Khamis, 2 September 2010

MANFAATKAN SETIAP RUANG DAN PELUANG UNTUK BERDAKWAH

·

SALAM RAMADHAN KAREEM..

Alhamdullah,kita telah melalui ramadhan sehingga fasa yang ketiga sekarang ini,tetapi adakah ramahan pada tahun ini kita manfaatkan secara syumul..

Kita dapatkan saksikan juga ramadhan pada tahun ini bersama dengan sambutan kemerdekaan yang ke 53,soalnya adakah kita menyambut kemerdekaan pada ramadhan tahun ini secara holistik,perubahan dari segi spiritual,fizikal dan mental.

Fakta kes pada tahun 2005 meyaksikan bagaimana jumlah anak luar nikah yang berdaftar dengan JPN(jabatan pendaftaran negara) seramai 250,000 di malaysia.Ini adalah satu angka yang ukan sedikit saya kira kerana kalau kita nisbahkan dengan bilangan penduduk yang mempunyai populasi seramai satu juta penduduknya maka kita akan dapati daripada 4 orang,satu daripadanya adalah anak luar nikah! DAN INI ADALAH FAKTA KES PADA TAHUN 2005 DAN KITA TIDAK TAHU PERTAMBAHAN BILANGANYA PADA TAHUN 2010 INI.

Sahabatku sekalian,

Melihat kepada fakta kes diatas ,merilah kita bersama-sama mengembeleng tenaga.masa dan harta yang kita ada dan MEMANFAATKAN SEGENAP RUANG DAN PELUANG YANG KITA ADA DALAM BERDAKWAH KEPADA MASYARAKAT.

Kita tidak mahu melahirkan para daie yang mempunyai soft skill yang mantap tapi dari segi tarbiyah ruhiyahnya bermasalah,dan kita juga tidak mahu melahirkan generasi daie yang mantap dari segi tarbiyah ruhiyahnya tapi 'slow' dari gerak kerja dakwahnya..

Hadis ada menyebutkan yang mana Allah sangat menyukai hambanya yang kuat dari mukmin yang lemah.Dan maksud kuat itu bukanglah hanya dikira dari sudut fizikialnya sahaja tapi mental  dan spiritualnya juga perlu mantap.

Sebagai contoh,gerakan HAMAS di Palestin sangat menekan kepada amilinnya untuk solat lima waktu secara berjamaah,dan memilih hanya mereka yang mampu untuk solat subuh berjamaah dimasjid dan mampu untuk qiammulail sahaja untuk menjadi tentera barisan hadapannya,sebab itu kita dapat melihat walaupun HAMAS diasak dengan teruk di Palestin tapi masih dapt mengalahkan yahudi laknatullah.

Begitu juga kita melihat bagaimana Salahuddin Al-ayyubidan sultan Muhammad Al Fateh dapat menawan kembali Qontantinapol dan Palestin dengan memiliki prinsip yang sama iaitu qiamulail pada malam harinya dan berperang untuk syahid pada siangnya..

Kesimpulannya,manfaatkanlah segala ruang dan peluang yang ada untuk menyebarkan dakwah ISLAM dan pastikan kita menjadi antara RIJAL dan NISA' yang menjadi salah satu batu bata dalam membina keagungan ISLAM...

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails