Khamis, 29 April 2010

Mahasiswa Kecam Tindakan Polis Bunuh Aminulrasyid

·


27 April: Kesalahan Bush membunuh umat Islam memang tidak dapat dimaafkan. Kejahatan Ariel Sharon menyembelih umat Islam sangat menyayat hati.

Namun apakah yang lebih kejam apabila seorang remaja 15 tahun yang ditembak mati oleh Polis Raja di Malaysia (PDRM) atas kesalahan yang belum pasti lagi?

Begitulah nasib malang yang menimpa adik Aminulrasyid yang mati ditembak pada awal pagi Isnin di Seksyen 11, Shah Alam.

ibu aminul Luluh hati seorang ibu melihat anak yang dikandung selama 9 bulan itu akhirnya menemui ajal dalam keadaan sedemikian.

Tambah memeritkan ia bukan dilakukan oleh penjenayah, ia dilakukan oleh anggota polis! Pasti hancur hati ibu tersebut.

Mahasiswa berasa sangat kesal bagaimana kejadian sebegini boleh berlaku. Jika perkara sebegini boleh berlaku, masih berkreadibilitikah polis Malaysia ini?

Mahasiswa tidak akan berdiam diri dalam hal ini. Mahasiswa menuntut kes ini diadili dengan telus.

fadzil jamal “Kami menuntut supaya kes ini diadili sewajarnya. Kes ini melibatkan nyawa dan keadilan. Jika kes ini tidak diadili sewajarnya, pasti negara luar akan memandang serong terhadap keselamatan Malaysia seterusnya menjejaskan status Malaysia dipersada dunia” kata Mohd Fadzil, timbalan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN).

shazni munirManakala Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), melalui pengerusinya, saudara Shazni Munir mengatakan Mahasiswa akan turun bersama rakyat Malaysia menuntut keadilan jika kes ini tidak diadili sewajarnya.

“Kita meminta kes ini diadili dengan telus dan adil. Jika tidak, kami (mahasiswa) akan turun bersama rakyat Malaysia bagi menuntut keadilan kematian adik Aminulrasyid” tegas beliau.

Beliau juga mempersoalkan sejauh mana kuasa polis dalam undang-undang.

“Adakah polis boleh menembak sesiapa sahaja yang mereka suka? Tidakkah undang-undang dicipta untuk melindungi. Bukan untuk diguna sesuka hati oleh pihak-pihak tertentu” katanya lagi.-mahasiswakini

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails