 Pemilihan PKR 2010  semakin hampir sekarang. Rata-rata calon kini mula mengorak langkah  bagi memasuki fasa terakhir kempen mereka. Masimg-masing mahu pastikan "satu ahli satu undi"  berpihak kepada mereka. Dalam sibuk berkempen, nampaknya masih ada  beberapa kerat pemimpin yang terleka dan terlupa matlamat asal  perjuangan mereka. Jika dulu, ramai yang dilihat ikhlas berjuang untuk  membawa agenda perubahan buat rakyat. Kini, hari demi hari nampaknya Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin terkeluar daripada landasan peruangannya. Benarlah katanya oleh Blogger Raja Petra Kamaruddin (RPK) dan Hishamuddin Rais  (Tukar Tiub) sebelum ini agaknya. Teguran ikhlas mereka terhadap parti dianggap "tidak manis"  bagi sesentengah pemimpin, namun bagi rakyat itu adalah tanggungjawab  sebenarnya. Kami juga melihat, PKR kini semakin hari semakin alpa dengan  matlamat asalnya. Pemimpin yang ada hari ini, majoritinya sudah melihat  pengaruh dan kuasa itu menjadi pokok utama perjuangan mereka. Malah,  mereka tidak segan silu menawarkan diri untuk menjadi pemimpin utama  biarpun "ilmu di dada" masih tidak berada ditahapnya. Ada juga pemimpin yang selama ini tidak mahu ke depan, kini mula "terhegeh-hegeh"  ingin berada di barisan utama. Kuasa dan pangkat kini menjadi tajuk  utama mereka, sedangkan perjuangan asal untuk membawa agenda perubahan  kepada rakyat itu diketepikan buat seketika. Pada awalnya, permainan ini  tidak ketara. Namun, mutakhir ini ia semakin terasa dan mereka  seolah-olah semakin lupa tentang hakikatnya. Inilah yang menjadi  persoalan dan apa yang amat ditakuti oleh rakyat. Mereka takut PKR yang  berubah, bukan agenda perubahan yang mahu dibawa kepada rakyat itu.

Tinggalkan Amalan Jahiliah Jika Mahu Berubah
 Inilah  yang menjadi persoalan dikalangan rakyat sekarang ini. Pemimpin PKR  perlu jujur dan ikhlas mahu berubah. Rakyat diatas pagar yang menyokong  mereka sebelum ini, bukanlah dek kerana melihat PKR itu secara  keseluruhannya. Mereka mengundi PKR kerana melihat parti itu benar mahu  melakukan agenda perubahan dan dalam masa yang sama mereka benci serta  ingin menolak UMNO Barisan Nasional. Begitu juga dengan ahli PKR  sendiri, mereka masuk ke dalam parti atas alasan melihat serta mahu  parti yang didokong ini lebih baik dari parti lama zaman jahiliah mereka  dulu. Maka yang dari UMNO mahu PKR lebih baik dari UMNO. Mana yang dari MIC, MCA, GERAKAN  pun begitu juga. Mereka seboleh-bolehnya mahu melihat PKR sebagai wadah  perjuangan baru buat rakyat. Mereka mahu keluar dari zaman kebathilan  dan kembali ke landasan kebenaran. Namun, jika mereka melihat segala  kebobrokan yang ditinggalkan itu kini terpalit semula kepada PKR maka,  jangan salahkan mereka jika dalam PRU13 nanti mereka tidak mahu lagi  mengundi PKR atau Pakatan Rakyat khasnya. Maka, siapakah yang harus  dipersalahkan?. Jika dulu, amalan seperti politk wang, gila kuasa, cantas mencantas, kutuk mengutuk, fitnah menfitnah, lobi melobi  menjadi alasan untuk mereka meninggalkan parti lama mereka. Kini,  mereka kian panik dan gusar apabila amalan itu sewenangnya berada pula  dalam PKR yang kini menjadi parti pilihan mereka untuk meneruskan  perjuangan. Pemimpin PKR harus sedar bahawa, jika mereka benar mahu  berubah semua itu harus ditinggalkan.

[Soalnya  sekarang, amalan itu kini menular dalam PKR terutamanya menjelang hari  kemuncak pemilihan 2010 ini. Sama ada ia disedari atau tidak, itulah  realitinya. Sukar untuk dinafikan ia berlaku, kerana masing-masing sibuk  mahu mengangkat pemimpin masing-masing. Kempen memburukkan pihak lawan  walhal sesama parti kini menjadi amalan dan mainan penyokong calon yang  bertanding. Apakah ini budaya yang ingin dibawa dalam sebuah parti yang  kononnya mahu membuat perubahan?. Perubahan apa yang mahu dibawa jika  meniru semula amalan lama dalam parti yang pernah mereka sanjung dulu.  Kini, rakyat semakin bingung melihat senario yang berlaku. Soalnya,  siapakah yang harus dipersalahkan jika amalan ini semakin parah dan  menjadi wabak berbahaya dan akan merebak dalam parti itu nanti. Bukankah, lama kelamaan parti akan hancur dek budaya yang jelas tidak berakhlak ini?].
SUMBER:http://pahangdaily.blogspot.com/ 
Ahad, 24 Oktober 2010
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlu "Benar-Benar" Berubah Andainya Rasa Jujur Serta Ikhlas Mahu Meneruskan Agenda Perubahan Itu Sebenarnya !
di
9:44 PTG
·
      
Label: ANALISIS
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 
0 ulasan:
Catat Ulasan