Sabtu, 22 Mei 2010

Majlis Raja-Raja Perlu Bertindak

·


Tindakan kerajaan ‘menghalalkan’ lesen judi telah menjadi persoalan dan kebimbangan rakyat khususnya masyarakat yang beragama Islam. Malaysia seolah-olah hilang nama ‘Negara Islamnya’ apabila meluluskan lesen judi 2010 yang akan diadakan tidak lama lagi.
“Islamnya boleh dipertikaikan apabila seseorang atau Negara ‘menghalalkan’ sesuatu yang haram dan mengharam sesuatu yang wajib dan halal.
“Sesebuah Negara Islam seharusnya membanteras sesuatu yang terang-terangan bercanggah dengan syariat dan hukum Allah,” kata Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahya ketika dihubungi erapakatan.com.
Bagi beliau, Majlis raja-raja perlu mengambil tindakan kerana majlis raja-raja mempunyai kuasa penuh dalam hal-hal berkait dengan agama Islam.
Tindakan kerajaan persekutuan ini akan mencemarkan agama Islam yang berada di bawah jagaan Majlis raja-raja.
Beliau juga dalam pada itu meminta majlis muzakharah fatwa bersidang bagi membincangkan dan mengambil tindakan terhadap hal ini. Mereka juga disarankan memohon kepada majlis raja-raja melayu bagi menyelesaikan isu ini.
11 Mei lalu, Kementerian Kewangan secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.
Sehubungan keputusan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia bermula 11 Jun ini.
Sejak pengumuman itu dibuat, pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan(NGO), parti-parti politik, pertubuhan agama dan juga orang perseorangan membidas tindakan kerajaan tersebut.

http://anwaribrahimblog.com

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails