Oleh YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
 Berhubung  dengan satu penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos  lalu dan ia dirasmikan oleh Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah  Mansor, merupakan penganjur Festival tersebut. Pakatan Rakyat Perak  mengecam tindakan mereka menulis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu  jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka. Dengan ini saya  mewakili pihak Pakatan Rakyat Perak suka untuk memberi beberapa  kenyataan seperti berikut :-

1.  Pakatan Rakyat Perak Membantah Sekeras-kerasnya penghinaan tersebut  kerana Rasulullah merupakan manusia yang termulia di sisi Allah SWT yang  merupakan Penghulu bagi seluruh Rasul utusan Allah SWT dan ia jelas  termaktub di dalam Al-Quran surah Al-Ahzab :
“لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجو الله واليوم الآخر وذكر الله كثيرا"”
"Sesungguhnya,  bagi kamu pada diri rasulullah itu model ikutan yang baik, iaitu bagi  orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan allah dan balasan baik hari  akhirat serta dia pula banyak menyebut dan mengingati".
2.  Seluruh rakyat diseru supaya menghukum kerajaan BN dengan memberikan  undi kepada Pakatan Rakyat bagi menjatuhkan BN pada PRU 13, pimpinan  tertinggi BN iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri  Malaysia membiarkan Isteri beliau melakukan penghinaan tersebut  sedangkan ia jelas telah menghina Nabi Muhammad saw dan tindakan Rosmah  selaku penganjur majlis itu sesuatu yang keterlaluan, reaksi Dato’ Seri  Najib Tun Razak seolah-olah meredhakan perbuatan isterinya menghina  Rasulullah saw.
3.  Pakatan Rakyat Perak menggesa umat Islam bangun menyertai perhimpunan  di lokaliti masing-masing bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan  Rosmah dan mendesak isteri perdana menteri itu bertaubat dan mohon maaf  secara terbuka kepada seluruh umat Islam. Kenyataan Media, 22 Oktober 2010
YB. DRS. KHALIL IDHAM LIMKetua Sekretariat Pakatan Rakyat, PERAK.  
Ahad, 24 Oktober 2010
Pakatan Rakyat Perak Mengutuk Penghinaan Terhadap Nabi Muhammad Saw
di
9:41 PTG
·
      
Label: KENYATAAN MEDIA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 
0 ulasan:
Catat Ulasan