Isnin, 3 Mei 2010

Sensasi: Jika Benar Dakwaan Blogger Kicdefella Dia Di Tawarkan RM4 Juta, Mudahnya Strategi Diperlukan Untuk Jatuhkan Pemimpin UMNO !!

·

Mutakhir ini heboh diperkatakan perihal seorang Blogger dari negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan Darul Naim iaitu Kickdefella (foto) mengatakan beliau ditawarkan ganjaran RM4 juta bagi tujuan menjatuhkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Pak Lah Badawi. Berita ini menyebabkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan pantas seperti kilat membuat siasatan untuk membuktikan kesahihan maklumat yang diperolehi daripada beliau itu. Terkadang kami merasa terkejut dengan apa yang berlaku ini. Apakah yang menyebabkan seorang blogger yang pernah digajikan untuk bekerja dengan Kerajaan Negeri itu tiba-tiba bertindak diluar dugaan seperti ini. Aneh sekali, beliau ditawarkan RM4 juta untuk menjatuhkan bekas PM ketika itu. Hebat benar Kicdefella ini, hingga berani mengatakan beliau ditawarkan wang sebanyak itu. Jika benarlah dakwaan beliau, maka apa salahnya wang sebanyak itu digunakan untuk menjatuhkan pemimpin UMNO dan BN agaknya?. Beliau sepatutnya menganggarkan jumlah yang lebih besar kiranya mahukan berita ini lebih sensasi. Amatlah tidak masuk akal dan memusykilkan sama sekali jika benar dakwaan Kicdefella ini. Kenapakah Pak Lah yang mahu dijatuhkan oleh PAS Kelantan dan apakah dana sebanyak itu didatangkan oleh Kerajaan Negeri pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat. Amatlah tidak masuk akal sama sekali bila Kicdefella diberi tugas yang cukup besar oleh sebuah kerajaan negeri. Kita tidak hairan kiranya beliau mengatakan peruntukkan tersebut datangnya daripada PAS Pusat. Malah, visinya bukan untuk Kelantan tapi untuk kerajaan pusat. Maka kenapa beliau begitu berani cuba "menjual maruahnya" semurah itu?. Apakah Kicdefella kini mula menjadi "ayam tambatan" UMNO BN di Kelantan, bagi menjatuhkan PAS sebenarnya. Mungkin selepas ini lebih ramai lagi blogger akan membuat pendedahan dibayar sekian sekian banyak untuk menjatuhkan kerajaan UMNO BN. Bertuah benar menjadi Kicdefella, jika benar beliau mendapat imbuhan sebanyak itu untuk misinya jika dibandingkan dengan lain-lain blogger yang senantiasa dalam kesempitan wang sejak sekian lamanya.

[Jika inilah keadaannya yang berlaku di Kelantan, maka tidak lama lagi golongan blogger akan menjadi kaya raya hanya kerana melaksanakan misi menjatuhkan pemimpin tertentu dalam kerajaan pusat. Kami juga boleh mendedahkan mendapat tawaran daripada pemimpin tertentu untuk menjatuhkan pemimpin tertentu terutamanya dari negeri Pahang selepas ini. Malah, ada dikalangan krew-krew kami yang telah dipanggil beberapa kali mengadap pemimpin terbabit untuk ditawarkan habuan yang cukup lumayan bagi tujuan berkenaan. Apakah perkara ini pun perlu didedahkan, sedangkan ia mungkin hanyalah spekulasi semata-mata. Bertuah benar menjadi Kicdefella, jika benar beliau mendapat habuan berkenaan. Bahagia hidup tujuh keturunan, jika itulah ganjaran yang diterima untuk visinya].

http://pahangdaily.blogspot.com

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails