sebuah pusat kecemerlangan ilmu dan pendidikan yang wajar dikunjungi oleh rakyat Pahang. Menurut seorang pengunjung tetap ke perpustakaan awam yang menghubungi PDO berkata beliau agak hairan dengan sikap kerajaan negeri yang seolah-olah menutup sebelah mata untuk membiarkan bangunan yang menempatkan perpustakaan awam Pahang. "Sebelum ini memang saya ada dengar bangunan baru akan dibina di Tanah Putih, namun nampaknya ia tidak menjadi kenyataan. Malah saya juga hairan dengan sikap kerajaan negeri yang tidak mahu mengambil berat akan hal ini, sedangkan bangunan usang perpustakaan itu terletak di pintu masuk ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang ini sendiri" katanya. Untuk makluman, bangunan perpusatakaan awam Pahang itu terletak diantara bangunan Lembaga Kemajuan Perusahan Pertanian Pahang (LKPP) dan Ibu Pejabat Polis kontijen Pahang di Jalan Gambut dekat sini. Malah bangunan tersebut juga terletak berhadapan dengan pintu masuk ke WismaPersekutuan dan Wisma Sri Pahang yang menempatkan Pejabat Menteri Besar itu sendiri sebenarnya. Soalnya sekarang, kenapa "gedung ilmu itu" dibiarkan terkulai layu sebegitu rupa di saat negeri-negeri lain sibuk membangunkan perpusatakaan awam negeri masing-masing untuk kemudahan rakyat.


Inilah rupa bentuk bangunan perpustakaan awam Pahang yang memang
sudah terlalu usang dan amat daif untuk dijadikan gedung ilmu itu


Pandangan dari luar pintu masuk, Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang (kanan)
"Saya malu melihat kedaifan perpustakaan awam Pahang. Begitu jauh bezanya dengan tempat lain, seolah-olah kerajaan negeri ini langsung tidak peka untuk menjadikan rakyat bijak membaca. Kalau ditempat lain perpustakaan awam mereka sudah dibangunkan begitu canggih siap dengan kelengkapan ICT yang terkini serta kemudahan lain untuk menggalakkan rakyat membaca dan mendalami ilmu pengetahuan mereka. Tapi kenapa ia tidak berlaku di Pahang iaitu negeri Perdana Menteri Malaysia sendiri" kata seorang pengunjung yang ditemui. Beliau juga hairan sikap MB Pahang yang tidak mengambil berat masalah tersebut sedangkan dia pernah menjadi Pengerusi perpustakaan awam itu sendiri. "Nampak benar MB tidak gemar rakyat membaca atau menambah ilmu pengetahuan" katanya. Keadaan yang daif itu memang amat mengejutkan bagi mereka yang pertama kali mengunjunginya. Malah ada sesetengah mereka yang tersesat akibat ketiadaan papan tanda ke perpustakaan yang diletakkan di jalan-jalan utama di bandar ini. Kedaifan perpustakaan awam Pahang ini juga selaras dengan laman web mereka sebenarnya. Kami cuba melayari laman web rasmi perpustakaan itu dan ternyata amat mengejut. Dengan sumber maklumat yang tida terkini dan maklumat yang "melepaskan batuk ditangga" menambahkan lagi bukti bahawa memang pihak berkenaan tidak berjiwa IT sebenarnya. Sebagai bukti sila klik sini. Kami cuba membeza laman web dari negeri lain terutamannya negeri jiran di Terengganu. Ternyata bezanya bagai "langit dengan bumi". Dengan bangunan yang canggih dan kemudahan yang terbaik ternyata Perpustakaan Awam Negeri Terengganu mengatasi Pahang. Malah laman web rasmi mereka juga jauh bezanya dengan Pahang. Klik bukti.


Cuba lihat bentuk perpustakaan awam Terengganu (kiri) dan Johor (kanan)
yang begitu canggih dan amat memuaskan rakyat untuk mendapatkan ilmu


Bukti, muka depan laman web rasmi perpustakaan awam Terengganu
(kiri) dibandingkan dengan laman web perpustakaan awam Pahang
Tambah mengejutkan lagi, kedaifan dan keusangan bangunan Perpustakaan Awam Negeri Pahang ini semakin tercemar bila dibandingkan dengan perpustakaan daerah di negeri ini. Apakah masalah yang berlaku sebenarnya, hingga pihak kerajaan gagal untuk membangunkan sebuah bangunan baru bagi menggantikan bangunan yang sudah teralu tua ditelan dek usia itu?. Bukankan perpustakaan itu merupakan gedung ilmu dan menjadi pusat kecemerlangan, makanya kenapa ia tidak dibaik pulih supaya dapat menarik perhatian rakyat untuk berkunjung dan minat membaca di situ. Jika inilah keadaannya, maka kami yakin rakyat Pahang akan ketandusan ilmu untuk masa yang akan datang.


Bangunan Perpustaakaan Awam Desa Bandar Tun Razak, Muadzam Shah
ini lebih selesa dan sempurna dari perpustakaan awam negeri di Kuantan


Bangunan Perpustaakaan Awam Cameron Highlands dan Rompin (kanan)
juga jauh bezanya dengan Perpustakaan Awam Negeri Pahang itu sendiri
[Teguran ini terpaksa dibuat selepas PDO menerima banyak rungutan daripada rakyat Pahang terutamanya warga Kuantan. Ramai yang tidak percaya begitu rupanya Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang, lokasi yang tersorok, tersepit antara bangunan dan masih berdindingkan papan di saat pembangunan yang merimpah ruah tiba sekarang ini. Walhal, MB Pahang itu sendiri pernah menjadi dan masih lagi merupakan Pengerusi Perpustakaan terbabit. Sedar atau tidak, bangunan sedia ada perlu dirobohkan dan bangunan baru perlu didirikan segera selaras dengan perkembangan zaman. Semoga pihak terbabit dapat cari jalan penyelesaiannya demi memulihkan imej gedung ilmu di Pahang ini].

http://pahangdaily.blogspot.com 

PEMBATALAN LESEN JUDI-BENARKAH DENGAR PENDAPAT RAKYAT?

· 0 ulasan

Keputusan kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri, Dato’Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa keputusan muktamad untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) atas pertimbangan agama dan kesan politik harus dipersoalkan keikhlasannya.
Ini kerana Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) berpendapat bahawa hal-hal berkaitan judi ini telah ada nas yang jelas dan pasti berdasarkan ayat Surah Al Maaidah ayat 90. Oleh itu tidak perlu perkara ini dibincangkan atau ditimbang-timbangkan. Kenapa hanya judi sahaja yang dipertimbangkan sedangkan ISA, Hudud, rasuah, arak, aurat, pusat maksiat yang semakin membiak di negara ini tidak dibincangkan dalam konteks agama. Kemudiannya DPPP juga mempersoalkan sejak bila kerajaan UMNO/BN mempertimbangkan sesuatu perkara mengambil kira pendapat rakyat sedangkan sebelum ini mengapa tidak pernah mendengar akan rintihan rakyat seperti kenaikan harga barang, kenaikan harga minyak, tol dan sebagainya.
Lagipun keputusan yang diumumkan oleh PM hanya dibuat selepas mesyuarat MT UMNO. UMNO bukannya sebuah kerajaan tetapi hanya satu parti politik yang bergabung dengan parti –parti lain di dalam BN membentuk kerajaan. Sejak bila mesyuarat MT menentukan polisi negara? Besarkah kuasa MT UMNO? Kemana perginya kabinet kerajaan Malaysia?
Jelas disini kerajaan semakin takut akan kebangkitan rakyat yang begitu memarahi kerajaan UMNO/BN yang suka bertindak mengikut penilaian politik tanpa memikirkan akibatnya kepada rakyat marhaen. DPPP mencabar agar kerajaan juga menyatakan pendirian mereka berkaitan hal-hal yang lain yang lebih memerlukan pendapat rakyat. Jangan hanya berpura-pura untuk mengambil hati rakyat demi ‘survival’ politik sahaja. PM juga disaran agar lebih bertanggungjawab dalam menentukan atau membuat sesuatu keputusan tanpa membelakangkan kabinet kerajaan Malaysia kerana yang memerintah bukannya parti UMNO.


Disediakan oleh

UST. AZMAN SHAPAWI ABD.RANI
Timb. KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Berpolitik: Gamis mahu pensyarah diambil tindakan

· 0 ulasan

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) mahu pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil tindakan tatatertib kepada seorang pensyarah universiti itu yang menyertai Umno Jumaat lalu.
Presidennya, Mohd Idris Mohd Yusoff dalam satu kenyataan berkata, UKM perlu adil dan konsisten apabila sebelum ini turut mengambil tindakan tatertib terhadap empat pelajar Sains Politik yang terlibat dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor lalu kerana di dakwa melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
"Gamis mendesak pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyatakan pendirian kepada seorang pensyarahnya Fadlan Mohd Othman yang secara jelas dan terang menyatakan kepada umum menyertai parti Umno," katanya.
Empat pelajar UKM yang dikenakan tindakan tatatertib sebelum ini ialah Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin, dan Azlin Shafina Mohamad Adza.
Mereka kini berjaya mendapat perintah injunksi sementara dari Mahkamah Tinggi bagi menghalang UKM daripada meneruskan prosiding tatatertib terhadap mereka.
"Bagaimana pula dengan seorang pensyarah yang terlibat dengan parti politik? Adakah ia dilepaskan oleh kerana menyertai parti politik kerajaan? Ataupun dia dilepaskan kerana dia adalah seorang pensyarah, dan bukan pelajar?" soalnya lagi.

Jumaat lalu, pensyarah UKM, Fadlan Mohd Othman bersama 39 orang lagi yang didakwa berlatarbelakang agama dilaporkan telah menyertai Umno.
Laporan sebelum itu mendakwa 100 orang ulama akan menyertai Umno termasuk bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Dr Asri bagaimanapun semalam menafikan penyertaannya ke dalam Umno seperti yang dispekulasikan banyak pihak sejak awal minggu lalu. -harakahdaily.net

Kalam Al-Habib Umar bin Muhammad Bin Hafidz

· 0 ulasan



Seorang dai yang menyeru ke jalan Allah Ta’âla hendaknya menyampaikan dakwahnya kepada masyarakat dengan cara yang mudah dan sederhana. Hendaknya ia memilih tema yang sesuai bagi mereka, memilih kalimat yang tidak membangkitkan nafsu, tapi yang mendekatkan mereka kepada Allah. Hendaknya ia memilih kalimat yang dapat menyucikan nafs dengan cepat, bukannya ucapan yang memberatkan mereka, yang mereka anggap berat dan sulit. Seorang dai seharusnya mendahulukan yang lebih penting menurut waktu, zaman dan keadaan masyarakat saat itu. Ia harus memperhatikan masalah yang lebih besar dan penting, memperhatikan semua yang fardhu dan kewajiban-kewajiban utama lainnya.
Dakwah dengan tema di atas akan sukses jika metode yang digunakan tidak menyebabkan orang lari dan tidak mempersulit. Dakwah sebaiknya dilakukan dengan memberikan himbauan (targhib) dan juga ancaman (tarhib), sebagaimana dijelaskan dalam berbagai hadis.
Jika berdakwah kepada para pemula, bila mengajak mereka untuk mengerjakan kebaikan, jangan sekali-kali memaksa, jangan menyampaikan permasalahan- permasalahan yang tidak dapat dipahami dan dianggap berat oleh mereka. Sebab, sesuai tabiatnya, nafs akan lari jika merasa keberatan. Dan jika nafs lari, ia akan menentang dan memusuhi kebaikan, kemudian mencari pembenaran (justifikasi) bahwa perbuatannya sesungguhnya baik. Jika pemula memandang ucapan dai tersebut keras, terlalu berat dan tidak mampu ia laksanakan, maka nafs-nya akan memberontak.
Bicaralah kepada manusia sesuai dengan tingkatan pemikiran (pendidikan) mereka. Jika berbicara dalam suatu majelis yang dihadiri oleh orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya, jangan berkata, “Celakalah orang-orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya, nerakalah tempat mereka.” Ucapan semacam ini akan membangkitkan hawa orang yang durhaka tadi sehingga ia akan menentangnya. Akan tetapi hendaknya kita berkata, “Allah Ta’âla berfirman :
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya.” (QS Al-Isra, 17:23)
“Perhatikanlah, bagaimana Allah yang Maha Mulia memberikan wasiat kepada kita, bagaimana Ia menunjukkan kedudukan kedua orang tua. Orang tua memiliki hak dan kedudukan yang agung. Orang yang berbakti kepada keduanya akan memperoleh berbagai kebaikan. Nabi telah memperingatkan kita agar tidak durhaka kepada kedua orang tua. Beliau bersabda begini dan begini.” Jika dakwah disampaikan dengan cara demikian, maka akal dan nafs akan mendengarkan dan nafs tidak akan memberontak.
Dalam ucapan kaum sholihin dan guru-guru kita, banyak kita temukan ucapan-ucapan yang keras, tapi masyarakat menerimanya. Sebab, mereka memiliki hâl dan maqôm yang agung. Jika ucapan itu muncul dari orang lain, masyarakat tidak akan menerimanya dan akan menganggap terlalu berat untuk dilaksanakan. Namun, karena mereka yang mengucapkannya, maka masyarakat mau menerimanya.
Sebagai dai yang masih awam, kita jangan menempatkan diri kita di kedudukan kaum khowwâsh, seperti Habib Alwi bin Syihab, Habib Abdullah bin Umar Asy-Syathiri, ayahku Sayid Muhammad bin Salim atau kaum sholihin terkemuka lainnya. Mereka kadang kala menyampaikan ceramah-ceramahnya dengan keras. Meskipun demikian, ucapan mereka meninggalkan kesan dalam hati pendengarnya. Sebab, mereka memiliki hâl dan maqôm yang mendukung dan masyarakat yang mau menerimanya. Adapun orang-orang seperti kita ini, sebelum berbicara kita wajib memperhatikan dan menyederhanakan pesan yang akan kita sampaikan. Jika ada kata-kata yang sulit, hendaknya kita ganti dengan kata-kata yang mudah dipahami. Sebagai contoh, jika hendak mencegah seseorang dari memutuskan hubungan kekerabatan, jangan berkata, “Di majelis ini ada seseorang yang memutuskan hubungan kekerabatan.” Atau berkata, “Dewasa ini tidak seorang pun yang tidak memutuskan hubungan kekerabatan. Maka mereka semua terkena laknat.”
Meskipun ucapan ini mengandung kebenaran, tapi masyarakat tidak akan menerimanya. Kita tidak boleh berkata demikian, tetapi sebaiknya kita berkata, “Marilah kita perhatikan kerabat kita, marilah kita raih pahala lewat mereka, marilah kita usahakan agar hubungan kekerabatan menjadi sebuah nikmat. Jika kalian mau menundukkan nafs lalu menyambung tali silaturahmi dan berbuat baik kepada mereka, maka kabar gembira bagi kalian, kalian akan memperoleh umur yang panjang dan rezeki melimpah. Sebab, Nabi saw bersabda :
“Silaturahmi memperbanyak harta dan memperpanjang umur.” (HR Bukhari dan Muslim)
Kalian hendaknya menggunakan kalimat-kalimat seperti ini. Jika dakwah disampaikan dengan cara demikian, maka semua orang akan menerimanya. Ucapan kalian menjadi baik dan mudah diterima oleh nafs. Sebenarnya tujuan orang menyampaikan dakwah dengan keras adalah juga untuk menyeru manusia ke jalan Allah, tapi caranya tidak benar. Karena itulah Allah berfirman kepada Nabi kita Muhammad saw :
“Karena rahmat Allah-lah kamu dapat berlaku lemah lembut kepada mereka. Sekiranya kamu bersikap kasar lagi berhati keras, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.” (QS Ali Imran, 3:159)

Ahad, 27 Jun 2010

PAS tidak gentar walaupun beribu orang Agama masuk Umno

· 0 ulasan






KENYATAAN MEDIA
PAS TIDAK GENTAR WALAUPUN BERIBU ORANG AGAMA MASUK UMNO

Parti Islam SeMalaysia (PAS) tidak gentar dengan kemasukan 40 orang yang berlatar belakang agama menyertai Umno. Kalau beribu-ribu menyertai umno pun PAS tidak takut. Lebih-lebih lagi mereka yang menyerah borang semalam adalah mereka yang tidak diketahui langsung daripada mana kedudukan mereka di tengah-tengah masyarakat. Saya cuba hubungi rakan di Fakulti Islam UKM untuk bertanya seorang yang masuk menyertai Umno itu pensyarah Fakulti Islam, rakan saya beritahu, beliau pun tidak kenal. Jikalau beliau yang menjadi pensyarah senior di Fakulti Islam UKM pun tidak kenal, macam mana pula Pak Mat di Dabong Gua Musang dan Mak Minah di Hulu Tembeling Pahang hendak kenal.


Perjuangan PAS bukan menentang peribadi, tetapi menentang dasar umno. Siapa sahaja yang memimpin umno, PAS akan tentang selagi ia mempertahankan dasar umno yang membawa perkara mungkar dan mengkhianat amanah negara dan rakyat. PAS tidak pernah berundur walau setapak untuk menyatakan Umno parti yang tidak betul. PAS yakin mereka yang berlatar belakang dalam Umno tidak kemana akhirnya. Mereka hanya akan menjadi kupang tembaga, digunakan ketika hendak melawan hujah PAS, itu pun bukan secara berdepan. Mereka hanya berani bercakap ketika seorang diri tanpa di pihak lawan. Beberapa kali Pas ajak berdebat sampai hari ini tidak pernah disahut.

PAS yakin bahawa umno bukan tempat untuk orang agama berjuang. Sekadar menyebut beberapa nama dalam Umno yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dan pengaruh yang lebih hebat daripada 40 orang yang baru menyerah borang menyertai Umno. Mana pergi nama-nama seperti Dr Hamid Osman (bekas Prof Madya UKM BA Azhar, Phd UK) , Dr Abdullah Mohd Zin (Bekas Prof Universiti Sains Islam Malaysia USIM, BA, Madinah, Phd UK), Dr Yusuf Nor (bekas Prof Madya UKM, Phd Mesir), Brg Jeneral Hamid Zainal Abidin, Dr Ismail Mat (UKM), Ustaz Nakhaei Haji Ahmad di persada politik Umno.

PAS merasa hairan ketika kapal Umno hendak tenggelam dan penyakit barah umno sudah sampai kepada peringkat keempat untuk ditalqin, tiba-tiba ada mereka yang berlatar belakang umno bersama-sama dengan umno untuk karam sama. Sewaktu anak-anak muda yang memakai subang sebelah dan wanita yang tidak bertudung bersama gerakan untuk menukar kerajaan BN kepada kerajaaan Pakatan Rakyat, tiba-tiba mereka yang belajar agama boleh bersetongkol dengan Umno. Parti yang rapuh, penuh dengan sarat rasuah, moral yang rendah, mengkhianat wang rakyat dan pembaziran, mengambil APCO yahudi sebagai penasihat, hak milik negara digadai kepada Singapura dan Brunai. PAS yang berpegang kepada dasar Islam, ulama yang muttaqin menjadi rujukan akan terus mara ke hadapan untuk menyelamatkan rakyat dan negara daripada kehancuran.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sabtu, 26 Jun 2010

Dr Mahathir Kepala Judi Negara

· 0 ulasan

1. Kenyataan yang angkuh , sombong dan bodoh ! ... itulah yang boleh kita katakan kepada Tun Dr. Mahathir di atas kenyataan terbarunya berkait sokongan beliau terhadap industri judi dalam negara .

2. Tun Dr. Mahathir menegaskan bahawa : " Jika saya jadi kerajaan , saya luluskanlah [ judi ]..." [klik di sini]
3. Satu kenyataan yang cukup biadab justeru ia bercanggah dengan Islam dan semua agama . Tidak syak bahawa judi adalah musibah dan malapetaka kepada negara dan rakyat.

4. Memang telah diketahui umum bahawa Malaysia telah terkenal sebagai Darul Kasino di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Bermula dari sekecil - kecil judi seperti berlaga ayam sehinggalah judi di puncak bukit dan judi diatas kapal wujud dalam negara kita .

5. Tidak hairan jika Tun Dr. Mahathir begitu teruja untuk terus menyokong industri judi dan perluasannya di dalam negara ini . Lagaknya bercakap tak ubah seperti dia masih Perdana Menteri sedang Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri hari ini jelas kelihatan teragak - agak untuk bercakap soal judi bila berdepan dengan penentangan dari rakyat .

6. Berbeza dengan sikap Tun Dr. Mahathir yang terus mempamerkan kejahilannya yang sukar dididik kepada umum , apabila menyamakan isu judi seperti isu babi yang perlu diluluskan oleh kerajaan untuk bukan Islam dengan alasan ianya tidak haram untuk bukan Islam . Dewan Pemuda PAS mencabar Tun Dr Mahathir menjelaskan agama mana dan agama apa yang menghalalkan judi ? atau agama apa yang dianut oleh Tun Dr Mahathir ?

7. Judi telah ditentang oleh pelbagai agama dan bangsa kerana menyedari kesan buruk dari judi selain ianya turut diharamkan oleh pelbagai agama termasuk kristian , budha dan hindu . Sebagai contoh , judi turut ditentang oleh Naib Setiausaha Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Goh Kean Seng, wakil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Ser Choog Eng dan dari Budaywan Bertindak, Lee Ban Chen . Mereka semuanya bergabung dalam satu wadah Gerakan mebantah Judi GMJ . [ semua mereka adalah chinese dan bukan Islam ]

8. Tidak cukup lagi kah pelbagai jenayah dan keruntuhan akhlak serta kepincangan sosial yang berlaku ekoran industri judi yang kian berleluasa . Sepatutnya sebagai orang tua negara , Tun Dr Mahathir sepatutnya lebih peka terhadap masa depan generasi muda dan keamanan atau kesejahteraan negara . Bukan terus mengheret rakyat khasnya generasi muda terjerumus dalam kancah perjudian yang hanya meletakkan mereka terus bergantung nasib di meja perjudian , tidak lagi menjadi warga negara yang berdikari dan berbakti kepada negara .

9. Negara masih mempunyai banyak pilihan untuk mencari dana dan meningkatkan upaya perolehan hasil negara tanpa menyuburkan industri judi yang turut membawa kesan buruk kepada pertumbuhan insan dan generasi dinamik masa depan . Menyuburkan industri judi ertinya mempertingkatkan usaha untuk membunuh jati diri rakyat dan daya berdikari generasi masa depan negara .

10. Dewan Pemuda PAS menyeru supaya rakyat bangkit dengan tegas dan yakin untuk mendesak kerajaan agar tidak melangsungkan usaha mereka untuk menyuburkan lagi industri judi negara . Judi terbaru ialah melibatkan industri sukan . Selepas ini sukan tidak lagi menjadi riadhah atau aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan pemikiran dan jasad yang sihat sebaliknya menjadi aktiviti yang dipertaruhkan . Pertaruhan inilah akan menghasilkan kesan buruk kepada masyarakat .

11. Pertaruhan sering mendorong berlakunya pergaduhan . Yang menang dilihat menindas yang kalah sementara yang kalah menyimpan dendam tidak berkesudahan . Kekalahan pula membuatkan mereka terdesak lalu mereka akan terjebak dalam kancah jenayah ragut , curi , rompak dan bunuh serta bunuh diri .

12. Perjudian adalah satu penindasan . Hampir tiada yang berjudi menjadi kaya dengan hasil judi melainkan keuntungan besar hanya akan dikaut oleh tauke judi . Bahkan judi memerangkap penjudi menjadi hamba kepada nasib yang tidak menentu tanpa memiliki kudrat untuk bangkit berdikari mencari hasil dari sumber yang halal dengan keupayaan sendiri . Judi melahirkan generasi pemalas dan lemah upaya berdikari .

13. Justeru itu sekali lagi Dewan pemuda PAS menggesa supaya seluruh rakyat prihatin terutama generasi muda untuk turun bersama Gerakan membantah Judi [GMJ] menyertai Himpunan Aman 100K pada 3 hb Julai 2010 dan berarak ke istana negara untuk menyerahkan memorandum kepada Ke bawah Duli Yang diPertuan Agong .

____________________________________________________________________

Lampiran fakta - fakta berkait Aktiviti Judi dan Industri Judi yang disuburkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri .
____________________________________________________________________

UMNO hidup kerana wang judi dan judi hidup kerana UMNO
a] Dari sudut ekonomi, judi adalah satu bocoran kepada aliran wang. Lebih 8 billion ringgit dibelanjakan di meja judi di Negara kita, samada judi kasino atau judi mesin slot, judi lumba kuda atau judi empat nombor ekor. Satu jumlah yang besar - lapan billion ringgit.

b] Apabila lesen perjudian diluluskan, alasan yang sama sekali lagi digunakan. Untuk mengelakkan perjudian haram. 'haram' kepada 'halal' sahajalah penyelesaian kerajaan. Berjudi kepada tidak berjudi tidak pernah menjadi satu pendekatan. Seakan-akan Kerajaan bimbang rakyat berhenti berjudi kerana ia merugikan syarikat dan kerajaan.

c] Raja-raja Melayu sebulat suara menentang rancangan penjajah lnggeris rnemulakan penghalalan judi di Negara ini 53 tahun yang lalu. Ini dapat dilihat dalam Minit Mesyuarat Persidangan Rajaraja Melayu ke 11 tlan 12 yang diadakan pada tahun 1950,53 tahun yang lalu. Ketika itu, Negara masih di bawah penjajahan Inggeris.

d] Kasino pertama di Negara kita didirikan di Genting Highland. la diluluskan oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra pada tahun-tahun 1969 - 1970. Pada 31 Mac 1969, Tunku Abdul Rahman meletakkan batu asas pembinaan Highlands Hotel. Kagum di atas kemampuan syarikat Genting Highlands Berhad membina jalan dan hotel tersebut, Kerajaan meluluskan lesen kasino dan perjudian lain kepada Genting Berhad.

e] Pertautan antara industri dosa ini dengan pemimpin UMNO telah dijalin pada hari pertama industri ini dikembangkan lagi. Tan Sri Khir Johari, bekas Menteri Pelajaran yang pertama yang bertanggungjawab melupuskan medium jawi dalam sistem pendidikan Negara kita pula sejak sekian lama terlibat dalam syarikat perjudian Magnum Berhad dan Magnum 4D sebagai pemegang saham dan ahli lembaga pengarah. Beliau mula dilantik selaku Timbalan Pengerusi Magnum sejak 1986 lagi. Sejak itu, beliau kekal sebagai ahli lembaga pengarah Magnum walaupun pemilik utamanya bertukar tangan.

f] Pada tahun 1994, wang yang dibelanjakan untuk membeli tiket toto hanya RM 886 juta, tetapi kini, ia sudah mencecah RM 2.3 billion. Jumlah ini hanya untuk perjudian Sports Toto. Sebagai balasannya, senyap tak senyap, untuk tahun 2002, kerajaan memperolehi pendapatan dari cukai judi Sports Toto sejumlah RM 133 juta. Syarikat pula terus mengaut keuntungan lumayan, dari RM 272 juta pada tahun 2001; meningkat kepada RM 293 juta pada tahun 2002. Siapa kata Dr. Mahathir tidak mengembangkan tabiat perjudian di bawah pemerentahan beliau?.)

g] Sikap mesra judi yang diamalkan oleh Kerajaan BN adalah amat jelas sekali. Dasar-dasarnya seiring dengan kepentingan syarikat perjudian. Ini dapat dilihat, terutama sekali dengan pelbagai insentif penurunan cukai yang diberikan oleh Kerajaan menerusi Menteri Kewangan, terutama sejak pertengahan 2001. Syarikat perjudian Tanjung, Magnum dan Sports Toto telah diberikan pengurangan cukai yang membolehkan syarikatsyarikat judi ini mencatatkan keuntungan yang lebih tinggi.

h] Pegangan kerajaan ke atas syarikat judi berlaku secara langsung dan tidak langsung. Secara langsung, kerajaan memiliki saham dalam Genting International Limited, Resorts World Bhd. yang menguruskan kasino di Genting Highland, Berjaya Group Berhad dan Metroplex Berhad. Senarai ini boleh dilihat dalam buku Akaun Awam Persekutuan, di bawah Ba - Penyata Lengkap Pelaburan Am.

i] Bagi Syarikat Metroplex umpamanya, kerajaan menipunyai 327,200 saham. Kerajaan mempunyai saham emas dalam Sports Toto. Bagi milikan tidak langsung pula, kerajaan terlibat dalam banyak cara. Sebagai contoh, menerusi menteri Kewangan diPerbadankan, kerajaan mempunyai saham dalam Kamunting Corporation yang merupakan pelabur utama dalam syarikat judi Magnum Corporation, saham dalam Malaysian Plantation Berhad yang merupakan pelabur kedua terbesar dalam syarikat judi Leisure Management Berhad, saham dalam Multi Purpose Holding yang merupakan pelabur ketiga terbesar dalam syarikat judi Leisure Management dan Magnum Corporation, saham dalam Golden Hope Limited yang mempunyai saham pula dalam syarikat judi Genting Berhad
j] Bagi tahun 2001, Genting Berhad membuat pembayaran sejumlah RM 44.36 juta kepada pengarah dan ahli lembaganya. Pengerusinya, Tan Sri Lim Goh Tong mengaut RM 33.5 juta bayaran untuk tahun tersebut. Bayaran kedua tertinggi yang dibuat oleh Genting ialah RM 8.3 juta dan ini mungkin diperolehi oleh Tun Haniff Omar selaku Timbalan Pengerusinya! Tun Hanif memperoleh RM 2.5 juta lagi bayaran dari Resorts World. Pada keseluruhannya, Resorts World membayar sejumlah RM 24.21 juta kepada Pengarah dan ahli lembaganya bagi tahun 2001. Pengerusinya, sekali lagi Lim Goh Tong, mendapat RM 16.7 juta, diikuti RM 5.5 juta sebagai bayaran kedua tertinggi darl bagi ahli lembaga bukan eksekutif, dibayar di antara RM 2.5 juta hingga RM 2.55 juta
k] Lebih memeranjatkan tentunya mengenai saham saham yang dimiliki oleh Tengku Adnan Tengku Mahmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Setiausaha Kerja UMNO. Tentulah sesuatu yang mengaibkan bagi UMNO bila mengetahui lesen perjudian dikeluarkan kepada syarikat di mana tokoh UMNO mempunyai kepentingan. Apa lagi menjelang pllihanraya.

l] Mengikut dokumen rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia, antara pemegang saham utama Bukit Tinggi Resort ialah Tengku Adnan Tengku Mahmud, selain Vincent Tan dan anak syarikat Kerajaan Pahang, Pasdec Corporation. Jumlah saham Tengku Adnan dan Pasdec ialah masing masing 63 juta dan 45 juta saham bernilai seringgit satu saham.

UMNO GUNA SEKOLAH ? PAS DAN PAKATAN RAKYAT BANTAH !

· 0 ulasan

Pusat Khidmat Rakyat: PAS dan Pakatan Rakyat Taman Bukit Subang membantah penggunaan Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Subang oleh Umno Bahagian Shah Alam (melalui Puteri Umno) untuk satu program motivasi dan pemantapan minda pada 26-06-2010 (Sabtu), bertempat di sekolah sendiri.

Menurut Ketua PAS Cawangan Taman Bukit Subang (Encik Mohamad Jamil b. Abdul Rahim), "Kami tidak membantah program tersebut lebih-lebih lagi untuk kebaikan murid-murid dan ibubapa/penjaga serta ianya adalah anjuran pihak sekolah sendiri dan Yayasan Pelajaran Mara tetapi kenapa perlu melibatkan parti politik Umno terutamanya". Itu yang menjadi persoalan !

"Perkara ini menyerlahkan lagi sikap TALAM DUA MUKA Umno dengan menggunakan apa jua mekanisma bagi tujuan politik murahan mereka", ujar beliau.

"Jika Umno boleh menggunakan sekolah, bagi juga ruang kepada PAS dan Pakatan Rakyat bagi tujuan yang sama. Tunjukkan sistem demokrasi yang sentiasa dilaung-laungkan oleh pemimpin Umno", tegas beliau lagi.

Oleh itu, PAS dan Pakatan Rakyat Taman Bukit Subang akan menghantar surat bantahan kepada pihak sekolah, Yayasan Pelajaran Mara dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan mengharapkan ianya tidak berulang.

NOTA: Menurut maklumat yang lain, surat jemputan yang diberikan oleh pihak sekolah kepada ibubapa/penjaga tiada logo atau yang berkaitan dengan Umno !

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
PAS & PAKATAN RAKYAT MEMIMPIN PERUBAHAN
ORANG MUDE GENG KITE

http://pasbktsubang.blogspot.com 

Peneroka felda dah jadi 'flowerhornes'.

· 0 ulasan


Oleh Ustaz Saiful Bahri
Bebudak bila tengok ikan flowerhornes dalam akuarium tentu seronok. Jadi bahan lawak. Tubuh kecik tetapi tu dia punya kepala. Bonjol dan besar. Tersengih bangga. Berenang dalam akurium bukan main ‘eks’ lagi. Tetapi yang baham duit adalah tokey akuarium. Ditaburnya bijik2 kecik sebagai makanan yang dibuat dari hampas sahaje. Berbangga sakan diumumkan sebagai ikan perhiasan terpilih, yang bolot hadiah tokey jugak.
Teringat kepada nasib si peneroka. Saling tak tumpah macam ikan flowerhornes nilah. Merekalah membanting tulang membangunkan tanah felda. Bukan percuma semua mereka bayar. Semua pengurusan, baja, anak pokok, jalan dalam ladang bahkan kakitangan felda serta pengurusan mendapat habuan hasil titik peluh peneroka. Sehingga ke hari pelbagai perancangan yang disusun sehingga peneroka terus menjadi mangsa kepada Felda.


Tetapi kini kantung kekayaan Felda akan kering dan susut. Isu berhubung kemerosotan rizab tunai Felda yang menjunam daripada RM4.08 billion pada 2004 kepada hanya RM1.35 billion pada tahun lalu. Ini menunjukkan jumlah rizab tunai Felda susut sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun. Sedangkan isu yang melibatkan Felda dan peneroka tidak berselesaian.

Kini pelbagai pendedahan demi pendedahan akan terbongkar. Dengan gerak-kerja ANAK yang dipimpin oleh Mazlan Aliman serta semua pimpinan disemua peringkat di kalangan PR, nampaknya Felda macam cacing kepanasan. Tindakan yang terbaru adalah usaha untuk menyaman Suara Keadilan dan beberapa pimpinan diatas isu Felda bangkrap. Pihak pimpinan mengalu-alukan saman diambil untuk mereka mendedahkan lagi penyelewengan dami penyelewengan yang berlaku dalam Felda dan tindakan yang tidak sewajarnya terhadap para peneroka di Malaysia.

Beranikah mereka. Secara langsung ia kan membuka mata peneroka maupun generasi anak peneroka yang akan menjejaskan sokongan terhadap UMNO-BN yang amat bergantung harap kepada kawasan Felda, Felcra sebagai penyumbang undi kepada pihak pemerintah.
Sebab itulah mereka tidak lagi member geran dan hak milik kepada peneroka. Tidak sebagaimana pemerintahan dizaman PAS dimana para peneroka diusahakan mendapat geran dan hak milik yang menyebabkan mereka bebas sepertimana di gugusan Felda di Air Putih, Jerangau dan Felda Ketengah Jaya . Tidak sebagaimana beberapa gugusan lain yang mereka masih lagi terikat dengan Felda maka berjalanlah politik ugut mengugut, memaksa serta memperalatkan para peneroka demi kekuasaan UMNO-BN.

Hari ini UMNO-BN macam tokey akuarium yang membolot harga, memperagakan ikan yang hanya diberi umpan yang sedikit tetapi mereka menghakis laba yang banyak. Tetapi para peneroka yang ditipu terasa bangga, sombong dan bermegah dengan UMNO-BN seolah-olah kawasan Felda macam undi pos buat UMNO-BN. Setiap kali datang pilihanraya, meningkat mendadaklah harga sawit. Sekali lagi UMNO-BN mendapat sokongan.

Hari ini akan terdedah dengan pelbagai isu yang melibatkan Felda. Ke mana menghilang Dr Yusof Noor yang setiap kali pilihanraya maka ia seolah-olah macam santa Claus mengusung guni kebendaan untuk memancing para peneroka. Dilakukan secara terang-terangan dan terbuka tanpa rasa malu dan segan. Diharapkan kini para peneroka sedar tentang pengkhianatan UMNO-BN terhadap Felda dan para peneroka maupun generasi kedua agar mereka lebih bermaklumat dan tidak lagi diperalat oleh pihak pemerintah dalam PRU-13 nanti 
 

Selasa, 15 Jun 2010

Mesti Baca ; INILAH AQIDAH UMNO ~ malaysiakini

· 0 ulasan

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara ini bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata.

"Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu.



"Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan suaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak," katanya ketika ditanya tentang bantahan pembangkang melalui pelbagai cara seperti ceramah dan demonstrasi.

Beliau mempersoalkan kenapa PAS lantang menentang judi sukan di negara ini kerana terdapat pelbagai lagi jenis judi lagi.

"Yang dia (PAS) kata tak boleh, (judi) sukan, bola sepak (sahaja). (Bantahan) ini politik, kita kena asingkan soal politik dengan soal agama.

"Bagi PAS, agama adalah alat politik mereka," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas berucap dalam perhimpunan 'Melayu Bangkit' di Kuala Terengganu hari ini, Dr Mahathir juga berkata masyakarat hendaklah mengakui, sama ada suka atau tidak, aktiviti perjudian memang berlaku di negara ini.

'Kalau Melayu berjudi, tangkaplah'



"Saya berpendapat bahawa ada lesen ataupun tidak, judi memang ada di negara kita ini kerana orang Cina memang suka berjudi.

"Tetapi kalau dia berjudi tanpa lesen, tidak ada cara untuk kita menentukan perjudian itu tidak berleluasa," katanya menyokong cadangan kerajaan itu.

Tambahnya, orang Cina yang ingin berjudi tidak boleh dihalang bagi melakukannya kerana ia "hanya haram bagi orang Islam"

"Orang Islam jangan berjudilah. Kalau dia pergi berjudi, tangkaplah. Sama juga (bila) orang Islam tidak makan babi.



"Kalau orang bukan Islam hendak makan juga, itu hak dialah," katanya.



Ditanya tentang khabar angin kerajaan mahu melindungi hartawan Vincent Tan yang didakwa membantu Umno dalam pilihan raya, sambil ketawa kecil, Dr Mahathir menafikan perkara itu.

"Tidak, Vincent Tan selama ini dia meniaga di luar negeri, di negeri Cina, di Vietnam, di Korea. Dia tak payah cari duit di sini," katanya.



NGO tak yakin pada Umno semata-mata

Tambahnya, lagi pun, Vincent telah mendermakan wang sebanyak 500 juta hasil penjualan Ascort Sport Sdn Bhd kepada kumpulan BERJAYA.

"Dan dana itu untuk semua orang, bukan untuk Umno.... Orang lain pun dapat. Saya fikir Vincent ini, bukan saja dia bagi duit pada Umno. Saya ingat dia bagi pada parti lawan pun sama.

"Saya ingat, (itu) hendak tentukan dia tak ada masalah (dengan dua-dua pihak). Orang perniagaan macam itulah, hati-hati, sebelah itu dia sokong, belah ini pun dia sokong," katanya.

Sementara itu, mengulas tindakan 45 NGO Melayu mengadakan perhimpunan di negeri itu hari ini, Dr Mahathir berkata ia menunjukkan mereka tidak lagi yakin kepada perjuangan Umno semata-mata.



"Mereka perlu menjadi kumpulan pendesak. Ini bermakna ada sesuatu yang tidak disenangi oleh orang Melayu," katanya.



"Saya khuatir. Orang Cina nampaknya tidak hendak sokong BN lagi. Dan jika tidak juga dapat sokongan daripada orang Melayu, kemungkinan BN akan kalah."

Panas: Seorang Lagi ADUN DAP Perak Keluar Parti

· 0 ulasan

Ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Malim Nawar, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh (foto), dari DAP hari ini mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu. Keshvinder berkata, beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada DAP kerana kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat. Beliau mengumumkan demikian pada sidang akhbar di Hotel Holiday Villa, di Subang, hari inji. Pada PRU-12 lalu, Keshvinder Singh mengalahkan calon BN Dr Chai Song Poh dengan majoriti 1,362 undi. Dengan keputusan itu, bilangan pembangkang di dewan undangan negeri Perak sekarang ini adalah 27 orang berbanding 28 yang dikuasai oleh BN manakala wakil Bebas pula adalah 4 orang.

[Nampak benar Keshvinder telah disogok oleh puak-puak UMNO BN yang dipimpin oleh Zambry Kadir. Mungkin jumlahnya juga lebih besar daripada apa yang diterima oleh tiga ADUN lompat sebelum ini. Soalnya sekarang, kenapa ia terjadi tatkala ura-ura tiga ADUN BN mahu sertai Pakatan Rakyat di Perak?. Zambry melakukan ini bagi memastikan mereka tidak tewas biarpun tiga ADUN BN terbabit dikatakan memang benar akan sertai PKR. Jika mengikut percaturan biasa jumlah ADUN Pakatan ialah 28 orang dan jika tiga ADUN BN sertai mereka maka akan menjadi 31. Manakala itu ADUN BN pula akan berkurangan 27 dan dicampur dengan tiga ADUN lompat maka jumlahnya ialah 30 orang. Maknanya Pakatan Rakyat akan mendahului dengan majoriti tipis 1 ADUN. Ternyata jika ini berlaku, sudah pastu DUN terpaksa dibubarkan oleh Zambry Kadir. Maka itulah beliau terpaksa membeli seorang lagi ADUN DAP yang memang sudah lapar untuk mendapat habuan yang dijanjikan. Bagi Zambry, apapun yg berlaku BN akan mendapat majoriti 1 ADUN mengatasi Pakatan Rakyat. Justeru itulah kita tidak hairan Keshvinder melompat parti atas alasan yang tidak masuk akal iaita kononnya kecewa ADUN Pakatan Rakyat lebih banyak berpolitik daripada menjalankan tugas mereka. Sepatutnya beliau cerminkan dirinya sendiri sebelum menuding jari kepada orang lain. Realitinya, memang benar beliau telah mendapat habuan yang dinyatakan dan alasan itu hanya rekaan beliau semata-mata berdasarkan skrip yang telah disediakan oleh puak UMNO BN di Perak itu sendiri sebenarnya].

PAS haramkan semua bentuk perjudian

· 0 ulasan

KENYATAAN MEDIA
PAS HARAMKAN SEMUA BENTUK PERJUDIAN, MAHATHIR
DAN UMNO JANGAN PREJUDIS PADA CINA

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan komentar Tun Mahathir Mohamad berhubung dengan isu judi yang dihalalkan oleh Kerajaan Umno-BN. Tuduhan beliau bahawa PAS hanya mengharamkan judi bola sahaja adalah suatu fitnah yang jelas dan isu judi bukanlah isu politik seperti apa yang beliau fikirkan. PAS menolak dan mengharamkan semua aktiviti judi dinegara ini dan bukan melibatkan perjudian bola sahaja.

PAS jauh berbeza dengan Umno. Umno telah perintah negara selama 12 penggal, namun belum ada usaha dilakukan bagi menghapuskan judi. Selepas PAS memerintah, Kelantan berjaya menutup premis-premis judi. Di Kedah usaha menghapuskan judi berjalan secara berperingkat, begitu juga dengan Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah Pakatan. Kita serius untuk menghapuskan judi dan mendidik rakyat ke arah kehidupan yang bebas dari maksiat.


Rakyat juga tahu, bahawa lesen perniagaan judi diluluskan oleh Kerajaan Pesekutuan, bukan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri hanya meluluskan lesen premis dan iklan yang kebanyakannya diperolehi oleh tokey judi semasa zaman pemerintahan BN.


Mahathir sebenarnya dibayangi dosa-dosanya yang meluluskan judi dinegara ini semasa pemerintahannya dan rakyat akan terus mengingati beliau sebagai tokoh pemimpin yang memimpin negara dengan duit hasil judi. Beliau mungkin berfikir, Jika beliau tidak menyokong dasar Najib hari ini, pastinya orang-orang dalam Kerajaan akan mengutuk beliau kerana selama ini beliaulah orang nombor satu yang membantu membangunkan industri judi dalam negara ini.


PAS juga amat kesal kerana beliau masih bersikap prejudis kepada masyarakat Cina dinegara ini yang dalam pemikiran beliau dianggap sebagai kaum yang suka berjudi. Beliau hadir dan berucap dalam perhimpunan ‘Melayu Bangkit’ di Kuala Terengganu semalam dan mencipta prasangka buruk terhadap orang Cina. Perkara ini tidak wajar kerana masyarakat Cina juga bukanlah masyarakat yang suka berjudi, dan ucapan beliau ini adalah satu penghinaan.


Tabiat judi ini adalah masalah yang dicipta dalam masyarakat bagi melalaikan mereka. Dan Kerajaan mengambil kesempatan dari golongan yang tidak berilmu ini dengan mengeluarkan lesen bagi mengaut untuk hasil perjudian.


Sewajarnya Kerajaan memberikan pendidikan kepada rakyat, memberikan maklumat dan berusaha memerangi gejala judi dalam masyarakat sama macam memerangi gejala dadah.


Bila judi diharamkan maka rakyat juga tidak akan berani berjudi. Aktiviti judi haram perlu dilihat sama seperti sindiket pengedaran dadah dan hukuman berat wajib diberikan kepada penganjur aktiviti judi. Rakyat perlu diberitahu akan keburukan judi ini dan mengajak mereka bersama-sama memerangi judi.


Kerajaan harus menjadi Kerajaan yang membantu membina rakyat dan masyarakat ke arah yang lebih positif dan proaktif, bukannya menjadi kerajaan yang meruntuhkan akhlak rakyat.Jika kerajaan BN dikekalkan, maka sampai bila pun masyarakat dinegara ini akan terus dipersendakan dengan dasar-dasar yang tidak progreasif dan hilang sifat holistiknya.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Ust Hassan Shukri yang ana kenal

· 0 ulasan


"Selaku seorang pimpinan PAS yang pernah diamanahkan sebagai Setiausaha PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu sewatu usia yang masih muda, Al-Marhum Ust Hassan Shukri sentiasa membantu ana dalam menjalankan tugas.Berkaitan dengan perlembagaan parti dan pengalaman perjuangan ternyata beliau merupakan 'SIFU PERJUANGAN' yang sangat ana kagumi.

Telefonlah pukul berapa pun pasti dia akan angkat.Bahkan sewaktu menjadi Timb. Presiden PAS beliau begitu rajin turun menjalankan tugas parti hatta di peringkat cawangan sekalipun.Kadang-kadang dewasa ini,ana lihat ada pimpinan yang baru diangkat sikit bila ada jawatan penting nak turun cawangan pun susah.Bila ditelefon yang kena jerkah pun ada.Inilah bezanya antara pimpinan 'mee segera' dan yang pernah 'mengenggam bara api' dalam perjuangan.Apatah lagi pimpinan lama yang pernah duduk di pondok,mengaji ke timur tengah,hidup zaman PAS susah,mereka ini benar-benar mengenal erti perjuangan dan kehidupan.

Segelintir pimpinan hari ini pula,walaupun pandai ada P.H.D. atau DR misalnya,namun cukup sombong dengan ahli di bawah.Sebab itulah suka ana syorkan supaya kita meniru 'style' perjuangan orang lama,tak banyak cakap tapi banyak buat kerja.Ada orang pandai cakap tapi jadi anai-anai dalam jamaah,hingga pimpinan tertinggi habis dihina,punya tak dak adab lansung!

Sabitlah pagi tadi ana rasa bagai ada yang tidak kena sewaktu hendak bertolak pulang dari Kuala Lumpur.Tiba-tiba bila ana sudah sampai di Kulim baru dapat berita pemergian beliau oleh Encik Fauzi.Ya Allah luluh lemah rasanya diri ini bila mendengar pimpinan yang lama pergi seorang demi seorang.Adakah hari ini kita benar-benar punya pelapis yang boleh menggantikan mereka?Punya fikrah dan kualiti tarbiyah sebagaimana mereka?

Mudah-mudahan ruhnya dicucuri rahmat dan berbahagia di sana untuk berada dengan para pejuang terdahulu.Pasti saat ini Al-Marhum Ust Fahil Noor,Al-Marhum Tn Guru Ni'mat,Al-Marhum Ust Suhaimi Ahmad, tersenyum untuk menyambut sahabat setia yang mati dalam perjuangan sebagaimana mereka.Mudah-mudahan kita juga diberikan istiqomah untuk mati dalam perjuangan.Kata Mat Sabu:"Tercicir awal perjuangan rugi,pertengahan perjuangan amat rugi,akhir perjuangan lagilah rugi mampuih".ALLAHU AKBAR!...AL-FATIHAH..."

RMK 10 : GAMIS bimbang terhadap keperluan modal insan kepada masyarakat

· 0 ulasan

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) hari ini menyambut baik halatuju baru kerajaan Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK 10) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak di Parlimen.


Presiden GAMIS Mohd Idris Mohd Yusoff, dalam kenyataannya petang tadi berkata, GAMIS menyambut baik lima teras strategik yang dicadangkan kerajaan Malaysia khususnya dalam teras keempat iaitu membangun dan meningkatkan modal insan yang berkualiti dunia.

GAMIS juga menyambut baik hasrat kerajaan mewujudkan persekitaran kondusif bagi melahirkan kualiti hidup rakyat Malaysia.

Walaubagaimanapun, tegasnya kerajaan Malaysia perlu melakukan beberapa tindakan dan strategi lain bagi menampung keprluan modal insan. Ini kerana katanya kerajaan hanya memperuntukkan nisbah 40 peratus sahaja daripada keseluruhan RMK 10 kepada aspek modal insan.

Beliau mempersoalkan, "Apakah strategi kerajaan dalam membendung gejala sosial yang melanda masyarakat pada hari ini dan dimanakah peruntukan khas kepada institusi yang bertanggungjawab menangani perkara ini?"

Namun begitu, langkah kerajaan merancang untuk mewujudkan kawasan bandar mampat dan efisien dan suasana kehidupan yang menarik dan nyaman disokong beliau kerana dapat mengurangkan aspek yang membawa kepada gejala sosial.

"Kerajaan pada hari ini perlu berusaha lebih keras dalam merangka pelan dan strategi dalam pembentukan modal serta sosial masyarakat dengan lebih serius dan efisyen," tambahnya. -mygamis.blogspot.com

Gerakan Mahasiswa: Berani Atas Dasar Kefahaman

· 0 ulasan



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala pujian bagi Allah SWT, Tuhan bagi sekalian makhluk. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Keberanian merupakan akhlak yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai salah satu sifat orang mukmin. Berani yang dimaksudkan oleh Islam ialah berani menyatakan kebenaran serta berani untuk mencegah kebatilan.

Tetapi malangnya, sesetengah mahasiswa Islam tidak memahami konsep sebenar keberanian yang diajar oleh Islam. Mereka berani menyatakan kebenaran, tetapi tidak berani mencegah kebatilan yang berlaku di sekeliling. Kemudian mendabik dada bahawa mereka adalah golongan tarbiyah.
Mereka berani serta lantang untuk berhujah dan berdebat, tetapi tidak berani untuk melakukan dengan perbuatan. Kemudian mendabik dada bahawa mereka adalah golongan ilmuan. Inilah antara penyakit yang menimpa kelompok yang mengaku bahawa mereka adalah aktivis Islam.

Melihat kepada realiti syakhsiah mahasiswa Islam yang berlaku, PMRAM berusaha untuk mengembalikan identiti akhlak islamiyah yang diajar oleh Rasulullah SAW. Berdasarkan Ucapan Dasar Presiden PMRAM 2010, sifat berani yang ada pada mahasiswa Islam bukanlah berani yang kosong tetapi BERANI ATAS DASAR KEFAHAMAN.

Sebagai mahasiswa Islam, kita sepatutnya berani menyatakan kebenaran pada perkara yang hak serta berani mencegah kebatilan pada perkara yang salah. Allah SWT sengaja menjadikan sejarah terdahulu sebagai kamus panduan untuk membentuk corak kehidupan di masa hadapan.

ZAMAN RASULULLAH SAW


Jika kita mengimbau kembali sejarah di zaman penurunan wahyu, Nabi Muhammad SAW mengumpul kekuatan para sahabat seramai 313 orang untuk menuju ke Medan Badar demi untuk mengambil kembali harta umat Islam yang dirampas oleh kaum musyrikin Mekah ketika berlakunya penghijrahan.

Keberanian yang ditunjukkan oleh Baginda SAW serta para sahabat demi semata-mata menjaga hak umat Islam yang dirampas. Walaupun kekuatan tentera musyrikin seramai 1000 orang, namun perkara tersebut sedikit pun tidak melunturkan keberanian mereka untuk mendapatkan kembali hak umat Islam kerana mereka adalah golongan yang FAHAM.

PEMERINTAHAN KHULAFA' YANG PERTAMA


Dengan sifat berani dan tegas yang ada pada Saidiana Abu Bakar As-Siddiq RA, beliau memerangi golongan yang enggan membayar zakat dengan melaksanakan hukuman bunuh. Walaupun hukuman tersebut ditegur oleh Saidina Umar Al-Khattab RA, tetapi Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA tetap bertegas kerana beliau FAHAM tentang kehendak dan maksud sabda nabi SAW

"Aku disuruh untuk memerangi manusia sehinggalah mereka menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat. Apabila mereka melaksanakan semua itu, maka terselamatlah darah dan harta mereka daripada aku melainkan dengan hak Islam dan hisab mereka terserah kepada Allah SWT." (Al-Bukhari dan Muslim)

Beliau melontarkan satu persoalan kepada Saidina Umar Al-Khattab RA sebagai jawapan bagi soalan yang ditanya. "Adakah kamu membezakan antara golongan yang murtad dengan mereka yang menafikan hukum pembayaran zakat?."

SELEPAS KEJATUHAN KHILAFAH ISLAMIYAH

Keberanian dan kesungguhan yang ditonjolkan oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna menyebabkan kefahaman masyarakat tentang gerakan Islam semakin subur. Walaupun diuji dan ditimpa dengan pelbagai mehnah dan rintangan, tetapi beliau tetap istiqamah dalam meneruskan risalah Rasulullah SAW kerana FAHAM yang ada dalam diri beliau.

Kalaulah bukan dengan kefahaman yang jelas, keberanian yang membara di peringkat awal akan terpadam sedikit demi sedikit. Dan saya yakin, kefahaman yang tidak diterapkan dalam keberanian akan membuahkan hasil natijah yang tidak sempurna.

PENGALAMAN DIRI


Sehingga kini banyak kisah dan pengalaman yang saya lalui mengajar untuk sentiasa berwaspada dalam melakukan sebarang tindakan. Berapa ramai di kalangan rakan-rakan seperjuangan yang bersemangat dan berani suatu ketika dahulu, kini menyendiri tidak mahu terlibat dengan gerakan Islam atau gerakan mahasiswa.

Berapa ramai di kalangan abang-abang yang memberi tarbiyah kepada adik-adik, kini bersalahan dengan apa yang mereka ucapkan suatu ketika dahulu. Sifat berani seperti inilah yang PMRAM istilahkan sebagai 'berani kosong'.

Selaku mahasiswa Islam, sifat berani yang kita tonjolkan adalah berdasarkan kefahaman. Bukanlah hanya semangat semata-mata. Semangat kerja yang membara tanpa kefahaman akan tidak akan membuahkan istiqamah dalam tindakan. Akhirnya berputus asa dengan sifat berani yang ditunjukkan.

Kefahaman yang mendalam tanpa semangat bekerja tidak akan merubah keadaan mahasiswa sekitarnya. Bahkan golongan inilah yang seringkali mempertikai gerak kerja yang dilakukan oleh aktivis Islam. Sifat seperti ini akan menyebabkan timbulnya penyakit dalam gerakan mahasiswa.

Justeru sifat berani yang seringkali PMRAM laungkan adalah BERANI ATAS DASAR KEFAHAMAN kerana inilah sebenarnya identiti akhlak islamiyah yang diajar oleh Rasululllah SAW kepada umatnya. Inilah unsur yang akan melahirkan sifat istiqamah dalam jiwa aktivis Islam.


KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH

Shahrizan bin Mohd Hazime
Presiden
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010.

Related Posts with Thumbnails