Isnin, 13 September 2010

Camputangan Politik Dalam Kerajaan, Musa Hassan Perkuatkan Dakwaan Shafee

· 0 ulasan



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat bahawa tindakan Ketua Polis
Negara Tan Sri Musa Hassan mendedahkan kepada rakyat bahawa
terdapatnya pihak ketiga yang memberikan arahan kepada anggota Polis
DiRaja Malaysia hingga menganggu struktur 'command and control' dalam
organisasinya sebagai tindakan yang wajar.
PAS menyifatkannya sebagai tindakan yang belum terlewat, walaupun
beliau kini telah dibersarakan melalui kenyataan akhbar Menteri Dalam
Negeri. Memang agak mengejutkan kerana persaraannya disampaikan
melalui media bukannya melalui arahan dalaman. Ini tidak sepatutnya
berlaku ke atas seorang yang amat setia kepada Kerajaan, kerana
pengumuman persaraan beliau dengan terus menamakan penganti itu ibarat
tindakan "habis madu sepah dibuang".

Nama beliau begitu popular dalam PDRM selepas berjaya mengheret Datuk
Mokhtar Hashim, mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang telah
membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib
pada 1982 kerana berebut jawatan dalam pemilihan UMNO Bahagian Tampin.

Selepas itu beliau juga turut terlibat dalam kes tuduhan liwat ke atas
Datuk seri Anwar Ibrahim pada 1998 dan 2009. Beliau juga berjaya
melepasi tuduhan rasuah ke atasnya bernilai RM 3juta yang didakwa
diterima kerana membebaskan 3 orang anggota sindiket judi haram.
Peguam Negara dan SPRM menutup kes ini pada 2007 dengan penuh
kontraversi.

PAS melihat beliau telah melalui kemuncaknya perkhidmatan dengan
begitu akrab membantu Barisan Nasional atas nama Kerajaan. Namun,
cetusan rasa tidak puashati yang disebutkannya baru-baru ini
menceritakan hakikat tekanan yang dialami sepanjang menjadi anggota
Polis dibawah pentadbiran BN.

Tangan dan kaki beliau terikat dalam banyak kes termasuklah kes
pembunuhan Altantuya yang melibatkan anggotanya dan beberapa orang
politik.

Pengakuanya kepada media bahawa terdapatnya camputangan politik ketika
beliau jalankan tugas menyokong penuh kenyataan mantan Pengarah Badan
Pencegah Rasuah, Datuk Shafee Yahaya yang turut menyatakan terdapatnya
campurtangan dan penglibatan orang politik dalam Kerajaan yang
menganggu penjawat awam melaksanakan tugas hingga mendorong
penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Rakyat akan terus membuka mata dan telinga bagi mengetahui kebenaran
ini. Kenyataan Musa dan Shafee adalah kebenaran yang sukar disangkal
kerana merekalah antara orang-orang yang banyak dipergunakan oleh
pihak-pihak berkepentingan khususnya melalui Kementerian Dalam Negeri
dan Jabatan Perdana Menteri yang begitu kebal dari undang-undang.

Pegawai-pegawai tinggi Kerajaan ini hanya mampu membuka mulut bila
tarikh persaraan mereka diumumkan. Tetapi itu sudah cukup memberitahu
kita apa yang berlaku dibalik pemerintahan BN di Putrajaya. Rakyat
kini jelas bahawa banyak perkara dan salahguna kuasa yang berlaku
dalam pentadbiran negara dan pegawai-pegawai tinggi Kerajaan ini
terdesak untuk bersubahat melindungi mereka demi untuk memastikan
pegawai ini boleh pencen dengan selamat tanpa tekanan.

PAS berharap agar pegawai-pegawai kerajaan tidak membiarkan diri
mereka terus dijadikan alat untuk kepentingan pemimpin BN. Jika tidak,
mereka akan mengakhiri perkhidmatan mereka dengan perasaan bersalah
kepada rakyat dan negara ini sama seperti yang Musa dan Shafee lalui.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Khamis, 2 September 2010

Antara saman ekor dan pejuang Melayu

· 0 ulasan


DERAMAN YAAKUB, seorang kakitangan swasta terkejut ketika datang menuntut road tax, tempoh cukai jalan keretanya hanya dibenarkan untuk enam bulan sahaja.
Terkejut sakan lelaki separuh usia itu apabila diberitahu kakitangan di bank tempatnya membuat bayaran. Dia membayar road tax melalui bank kerana keretanya masih ada ansuran bulanan.Sedangkan sebelum itu Deraman tidak pernah menerima apa-apa saman daripada polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


Namun, baru-baru ini isu yang digeger orang lain turut menimpa dirinya. Saman dari Bahagian Trafik Bukit Aman diketahuinya selepas tempoh hayat road tax dipendek JPJ. Lima bulan selepas disaman barulah Deraman menerima surat daripada polis. Cekapkah polis kita seperti disebut dalam slogan PDRM?
Seorang pegawai di sebuah syarikat milik kerajaan pula terkejut motosikalnya di saman di Pulau Pinang beberapa kali. Sedangkan dia tidak pernah sampai ke Pulau Pinang dengan motosikal.
Lagi pun jarak Kota Bharu dengan Pulau Pinang lebih 300 km. Lebih malang lagi 10 saman diterima pegawai terbabit. Apabila dia mengadu kepada polis dan JPJ, kata mereka masih lagi dalam siasatan.
Kereta roller disaman ekor
Pernahkah anda ingat beberapa tahun lalu kereta ’roller’ disaman kerana dipandu laju. Sedangkan kereta itu lajunya lebih sama dengan orang berjalan kaki.
Banyak aduan tidak puas hati rakyat didedahkan melalui media massa. Namun, kerajaan pada awalnya buat seperti lembu kenyang. Namun setelah Jawatankuasa Bertindak Kempen Saman Ekor (KASE) dilancarkan, kerajaan mulai gelabah.
KASE dipengerusikan anggota parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Hujah Naib Presiden PAS itu, tindakan JPJ menyenarai hitam kenderaan dengan menghalang mereka membaharui cukai jalan, bersalahan di sisi undang-undang.
Peguam Hanipa Maidin menyebut prinsip asas dalam undang-undang jenayah iaitu seseorang itu dianggap tidak bersalah kecuali dibuktikan bersalah.
Kata Hanipa tafsiran polis dan JPJ dengan menyenarai hitam kenderaan yang belum menjelaskan saman dengan menghalang mereka membayar cukai jalan disifat bertentangan dengan prinsip asas undang-undang.
Seksyen 17 dan Seksyen 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 membawa maksud kesalahan dan perlanggaran yang telah dibuktikan mengikut prinsip dan prosedur undang-undang.
Sejak September 2009, polis telah mengeluarkan 2.5 juta saman ekor. Dan sejak dikuatkuasakan pada 15 April lalu, sebanyak 1.07 juta pemilik kenderaan telah disenarai hitam. Setiap saman dikenakan denda maksimum RM300. Ini bermakna kerajaan dapat mengaut duit rakyat sehingga RM750 juta dari saman ekor.
Isu saman ekor timbul ketika masalah pemilik kenderaan yang berusia lebih 20 tahun membaharui cukai jalan dan insurans belum lagi selesai.
Ahmad, seorang peniaga kecil memberitahu tahun lepas dia terpaksa membayar sehingga hampir RM400 bagi membolehkan insurans body kereta lamanya hidup.
Sedangkan kebiasaannya hanya sekitar RM150 bagi insurans kelas tiga. Masalah sudah hampir dua tahun berlarutan, namun tidak nampak ada jalan penyelesaian.
Ekoran itu seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub melancarkan Gerakan Bela Rakyat (Bela) untuk membela nasib pemilik kenderaan berusia lebih 20 tahun.
Itu belum lagi diambil kira dengan kos lain yang sentiasa meningkat. Harga besi satu tan pada awal bulan Ogos sekitar RM2,800. Sedangkan ketika peraturan harga siling hanya sekitar RM1,000 satu tan.
Begitu juga dengan harga simen sekarang melonjat kepada RM18 satu beg. Ada juga kedai menjual RM18.50 atau RM19 satu beg.
Sedangkan ketika harga siling sekitar RM13 sebeg. Alasan diberi kerajaan bagi mengatasi masalah kekurangan simen di pasaran.
Namun kenaikan sehingga hampir 40 peratus cukup membebankan orang ramai. Maka tidak hairanlah harga rumah kos rendah tidak mampu lagi dijual dengan harga sekitar RM35,000 seunit.
Hairannya dalam masa yang sama kerajaan mendakwa berlaku pemulihan ekonomi dalam separuh pertama tahun ini.
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz memberitahu pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar tertinggi iaitu 9.5 peratus dalam tempoh tersebut.
Kerajaan pungut wang rakyat
Berdasar kepada pertumbuhan berkenaan sepatutnya kerajaan tidak perlu lagi mencari wang segera daripada rakyat melalui saman ekor.
Biar pun polis atau menteri bercakap mahu mendidik rakyat supaya lebih berhemah di jalan raya, namun dalam kes saman ekor lebih banyak buruk daripada baik.
Cuba bayangkan bagaimana sebuah motosikal yang terperap di Kota Bharu boleh disaman di Pulau Pinang.
Nampaknya Nilai Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang digagaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak ke mana-mana.
Apabila NKRA polis dan JPJ menjadi runggutan ramai, ia membawa mesej NKRA impian Najib gagal mencapai matlamat.
Sistem penyampaian kerajaan hanya nampak indah di atas kertas dan bukan di dunia realiti.
NKRA kerajaan Barisan Nasional juga menjadi cacat apabila dibiarkan media massa memainkan isu perkauman berulang-ulang.
Kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harusani Zakaria mengenai ada kumpulan cuba mewujudkan perlembagaan baru boleh mengaibkan banyak pihak.
Ini kerana kenyataan itu dibuat sekadar persepsi tohor dan tidak ada sandaran yang kuat.
Sepatutnya kenyataan seperti itu dibuat Ketua Penerangan Umno dan bukan seorang mufti. Namun dalam situasi sekarang, Mufti Perak nampaknya banyak menghulur bola lambung kepada Umno bagi memperlekehkan Pakatan Rakyat.
Begitu juga dalam isu khatib menyebut nama Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat di Pulau Pinang, awal-awal lagi dipintas Harusani dengan menghukum sebagai salah.
Sedangkan khatib terbabit, Ustaz Zakaria Ahmad menjelaskan nama Guan Eng disebut sekadar memohon Allah Taala memberi hidayah Islam terhadapnya.
Semua pemimpin Umno naik angin dengan isu terbabit, sedangkan mereka lupa Umno pernah menganjurkan majlis bacaan Yaasin dan solat hajat untuk calon MIC, Kamalanathan di Kuala Selangor April lepas.
Apakah membaca Yaasin untuk memohon kemenangan calon bukan Islam lebih baik berbanding mendoakan Guan Eng diberi hidayah.
Nampak isu tersebut hampir sama, namun nawaitunya berbeza. Biar apa pun akhbar harian telah meletak kesalahan di bahu Pakatan Rakyat.
Mereka juga seperti menobatkan Umno dan Harusani sebagai pejuang Melayu sejati.

MANFAATKAN SETIAP RUANG DAN PELUANG UNTUK BERDAKWAH

· 0 ulasan

SALAM RAMADHAN KAREEM..

Alhamdullah,kita telah melalui ramadhan sehingga fasa yang ketiga sekarang ini,tetapi adakah ramahan pada tahun ini kita manfaatkan secara syumul..

Kita dapatkan saksikan juga ramadhan pada tahun ini bersama dengan sambutan kemerdekaan yang ke 53,soalnya adakah kita menyambut kemerdekaan pada ramadhan tahun ini secara holistik,perubahan dari segi spiritual,fizikal dan mental.

Fakta kes pada tahun 2005 meyaksikan bagaimana jumlah anak luar nikah yang berdaftar dengan JPN(jabatan pendaftaran negara) seramai 250,000 di malaysia.Ini adalah satu angka yang ukan sedikit saya kira kerana kalau kita nisbahkan dengan bilangan penduduk yang mempunyai populasi seramai satu juta penduduknya maka kita akan dapati daripada 4 orang,satu daripadanya adalah anak luar nikah! DAN INI ADALAH FAKTA KES PADA TAHUN 2005 DAN KITA TIDAK TAHU PERTAMBAHAN BILANGANYA PADA TAHUN 2010 INI.

Sahabatku sekalian,

Melihat kepada fakta kes diatas ,merilah kita bersama-sama mengembeleng tenaga.masa dan harta yang kita ada dan MEMANFAATKAN SEGENAP RUANG DAN PELUANG YANG KITA ADA DALAM BERDAKWAH KEPADA MASYARAKAT.

Kita tidak mahu melahirkan para daie yang mempunyai soft skill yang mantap tapi dari segi tarbiyah ruhiyahnya bermasalah,dan kita juga tidak mahu melahirkan generasi daie yang mantap dari segi tarbiyah ruhiyahnya tapi 'slow' dari gerak kerja dakwahnya..

Hadis ada menyebutkan yang mana Allah sangat menyukai hambanya yang kuat dari mukmin yang lemah.Dan maksud kuat itu bukanglah hanya dikira dari sudut fizikialnya sahaja tapi mental  dan spiritualnya juga perlu mantap.

Sebagai contoh,gerakan HAMAS di Palestin sangat menekan kepada amilinnya untuk solat lima waktu secara berjamaah,dan memilih hanya mereka yang mampu untuk solat subuh berjamaah dimasjid dan mampu untuk qiammulail sahaja untuk menjadi tentera barisan hadapannya,sebab itu kita dapat melihat walaupun HAMAS diasak dengan teruk di Palestin tapi masih dapt mengalahkan yahudi laknatullah.

Begitu juga kita melihat bagaimana Salahuddin Al-ayyubidan sultan Muhammad Al Fateh dapat menawan kembali Qontantinapol dan Palestin dengan memiliki prinsip yang sama iaitu qiamulail pada malam harinya dan berperang untuk syahid pada siangnya..

Kesimpulannya,manfaatkanlah segala ruang dan peluang yang ada untuk menyebarkan dakwah ISLAM dan pastikan kita menjadi antara RIJAL dan NISA' yang menjadi salah satu batu bata dalam membina keagungan ISLAM...

Jangan guna hujah agama! Habis guna hujah Atheis?

· 0 ulasan

Oleh Ustaz Saiful Bahri
Acap kali bila melibatkan isu agama, UMNO gagal untuk berhujah. Beberapa isu yang cuba diketengahkan, akhirnya mereka kantoi. Kini mereka melarang daripada menggunakan hujah agama. Betapa lawak betullah puak-puak ini.
UMNO ni memangnya OKU. Bukannya (Orang Kuat UMNO) tetapi memang Orang Kurang Upaya. Tidak boleh berdiri atas jasanya sendiri. Dok fitnah orang dok nak bergantung kepada kain orang. Guna media kerajaan yang orang Pas juga sebagai pembayar cukai.


Pas kalau berlawan dengan UMNO dan petugas UMNO, dah lama dah menang. Tetapi kita berlawan dengan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri yang UMNO kuasai, pegawai dan kakitangan yang diperalatkan, Majlis perbandaran dan majlis daerah, Kemas, Polis, SPR, Kementrian, agensi-agensi kerajaan seperti Felda, Felcra, Ketengah dan lain-lain.

Hari ini banyak urat dan nadi mereka putus khususnya dibeberapa buah negeri yang dirampas oleh PR menyebabkan mereka seolah hilang punca. Apa yang disifatkan suasana kritikal itu bukannya politik melayu tetapi politik UMNO. UMNOlah yang tenggelam punca. Seruan bersatu itu bukan untuk kepentingan ummah tetapi untuk kepentingan dan kekuasaan UMNO yang berasaskan kemelayuan sempit mereka. Selama mereka berkuasa, tidakkah UMNO yang mengikis kuasa raja-raja melayu selama ini. Kenapa hari ini mereka pulak berlindung disebalik Istana. Adakah UMNO tidak berupaya untuk pertahankan politik mereka sendiri. Ini dah teruk pada karpal Singh yang berkerusi roda tu.

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Para pemimpin Islam sepatutnya tidak menggunakan hujah-hujah yang berasaskan agama untuk tujuan politik. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata, peringatan daripada Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah perlu dijadikan iktibar kepada semua pemimpin Islam untuk kepentingan ummah.
''Kenyataan baginda sangat tepat kerana apabila berhujah, seseorang pemimpin itu perlu memastikan bahawa hujah tersebut berasaskan fakta dan untuk kepentingan umum. ''Justeru, saya menyeru kepada semua pemimpin Islam di negara ini supaya bersatu serta mengutamakan kepentingan ummah dan bukannya kepentingan parti politik masing-masing,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Raja Dr. Nazrin Shah semalam menzahirkan kebimbangan terhadap umat Islam di negara ini yang disifatkannya dalam suasana kritikal, bagaikan tenggelam punca.
Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan memberitahu, titah baginda itu perlu diberi perhatian oleh semua pihak terutamanya pemimpin-pemimpin parti pembangkang. Katanya, politik mestilah berasaskan prinsip iaitu untuk mendaulatkan agama, membela bangsa dan membina negara.

Ahmad Maslan menganjurkan ada prinsip dalam politik. Bila pulak UMNO ada prinsip? Sejak bila prinsip UMNO mendaulatkan ugama? Bila UMNO membela bangsa? Bila pulak UMNO membina Negara. 53 tahun merdeka, UMNO gagal memurnikan prinsip yang didakwa itu. Agama disisih, bangsa digadai dan Negara dijual.
Pelik juga, Datuk Saifuddin Abdullah mencadangkan supaya jangan menggunakan hujah agama untuk tujuan politik? Dari mana pulak dia ni belajar? Memanglah puak sekular mereka menggunakan hanya hujah logik dan akal. Politik Machievelli dan adu domba. Mereka guna Islam yang hadhari dan tak guna Islam yang badawi kononnya?
Tiada manusia yang hidup tanpa politik. Manusia sebagai hayawanun as-siasi, hayawanun ijtima’e, hayawanun iqtisadi…. (Manusia yang berpolitik, manusia yang bermasyarakat, manusia yang berekonomi dll). Orang mati sahaja yang tak berpolitik. Orang bodoh dan orang gila pun ada politik mereka. Apatah lagi tahap binatang pun ada politik dan kepimpinan mereka. Cuma dalam Islam konsepnya adalah menggantikan kepimpinan Rasulullah Saw setelah wafat baginda untuk menjaga agama dan mentadbir dunia dengan agama Islam tersebut. Mereka disuruh berhujjah dengan al-quran maupun hadis serta Ijma’ dan qias. Islam melarang taqlid buta terhadap pemimpin mereka semata-mata. Mengikut dengan jahil dan membuta-tuli.

عَنْ مَالِك أَنَّهُ بَلَغَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
Daripada Malek bahawa Rasulullah Saw bersabda: Aku tinggalkan kepada kamu dua benda yang kamu selama-lamanya tidak akan sesat andai kamu berpegang teguh dengannya iaitu Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah rasul-Nya (Rasulullah saw).

Kekadang setiap jumaat Tok khatib membacakan hadis ini. Tak pergi jumaat ke puak-puak ni?

Firman Allah dalam surah An-Najm ayat 3-4 :-

وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى . إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى
Dan ia tidak memperkatakan menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri, Segala yang diperkatakan itu tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan kepada-Nya

Manusia ni kalau bab berhujah pakai akal atau pakai keng memang tak habis. Cuba Tanya Ayah Pin. Pun dia ada hujah yang ia benar. Habis apa penyelsaiannya. Allah berfirman:-

فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. Surah al-Nisa’: 59.
Habis kenapa dilarang menggunakan hujah agama? Tidakkah al-Quran itu rujukan. Apakah kita sudah tidak beriman dengannya lagi. Tidakkah al-Quran itu punca kebenaran sebagaimana firmanNya:

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

Kebenaran itu datang dari Tuhanmu, maka janganlah kamu tergolong dari kalangan orang yang melampaui batas al-Baqarah : 187

Ada 5 tempat diulang ayat sedemikian sebagai ta’kid daripada Allah Swt.

ذَلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ نَزَّلَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ وَإِنَّ الَّذِينَ اخْتَلَفُوا فِي الْكِتَابِ لَفِي شِقَاقٍ بَعِيدٍ

Yang demikian itu adalah kerana Allah telah menurunkan al-Kitab dengan membawa kebenaran dan sesungguhnya orang-orang yang berselisih tentang (kebenaran) al-Kitab itu, benar-benar berada dalam penyimpangan yang jauh (dari kebenaran). Al-Baqarah : 176
Jadikanlah al-Quran sebagai panduan. jadikanlah Ia sebagai hujah yang kukuh dan beramal dengannya. Janganlah ragu-ragu padanya. Itulah ciri orang yang bertaqwa dan semoga ia memberi syafaat buat kita di hari Akhirat kelak.

Related Posts with Thumbnails