Khamis, 3 Februari 2011
Himpunan Solidariti Ummah Jumaat Ini.
Label: INFO
Isnin, 10 Januari 2011
Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia
Tema yang cukup menarik didengar oleh rakyat Malaysia dan tepat pada masanya ketika negara di landa dengan berbagai krisis, lantaran dipegang oleh orang yang tidak amanah dengan rakyat dan negara. Walaupun ia merupakan tawaran yang menarik untuk rakyat, tetapi meresahkan pemimpin yang berada di puncak kuasa. Sekarang pemimpin BN dilanda dengan mimpi ngeri takut kehilangan kuasa, kerana ini merupakan satu azab di dunia. Media BN diarahkan untuk memburukkan apa yang tercatat dalam buku jingga. Kenapa perlu ubah sekarang? 1.Pengurusan ekonomi tempang Keadaan ekonomi negara berada ditakuk lama sejak krisis kewangan Asia Timur 1997/1998 telah ditinggal jauh oleh negara-negara Asia dan juga negara jiran, seperti Singapura malahan negara Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam. Cuma kelebihan Malaysia kaya dengan slogan yang menjadi candu supaya rakyat syok sendiri dan lupa hakikat sebenar. Antaranya slogan Model Ekonomi Baru (MEB), Program Transformasi Ekonomi (PTE). Walaupun kaya dengan slogan ekonomi negara 12 tahun berturut-turut defisit. Wang Petronas dihisap sampai hendak kering , sejak tahun 2007-2010 sebanyak RM325 bilion. Hutang negara makin meningkat berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tahun 2009 sebanyak 53.3%, melonjak naik berbanding kadar 35.1% dalam tahun 1998. Pertumbuhan ekonomi 2006-2010 hanya 4.2% sedangkan sasaran adalah 6%. Contoh pengurusan ekonomi negeri BN seperti yang dilapor oleh Ketua Audit Negara berhubung perbelanjaan melampau dan amat meragukan dalam projek pengubahsuaian Rumah Rehat Bentong sehingga disyaki berlaku penyelewengan dana kerajaan. Dalam laporan Ketua Audit Negara menyebutkan tentang pemasangan papan tanda tandas di Rumah Rehat Bentong dituntut dengan jumlah RM871 sedangkan audit menjelaskan pada harga pasaran barang tersebut hanya berharga RM65. Begitu juga dengan tuntutan set sofa yang pada nilaian pasaran cuma berharga RM990 telah dituntut sebanyak RM3,530. Lebih mengejutkan dalam laporan itu ialah tuntutan set lampu yang pada harga pasarannya cuma RM9,200 tetapi telah dituntut terlalu tinggi sehingga berjumlah RM38,700. Ini hanya sekadar contoh, yang menjadi bukti rakyat wajib tukar kepada kerajaan Pakatan Rakyat. 2.Institusi Kehakiman Dipertikaikan Satu ketika dahulu institusi kehakiman negara kita adalah antara yang terbaik, kerana tidak ada campur tangan dipihak eksekutif. Ia berlaku tragedi hitam apabila pemecatan Tun Saleh Abbas 1988. Selepas daripada peristiwa pemecatan Tun Saleh keadaan sudah berubah. Apa yang dilihat oleh rakyat dalam kes Linggam dan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah buktinya. Sebuah negara akan hancur jika institusi yang dianggap oleh rakyat untuk mendapat pengadilan telah diragui. Ianya bukan sahaja oleh rakyat yang cerdik malahan di kalangan pelabur asing yang tidak mahu datang melabur di negara ini. 3.Tahap keselamatan negara membimbangkan. Bagaimana kerajaan boleh mengambil APCO Yahudi Israel sebagai penasihat komunikasi dengan bayaran RM77 juta setahun. Apa jaminan maklumat keselamatan negara tidak terlepas kepada mereka?. Kenyataan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi telah pun mendedahkan berlaku pembocoran dan penjualan rahsia penting negara berkaitan keselamatan dan pertahanan negara. Setakat hari ini isu itu selesai begitu sahaja. Kononnya diselesaikan melalui saluran diplomatik. Begitu juga dengan isu kehilangan enjin kapalterbang yang besar boleh hilang. Sasterawan Negara ke-10, Datuk Dr Anwar Ridhwan menyifatkan kehilangan enjin F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai tanda aras keruntuhan moral pimpinan negara ini.Beliau melahirkan kekesalannya kerana perkara yang tidak pernah dibayangkan boleh berlaku sebelum ini seperti kehilangan enjin pesawat yang saiznya besar tetapi mudah pula untuk diseludup ke luar negara. Kalau sampai dua enjin pesawat pejuang boleh hilang yang ahli silap mata terkenal dunia seperti David Copperfield tidak boleh hilangkannya tetapi yang menjaga keselamatan negara boleh hilangkan, ini satu gambaran tahap keselamatan negara. 4. Tahap keselamatan sosial juga merosot sehingga kerajaan terpaksa berbelanja wang sebanyak RM59 juta untuk memasang CCTV di seluruh negara. Betapa banyaknya wang rakyat terpaksa dibazirkan kerana keselamatan berada ditahap yang parah. Statistik jumlah keseluruhan orang hilang di negara ini dari tahun 2007 hingga 2010 iaitu seramai 7,312 orang yang dilaporkan PDRM amat membimbangkan rakyat. Daripada jumlah itu, seramai 3,653 orang yang telah ditemui manakala bakinya sejumlah 3,479 masih belum ditemui. Meskipun daripada jumlah yang ditemui tersebut lebih 95 peratus daripadanya dijumpai masih hidup, namun jumlah yang masih gagal ditemui menjadi titik persoalan yang besar. 5. Sempadan negara mudah terbolos. Laporan Berita Harian pada 27 Ogos 2010 amat menggerunkaan tahap keselamatan negara yang mudah dimasuki dengan suapan rasuah. Dalam laporan eksklusifnya mendedahkan ada anggota dan pegawai imigresen di Jeti Penumpang Pulau Ketam, di Pelabuhan Klang menerima sogokan sehingga RM60,000 sebulan menyebabkan pintu masuk negara mudah dibolosi pendatang tanpa izin dari Indonesia. Mengikut laporan itu, setiap penguat kuasa di percayai dibayar RM2,000 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram, termasuk melepaskan warga asing yang pasportnya mempunyai cop palsu atau tiada sebarang dokumen perjalanan. Apa jaminan pula dengan sempadan negara yang lain? 6.Rasuah telah menjadi barah negara yang sukar diubat daripada atas hingga peringkat bawah. Jika perkara ini tidak dicegah ia akan mendatangkan musibah yang besar. Semuanya berpunca daripada orang yang memimpin negara, naik dengan kuasa rasuah. Laporan audit 2008 sebanyak RM28 bilion hilang kerana ketirisan dalam pentadbiran. Indek rasuah tahun 2010 hanya 4.4 walaupun sasaran 4.9/10 berbanding dengan tahun 2009 2.9/10. 7. Gagal mewujudkan politik yang harmoni, walaupun cuba untuk berlindung disebalik slogan 1 Malaysia. Beberapa insiden yang berlaku melambangkan kegagalan kerajaan mewujudkan keharmonian kaum yang ada pada hari ini. Contohnya apa yang berlaku kepada Datuk Nasir Safar Pegawai Khas Perdana Menteri, Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin, Ucapan Ketua Umno Bahagian Titiwangsa, Datp' Johari Abdul Ghani dan ucapan dua orang pengetua sekolah. Umno dan BNlah pihak yang tidak henti-henti mengapi-apikan kebencian perkauman sama ada melalui agensi-agensi kerajaan yang dikuasai oleh kerajaan Umno BN atau media-media arus perdana yang dikuasai mereka. Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat |
Label: politik dan isu semasa
Ahad, 24 Oktober 2010
Apa wajarnya menara 100 tingkat?
Itulah bangunan Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat yang akan menjadi mercu tanda baru bagi Kuala Lumpur pada tahun 2020. Projek bernilai RM5 bilion dijangka siap 10 tahun dari sekarang.
Tidak sampai 10 minit setelah pengumuman projek raksasa itu dibuat menerusi pembentangan Bajet 1011 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu, keprihatinan rakyat terus memuncak.
Beberapa laman web, termasuk facebook, dan penulis blog mempersoal kewajaran projek tersebut. Rata-rata menganggap ini satu pembaziran yang ketara. Wang rakyat dibelanjakan tidak kena pada tempatnya.
Mereka menghujah, ada sekian banyak bangunan gah di KL yang masih kosong tiada penyewa – sesetengahnya kosong terlalu lama hingga menjadi tempat hantu dan jin bertapa – mengapa kerajaan hendak membina sebuah lagi gajah putih?
Seperti yang dijangka – dan seperti biasanya! – pihak pembangkang menghentam Warisan Merdeka. Banyak angka dan fakta dikemukakan untuk membuktikan peruntukan sebesar itu satu pembaziran.
Kata mereka duit kerajaan sebanyak itu boleh digunakan untuk membina 1,667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah, atau boleh memberi biasiswa kepada 5,000 pelajar perubatan dengan kos RM1 juta di United Kingdom.
Malah, ada yang lebih sinis: Masih banyak sekolah di luar bandar, terutama di pedalaman Sabah dan Sarawak tidak mempunyai tandas yang sempurna, kenapa perlu belanja berbilion RM duit kerajaan untuk membina bangunan mewah?
Kebimbangan dan kemarahan umum, juga pembangkang, ialah sebab duit kerajaan @ duit rakyat, telah dibazirkan untuk sesuatu yang tidak kena pada tempatnya. Duit kerajaan patut dibelanjakan untuk banyak lagi perkara lain yang lebih mendesak.
Sekiranya ‘duit kerajaan’ yang menjadi punca kebimbangan dan kemarahan, isu itu sepatutnya tidak dibangkitkan lagi. Sebab kini telah diketahui bahawa duit RM5 bilion itu bukan daripada Perbendaharaan Negara. Bukan duit kerajaan.
* ULANG sekali lagi: Bukan duit kerajaan! RM5 bilion kos projek Warisan Merdeka datangnya daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). “Kita tidak akan ambil duit Perbendaharaan,” kata Ketua Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Projek seluas 19 ekar (7.6 hektar) itu akan mengandungi antaranya ruang pejabat, kondominium, dan pusat membeli-belah. Kawasan projek tersebut telah dibeli daripada Danaharta sejak 2000, dan dibiarkan begitu sahaja selama sedekad.
Menurut Hamad sekarang adalah masa terbaik untuk melaksanakan projek tersebut setelah perancangan mengenainya dilakukan sejak 2004. Ini sebahagian usaha PNB untuk mengembangkan lagi bidang hartanah yang sejak sekian lama menjadi sebahagian dari kegiatannya, selain peranan utamanya mengendalikan pelaburan unit-unit amanah.
RM5 bilion memang satu jumlah yang besar, tetapi PNB mempunyai cukup dana dalaman untuk membiayai projek tersebut. Dan, dana dalaman itu bukan dari duit pelabur unit tabung amanahnya.
Tegasnya pemegang atau pelabur unit amanah PNB tidak perlu bimbang dengan projek raksasa ini, sebab seperti yang dijelaskan oleh Kama: “Kita tidak akan usik walaupun sesen duit pemegang unit amanah.”
Untuk pengetahuan PNB kini mengendalikan sembilan tabung unit amanah, untuk 10.2 juta pelabur (pemegang unit), kesemuanya bernilai RM115 bilion. Duit RM5 bilion untuk projek kontroversi itu tidak diambil dari duit pelabur. Jadi, isu ini sepatutnya tidak kontroversi lagi.
* AKHIR kalam, 100 tingkat memanglah tinggi, malah tertinggi di tempat kita. Tetapi, yang tertinggi hari ini mungkin tidak mengekalkan statusnya pada hari esok atau tahun depan. Sebab perlumbaan untuk mencakar langit ini akan berterusan.
Apabila Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat (452 meter) yang menelan biaya RM2 bilion siap pada tahun 1998, ia menjadi pencakar langit tertinggi di dunia, mengalahkan juara sebelumnya, Chicago Sears Tower.
Tetapi rekod menara Petronas bertahan hanya lima tahun, dipintas oleh Tapei Tower setinggi 101 tingkat (509 meter) pada 2004, dan Shanghai World Financial Centre (101 tingkat, 492 meter) pada 2008.
Korea Selatan pun sedang membina menara Lotte World II setinggi 110 tingkat (501.5 meter) yang dijangka siap 2013. Bangunan tertinggi di planet bumi sekarang ialah Burj Khalifa di Dubai, 152 tingkat (828 meter).
Kesimpulannya, kalau hendak lawan mencakar langit, jari-jemari dan kuku Warisan Merdeka PNB tidak cukup panjang pada peringkat dunia, walaupun yang terpanjang di negara ini.
Apa pun, bagi lebih 10 juta pemegang unit amanah PNB, mereka langsung tidak kisah setinggi mana bangunan yang hendak didirikan itu. Memang, sejak mula melabur mereka sentiasa menunggu yang tertinggi. Bukan pada bangunan, tetapi pada keuntungan dan dividen.
sumber-http://www.detikdaily.net
Label: KEBOBROKAN UMNO
Memo Taubat Buat Rosmah
2. Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] ini memang berasal dari Malaysia dan ianya diasaskan oleh Dato’ Raja Rezza Shah sementara Datin Rosmah Mansur bertindak sebagai penaungnya [ founding patron ] .
3. Bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam , lebih malang mereka berani menghina Rasulullah saw dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian .
4. Jika bukan niat menghina Islam , tindakan apakah seperti ini ? sungguh memalukan . Saya tidak jangka mereka sejahil itu , sehingga tidak mengetahui bagaimanakah bentuk pakaian Islam yang sebenarnya , sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt . Firman Allah swt di dalam surah an Nuur ayat : 31
[Katakan kepada orang - orang perempuan yang beriman , supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya .
Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada suaminya , bapanya , bapa suaminya , anaknya , anak suaminya , saudaranya , anak saudaranya yang lelaki , anak saudaranya yang perempuan , perempuan muslimah , hamba sahayanya , orang - orang yang mengikutnya dari kalangan lelaki yang tiada syahwah kepada perempuan , atau kanak - kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan.
6. Baru – baru ini Datin Seri Rosmah berjaya mempengaruhi suami untuk menganugerahkan RM 111 juta bajet negara kepada PERMATA sebagai satu badan yang dipimpin oleh Datin Seri . Kini Datin Seri memiliki segalanya selain suami , iaitu harta dan takhta . Kemungkinan juga ia menjadikan Datin Seri Rosmah sebagai orang paling berkuasa di negara ini.
7. Namun kuasa bukanlah tiket untuk Datin Seri berbuat sesuka hati terutama terhadap agama Islam yang suci ini kerana ia adalah agama milik Allah swt Tuhan yang Maha Berkuasa . Tuhan yang memberi sedikit harta dan takhta kepada Datin Seri . Allah swt berhak dan mampu pada bila – bila masa sahaja menarik kembali segala nikmat yang dikurniakan justeru segala nikmat itu hanya ujian untuk melihatnya hambaNya bersyukur kepadaNya atau kufur.
8. Datin Seri Rosmah boleh memilih untuk bersyukur kepada Allah swt disamping segala keistemewaan dan kemewahan yang dimiliki , tetapi kenapa Datin Seri memilih untuk ingkar dan mempersenda Nabinya saw melalui tindakan Datin Seri menaungi Islamic Fashion Show yang jelas bertentangan dengan Islam ? dan pula menghina Rasulullah saw melalui satu khat nama Rasul yang ditulis secara terbalik pada pakaian murahan sebagaimana yang terdapat di dalam gambar di atas.
9. Tindakan Datin Seri Rosmah cukup meninggalkan kesan jengkel dan kesal dalam jiwa ummat Islam yang perihatin . Memandangkan Datin Seri Rosmah cukup berkuasa dalam negara ini , kenapalah tidak dijadikan kuasa yang dimiliki itu benar – benar memartabatkan Islam. Islamic Fashion Show adalah satu idea yang bijak tetapi malang salah pakaian yang di peragakan. Bukan begitu pakaian Islam . Jika Datin Seri keliru , bagaimanalah pakaian Islam yang sebenarnya , Datin Seri boleh merujuk kepada para mufti yang ramai dalam negara kita atau paling tidak Datin Seri boleh merujuk kepada 40 ulama’ Muda yang baru – baru telah dirai dengan hebat lagi berprestij dikala mereka menyertai parti yang dipimpin oleh suami Datin Seri.
10. Justeru itu saya melihat jahil bukan alasan dan isunya di sini . Saya bimbang benar Datin Seri bersekongkol dengan pihak musuh – musuh Islam untuk menghina dan mempersendakan Islam lalu menjadikan Datin Seri sebagai boneka . Namun saya harap tidak begitu , sebaliknya apa yang saya harap ialah Datin Seri kembali kepangkal jalan dan bertaubat kepada Allah Azza wa Jalla terutama saat usia kita telah hampir ke penghujung.
11. Biarpun Datin Seri kelihatan masih sihat , muda , kaya dan berharta , namun suka saya mengingatkan kata – kata hikmah yang selalu dilafazkan oleh Tuan Guru Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa mati tidak syarat sakit dan mati juga tidak syarat tua . Sementelah jika kita selalu sakit dan usia pula telah meningkat tua.
12. Datin Seri berdepan dengan amanah ummah . Datin Seri masih ada ruang dan peluang untuk berbakti kepada ummah dan mentaati Allah Azza wa Jalla.
Pertama , janganlah diulang lagi kesilapan serupa. Tarik diri dari terus menaungi program mungkar seperti penganjuran Islamic Fashion Show yang menghina Islam dan mengelirukan ummah.
Kedua , melalui PERMATA yang dipimpin oleh Datin Seri , setelah memiliki peruntukan sedemikian banyak dari bajet negara [ RM 111 juta ] , mengatasi peruntukkan Sekolah Agama Rakyat [ RM 95 juta ] dan peruntukan rakyat marhain , Datin Seri sewajarnya manafaat kan anugerah tersebut untuk berbakti kepada agama , negara dan bangsa seperti mempertingkatkan bantuan pendidikan kepada pelajar luar bandar yang rata – ratanya tidak bernasib baik kerana faktor kemiskinan.
Juga membantu ibu tunggal dan anak – anak yatim di seluruh negara tanpa mengira dari parti manakah mereka warisi kemiskinan itu . Jadilah ibu kepada semua rakyat bukan hanya ibu kepada golongan bangsawan dan kenamaan . Rendahkan sayap untuk turun bersama rakyat , bukan hanya singgah dan berpaut di istana hinggap.
13. Andai Datin Seri terbaca atau membaca Memo Taubat yang saya hantar buat tatapan Datin Seri di alam cyber lalu ini , saya harap Datin Seri tidak marah kepada saya . Justeru saya hanya menyeru agar Datin Seri kembali kepangkuan Islam dengan melaksanakan suruhan Allah swt seperti menutup aurat lalu bertaubat kepada Allah swt atas kesalahan lsilam. Lantas pimpinlah tangan suami Datin Seri ke arah jalan yang betul agar ia menjadi Perdana Menteri yang juga taat kepada Allah swt.
14. Bicara atau Memo Taubat yang saya nukilkan ini memang tidak sedap di dengar oleh Datin Seri berbanding bisikan – bisikan para penasihat istana Datin Seri yang senantiasa mengampu dan memuji . Percayalah , kata – kata itu bukan kerana mereka kasihkan Datin Seri tetapi menjadikan Datin Seri lupa diri dan semakin angkuh di puncak bumi.
15. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia bahkan seluruh ummat Islam yang terkilan dengan tindakan yang diambil oleh Datin Seri dalam menaungi program mungkar ini sangat berharap agar Datin Seri kembali menyusur pulang ke pangkal jalan dan insyaalah tidak hilang bisa ular dek kerana menyusur akar sebaliknya tawar ilmu sang pendita dek kerana menyusup laku.
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Label: KEBOBROKAN UMNO
GERAK GEMPUR HISBAH MANSURAH
Mansurah, 20 Oktober 2010:Bersamaan hari Rabu unit Hisbah Mansurah dengan kerjasama Unit Hisbah pusat telah mengadakan satu operasi gerak gempur hisbah dikawasan Tir'ah.Operasi ini melibatkan ajk unit hisbah mansurah,ust Majdi bin Zakaria selaku ketua unit hisbah PMRAM dan beberapa orang wakil dari peringkat pusat.Seramai 70 orang ikhwah yang terlibat manakala akhwat seramai 50 orang,lebih membanggakan lagi apabila wakil dari Shoubra,Damanhur,Zaqaziq,Bakan Melaka dan Dumyat turut membantu dalam operasi tersebut.Antara kes-kes yang telah dijumpai ialah kes couple,pelajar akhwat yang keluar tanpa musyrif dan terdapat juga pelajar akhwat yang tidak menutup aurat.Untuk operasi gerak gempur ini kami telah membahagikan kepada beberapa kumpulan dan kawasan untuk memudahkan gerak kerja.Tindakan yang telah kami ambil ialah dengan menegur dan menasihati,mengedarkan risalah dan menghantar semula bagi akhwat yang keluar tanpa musyrif.Sebagai mahasiswa Islam,kita hendaklah menyedari akan tanggungjawab kita dalam menjalankan amar mar'ruf nahi munkar.janganlah kita hanya mendabik dada dengan gelaran azhari sedangkan gejala maksiat trus bemaharajalela dan yang lebih menyedihkan wujud di kalangan kita yang memandang enteng akan tanggungjawab ini.Jutaan terima kasih atas penglibatan semua pihak samada cawangan dan pusat,semoga kita tidak jemu dan mengeluh dalam mendaulatkan syariat Allah.
(Muhammad Fadhil B.Hasanuddin)
KETUA HISBAH MANSURAH
Label: INFO
Realisasi agenda PAS ganti Umno
Harakahdaily |
KUALA TERENGGANU, 23 Okt: Agenda PAS menggantikan Umno hendaklah direalisasikan oleh pendukung parti dengan menekankan kepada gerakan dakwah terhadap golongan Umno dan golongan atas pagar, mengelakkan serangan peribadi dan memperbanyakkan aktiviti penerangan melebihi serangan. Demikian antara resolusi Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu ke-14 yang diadakan di perkarangan Surau Kampung Tanjung Batu Rakit, yang berakhir petang ini. Di samping itu, Dewan Himpunan Penyokong PAS hendaklah diperkasakan sebagai wahana untuk menjadikan saluran bagi menolak fahaman asabiah perkauman tokok pimpinan Umno BN dan NGO upahan seumpama Perkasa yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia seterusnya berintima’ dengan perjuangan PAS bagi menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua. “Marilah kita sama-sama meletakkan komitmen untuk melaksanakan resolusi-resolusi yang mewakili hampir keseluruhan cadangan dan lontaran idea yang telah diberi oleh perwakilan dan ulasan pimpinan bertunjangkan kepada ucaptama Tuan Guru Presiden,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Resolusi ijtimak, Mohd Draman ketika membacakan resolusi itu. Berikut ialah resolusi penuh. Menyedari bahawa Barisan Nasional (BN) sedang berada di ambang keruntuhan dalam menghadapi pelbagai masalah luaran dan dalaman, sedang PAS Negeri Terengganu terus melangkah memperkasakan kekuatannya bagi memenuhi harapan besar yang diberikan oleh rakyat bagi membawa perubahan kepada negeri Terengganu. Berasaskan hakikat ini, Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu kali ke-14 yang diadakan pada 23hb Oktober 2010, bersamaan 15 Zulkaedah 1431H yang bertemakan “Demi Kedaulatan Islam; Perkasakan Jihad” dengan sebulat suara membuat gagasan dan resolusi bahawa saf kepimpinan PAS Negeri Terengganu di semua peringkat beriltizam untuk: Bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke-13, maka jentera pilihan raya mestilah digerakkan bermula dari sekarang di semua peringkat mengatasi perancangan dan gerak kerja Umno BN dengan memberi tumpuan kepada pengemaskinian urusan pemilih dan keahlian serta penguasaan ke atas pengundi sasaran. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan petugas-petugas PAS di semua peringkat bagi mengikis penyakit atau budaya negatif seperti futur, isti’jal, ukhuwah yang longgar dan seumpamanya. Menegaskan bahawa setiap anggota jemaah sama ada pemimpin, petugas atau ahli parti, hendaklah memperkukuhkan sifat-sifat kualiti peribadi dan meningkatkan keupayaan diri dalam memperkasakan jihad dengan memperkukuhkan wala’, thiqah dan intima’ terhadap pimpinan dan jemaah. Merealisasikan agenda PAS mengganti Umno dengan menekankan kepada gerakan dakwah terhadap golongan Umno dan golongan atas pagar, mengelakkan serangan peribadi dan memperbanyakkan aktiviti penerangan melebihi serangan. Menyokong, meneruskan dan memperkukuhkan kerjasama politik di kalangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat melalui kaedah tahaluf siyasi tanpa menggadai prinsip perjuangan di samping menjadikannya sebagai satu ruang dakwah. Menerus sumbangan dan komitmen semua petugas dan kepimpinan yang sedia ada dalam memperkasakan PAS benar-benar sebagai sebuah gerakan Islam yang syumul. Meneruskan proses pembudayaan petugas-petugas PAS dengan gerak kerja berasaskan kepada perancangan yang sistematik dan berstrategi membina keyakinan masyarakat terhadap PAS sebagai kerajaan alternatif ataupun kerajaan menunggu. Memperkasakan Dewan Himpunan Penyokong PAS sebagai wahana untuk menjadikan saluran bagi menolak fahaman asabiah perkauman tokok pimpinan Umno BN dan NGO upahan seumpama Perkasa yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia seterusnya berintima’ dengan perjuangan kita bagi menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua. |
Label: perjuangan
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlu "Benar-Benar" Berubah Andainya Rasa Jujur Serta Ikhlas Mahu Meneruskan Agenda Perubahan Itu Sebenarnya !
Pemilihan PKR 2010 semakin hampir sekarang. Rata-rata calon kini mula mengorak langkah bagi memasuki fasa terakhir kempen mereka. Masimg-masing mahu pastikan "satu ahli satu undi" berpihak kepada mereka. Dalam sibuk berkempen, nampaknya masih ada beberapa kerat pemimpin yang terleka dan terlupa matlamat asal perjuangan mereka. Jika dulu, ramai yang dilihat ikhlas berjuang untuk membawa agenda perubahan buat rakyat. Kini, hari demi hari nampaknya Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin terkeluar daripada landasan peruangannya. Benarlah katanya oleh Blogger Raja Petra Kamaruddin (RPK) dan Hishamuddin Rais (Tukar Tiub) sebelum ini agaknya. Teguran ikhlas mereka terhadap parti dianggap "tidak manis" bagi sesentengah pemimpin, namun bagi rakyat itu adalah tanggungjawab sebenarnya. Kami juga melihat, PKR kini semakin hari semakin alpa dengan matlamat asalnya. Pemimpin yang ada hari ini, majoritinya sudah melihat pengaruh dan kuasa itu menjadi pokok utama perjuangan mereka. Malah, mereka tidak segan silu menawarkan diri untuk menjadi pemimpin utama biarpun "ilmu di dada" masih tidak berada ditahapnya. Ada juga pemimpin yang selama ini tidak mahu ke depan, kini mula "terhegeh-hegeh" ingin berada di barisan utama. Kuasa dan pangkat kini menjadi tajuk utama mereka, sedangkan perjuangan asal untuk membawa agenda perubahan kepada rakyat itu diketepikan buat seketika. Pada awalnya, permainan ini tidak ketara. Namun, mutakhir ini ia semakin terasa dan mereka seolah-olah semakin lupa tentang hakikatnya. Inilah yang menjadi persoalan dan apa yang amat ditakuti oleh rakyat. Mereka takut PKR yang berubah, bukan agenda perubahan yang mahu dibawa kepada rakyat itu.
Tinggalkan Amalan Jahiliah Jika Mahu Berubah
Inilah yang menjadi persoalan dikalangan rakyat sekarang ini. Pemimpin PKR perlu jujur dan ikhlas mahu berubah. Rakyat diatas pagar yang menyokong mereka sebelum ini, bukanlah dek kerana melihat PKR itu secara keseluruhannya. Mereka mengundi PKR kerana melihat parti itu benar mahu melakukan agenda perubahan dan dalam masa yang sama mereka benci serta ingin menolak UMNO Barisan Nasional. Begitu juga dengan ahli PKR sendiri, mereka masuk ke dalam parti atas alasan melihat serta mahu parti yang didokong ini lebih baik dari parti lama zaman jahiliah mereka dulu. Maka yang dari UMNO mahu PKR lebih baik dari UMNO. Mana yang dari MIC, MCA, GERAKAN pun begitu juga. Mereka seboleh-bolehnya mahu melihat PKR sebagai wadah perjuangan baru buat rakyat. Mereka mahu keluar dari zaman kebathilan dan kembali ke landasan kebenaran. Namun, jika mereka melihat segala kebobrokan yang ditinggalkan itu kini terpalit semula kepada PKR maka, jangan salahkan mereka jika dalam PRU13 nanti mereka tidak mahu lagi mengundi PKR atau Pakatan Rakyat khasnya. Maka, siapakah yang harus dipersalahkan?. Jika dulu, amalan seperti politk wang, gila kuasa, cantas mencantas, kutuk mengutuk, fitnah menfitnah, lobi melobi menjadi alasan untuk mereka meninggalkan parti lama mereka. Kini, mereka kian panik dan gusar apabila amalan itu sewenangnya berada pula dalam PKR yang kini menjadi parti pilihan mereka untuk meneruskan perjuangan. Pemimpin PKR harus sedar bahawa, jika mereka benar mahu berubah semua itu harus ditinggalkan.
[Soalnya sekarang, amalan itu kini menular dalam PKR terutamanya menjelang hari kemuncak pemilihan 2010 ini. Sama ada ia disedari atau tidak, itulah realitinya. Sukar untuk dinafikan ia berlaku, kerana masing-masing sibuk mahu mengangkat pemimpin masing-masing. Kempen memburukkan pihak lawan walhal sesama parti kini menjadi amalan dan mainan penyokong calon yang bertanding. Apakah ini budaya yang ingin dibawa dalam sebuah parti yang kononnya mahu membuat perubahan?. Perubahan apa yang mahu dibawa jika meniru semula amalan lama dalam parti yang pernah mereka sanjung dulu. Kini, rakyat semakin bingung melihat senario yang berlaku. Soalnya, siapakah yang harus dipersalahkan jika amalan ini semakin parah dan menjadi wabak berbahaya dan akan merebak dalam parti itu nanti. Bukankah, lama kelamaan parti akan hancur dek budaya yang jelas tidak berakhlak ini?].
SUMBER:http://pahangdaily.blogspot.com/
Label: ANALISIS