Ramai yang terkejut dengan kekalahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini. Ia berikutan laporan awal yang mengatakan PKR akan menang dengan majoriti melebihi 2,000 undi terhadap Barisan Nasional. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Inilah yang dikatakan takdir, kita hanya merancang namun Allah yang menentukan. Tiada siapa yang harus dipersalahkan, kerana segala usaha dan gerak kerja yang dijalankan sepanjang kempen jelas sekali menjurus ke arah kemenangan sebenarnya. Kekalahan yang berlaku sememangnya sudah dirancang sejak dari awal lagi. Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang dilihat begitu "double standard" telah mencemarkan pilihanraya kecil kali ini. Rakyat boleh menerima kekalahan sekiranya ia berlaku dengan adil dan telus. Namun rakyat tidak boleh menerima kekelahan sekirannya "Pengadil Wrestling" digunakan untuk memastikan pengkhianatan berlaku. Tindakan SPR sejak dari awal lagi dilihat lebih cenderung menyalahkan PKR dalam apa jua keadaan sekali pun termasuklah tindakan provokasi dan kekecohan yang berlaku sepanjang tempoh hari mengundi pada 25 April lalu. Pengerusi SPR, Aziz Yusof dilihat sering mengeluarkan kenyataan yang "berat sebelah" dan seolah-olah beliau bercakap bagi pihak UMNO dan Barisan Nasional pula. Dalam beberapa kes seperti barung panas, baling objek dan sebagainya begitu jelas Aziz Yusof menyalahkan pembangkang. Sedangkan beliau sendiri tahu yang BN terlebih dahulu mendapat restu melakukan perbuatan tersebut. Malah tindakan Aziz mengeluarkan perkataan bahawa semua kesalahan pilihanraya kecil Hulu Selangor terletak kepada penyokong pembangkang menampakkan betapa teruknya tahap pemikiran Pengerusi SPR itu, malah lebih teruk daripada Tan Sri Rashit Rahman yang telah lama merosakkan SPR dulu.
Tindakan Pihak SPR Yang Cukup Meragukan
Saat kemuncak pengkhianatan SPR ini bermula apabila Pengarah Pilihanraya PKR, Fuziah Salleh (foto) mendedahkan ada 13,488 nama pengundi berdaftar telah dipindahkan. Malah lebih teruk dari tu, ada juga pengundi yang dipindahkan ke kawasan lain. Alasan yang diberikan pengundi terbabit memohon untuk bertukar tempat mengundi. Masalahnya, jika 13,000 pengundi dipindahkan sesuka hati bukankah ia akan menyusahkan mereka terutamanya pada hari mengundi. Bayangkan pengundi di peti undi Sek Ren JK (C) Khing Ming di Kuala Kubu Bharu tiba-tiba dipindahkan ke Peti Undi Sek Keb Felda Sg.Buaya. Bukankah ini menyusahkan mereka dan melambatkan pergerakan pengundi terbabit. Ini menyebabkan ada sesetengah mereka yang dilihat gagal menunaikan tanggungjawab dan ada pula yang tidak dapat berbuat demikian apabila nama mereka dikatakan sudah mengundi oleh pegawai SPR yang bertugas di pintu masuk pusat pengundian terbabit. Bukankah ini menimbulkan keraguan yang amat munasabah dan kenapakah SPR sanggup berbuat demikian sedangkan mereka sepatutnya mengadili pilihanraya ini dengan telus dan adil tanpa ada unsur lain. Tindakan inilah yang menyebabkan sejak awal-awal lagi, penyokong Pakatan Rakyat melihat satu keputusan yang tidak wajar akan berlaku. Maka akhirnya terbukti jua, apabila sekitar jam 5.30 petang selepas semua pusat pengundian ditutup nampak petanda awal bahawa PKR akan menang. Tetapi setelah keputusan tidak rasmi diterima sekitar jam 7.30 malam, terbukti tiba-tiba BN pula menang. Apa yang berlaku sebenarnya?. Bukankah ada teori konspirasi yang menyebabkan senario ini terjadi. Nampak benar seolah-olah ada arahan pihak atasan, agar dalam apa jua keadaan sekalipun demi menjaga nama baik dan imej Perdana Menteri Najib Razak maka SPR perlu memastikan BN menang dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor itu. Lantaran itulah mereka sanggup lakukan apa saja!
SPR Sekali Lagi Menjadi Penghalang Demokrasi
Terkadang kita hairan, sebagai rakyat di zaman moden dalam sebuah negara yang kononnya Islam seperti Malaysia ini masih ada tindakan bodoh dan biadap dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap rakyatnya. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jelas sekali membuat keputusan yang memihak kepada Kerajaan BN sejak dulu, kini dan selamanya. Malah, penangan membatalkan celup dakwat pada jari oleh SPR telah menyebabkan pilihanraya menjadi kotor dan menjijikkan. SPR sanggup menipu rakyat dalam pilihanraya umum ke-12 lalu, bilamana dakwat yang telah dibeli dengan belanja jutaan ringgit untuk digunakan ketika iti telah dibatalkan di saat-saat akhir. Atas alasan ada pihak yang telah membeli dakwat yang sama dan mahu menggangu perjalanan pilihanraya. Tuduhan tidak berasas untuk menyelamatkan kerajaan BN itu sehingga kini gagal dibuktikan malah tiada siapa pun yang didakwa oleh mana-mana mahkamah di Malaysia. Bukankah ini satu "trick jahat" yang sengaja diada-adakan oleh mereka beberapa hari menjelang hari pengundian PRU-12 dulu. Bayangkan jika penggunaan dakwat itu terlaksana, sudah pasti kerajaan pusat yang ada sekarang ini sudah berkubur dan Pakatan Rakyat sudah berjaya menakluki Putrajaya sebenarnya. Inilah kerja jahat SPR atas desakan daripada puak-puak UMNO BN. Jika penggunaan dakwat dilaksanakan maka sudah pasti mereka akan menghadapi berbagai masalah untuk menggunakan pengundi hantu, pengundi berganda dan sebagainya. Jika kaedah ini tidak dilaksanakan, maka sampai bila-bila pun SPR akan tetap menyebelahi UMNO Barisan Nasional. Rakyat akhirnya tertipu dengan satu pilihanraya yang kononnya adil dan telus tetapi sudah dilacurkan oleh pihak mereka sendiri. Inilah dia yang telah berlaku sejak sekian lama selagi SPR tidak direformasikan.
Rakyat Perlu Bersabar Dan Teruskan Perjuangan
Segalanya sudah berakhir, Hulu Selangor ditinggal bersama kenangan pahit manis dan Pilihanraya Kecil Sibu pula akan menjelma. Persoalannya, apakah kita akan melihat ketelusan berlaku di Sibu nanti. Walhal umum mengetahui parlimen di Sabah dan Sarawak adalah "talian hayat terakhir" buat kerajaan UMNO BN untuk terus berkuasa. Makanya, satu tindakan yang lebih jahat dan drastik akan dilakukan oleh SPR di sana nanti sebenarnya. Harapan tetap tinggal harapan untuk melihat kejayaan. Samalah juga di Hulu Selangor, dalam keadaan penyokong PKR menanti untuk meraikan kemenangan tiba-tiba disajikan dengan kekalahan yang cukup memusykilkan mereka. Malahan, di Bilik Gerakan BN berhadapan Masjid Jamek Al-Rahimah pekan Kuala Kubu Bharu sendiri sudah kelihatan lengang. Tidak banyak kelibat penyokong BN dilihat di situ dan begitu juga di peti-peti undi yang lain. Ramai yang menjangkakan bahawa PKR akan menang besar ketika itu. Malah ada juga pemimpin PKR seperti YB Elizabeth Wong (foto) telah membuat pengumuman tentang berita kemenangan yang akan diraikan ketika beliau singgah di Pusat Pengundian Sek Keb JK (C) Khing Ming. Ucapan berapi YB Elizabeth itu disambut dengan laungan "takbir dan reformasi" oleh beberapa orang penyokong PKR yang berada di situ. Kini "Nasi sudah menjadi bubur" dan BN diumumkan menang dengan majoriti 1,725 undi, bairpun ramai pemimpin mereka sudah balik tidur. Bayangkan Presiden MIC iaitu Samy Vellu sendiri sudah menjangkan BN kalah dan awal-awal lagi sudah angkat kaki dari Hulu Selangor. Beliau hanya muncul dalam keadaan panik ketika keputusan rasmi diumumkan. Itu pun selepas dimakluman Najib dan Muhyiddin sudah berada di situ. Begitu juga dengan lain-lain pemimpin tertinggi BN yang lain. Mereka awal-awal lagi sudah tahu BN kalah sebenarnya. Namun, bagaikan "magic" tiba-tiba segalanya berubah. Bukankah ini satu senario yang amat mengejutkan kita sebenarnya. Namun kita perlu bersabar dengan apa yang berlaku ini.
[Kepada semua penyokong dan petugas Pakatan Rakyat di Hulu Selangor, teruskan perjuangan dan yakinlah kemenangan besar akan dikecapi oleh kita dalam pilihanraya umum akan datang. Buktinya, biarpun BN menang di Parlimen tetapi mereka telah kehilangan dua kerusi DUN iaitu Batang Kali dan Kuala Kubu Bharu. Hanya pengundi Melayu di kawasan Tanah Rancangan Felda sahaja yang masih terlena dibuai mimpi serta janji-janji manis pemimpin UMNO BN. Bagi mereka ditempat lain sebenarnya sudah secara total menolak BN!!. Malah, beza undi yang diperolehi oleh Zaid Ibrahim yang terkurang 95 sahaja daripada pilihanraya umum lalu. Maknanya PKR bukannya kalah sebenarnya, tetapi dikalahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang kini menjadi "orang suruhan" UMNO Barisan Nasional. Teruskan perjuangan di Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu nanti. Takbirr...Hidup Rakyat.. Salam R
Rabu, 28 April 2010
Satu Analisis Isu: Hulu Selangor, Parti Keadilan Rakyat Bukannya Kalah Kepada BN Tetapi Dek Kerana Strategi Terancang SPR Itu Sebenarnya !!
di
2:24 PTG
·
Label: politik dan isu semasa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan