Selasa, 4 Mei 2010

Noh biadap, hina rakyat Kelantan

·



 
KOTA BHARU, 4 Mei: Kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang memberi amaran kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ‘jangan bawa perangai Kelantan ke Selangor’ sebagai biadap.
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, juga turut menyifatkan ungkapan itu seperti menghina rakyat di negeri ini keseluruhannya apabila Noh dengan angkuh turut menyifatkan Nik Aziz tidak menghormati undang-undang dan sultan sebagai ’perangai  orang Kelantan’.
Ketua Penerangannya, Ustaz Mohd Fadzli Shaari, berkata Noh sepatutnya memahami dengan jelas kenyataan yang dibuat oleh Tuan Guru adalah secara umum dan tidak merujuk kepada titah Sultan Selangor.
“Bahkan kali pertama Menteri Besar menjawab soalan wartawan di sidang media ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor tanpa merujuk kepada titah Sultan Selangor.
“Berkali-kali Tuan Guru menjelaskan pendiriannya bahawa parti politik tidak boleh dibincangkan di atas masjid, namun menerangkan juga politik Islam di atas masjid tidak wajar untuk dilarang,” ujarnya.
Jelasnya, bagi Tuan Guru, perbuatan itu secara tidak langsung akan memisahkan terus Islam dengan politik sebagai mana ajaran sekular.
Beliau menambah, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani perlu sedar pihak yang menggunakan masjid untuk tujuan politik di Selangor ialah Umno.
“Ini termasuklah majlis solat hajat dan doa selamat untuk calon MIC yang dibuat di atas masjid dan diiklankan secara besar-besaran melalui sepanduk-sepanduk yang digantung.
Adakah perbuatan Umno ini halal pula di sisi mereka?” soalnya.
Beliau turut menyifatkan kenyataan Noh, “janganlah ingat Nik Aziz saja yang beragama hebat sebab janggutnya lebih panjang dari ulama Selangor” menghina sunnah Rasulullah s.a.w.
Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Kelantan, tegasnya menuntut supaya Noh menarik balik kenyataannya.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails