Rabu, 9 Jun 2010

Bendera bulan purnama mulai 'tenggelamkan' Kota Bharu

· 0 ulasan



KOTA BHARU, 9 Jun:  Wajah bandar Kota Bharu kini semakin ditenggelami dengan warna hijau apabila bendera ‘bulan purnama’ dipasang di jalan-jalan utama menjelang muktamar PAS kali ke-56 Jumaat ini.

Banner yang tertera gambar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang boleh dilihat di jalan-jalan utama. Papan iklan gergasi bagi mengalu-alukan kedatangan perwakilan dan pemerhati dipasang di beberapa lokasi di bandar ini dan sekitar Pengkalan Chepa.
Perasmian serentak Dewan Ulamak, Muslimat dan Dewan Pemuda akan diadakan pada malam ini bertempat di dewan utama Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di Pengkalan Chepa.
Manakala muktamar penuh ketiga-tiga dewan diadakan di tempat berasingan. Dewan Ulamak di Markas Dewan Ulamak PAS Kelantan (Madu) di Labok, Machang.
Dewan Muslimat di Perdana Resort dan Dewan Pemuda di Kelantan Trade Centre. Muktamar penuh akan diadakan di Putik mulai Jumaat.
Kerja-kerja akhir mempersiapkan dewan besar Putik kini selesai sepenuhnya. Manakala tempat pameran agensi kerajaan dan swasta juga disiapkan. 

Ekspo di luar kompleks Putik sudah bermula. Khemah di tapak ekspo menyediakan sebanyak 278 ruang perniagaan bagi barangan kering dan gerai makanan.
Kawasan sekitar Putik mulai meriah dan bergemerlapan cahaya pada waktu malam. Perwakilan dan pemerhati tiga dewan mulai kelihatan sekitar Putik.
Manakala jualan di tapak ekspo bermula malam tadi. Di tapak itu juga diadakan ceramah pembukaan oleh anggota jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu dan annggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah.

PAS mahu Kerajaan tambah 12 Ketetapan lagi berhubung Usul kutuk Israel

· 0 ulasan





KENYATAAN MEDIA
PAS MAHU KERAJAAN TAMBAH 12 KETETAPAN LAGI BERHUBUNG
USUL KUTUK ISRAEL

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat bahawa 15 tuntutan Kerajaan Malaysia berhubung isu keganasan Israel ke atas aktivitis yang terlibat dalam konvo Freedom Flotilia di parlimen semalam sebagai tuntutan yang longgar dan tidak lengkap.

Sehubungan dengan itu, PAS mahu Kerajaan menambah 11 ketetapan berikut agar selari dengan kehendak rakyat:


1. Mengiatkan kempen anti Israel dab boikot barangan yang dikeluarkan oleh syarikat pelobi Israel diseluruh negara dengan mengunakan semua media dan organisasi Kerajaan.

2. Mengharamkan kemasukan semua barang dan produk yang berkaitan dengan Israel atau yang mempromosikan negara berkenaan termasuklah dalam bentuk iklan dan filem yang dikeluarkan dari negara sekutu Israel seperti Amerika.

3. Membatalkan perkhidmatan dan menghalau semua syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Israel seperti APCO Worldwide yang ada dinegara ini.

4. Malaysia juga perlu membatalkan semua lesen NGO dan organisasi yang terlibat dengan aktiviti Freemason dinegara ini.

5. Memutuskan hubungan dagang Malaysia-Israel yang dipersetujui secara sulit oleh kabinet dalam Kertas  Kabinet bertarikh 20 Mac 1996. Kewujudan kertas ini turut disahkan oleh Menteri Perdagangan dan Industri Israel, Micha Harish dalam majalah Israel-Asia Trade bagi keluaran bulan Mac 1996.

6. Malaysia, Turki dan negara Islam lain menubuhkan satu jawatankuasa panel guaman khas secara bersama untuk mendakwa Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), bukannya membiarkan Turki bersendirian melakukan pendakwaan ini.

7. Malaysia wajib mengesa mesyuarat tergempar OIC diadakan bagi mengambil ketetapan ke atas isu Palestine-Israel termasuklah bagi menubuhkan pasukan pengaman OIC sendiri bagi melindungi kapal-kapal bantuan yang berlayar ke Palestine dari serangan tentera Israel.

8. Malaysia memimpin OIC bagi mendesak PBB mengenakan sekatan ekonomi ke atas Israel yang diketahui mempunyai program senjata pemusnah besar-besaran (WMD) dalam bentuk senjata kimi dan Nuklear.

9. Malaysia juga wajib mendesak negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Singapura serta negara Islam seperti Turki dan Mesir untuk memutuskan hubungan ekonomi dengan Israel serta merta.

10. Malaysia juga harus menjadi negara pelobi utama gerakan anti Israel dan melobi negara ASEAN, China, Jepun, India dan negara Timur Tengah dan Afrika untuk menekan Israel.

11. Malaysia juga harus memimpin gerakan untuk melobi sokongan untuk Palestine dan menjadikan negara ini sebagai hub pengumpulan dana bagi tabung bantuan Palestine di rantau ASEAN.

12. Malaysia mengiktiraf Hamas sebagai Kerajaan Palestine yang sah bukannya wakil dari pergerakan Fatah dalam semua persidangan OIC dan program Kerajaan-kerajaan dunia.


PAS mahu Kerajaan menunjukan sikap yang serius terhadap Israel dan tidak sekadar melepaskan batuk ditangga dengan menolak semua tindakan kepada Turki dan negara Islam lain untuk dilaksanakan. Inilah peluang jika Malaysia mahu menunjukan kepada dunia bahawa negara ini bukan duduk dibawah telunjuk Amerika yang menjadi sekutu Israel. Ini juga adalah satu bukti sokongan kuat Malaysia terhadap Palestine.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

· 0 ulasan

Kontroversi: Benarkah Kerajaan UMNO BN Belum Keluarkan Lesen Judi Bola Kepada Si Vincent Tan Atau Sekadar Taktik Lama Untuk Tipu Rakyat Lagi

Gara-gara dek kerana "suara rakyat" dan takut dengan Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) yang bakal diadakan pada 3 Julai ini, maka akhirnya kerajaan UMNO BN dan Si Vincent Tan terpaksa mengatur strategi lain untuk mengelirukan rakyat. Malah, kerajaan juga cuba mengaburi mara rakyat seolah-olah pemilik syarikat Ascot Sport Sdn Bhd itu belum pun memperolehi lesen judi bola sepak piala dunia berkenaan seperti yang diwar-warkan oleh media. Semalam, Kementerian Kewangan menegaskan bahawa kerajaan belum mengeluarkan lesen pertaruhan sukan tersebut kononnya ingin mendapatkan maklum balas daripada orang ramai berhubung perkara itu. Masalahnya sekarang kenapa tiba-tiba alasan ini diberikan?. Apakah kerana melihat rakyat dan umat Islam di seluruh negara memprotes isu itu. Soalnya sekarang, kenapa sebelum ini si Timbalan Menteri Kewangan yang paling "bangang dan kurang ajar" iaitu Awang Adek Hussin boleh mengeluarkan kenyataan kononnya kerajaan bersedia meluluskan lesen tersebut dengan kawalan. Kononnya dengan adanya kawalan itu maka aktiviti perjudian haram bola sepak piala dunia akan dapat dilakukan dengan lebih teratur dan pada masa yang sama kerajaan akan mendapat hasil yang boleh digunakan termasuk untuk pembangunan pelbagai jenis sukan di negara ini. Bukankah kenyataan ini membuktikan bahawa kerajaan UMNO BN memang sudah bersetuju dan bersedia untuk menganugerahkan lesen itu kepada Vincent Tan. Namun, kini mereka menjadi serba salah dan berada dalam dilema. Mahu diberi takut imej UMNO BN tercalar di mata rakyat. Jika tidak diberi juga mereka takut Vincent Tan akan menarik balik banyak "subsidi" yang diberikan kepada kerajaan terutamanya setiap kali pilihanraya berlaku di negara ini. Maka, jalan terbaik ialah mengatakan bahawa lesen tersebut belum diluluskan lagi. Itu pun hanya melalui jawapan bertulis di parlimen. Apakah kita boleh percaya dengan kenyataan "yang dibuat-buat" ini agaknya. Atau apakah kita akan terus tertipu lagi dengan isu sensitif ini agaknya?. Puak-puak ini kadang-kadang kita bukan boleh percaya lagi, "cakap tak serupa bikin" dan sengaja untuk mengelirukan rakyat. Inilah mentaliti menteri ciptaaan UMNO BN. Itu pun masih ada puak-puak mereka yang percaya !

[Sesuatu yang amat memusykilkan kita pula ialah perjudian Piala Dunia Fifa 2010 di negara Malaysia secara sah diumumkan oleh si Awang Adek Hussin pada 6 Mei 2010 yang lalu. Manakala selepas itu seorang lagi Timbalan Menteri Kewangan iaitu Chor Chee Heung (foto) mengesahkan yang lesen judi bola telah diluluskan dan dikeluarkan kepada Berjaya Group, syarikat kepunyaan Vincent Tan. Malah kerajaan juga menetapkan syarat pekerja beragama Islam tidak terlibat dan dilarang menjual tiket pertaruhan kepada pelanggan Islam. Lesen tersebut bukan lesen baru tetapi pembaharuan lesen lama yang diberikan semula kepada Berjaya. Tujuan utama kelulusan lesen judi kepada syarikat Berjaya Group / Sport Toto itu ialah bagi mengekang perjudian dan pertaruhan haram yang tetap akan berlaku dan tanpa kawalan. Hasil judi itu dapat digunakan untuk pembangunan sukan. Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram]

http://pahangdaily.blogspot.com 

Ketetapan lagi berhubung Usul kutuk Israel - PARLIMEN

· 0 ulasan

1. Perdana Menteri akan mencadangkan :-
BAHAWA, Tentera Rejim Zionis di bawah arahan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, telah menyerang tanpa alasan dalam perairan antarabangsa konvoi kapal Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 31 Mei 2010, yang telah mengakibatkan banyak kematian dan kecederaan kepada ahli kumpulan konvoi bantuan kemanusiaan tersebut;

BAHAWA, serangan Rejim Zionis ke atas kapal misi bantuan kemanusiaan tersebut merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang antarabangsa termasuk undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu;
BAHAWA, sentimen yang sama telahpun disuarakan melalui Kenyataan Bersama Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN – Majlis Kerjasama Negaranegara Teluk (GCC) di Singapura pada 1 Jun 2010 yang menyuarakan kutukan keras terhadap tindakan Rejim Zionis Israel ini;
BAHAWA, rakyat Malaysia berpegang teguh kepada pendirian bahawa tiada alasan bagi penggunaan kekerasan yang melampau ke atas kapal misi bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza tersebut; dan
BAHAWA, rakyat Malaysia sangat kecewa dengan ketidakmampuan masyarakat antarabangsa, terutamanya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk membuat bantahan keras terhadap tindakan ganas Rejim Zionis itu.
DENGAN INI DEWAN mengambil ketetapan seperti berikut:
(1) Mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Rejim Zionis di bawah arahan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, ke atas kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan kecederaan kepada orang awam;
(2) Merakamkan rasa kecewa tidak terhingga tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di atas kenyataan yang begitu lemah terhadap serangan ganas Rejim Zionis ke atas kapal misi bantuan tersebut;
(3) Memutuskan untuk mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mencela Israel dan bukannya membuat kenyataan lemah semata-mata;
(4) Memutuskan bagi Malaysia untuk bekerjasama dengan negaranegara Anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mendukung prinsip undangundang antarabangsa termasuk undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam menangani krisis kemanusiaan di Gaza;
(5) Menggesa negara-negara sependapat untuk mengemukakan usul kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi merujuk situasi akibat serangan Tentera Rejim Zionis Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC);
(6) Menggesa negara-negara sependapat untuk mengemukakan usul kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi mendapatkan Advisory Opinion Mahkamah
Keadilan Antarabangsa (ICJ);
(7) Memohon supaya negara Turki mempertimbangkan untuk mengambil tindakan di bawah peruntukan Statut Rome, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC);
(8) Menyeru supaya satu siasatan bebas yang penuh (fully independent) dibuat terhadap serangan Tentera Rejim Zionis dan bukannya setakat siasatan yang tidak berpihak (impartial) semata-mata;
(9) Menyokong sepenuhnya desakan masyarakat antarabangsa, terutamanya Majlis Hak Asasi Manusia melalui Resolusi yang telah diterima pada 2 Jun 2010, supaya siasatan yang berakauntabiliti dan bebas sepenuhnya dibuat mengenai serangan ini;
(10) Menuntut Israel supaya tidak menghalang sebarang konvoi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, khususnya di Gaza, selaras dengan Resolusi 1860 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu;
(11) Mengalu-alukan tindakan negara Mesir membuka sempadan Rafah tanpa syarat bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan tanpa sebarang halangan;
(12) Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Wilayah Palestin di Gaza tanpa menghirau dan gentar kepada ancaman Rejim Zionis;
(13) Merakamkan penghargaan kepada negara-negara Jordan, Turki, Ireland, Filipina dan juga negara-negara lain yang terlibat dalam usaha-usaha membebaskan rakyat Malaysia yang telah ditahan oleh Rejim Zionis;
(14) Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak mereka bagi menubuhkan negara Palestin yang bebas, merdeka dan berdaulat; dan
(15) Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah pembentukan negara Palestin yang bebas, merdeka dan berdaulat

Pertumbuhan 10.1 peratus negara menggelirukan

· 0 ulasan

Pertumbuhan negara pada 10.1 peratus seperti yang dicanangkan oleh kerajaan tidak mencerminkan situasi yang sebenar kerana ia dibandingkan dengan suku pertama tahun 2009, di mana ketika itu ekonomi Malaysia masih berada dalam krisis.

Menurut Ketua Serantau Penyelidikan Ekonomi, Standard Chartered, Tai Hui jika tempoh masa 2008 diguna-pakai, pertumbuhan negara adalah hanya sekitar 3.5 peratus.

"Sekiranya anak anda pulang dari sekolah dan memberitahu bahawa dia dapat 75 markah dalam peperiksaannya, tetapi pada semester lalu dia mendapat 50 markah, anda tidak begitu kagum kerana sebelum ini dia pernah mendapat 100 markah,” katanya dalam satu seminar hari ini.

"Berita yang baik ialah ekonomi negara sedang berkembang tetapi persekitaran perniagaan hanya bertambah baik sedikit sahaja berbanding sebelum krisis.

Kata Tai Hui, buktinya kebanyakan firma masih berhati-hati dan tidak melabur lanjut, meskipun mereka yakin bahawa ekonomi berada dalam pemulihan.

SEDARLAH DIRIMU SEBENARNYA PARA PEJUANG AGAMA ALLAH!!!

· 0 ulasan

SALAM JIHAD DAN SALAM UKHUWAH...



Pada entry kali ini,marilah kita merenung dan mengenali potensi diri kita masing-masing... Sahabat-sahabatku yang dihormati.....setelah mana kita lalui ranjau-ranjau perjuangan ini semenjak alam persekolahan,kemudian ke alam kolej..adakah masih terngiang2 di telinga kita akan laungan saudara2 kita di Palestin???

Saya merasa amat sedih,kecewa dan sangat marah apabila melihat gambar2 sahabat2 kita  di fb yang faham akan erti perjuangan hanyut dibuai mimpi dunia...bergambar berpelukan,keluar berdua-duaan dan plbagai gambar lagi yang menyakitkan hati ini memandangnya...

Sedarlah sahabatku,umur kita tidak panjang,dan seperti yang dikatakan oleh barat "LIFE IS SHORT"...MAKA adakah dengan istilah yg dikatakan hidup ini tidak panjang kita ingin suburkan dengan maksiat pada ALLAH..apakah kita tahu bahawa ALLAH BERHAK MENGAMBIL JIA KITA PADA BILA2 MASA SAHAJA...!!!

Mengapakah wahai sahabatku,kau memilih laluan yang singkat dengan kesenangan duniawi....KENAPA kau tidak memilih jalan yang lebih luas kenikmatannya,lebh panjang keseronokannya,lebih cantik istana2 nya...
semua yang kau lihat didunia ini hanyalah tipuan dan khayalan syaitan sahaja....apakah kau tidak memikirkan dengan mata hatimu???



SUDAHLAH SAHABATKU,BUANGLAH SEGALA KUDIS2 DUNIA INI,LEMPARKAN JAUH2....JANGN KAU HAMPIRI LAGI KOTORAN DUNIA INI....KAU MAHU KECANTIKAN WANITA MAKA KAHWINILAH DIA,MAKA ALLAH DAN RASULNYA AKAN REDHA PADAMU.....KAU MAHU KESENANGAN DUNIA MAKA BERNIAGALAH DAN CARI SEBANYAK2NYA TAPI AWAS JAUHI ROKOK,SYISHA,ARAK DAN SEGALA BENDA YANG HARAM DAN SYUBHAT,KAU MAHU APA LAGI SAHABATKU......??????

JIKA KAU MAHU SEGALA2NYA MAKA TAMBAHKAN AMALMU,KUATKAN DAYA JUANGMU,PERTAHAN DAN JULANGKAN ISLAM PADA TEMPAT YANG SELAYAKNYA...DAN KAU DAN AKU SAMA2 SYAHID DALAM PERJUANGAN INI  MAKA SYURGA MENANTI KAU DAN AKU WAHAI SAHABATKU.....

INSAF DAN BERTAUBATLAH,KITA INSAFI DOSA2 LAMPAU DAN KITA JULANGKAN ISLAM ,KITA WAKAFKAN DIRI KITA HANYA UNTUK ISLAM.....NESCYA KITA AKAN MENDAPAT KETENANGAN YANG HAKIKI...PERCAYALAH SAHABATKU....

Yang benar,

SAHABAT SEPERJUANGANMU DUNIA AKHIRAT...

Rabu, 2 Jun 2010

Mangsa Menceritakan Detik-detik Diserang Zionis

· 0 ulasan

Kesemua 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera rejim Yahudi Israel dua hari lepas mengibarkan Jalur Gemilang setelah dibebaskan rejim tersebut hari ini. Mereka yang ditahan ketika menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza kini dalam perjalanan ke kedutaan Malaysia di Jordan. - Foto BERNAMA


PETALING JAYA: "Kami diserang bertubi-tubi oleh komando yang naik ke atas kapal. Saya dan Shamsul (jurukamera, Shamsul Kamal Abdul Latip) terselamat tetapi dua sukarelawan yang berada di tepi kami terkena tembakan di tangan dan bahu."

Demikian cerita wartawan penyiaran Astro Awani, Ashwad Ismail, 25, yang merupakan salah seorang daripada 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera rejim Zionis pagi kelmarin.

Dalam satu lintas langsung dengan stesen itu pagi ini, beliau memberitahu, tentera Israel mengepung konvoi Flotila Pembebasan itu di setiap sudut dengan menggunakan 19 bot, lapan kapal laut dan tiga helikopter perang, Apache.

Katanya, kejadian itu bermula apabila tentera Israel mengepung kapal mereka ketika ia berada kira-kira 68 batu Nautika di luar perairan Israel pada pukul 4.30 pagi.

"Tentera Israel menggunakan peluru hidup ketika menyerang kapal itu dan berdepan dengan sukarelawan yang hanya menggunakan peralatan bukan senjata.

"Jadi saya tidak nampak apa senjata tajam yang digunakan. Melainkan mereka sudah mula melepaskan tembakan, itulah senjata yang terpaksa mereka gunakan iaitu besi-besi yang terdapat di atas kapal bukan senjata berbentuk pisau, parang, pedang samurai dan sebagainya tetapi menggunakan pisau sahaja," ujarnya.

Beliau menambah, para sukarelawan hanya menggunakan air pili bomba bukan meriam air bagi mengelak komando-komando Israel menaiki kapal melalui bot-bot kecil yang telah pun mengepung Mavi Marmara.

Tambahnya, mereka diserang bertubi-tubi oleh komando yang naik ke atas kapal, bagaimanapun beliau dan Shamsul berjaya menyelamatkan diri.

"Hanya dua orang Turki di sebelah kiri dan kanan saya ditembak di bahagian tangan dan juga bahu.

"Kami kemudian lari ke kawasan lebih selamat... kami lihat ada sukarelawan yang berlumuran darah... ini pengalaman memeritkan yang berjaya membuka mata dunia apa yang berlaku. Tak sangka Israel bertindak demikian sedangkan koncoi ini membawa orang awam. Ini satu isytihar perang atas kemanusiaan," tambah beliau.

Ditanya keadaan Shamsul, Ashwad berkata, beliau selamat tetapi kedua-dua mereka terpisah selepas mereka ditahan dan digari oleh tentera Israel dan hanya ditemukan selepas dibebaskan di sempadan Israel-Jordan.

"Shamsul diarahkan duduk di tepi dan saya diarahkan turun ke bawah dan kami terpisah sejak itu dan kami dipenjarakan di Beersheba. Kami dibawa ke Ashdod. Dari Ashdod kami dibawa ke penjara di Beersheba dan dari itu kami tidak bertemu," tambahnya.

Dalam pada itu, Ashwad berkata, mereka kini berada dalam keadaan selamat tetapi keletihan.

Mereka dihantar dengan bas bersama sukarelawan dari beberapa negara lain ke sempadan Israel-Jordan dan kini dalam perjalanan ke Amman.

"Kami berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia, pihak kedutaan (di Jordan) dan masyarakat antarabangsa yang banyak berusaha untuk keluarkan kami," katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan agar mereka selamat dan mengadakan sembahyang hajat.

Mavi Marmara, sebuah kapal Turki ialah salah satu kapal konvoi Flotila Pembebasan yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza.

Ketika ditanya pengalaman sepanjang insiden itu, Ashwad berkata, layanan yang diterima dalam tempoh 28 jam itu mengambarkan konflik enam dekad yang dialami oleh rakyat Palestin yang tertindas.

Beliau berkata, kesemua 12 rakyat Malaysia itu akan bertemu dengan Duta Malaysia di Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz sebelum mengatur rancangan pulang ke tanah air. Mstar/-

Related Posts with Thumbnails