Sabtu, 27 Mac 2010

JANGAN BERMAIN DENGAN API FITNAH

· 0 ulasan

salam ukhwah buat semua teman2 seperjuangan,

tujuan ana disini adalah untuk menegaskan tentang prinsip perjuangan kita,tentang soal taat,wala' dan thiqah..

pimpinan pusat pas masih lagi dalam proses perbincangan dalam soal pemilihan pimpinan majlis syura,tapi mengapa ada di kalangan kita yang sibuk 'berkokok'..

sedarlah wahai para pejuang,

Dengan jari jemari kita yang menaip di blog akan ditanya di akhirat kelak,

apa guna ada blog kalau untuk sebar fitnah??

apa guna ilmu yang tersemat didada sekiranya hanya umtuk berbangga??

apa guna kita berjuang kalau intima' kita bersifat intima' syakhsi(individu)???

sedarlah perjuangan ini tidak akan tamat sebagaimana ia bermula....adakah kita yang memulakan perjuangan ini?? sekiranya kita futur atau gugur dalam perjuangan nescaya Allah akan menggantikan kaum yang lebih baik dari kita..


ingin ku tegaskan sekali,soal taat dan soal thiqah bukanlah isu mainan yang boleh kita sesuka hati mempertikaikan dan mengata di belakang...


أوصيكم بتقوى الله عزوجل و السمع و الطاعة فإن تأمر عليكم عبد

Aku berwasiat kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah Azza wa Jalla dan dengar serta taat sekalipun pemimpin yang dilantik dikalangan kamu hanyalah seorang hamba abdi .

( Al Hadis , Matan Al Arbai’n )


Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.

Surah An Nisa’ . Ayat : 65


apakah dengan dalil2 diatas kita masih cuba 'merabunkan' mata kita???

sedarlah wahai mujahid sekalian,adalah menjadi tanggungjawab kita untuk saling menegur dan menunaikan kewajipan amar makruf nahi munkar.. persoalan taat dan thiqah pada arahan pimpinan ini samada kita suka atau benci,wajib kita patuhi...

kita mohon keampunan dari Allah tergolong dari golongan munafik..

kerana hanya golongan munafik dan kuffar sahaja yang suka melihat kejatuhan Islam!!

secara khulasohnya,

jangan kita bermaian dengan api fitnah,kerana dalam hadis mengatakan sesungguhnya fitnah tidur atau diam,justeru jangan kita yang membangkitkan api fitnah itu!!





Khamis, 4 Mac 2010

Memori

· 0 ulasan




Assalamualaikum wat semua teman...Moga sihat selalu

Insyaallah blog ini akan diupdate dalam masa terdekat kerana ana dah ada internet kat umah.

Related Posts with Thumbnails