Isnin, 3 Mei 2010

Mengkaji Kronologi Usaha Bunuh Tok Guru

·

"Seorang model Monggolia mati dibom. Seorang setiusaha DAP jatuh/dicampak dari tingkat 14. Seorang ketua Penyokong PAS ditembak mati depan isteri dan anak-anaknya. Seorang budak 15 tahun mati ditembak. Terkini, akhbar melaporkan ugutan bunuh ke atas Tok Guru yang dibuat terang-terangan oleh ahli UMNO. Sebelum ini, KJ jua memprovokasi pembunuhan ke atas Anwar. Kronologi dan ulasan disertakan.

TERDAHULU, Khairy Jamaluddin dalam suatu perhimpunan dengan ahli-ahli UMNO telah membuat provokasi dengan membuat tuduhan bahawa Anwar Ibrahim ialah seorang pengkhianat (suatu tuduhan tipikal kepada musuh UMNO) lalu menjerit bertanyakan ahli UMNO apakah hukuman kepada pengkhianat. Serentak dengan itu, ahli UMNO beramai-ramai menjerit "BUNUH!!".

Sedikit hari dahulu, Siva Pandian, Ketua Penyokong PAS Perak ditembak mati dihadapan isteri dan anak-anaknya oleh pembunuh yang bermotosikal.

Ahli Parlimen PKR, Gobalakrishnan juga sebelum ini melaporkan bahawa ahli MP UMNO membuat ugutan hendak menghantar samseng-samseng ke tempat beliau untuk membelasah beliau, suatu ugutan yang tidak dinafikan oleh MP UMNO yang sekadar berkata Gobalakrishnan pernah membuat kenyataan yang memprovokasi dirinya.

TERKINI, ahli UMNO dilaporkan menulis secara terbuka hasratnya hendak membunuh Tok Guru Nik Aziz. Ini bukanlah suatu ugutan kecil. Sekiranya saya selaku seorang penyokong Pakatan menulis di laman facebook saya bahawa saya berhasrat hendak membunuh Najib, nescaya dengan segera I.P address saya akan dikesan, laporan polis akan dibuat dan polis dengan serta-merta akan membuat serbuan dan tangkapan.

Ugutan bunuh ke atas seorang pemimpin negara bukanlah benda kecil khususnya selepas siri-siri pembunuhan politik yang berlaku kebelakangan ini. Ugutan bunuh ini jua menyalahi ajaran Islam.

Sayangnya, pada masa seperti ini, terdiamlah Mashitah dan Harussani yang tidak segera menempelak perbuatan seperti ini. Sedikit hari dahulu Harussani sibuk menjaja perpaduan Islam apabila menyarankan PAS bergabung dengan UMNO. Apabila PAS enggan, pelbagai serangan ke atas PAS dimulakan sehinggakan ugutan bunuh ke atas Tok Guru pun dibiarkan saja.

Nampaknya, tidak cukup dengan merompak royalti minyak dan menindas kepimpinan dan penyokong Pakatan, Tok Guru pun hendak dibunuh..

Ingatlah bahawa Tuhan sentiasa memerhati. Doa orang yang dizalimi makbul. Kalau si bapak bunuh si model, jangan terkejut kalau si anak bunuh ulamak pulak. Kata pepatah "Bapa kencing berdiri, anak kencing berlari".



Taubatlah. Carilah keampunan Ilahi dalam usia kita yang singkat ini..
http://www.tranungkite.net

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails