Selasa, 15 Jun 2010

Al-Fatihah-Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah

·

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.
Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.
Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.
Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.
Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.
Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.


Al-fatihah kita sedekahkan pada al-marhum ustaz hasan syukri,beberapa infotentag al-marhum adalah anatara pelajar yang mendapat tajaan biasiswa untuk menyambung pelajaran ke iraq.

Pada waktu itu,seramai 6-7 orang yang ditaja oleh PAS untuk menyambung ke IRAQ untuk mengambil ilmu sebanyak mungkin dan menyebar suburkan fikrah ikhwan muslimin di malaysia apabila pulang nanti.

Alhamdulillah,setelah pulang ke tanah air,rombongan al-marhum berjaya menjadi pimpinan PAS dan menyalurkan fikrah ikhwan ke dalam PAS.Sehubungan dari itu,tertubuhlah gagasan DI BAWAH KEPIMPINAN ULAMA' pada zaman Tuan Guru Yusof Rawa sehingga sekarang.

Oleh itu,kita hendaklah menyedari bahawa kita hanyalah mata2 rantai perjuangan ini,al-marhum Us Fadhil Noor telah meninggalkan kita dan sekarang al-marhum Us. Hasan Syukri pula yang mengiringi dan siapa pula selepas ini nanti ,tapi itu bukan yang kita risaukan kerana yang paling penting siapa jua yang pergi insyALLAH akan disambung perjuangan ini hingga ISLAM KEMBALI GEMILANG.

                  insyALLAH,perjuanganmu akan disambung oleh kami

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails