Khamis, 6 Mei 2010

Umat Islam perlu kaji hubungan dengan Mesir

·

 
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengutuk keras diatas tindakan tidak berperikemanusiaan pihak keselamatan Mesir yang telah mengakibatkan kematian 4 orang rakyat Palestin setelah mengidu gas beracun yang telah dipam masuk kedalam terowong pemisah oleh pihak keselamatan Mesir kelmarin.


Tindakan zalim serta tidak bertamadun ini benar-benar terpesong dari nilai agama dan keadilan sejagat. Nasib umat Islam Palestin yang telah lama menjadi agenda utama umat Islam sedunia sewajarnya menjadi satu tanggungjawap dan kewajiban bagi Negara-negara Islam bagi membela mereka yang tertindas dan dizalimi oleh kuasa zionis Yahudi Israel.

Malang bagi umat Islam, Negara Mesir yang sepatutnya menjadi rakan dan jiran kepada Negara Palestin bersikap seperti ‘anjing suruhan’ Yahudi dan Amerika dengan bersikap ‘lebih sudu dari kuah’ dalam menangani umat Palestin terutamanya isu terowong pemisah antara Gaza dan Mesir. Terowong tersebut yang merupakan satu-satunya jalan alternatif bagi umat islam Palestin mendapatkan bekalan makanan dan perubatan setelah dikepung dan ditindas oleh kerjaaan zionis Israel. Namun, apabila Kerajaan Mesir mengambil sikap ingin menjaga hubungan dengan Israel dan Amerika Syarikat, mereka sanggup menggadaikan maruah serta prinsip aqidah dan tanggungjawab sebagai saudara seagama terhadap umat Islam Palestin dengan mengepam gas beracun ke terowong tersebut ketika mana apabila ada rakyat Palestin dari Gaza cuba membawa masuk makanan dan bekalan ubat-ubatan pulang ke Gaza.

DPPP mengutuk tindakan ala kebinatangan Pihak Keselamatan Mesir yang dipersetujui oleh  Kerajaan Mesir dibawah Presiden Hosni Mubarak. DPPP menyeru seluruh umat Islam agar menzahirkan perkara yang sama dengan memberikan satu isyarat kepada Kerajaan Mesir supaya berhenti dari menjadi anjing suruhan Yahudi  dan Amerika. DPPP ingin member amaran kepada Kerajaan Hosni Mubarak sekiranya beliau terus –menerus menzalimi umat Islam Palestin, DPPP akan menjalankan kempen memboikot Mesir dan akan menganjurkan satu demonstrasi terhadap mereka diseluruh Negara.

DPPP juga mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu agar menjalankan satu siasatan menyeluruh terhadap insiden tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan undang-undang keadilan sejagat bagi membela mereka yang terbunuh serta ahli keluarga terbabit mendapat pembelaaan yang sewajarkan.

HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT


http://pas.org.my

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails